Monday, March 30, 2009

Sesuatu yang ingin di kongsi...


Perihal gambar:
Sebenarnya gambar ni adalah gambar lama yang aku editkan balik. Apa yang aku cuba buat di sini adalah aku = boneka/puppet. Kalau korang perasan, selalunya aku akan letakan gambar yang ada kena mengena dengan entry, sama juga dengan entry kali ni, cuma kali ni aku nak sapa-sapa yang ada masa terluang tu, cuba cari kaitan antara gambar di atas dengan entry kali ni...boleh? pastu ceritakan kt aku. Tak ader menang kalah, just nak tahu apa yang korang dapat dari gambar2 yang aku selalu edit nih...jelas ker tak msg yang aku cuba sampaikan..^__^
selamat mencuba!


2 MINGGU
Tempoh paling lama yang pernah aku alami...

Hurm, sudah 2 minggu aku di hinggapi belbatuk yang cukup mengganggu hidup aku sekarang. Nak tidur susah, nak mandi susah, nak kerja susah, nak bawa kereta susah, nak b***k susah, senang cerita semua susah lah! Ubat batok dah 3 botol kat rumah tu. Kekerapan aku meminum ubat batok tu dah macam seorang penagih ubat batok tegar yang kerap kali mahu terbang mencari satu 'kedamaian' T___T

TERENGGANU
Pulau Redang

3 April - 5 April aku, Apex dan Kamil bersama-sama teman masing-masing (kecuali aku) akan berada di Redang,Terengganu..yeah! "ne..ne..nene ne...ganu kito~!" So minta maaf kepada deqnoe tak dapat menghadiri majlis tu nanti, tapi insyaallah aku akan cuba untuk gi pada minggu yang berikutnya! ^__^



Sesuatu yang ingin di kongsi bersama
DOING THE WORK YOU LOVE

Do you remember when you were young and anything you wanted to do seemed possible? What happened to those dreams? Okay, maybe it wasn’t realistic to be a rock star, and maybe you decided there were some negative things about being a policeman. But what happened to your belief system that told you, you could be anything you wanted to be?

As you grow older, you realize that your occupations, or J.O.B. (Just Over Broke), must provide adequate income to pay your financial obligations. So you stopped dreaming and took the first job that provided you with some sort of financial security. You rationalized this by reasoning that a job is a job and you’ll find fun and happiness after work or on the weekends. But do you really find happiness this way? Wouldn’t it be better if you could work at what you really love to do instead of complaining about your work? Is it still possible to find a job that makes you truly happy? It’s never too late to try to find a job that you actually enjoy doing, but it does take a little time and effort.

First and most importantly, develop the belief system that you can do anything you want to do. This is your life and you have the opportunity to steer it in any direction you choose. Don’t let your fears or our beliefs hold you back. You are the captain of your life and you can do whatever you want to do.

Now, start out by finding what you’re good at and what talents you actually possess. Recall your youth and what you once loved to do. Remember the things that always came easier to you than others. Analyze which values are important and how these could all translate into possible occupations or careers. Be creative and don’t rule something out just because it’s not very “sensible.” Remember, you’re just exploring the possibilities. Once you have some ideas, share this information with those who offer the kind of positions you might be interested in. You might be surprised about the positive response you receive.

Wouldn’t you really rather enjoy what you do? Wouldn’t you prefer an environment where work becomes effortless, instead of draining? A job where you can grow and develop while tapping into your personal creativity. Wouldn’t that make you a better father, mother or spouse in the long run? Allowing yourself to realize your own ambitions can have a positive affect on everyone around you.

by Corey Wells
(c) 2009 YouQuoted.com


p/s: Teringat masa kecik-kecik dulu, aku selalu ditanya - "adam! bila adam dah besaq nanti, adam nak jadi apa?", soalan tu cukup payah untuk aku nak menjawab, sehinggalah umur aku 9 tahun. Masa tu aku bertekad nak menjadi pelukis komik kerana masa tu hanya melukis yang aku tahu.

Pada masa tu, hari-hari aku melukis, tak kira di mana-mana pun, buku sekolah, buku teks, dinding umah, dan bila dah bosan semua tu, aku lukis di lengan dan kaki aku pula. Pernah di antara kawan-kawan yang nasihat aku, supaya jangan jadi pelukis, sebab kerja macam tu tak der masa depan katanya.

