Sunday, January 17, 2010

MCF update!


mataCantikfoto update...

aku baru sahaja selesai mengupdate photo untuk mataCantikfoto blog. Ini baru siri pertama dari 3 sesi outing hari sabtu yang lepas. Objektif utama aku untuk outing itu, adalah untuk mengeksperiment 50mm dengan lebih luas.. Sila lah ke sana untuk melihat phoho! ^_^

sekian,
A.L

Thursday, January 14, 2010

update..update!

Alhamdulillah, nampaknya tahun ni adalah satu permulaan yang hebat! walaupun ada bagi sesetangah perkara terpaksa di korban kan...hurmm aku tak dapat nak patah balik ke belakang, tapi apa yang terjadi sebelum ni adalah sesuatu yang perlu aku lihat dan belajar. Ini membuatkan aku lebih menghargai apa yang aku ada sekarang...

Okay! update pasal aku, sekarang ni aku memang busy dengan kerja-kerja di studio (office aku la) dan juga aku sekarang sedang bergiat aktif dengan GenYouth Photohunter. Di sini majoritinya adalah photographer-photographer muda (termasuk aku - eh! muda apa aku nih..aalalala) dari bahagian penang berkumpul dan menjalankan beberapa aktiviti seperti outing, TT (teh tarik session juga sharing session), tengok wayang, lepak starbuck MPH sambil baca buku photography. Aku suka group ni, nampak komitment diowang, nampak kesungguhan diowang. dan kami juga kadang minta la nasihat dari beberapa photographer berpengalaman. Okay cukup dulu pasal GYP, nanti aku cerita pasal GYP untuk entry akan datang.

iCon penang juga sedang merangcang beberapa aktiviti yang banyak untuk para icon-ians di penang! so..tungggguuuu!!!! (kalau sapa2 tak tahu apa tu iCon..sila tengok link di seblah kanan aku, ada blog iCon nyer..jangan risau..bukan perniagaan MLM)

dah cukup pasal kerja, ni nak cita pasal aku plak, ini baru topik utama untuk entry kali ni..tapi sebelum tu aku nak minta pandangan..korang yang selalu mai tengok blog aku ni,..puas ka tengok gambaq2 kat sini? hurmm..aku tak puas hati babe! serius cakap...so mulai tahun ini, segala gambar yang berkaitan dengan outing, model shoot & wedding shoot aku akan letakkan di satu lagi blog aku. Blog ini masih lagi akan beroperasi, so disini macam private sikit la..aku nak cerita apa2 kat sini senang! hehehe...so kalau korang ada masa...sila lah jenguk...

http://adamluba.wordpress.com
(click kat atas ni untuk roll)



Insyaallah dalam tahun ni juga aku akan pastikan untuk mendapat domain sendiri, sekarang ni dok tengah usha-usha dah! huhuhuhu...

okay lah! sekian dulu update dari aku...

sekian,
A.L

(sabtu 16/01/10 GYP akan buat satu outing session untuk street & model photo. nak join? sila ker blog wordpress aku, kat situ ada no contact)

Monday, January 4, 2010

Close electricity to save our planet!

Semalam, dengan kerjasama bebudak rumah aku dan juga para pegawai TNB daerah pantai timur, kami telah mengadakan kempen "Close electricity to save our planet" di mana, kami telah menghentikan segala aktiviti di rumah yang menggunakan elektrik selama sehari (insyaallah). Ini bagi membuktikan yang kami sangat menyokong usaha WWF untuk selamatkan dunia yang kian teruk di ancam oleh manusia sendiri. Aktiviti ini akan berlanjutan sehingga bil elektrik di jelas kan.


inilah gambar aku, apex & kamil semasa menjalankan kempen tersebut!

Sekian,
A.L

Sunday, January 3, 2010

Hezzery & Leeyana











Ini lah antara gambar2 yang aku dapat snap masa kenduri si Apex dan leeya hari tu..ada banyak lagi gambar sebenarnya..tapi ini dulu lah! hehehehe...

TAHNIAH untuk Hezry & Leeyana...
(Semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya)

Sekian,
A.L

Thursday, December 31, 2009

bye bye

Permulaan yang baru...

Yang lepas, biarkan lepas. 2009 merupakan tahun yang cukup mencabar bagi aku. Apa yang berlaku? Ini adalah antara peristiwa-peristiwa yang tak dapat aku lupakan...



