Sunday, June 20, 2010

Tidur laaaaaa lagi!!

huaa! pagi ni hujan lebat, pagi ni juga aku baru sampai dari KL dan dengan tak cukup tidur aku datang studeo! oh..hujan sejuk + penghawa dingin yang super sejuk menyebabkan aku terbayang bantal segiempat besar yang musti ada bila aku nak tidoq. hadoiiii….


Gmbar Hiasan dari google.com


Sabtu 19/06/10 - 5.00am

Aku tersedar dari tidor, aku nampak signboard yang menunjukkan arah ke Kuala Lumpur, Shah Alam & Klang. Oh dah nak sampai rupanya, aku tengok jam. "hurm! dah pukul 5 pagi" pastu aku check handphone aku..oh! SMS dari Wan Sabah. Aiyark dia dah sampai duta rupanya. Aku pun balas " Jap! nak sampai dah!". Lepas ja aku balas..aku tengok sekeliling. Berbekal kan lampu jalan yang malap aku hanya nampak belakang kerusi bas sahaja. (untuk makluman, aku berada seat 25 yang paling belakang sekali. Aku pandang tingkap balik.


………..


Seketika kemudian, bas masuk ke kawasan rehat Kinrara. Aku pelik, selama aku naik bas, tak pernah plak di berhenti kat sini. Nak terkencing kot. Tak perlah. Dah sampai, si drebar tu buka lampu. Terang sekejap dunia aku ni, tak nampak apa..semua putih! biasa la..silau! bila dah makin pulih..apa yang aku nampak!


si drebar sedang memperbetulkan kerusi..tiada siapa pun dalam bas kecuali aku dah si drebar. DAM! aku dah terlajak! hadoi….cepat2 aku tanya si drebar tu, rupanya dia ingat semua dah turun. aku pun turun la di kawasan Kinrara tu. Gi stesyen minyak, kencing basuh muka. pastu msg Wan Sabah. Pastu dia pun datang amik. Gila..first time aku terlajak naik bas sebab tertidor. Hadoi…..


moral: Sila aktifkan tahap ke-pekaan anda ke tahap maksimum biler naik bas, and jangan naik bas biler letih bekerja sambil perut kenyang. cmfrim terlajak!


Sekian,

A.L


First time dalam hidup aku, sampai 1 tahun. Gila teruja! ;p

Wednesday, June 16, 2010

fuhhhh berabok!

fuuuuhhhhhhh~!


ahok! ahok!


saaappp saappp~


okeh! dah lama tak buka buku ni! ini semua sebab muka buku (facebook) yang mengiankan..alalalala!


Okeh! Kita start cerita, baru2 ni aku ke Redang (rasa mcm baru ja tulis entry ni) tapi kali ni lain sikit, makhluk2 yang berada di sana adalah super ramai. So agak kurang best sikit la sebab tempat-tempat agak sesak. Tahun ni, tak dak gambar dalam laut memandangkan gambar dalam laut tahun lepas pun tak cuci lagi, so tahun ni aku hanya menggunakan didi (giler lama tak sebut nama dia ni), 18mm-105mm dengan tripod 'baru beli seminggu semata-mata nak gi redang'. hohoh..best! sekarang ni sedang belajar mengambil gambar-gambar landscape macam gambar kt bawah ni…



(sila ke http://adamluba.wordpress.com untuk melihat yang lain)


peristiwa..


sapa yang pernah baca blog aku sebelum ni musti tahu yang aku ni penakut..eh! cop! bukan penakut cuma kurang berani! sambung balik, nak di jadikan cerita, masa balik dari redang minggu lepas, aku kena drive. Time tu dekat masjid kristal dah kul 4pm..so drive la balik mengikut laluan grik. Cerita bermula masa pukul 12am di baling. Masa tu baru ja nak lepas makan kt mamak kari ikan apa ntah kt jalan grik nak ke baling/kulim tu. Masa tu..tengah rancak sembang-sembang dalam kereta, tetiba semua diam (ada 5 orang dalam kerta pesona), aku dah macam, "cilaaakak! hampa tinggai aku sorang-sorang". Diorang diam sebab bantai tidor.


Masa tu hujan renyai-renyai, kereta tak banyak, jalan pulak kecik (sapa pernah lalu tahu la), dan yang bestnya..kiri kanan adalah hutan dan aku ni pula manusia yang memang suka pikir yang bukan-bukan. Terbayang bermacam-macam cerita seram bulu terus bermain-main atas kepala. Sampai kat satu bukit yang sunyi..tetiba kabus tebal, serius tebal sampai tak nampak depan, semua hitammmmmmm (malam, memang la hitam). Dalam usaha mengecikkan anak mata supaya jelas penglihatan tetiba aku nampak dua biji 'something' (tak tahu nak describe, benda tu bulat mcm mata doremon) bewarna merah bercahaya. Di sebabkan kabus, so tak pasti apa benda tu. Aku cuak! serius..cuak, lagu yang kendengaran masa tu adalah dari luna maya, tajuk haram tak tau.


Aku slow kan kereta..tp benda tu pun slow..makin lama makin dekat, makin lama makin besar jadinya. peluh jantan mula meleleh di dahi walaupun dalam kereta tu sejuk ya amat. Bila semakin dekat, kini semuanya jelas…benda di depan mata aku…besar, panjang, jalan lambat….aku terkebil..mulut aku terketar-ketar…..


menyumpah…..


"Lori balak rupanya, hamper betul…pagi-pagi nak buat aku cuak!"


Fakta:

- Mata merah = lampu break.

- Kabus = Asap lori super tebal

- Bergerak lambat = Naik bukit, lori besar mmg super slow wei, aku bawa 20km/j pun boleh potong.


Pengajaran:

Sila jangan fikir bukan-bukan, positifkan minda anda.


Sekian,

A.L