Friday, March 27, 2009

EARTH HOUR!



yup! yup! yup! Rasa-rasanya dah tak perlu aku nak cerita pasal benda ni, musti korang semua dah tahu kan? So mari lah beramai-ramai kita padamkan lampu selama sejam. pada hari Sabtu (esok) 28/03 bermula 8.30mlm, tak susah kan? Mari kita selamatkan dunia kita yang kian uzur di sebabkan aktiviti kita sendiri.

p/s: tak lega demam lagi T__T

AdamLUBA

Monday, March 23, 2009

life dan X

It got 3 simple things in life, you got to choose either:

1. Be happy, or

2. Get happy, or

3. Just forget about it!.


- Greg house (house m.D season 4)
-

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Walaupun demam, walaupun batuk, tapi berbekal kan semangat untuk menyokong musik tempatan/independent (kononnya laa, sebenarnya semangat tu sebab dapat masuk free! tu yang sanggup walaupun sakit tu ;p) aku pergi juga ke QE2 untuk menyaksikan x-gig dari x-fresh.fm.


Hurm perancangan awalnya nak gerak kul 12 sebab takut nanti full and susah nak dapat tempat yg strategik, tapi akhirnya kerana perut yang sangat lapar, so gi makan dulu. Punya la sedap bantai makan (walaupun sebenarnya tak dak selera nak nelan) sampai sedar-sedar dah pukul 1. Adeh! hampeh...Kamil pun memecut laju menyelit di tengah-tengah kota raya georgetown sambil si apex, amet dan aku menyanyikan lagu marabahaya di selangi batuk serak-serak basah! tapi apa kan daya, "ku sangka lancar air mengalir ke muara, tapi jam di tengah jalan". so sampai la kami di sana pada tepat 1.30 dan di 'paw' RM3 oleh si penjaga parking yang bermuka separuh bangga bila mengeluarkan duit sebesar mempelam masak ranum dari poket seluarnya. Aku pun malu malu mengeluarkan seploh ringgit dari dompet yang hanya tebal dengan namecard.


Dam! sampai lambat, persembahan dah bermula, aku menempatkan diri aku di sebelah kiri stage yakni view yang selalunya paling aku tak suka sebab aku xleh nampak semua, tapi hari tu, itu adalah view yang paling best sebabnya jarak antara aku dengan artis yang membuat persembahan hanyalah 1 depa (kowang tahu kan unit ukuran 'depa') dan juga di sebabkan aku boleh nampak si-Dina berjoget-joget. wahhh cuteeeeee nyerrrr T___T .



Perhh! bapak tak hengat ramainya! nasib baik open air..kalau buat dekat bangunan kongsi tu..sure sesak nafazzz!!! Tapi enjoy lahhh! sehingga aku terlupa sekejap yang aku sedang demam+batok! Hari ni aku tak nak ulas apa-apa mengenai band yang perform sebab aku bukan pakar dalam bidang ni (walaupun sebelum ni dah 2 band aku ulas :p), cuma satu saja yang terasa sedikit best, bila guitarist si Grey Sky Morning bertanya kan sesuatu kepada aku+apex:

Petunjuk
---------------------------------------------------------------

GGSM: = Guitarist Grey Sky Morning
APX: = Apex
A: = Aku (adamLUBA)

---------------------------------------------------------------


inilah GGSM

GGSM:
"apa macam! ada overload tak?"


A: "hah!?"

GGSM: "OVERLOAD tak?"

APX: "tak..okay ja!"

A: "a'aa..dengar balance jer! cun!"

GGSM: "Oraite!"

A: "apex, ko tahu ker apa dia tanya tu?"

APX: "entah! 'a'aakan jer"

A: "erkk!!" (-__-")

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okaylah! batuk nih menghalang 'mood' aku untuk terus menulis...daaa!!!

Sekian,
A.L

p/s: Minggu lepas adalah minggu yang paling best! walaupun sakit..tapi sangat seronok!...Thanks for everything! *hug*

:: gambar-gambar adalah hak milik artOgroup!::

Sunday, March 22, 2009

epok-epok!

T___T

hari ni, genap seminggu demam + batok! adeh..keadaan ini membuatkan aku cukup malas nak kuar umah, walaupun begitu aku sempat ke x-gig di QE2 baru-baru ni...hohoho! akan aku update nanti! walaupun xder camera, dapat rembat camera amet pun jadilahhhh!!!!! okaylah! batok dah teruk...nak makan ubat batok nih! pastu sambung nengok house! (hari ni dari kul8am aku nengok house season 4 sampai malam..hahahaha!)