  • Aku di tawarkan berlakon dalam satu projek filem pendek bertajuk 'MAYA'. Filem ini di hasilkan oleh yana, atiq & ayed. Masa projek ni gila best! jumpa kawan-kawan baru dan sedikit sebanyak aku juga dapat belajar dalam penghasilan filem pendek nih! Terima kaseh kepada mereka dan juga crew2 yang terlibat! ^_^ (iyer2 aku akan bagi korang tengok nanti, aku pun tak tengok lagi cerita tu)
  • Canon 1000D yang merupakan camera pertama Digital SLR aku hilang! Atas sifat kecuaian aku, camera ini hilang! Masa ni hilang mood sekejap untuk berfoto.
  • Bercuti di Pulau Redang Terengganu, 1st time aku menjejakkan kaki di sana, 1st time buat aktiviti snorkling dan 1st juga aku bercuti dengan kawan-kawan (tapi semua bawa couple, aku sorang ja solo..caiiittt)
  • Aku mendapat pengganti canon aku tu dengan Didi - Nikon D90. Masa ni dah semangat sikit nak berfoto. Masa aku dapat Didi ni juga lah aku banyak belajar pasal camera, maksud aku asas pengunaan camera.
  • Blog aku masuk majalah remaja. Hahaha..macam tak percaya ja masa bebudak karangkraf tepon aku dan minta izin nak review pasal blog aku ni.
  • Di panggil interview oleh wartawan karangkraf (Munira Roslan) untuk satu agenda 'remaja dan fotografi'. Selain aku , Sheera (kawan baik aku), Azzahary (Sifu pertama yang mengajar pasal camera), dan mie (animator di inspedia) juga di di interview. Hahah..kecik sungguh dunia nih!
  • Join amet dan adif untuk buat 'arto'.
  • Jumpa ayuna setelah lama terputus hubungan, dan akhirnya..masing-masing meluahkan perasan dan beliau kini menjadi milik aku (baru fasa pertama)

  • Didi mempunyai kawan iaitu Fify - Nikkor 50mm f/1.8 D.
  • Mengambil gambar untuk majlis akad nikah dan juga dinner untuk kawan baik (Hezzry / Apex / boy). Masa majlis ni juga, aku banyak dapat tunjuk ajar dari Azam Rashid - Seorang photographer yang juga kawan tadika aku.

itu lah antara benda-benda yang berlaku pada aku sepanjang tahun 2009. Masih banyak benda yang nak aku buat, nak aku capai tapi tak dapat. Hurmm..so 2010 aku harap aku dapat...

  • Projek filem pendek bersama shee & mie.
  • Tambahan accesories kepada Didi - Batry Grip + Speed light + back pack.
  • Lap top. (untuk memudahkan aku meng-edit gambar)
  • Ilmu-ilmu yang banyak dalam photography.
  • Lepak - lepak bersama Shee, Mie, & Amir (gila lama tak lepak sama-sama)
  • Lepak ramai-ramai dengan my brothers - Adif, Amet, Apex, Afiq, Apit, Wan
  • Buat recording untuk 'Adam Bands' - tukar nama laa oiii
  • Update blog dengan lebih kerap! ;p



Hurmm..itu ja kot buat masa sekarang! Nanti kalau ada lagi aku tambah! hohoho..Okaylah semua, terima kaseh kerana membaca. Adioooossss!!!

Selamat Tahun Baru..
May all the Great thing will come to all of you!

peace..ciaaaaauuuuu!!!

Sekian,

A.L

Wednesday, December 23, 2009

Sedar tak sedar!



Pejam celik, pejam celik..dah hujung tahun 2009! cepat sungguh masa berlalu, banyak dah benda berlaku dalam hidup aku. Ada yang pahit ada yang manis, ada yang datang, ada yang pergi. Well..itu la kehiduapan. Apa-apa pun selamat tinggal 2009, dan selamat datang 2010. Mari persiapkan diri untuk menempuh tahun yang lebih mencabar....

Sekian,
A.L

p/s: Insyaallah, sebelum 2009 berakhir aku akan cuba buatkan sedikit bingkisan apa yang berlaku terhadap diri aku pada tahun 2009.

Thursday, December 10, 2009

Hasil Random Fify...

Fuhh!! Buat masa sekarang, aku sangat-sangat teruja menggunakan fify. Rasa sangat menarik, depth dan bokeh nya memang mengkagumkan aku. Rasa tak rugi aku beli fify. Di sini aku letakkan beberapa hasil Random Shoot dari fify, tapi aku tak touch up apa-apa pun pada gambar ni melainkan resize, oh! dan ada beberapa hang tekan 'ctrl + Shift + u' untuk function desaturation.....Selamat melihat!























Sekian,
A.L