Sekian
A.L

p/s: sapa tahu epok-epok tu aper? clue yang di beri kepada aku - bentuk dia 1/2 sfera, bahagian atas macam 'atasinchi' (-_-")(citer katun jepun tu), warna kuning..sapa tahu bagitau aku!! huh! erk, lagi satu ia sejenis makanan...sesungguhnya aku memang tak tahu nama jenis makanan! T_T

Tuesday, March 17, 2009

si-Jono


maaf T__T

(Lukisan di atas adalah di ilham-kan atas kejadian semalam.)

Fuhh! demam dah sihat! mukus pun dah hilang, tapi si batuk ni masih degil dan terus tinggal di dalam badan aku nih! Tapi agak okay laa dari hari-hari sebelum ni. Terima kaseh atas khidmat nasihat doktor peribadi saya si Yana-jono! So malam ni last untuk si batuk bermaharaja lela, kerana esok pasti kamo akan tewaaass!!!

Hurm, semalam buat pertama kalinya aku tak tetdo selepas nengok cerita HERO. yang hairannyer, sebelum ni..cerita tu laa yang selalu mendodoikan aku untuk terbang ke alam imiginasi mimpi. Tapi semalam tak menjadi pulak! Siap boleh habiskan satu episode lagi. Nak kata effect ubat..abang kt farmasi tu kata "dik jaga dik, ubat ni kuat nih..nanti comfirm ngantok" - Ngantok kepala ayam ko! segar bugarrr jaaaa! ceh ceh! Hurmm..mybe ubat tu tak berkesan atau salah si Amet yang memekak men gitar time aku nak tetdo! hahahaha! (maap amet!!! gurau ja!)

Sekian,
A.L

Monday, March 16, 2009

Lompat beruk & bakteria bercinta



"believe life is constantly testing us for our level of commitment, and life’s greatest rewards are reserved for those who demonstrate a never-ending commitment to act until they achieve. This level of resolve can move mountains, but it must be constant and consistent. As simplistic as this may sound, it is still the common denominator separating those who live their dreams from those who live in regret."
~Anthony Robbins

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

WaBaF kini kembali beraksi!
lihat lah beruk-beruk berakal di lutut

Setelah hampir seminggu WaBaF di tinggalkan di bawah flat di mana hampir kesemua penduduknya adalah beruk-beruk yang di biar terkangkang tanpa pengawasan, kini ia kembali mengaauummmm! eh! ngaumm melampau nor bunyinye..hurmm oh! kini ia kembali berkokok di pagi hari. yeaaa!!!! kereta ku dah boleh berjalan. Hurmm mungkin ada yang tak tahu....

hari ni saya cerita kan....

Pada minggu lepas, atas sebab teruja yang amat sangat di campur dengan kelalaian diri sendiri, aku dah kehilangan sebuah beg camera, 1 sebiji camera (Canon 1000D) dan sebiji external hardisk (yakni bukan milik aku,tapi milik si ayed) di Kampung. So nak dipendekkan cerita, kunci kereta aku juga ada dalam beg tu. So terpaksa laa si WaBaF ni bertahan di bawah kandang beruk-beruk yang mempunyai kesedaran sivik di tahap sifar tu selama seminggu. Hari ni aku dah dapat kunci spare dari kampung, terima kaseh kepada Apex sebab sudi membawa kunci tu bersama-sama ke penang. So hari ni dia dapat berjalan kembali seperti biasa..dan terima kaseh juga kepada driver2 bas yang sudi menghantar aku ke tempat kerja pada minggu lepas, dan terima kaseh kepada amet dan apiz sebab sudi mengambil aku ketika pulang. Lepas ni dah tak susahkan korang dah! ^_^

So berbalik kepada beruk-beruk yang di sebutkan di atas..ingat peristiwa pagi yang berdarah? pagi tadi lebih kurang macam tu juga jadinya..cuma 'barang' yang jatuh bukan lagi pampers wanita, sebaliknya..ada telur, ada ikan, ada gulai, ada gula-gula getah! so kira pakej la pagi ni untuk aku sarapan. Baik hati kan penghuni flat aku, nak pergi kerja ada orang sediakan sarapan, letak atas pinggan besar pulak tu (bumbung kereta aku). saya sangat sayang penduduk flat saya! terasa seperti mahu meletakkan bagadel rasa asli di setiap pintu rumah diowang, bawu diowang tahu betapa busuknya tingkah laku mereka nih! itu aku tak ceritakan lagi tingkah laku anak-anak muda di situ pada tengah malam. hish! kalau lah si Klatuu tu datang tempat aku tengok diowang ni, dia musti takkan teragak2 nak musnah kan spesis manusia ni (sapa tahu cerita apa ni?)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

::CAUTION::
Penaklukan bakteria durjana

Semalam seram sejuk satu badan, ci campur dengan kepala yang berat! adeh! maybe nak demam kot! Siap semalam batuk aku dah kategori parah yang amat, selang 5 minit batuk..5 minit batuk..batuk batuk! Si Yana nasihatkan aku, soh makan penadol 2 biji(walaupun aku bawu telan 2 biji, sebab dia suwoh..aku telan lagi 2 biji..hahaha), minum air masak banyak (satu botol besar air masak aku tonggang..perut aku dah jadi perut amet hah), pastu tetdo pakai baju..(adeh! yang ni masalah sikit, aku selalu tetdo tak pakai baju..panazzz ooo..tp memandangkan yana memberi alasan-alasan yang kukuh, so aku pun ikut cakap dia, tetdo la aku pakai baju)....

bliinngggg!!!!!

pagi tadi bangun dah cam sihat sikit, badan tak rasa panaz sangat, tp aku still rasa sejuk sikit-sikit, batuk pun dah kurang..kadang-kadang jaa batuk!! fuhh!! harap-harap esok boleh sembuh sepenuhnya!

thanks yana! ^__^

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Part of life?
Kongklusi cinta lalu

There are nothing such as "i'm not part of your life"..once u enter in, ur foot steps will always in there! from the 1st time we meet, until this moment...u remain the same! nothing change..event my feelings still the same. Yah! i really don't treat u nicely..i know and i'm sorry! but u know somethings, being stand side by side with you is really hard for me. it's not that i don't want to see u..i just cannot control my selft when i see u. Please buy me some more time, i promise..after this, all will be back to normal...just like what u want it to be....

so...

frens?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian,
A.L

Friday, March 13, 2009

crew-crew MAYA


poster ni xder kena mengena ngn cerita, aku saja gedit nak edit

senyum mu
akan ku cacah di dinding
gelak tawa mu
kan ku mainkan di corong radio
kata-kata mu,
akan ku tulis di dalam diari

saat bersama mu,
kan tontong berulang kali di kaca tivi
sesungguhnya kamu,
penyeri laman kehidupan ku


terima kaseh atas ingatan,
crew-crew 'Maya' | art,mind&soulproduction


aku di make-up ben menjadi edward cullen (bapak perasan)

sedang bersiap sedia untuk memulakan pengambaran

jurukamera din! budak ni sangat baik, ramah dan tamah

bainun a.k.a ben, si kesan effect muka juga sebagai cable gurl


syana si watak utama


ehem..ehem.. "sayang nak makan mee goreng?"


yana dan atiq yang sedang di bakar kepanasan melampau


yana, atiq dan aku, kami sedang main lompat getah


crew-crew art,mind&soul production akan sentiasa dalam ingatan aku

dari artOgroup
(adam | amet)

Wednesday, March 11, 2009

Semoga Cepat Sembuh



Shee..cepat sembuh! ikut nasihat doktor, jangan lupa makan ubat! makan ikut time tau! As soon as i tak der urgent job, i gi melawat u! Rest cukup-cukup!

p/s: Fahmy, apa-apa nanti update aku na!
thanks!

Monday, March 9, 2009

Terima Kaseh & Maaf & kehilangan

Terima Kaseh


Kepada crew-crew Art,Mind&Soul Production, terima kaseh banyak-banyak sebab membenarkan aku untuk turut terbabit dalam aktiviti korang ni. 2 hari di set sangat menyeronokkan. Melihat telatah sorang-sorang yang pelbagai ragam, melihat kerjasama satu kumpulan, mendengar jeritan seorang-sorang, mendengar perbualan di mana konsonan di dalam ayat sumuanya menjadi 'i'. hahahaha..sangat best lah!

Juga terima kaseh kepada Yana sebab sudi mengajak aku untuk join, banyak benda yang dapat aku belajar, perhhh susah rupanya ek! hohoho!

terima kaseh kepada shana/maya sebab memberi aku keselesaan untuk meneruskan project ni, hohoho..kalau tak musti aku kekok gila! ^___^

terima kaseh kepada ben (bainun kan?) sebab menjadikan aku seperti hero dalam cerita twilight (bapak perasan aku) dan terma kaseh juga sebab bagi aku lagu ^_^

kepada din, terima kaseh juga sebab menenangkan aku (walaupun sebenarnya aku dah 90% tenang)

dan kepada yang lelain, terima kaseh sebab susah payah ke sana ke mari untuk menolong aku, walaupun kita baru kenal tapi korang dah tunjukkan nilai seorang kawan yang baik. aku sangat sangat hargainya (perhh masa ni aku tersentuh gila doh~ yana, klu u nak shoot part i nangis..u patut tunggu moment ni, cmfrm i meleleh secara nutural kerana tersentuh dengan keikhlasan kamu semua)

manager & director



Maaf

weh! berak ni..jangan la amik gambar

maaf sebab terlupa dialog, (scene dekat pasar tani tu, adeh!), maaf sebab tukarkan 'mood' korang dari sesuatu yang ceria kepada sesuatu yang muram durja.(sebab tu aku xnak sedih2 malam tu, aku kena kuat sebab aku nak korang happy), maaf sebab rasanya grooming aku masa scene last tak begitu sesuai, maaf juta juta juga jika ada percakapan aku, tingkah laku aku..atau apa-apa saja laa yang bekenaan dengan aku yang mungkin menimbulkan perasaan kurang puas hati..maaf yah! maaf juga atas kelalaian aku. T__T

Kehilangan


Setiap sesuatu yang terjadi ada hikmah dia tersendiri. So bagi aku, tak perlu nak tangisi pemergian si-dia. bak satu lirik lagu nih "bila ku kenang, ku renung gambar wajah mu, kisah yang lalu tak akan berulang lagi, katakan saja, cerita lama..usah di rayu pada yang tak sudiiiiii..." (erk betul ntah..hentam saja lah labuuuu)

Mungkin ada yang tahu mungkin ada yang tak tahu, so..yang tak tahu biarlah tak tahu..yang tahu tu, tahulah..(isskk banyak plak perkataan 'tahu' ni..teringat tauhu bakar la plak!)

Okay! dengan ini saya ingin menistiharkan bahawa segala aktiviti photographi saya akan di kurangkan, or mungkin stop sekajap dalam masa beberapa bulan or mybe tahun yang akan datang nih! minta maaf kepada mereka-mereka yang datang kesini untuk melihat hasil photo tu, hurrmm...tak dapek den nak nolong! tapi bukan nya tak der langsung tau! aku akan cuba usahakan untuk dapatkan juga shoot2 photo untuk kowang...(paling tak pun, gambar aku..hahaha boleh kan?)

Rumusan

manager yang baik hati

Minggu lepas aku telah mengikuti satu project dari art,mind&soul production (kan yana kan?) untuk membuat beberapa pengambaran di Perlis. Hah! aku begitu teruja kerana inilah kali pertama aku di beri kepercayaan untuk berlakon..hahaha! (sebenarnya sebelum ni dah ada..tapi aku tolak sebab keadaan masa tu tak mengizinkan - perhh tetiba aku terasa seperti masuk dalam tong sampah pastu angkat sendiri, gi jejalan di tengah kota). Semua berjalan dengan baik walaupun terdapat beberapa halangan, tapi masih dapat di jayakan (walaupun aku begitu suck dalam menghayati watak2 romantik). So segala perkembangan mengenai cerita ni..aku akan ceritakan nanti..iaitu paling lambat pun hujung bulan 5 ni..bukan apa, kalau nak cerita tu, baik cerita semua kan? tak nak laa cerita sekerat sekerat..tak best! (mungkin masa tu aku dah rindu ngn bebudak ni). Seronok tengok diowang ni bekerja, rasa macam best ja..tetiba aku rindukan bebudak kelas aku masa belajar dulu.


antara mereka yang menghiburkan

so itu la aktiviti aku masa sabtu dan ahad lepas, n isnin..aku stuck di rumah (penang) malas nak kuar layan house season 3 sampai tengah malam, n tetdo! so dari pagi aku berada di depan tv hanya bertemankan 6 ketul roti cokelat berserta air susu tanpa lemak sebotol. perhhh laaayaaaannnn!

Sekian,
A.L

p/s: gambar-gambar akan di update nanti!

Thursday, March 5, 2009

tag elsa & aktiviti

tag elsa
1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged



penerangan
Gambar ni diambil tahun lepas pada bulan 15/12/08. Gambar ni di snap oleh al-fahimie (mie) dengan menggunakan Nikon D80 milik Sheera. Gambar di ambil dengan menggunakan 50mm f/1.8 lensa di sebuah kedai mamak area bukit bintang. Masa ni, aku, shee, mie, dan raziq tengah tunggu panggilan dari si hamzee yang dikatakan mahu melepak bersama. Oleh kerana lensa 50mm tu baru sahaja di beli, so inilah masa aku dan mie mencuba, so nama pun mencuba sebab tu gambar ni sedikit blur sebab masih tak biasa dengan titik fokus. Oh! masa ni juga rambut aku sangat panjang...maksud aku, rambut depan..hehehe..erk lagi lagi, oh ya! sebenarnya pagi tu aku baru ja sampai kL, terus di ambil oleh shee dan raziq dan terus berjalan sampai ke petang..hua hua hua..sebab tu muka aku macam tak cukup tidor..penat babe!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambate!

yeh! yeh! minggu adalah minggu yang paling best! Kerja semua berjalan lanjar, dan aku baru beli DVD House season III (iya aku tau skang dah season IV, tapi apa salahnya beli balik season yang lepas? season I & II pun dah 3x aku nengok), pastu beli cita SEPI (yup! aku tak tengok lagi sebelum ni, di sebabkan oleh si Yana suruh aku tengok, aku pun tengok la..end up! cita ni sangat best..wah wah! lagi2 scene afdlin shauki! dan yang best lagi, sebab filem ni ada msg. Tak macam segelintir filem-filem tempatan yang lain, hanya sekadar "boleh tengok" ja).

So minggu ni ada project besar di Perlis, whish me luck okay! hah?! project apa? jeng jeng...nanti akan di beritahu...hahahaha! ni kira project 1st aku yang tak pernah terlintas langsung untuk aku nak buat benda ni...haihh! Thanks kepada yana juga la sebab dapatkan aku project ni..hohohohoho!

GAMBATE! adamokun!~
(sorakan untuk diri sendiri)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Snap-Spon
Sekarang aku mempunyai gejala menangkap gambar secara spontan, yakni tidak melihat melalui tetingkap di bahagian camera. Agak menarik, lebih-lebih lagi ketika memandu keseorangan dari Penang ker Kedah. So camera kena pastikan berada di luar beg dan pastikan mata anda berkeliaran mencari subjek untuk di tangkap. Jangan tengok hasilnya setelah tangkap, tangkap ja..pastu bila balik baru tengok..hahahaha! (aku tahu ni bukanlah cara profesional seorang photographer, tapi it's fun...sebab bila kita tak tengok...kadang-kadang kita akan dapat angle yang tak pernah di fikirkan...iyer iyer memang laa subjek akan lari, tp hey! inilah cabaran..)

hasil dari 'snap-spon'

di tengah jabatan pulau pinang!

next time..aku nak cuba ketika berjalan-jalan di georgetown plak


Sekian
A.L

Tuesday, March 3, 2009

baru lihat ^_^



adeh! dah seminggu lebih sebenarnya aku dah potong rambut! aduh! rindu dengan rambut lama, rambut ni agak pendek sikit, menyebabkan aku kelihatan seperti Sarip dol ketika mengacau cik salmah. wahh...rambut depan aku hanya sampai kening. Adeh! kali ni dahi aku yang 3 ela tu lebih jelas kelihatan..hua hua hua!

--Bebeq--



Hujung minggu lepas, si bebeq, aja dan amin datang ke penang. Selain tu ada juga ajib, amir, amin, ikan dan ramai lagi laaa! sungguh seronok bila dapat jumpa balik kawan-kawan lama. Bila di ingat-ingatkan, rindu rasa masa belajar dulu. Oh aku nak ceritakan pasal si bebeq ni (gambar di atas), dia ni laa antara kawan baik aku sejak aku belajar kat poli...

Fakta mengenai bebeq:
1. Dia ni minat gila avril, begitu juga aku...so first benda yang kitaorang sembang masa mula-mula jumpa adalah pasal si avril ni.
2. Bebeq mempunyai koleksi gelang hitam melebihi dari aku. cis cis cis
3. Masa bulan puasa, kami selalu ker pasar ramadhan untuk membeli taufu fa! (oh! taufu fa CM sangat sedap! alalalalala)
4. Dia ni sama majoring dengan aku (illustrasi), so kami duduk bersebelahan dan kesempatan itu, Dia selalu memukul aku dengan cara menampar belakang badan sampai merah!
5. Masa dalam kelas, bila ada 'break time' aku akan ker koperasi dan pastinya aku akan beli cadbury zip untuk beliau, kadang-kadang dia juga akan membelikan cokelat untuk aku.
6. Petang-petang selalu lepak dengan dia ni, main gitar depan rumah dia! (masa ni, aja dan yan pun ada)
7. masa aku semester nam, angah (asmuni) datang jb, tetiba dia cakap "muka hampa dua ni sama." hahaha..sejak tu, dia jadi adik aku..hahaaha!
8. dia ni suka hinata (character dalam naruto), di sebabkan dia 'kurang' cerah, so aku panggil dia HINATAM.
9. Sehari kalau tak menyakat budak ni, memang aku akan tak senang duduk!
10. Nama dia bebeq di sebabkan..... (erkk, tak perlah, biar budak2 DRG 6 2006 ja laa yang tahu ^_^)

p/s: bebeq...nanti datang penang jangan lupa gitau! hohohoho...windu ko! and aku nak semua gambar2 malam tu! minta kat SAL! huhuhuh

Sekian,
A.L

Monday, March 2, 2009

entry yang kosong!

Perhatian: Entry ini adalah 'merapu' semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah berada di dalam liang lahat.

Tag dari Elsa Soraya...tag kali ni amat menarik, macam-macam aku nak merapu ni..tapi memandangkan masa tidak mengizinkan, so..hanya setakat ini sahaja yang mampu aku buat...

...tag dari elsa soraya...
.........3.........
.......2.......
.....1.....
MULA!



My Debut Album
Things you do when you've nothing to do. Now you've been tagged, read the instructions below ;)

1 - Open http://en.wikipedia.org/wiki/Special:Random
The first random wikipedia article you get is the name of your band.(alternatively, if the first article you hit is short, hit Random Article two more times.)

2 - Open http://www.quotationspage.com/random.php3
The last four or five words of the very last quote of the page is the title of your first album.

3 - Open http://www.flickr.com/explore/interesting/7days
Third picture, no matter what it is, will be your album cover.

4 - Use photoshop/paint or similar to put it all together.

5 - Post it with "My Debut Album" in the "caption" and TAG the friends you want to join in. (naaahh..i don't want to tag anybody)



album ini di produce dengan menggunakan duit kocek sendiri

5 Fakta mengenai album:


1. Nama band di ambil sempena nama sebuah game jepun. Dimana ia mengambarkan keberanian seorang budak lelaki dan perempuan yang menggunakan pedang 'mana'. Aku dan band mate yang lain merupakan 'kipas-susah-mati" kepada game ini dan di sebabkan itulah kami menamakan band kami sempena nama game ni.

2. Tajuk album adalah dari kata-kata Jose Ortega y Gasset (1883-1955) yang berbunyi "Love is that splendid triggering of human vitality... the supreme activity which nature affords anyone for going out of himself toward someone else." Aku begitu tersentuh dengan kata-kata darinya. Beliau juga merupakan sumber inspirasi aku di dalam menulis lagu dan lirik.

3. Cover album pula, gambar di ambil oleh jeriko1kenobi yang bertajuk 'viginia'. Gambar ini di ambil di taman negara pulau pinang dan model nya merupakan seorang penjual wantan mee di jalan perak.

4. Walaupun title album di dalam bahasa omputih, tapi lagu-lagu di dalam semua adalah di dalam bahasa melayu.

5. Muzik di dalam album ni di mainkan dengan genre J-Goth secara Akustik dengan penyerapan lirik-lirik yang memaparkan kisah-kisah hidup. Kisah ini adalah 'base on true story' .