Wednesday, February 25, 2009

salah kah bermimpi?

adakah ku bisa?



lari dari dunia,
menyembunyikan rasa,
menghindari kata-kata,
adakah ku bisa?

papa kepada kaya,
tua kepada muda,
sakit kepada sasa,
adakah ku bisa?

tinggal sedih muncul gembira,
khayalan adalah satu yang nyata,
satu kini sudah dua,
adakah ku bisa?

bermimpi?
...
adakah ku bisa?

Aku selalu tanya diri aku sebelum tidur, "adam!, apa yang hang buat hari ni? Esok pula hang nak buat apa?" dan kadang-kadang aku akan bayangkan apa yang bakal terjadi pada aku dalam 10 tahun dari sekarang. (dalam buku '8 to be GREAT' ada menyatakan, seseorang itu memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun untuk berjaya! ).

Masa ni, macam-macam yang aku bayangkan, punya kerjaya yang berjaya, mempunyai anak-anak yang comel, mempunyai galeri persendirian (dimana tempat aku melukis dan mengantung hasil2 lukisan aku tu) di rumah, ada studio muzik sendiri(full set macam studio jam). Tivi digantikan dengan projector yang memancar ke dinding putih. Terdapat balkoni di luar, dan ada meja jepun di situ, so malam-malam lepas balik kerja, sebelum masuk tidur, rehatkan minda di balkoni sambil minum air milo panaz! di temani seorang wanita yang di sayangi (bini aku la tu) menceritakan apa yang di buat hari ni. huhu! well aku tahu, tak semua yang kita nak tu kita akan dapat, tapi sekurang-kurangnya aku punya 'sasaran' hidup dan itu memberikan aku satu landasan untuk bergerak ke depan...betul?

persoalanya sekarang....

salahkah aku bermimpi?

mampukah aku bermimpi?


Sekian,
A.L

Sunday, February 22, 2009

Hello! Is this the.....band?

Tak semua yang kita rancang, kita akan dapat!

Sabtu lalu sepatutnya aku ke Kuala Lumpur untuk mengambil gambar pertunangan si Apex (Hezry) dengan Sleeper (leeya), atas beberapa sebab yang tak dapat di elakkan aku terpaksa membatalkan hasrat aku untuk pergi. Maaf kepada mereka-mereka yang terlibat. So apa yang aku buat?

Sabtu 21/02/09

Dalam kira-kira pukul 4 petang aku berada di wisma kongsi (erkk, betul ntah nama dia? kalau salah, maaf noo) berdekatan jeti pulau pinang. Ramai remaja-remaja tengah melepak di situ, baik lelaki, baik perempuan, bagi perempuan, dari free hair sampai laa ker bertudung, yang lelaki dari gaya rock sampai la ke gaya yang aku sendiri pun tak faham (di mana lelaki tersebut memakai ranti manik putih sebesar biji mata aku yang panjang nya mencecah pusat). Apa yang mereka buat di situ? hah! mai cek nak habaq! Sebenarnya hari tu ada 'gig' ataupun lebih ramah di sebut 'persembahan musikal berkumpulan secara berdikari' atau pada masa ini dikenali sebagai 'indiependent music show'. Di katakanDalam kira-kira pukul 4 petang aku berada di wisma kongsi (erkk, betul ntah nama dia? kalau band-band yang membuat persembahan semuanya dari Kuala Lumpur. Aku tak tahu sangat sebab aku datang pun dah pukul 4, dan di katakan juga persembahan start dalam pukul 1 petang. so 'time' aku sampai tu memang dah nak dekat hujung-hujung la.

Masa mula-mula aku sampai, sekumpulan anak gadis yang boleh tahan comelnya sedang berada di kaki lima tangga sambil menghirup air kotak jus rebina. (aku rasa budak sekolah lagi nih). dan dalam masa yang sama juga ada satu band baru datang (aku agak la, sebab diowang bawa gitar kiri kanan), Sesampai sahaja bebudak band tu di bahagian tangga aku dengar budak-budak perempuan ni menjerit "Ahhhhhhh...bunkface! I love u! AAAAAAAAAAAAAAA!". Laa baru aku tahu itu kumpulan bunkface rupanya..hahaha! maaf lah sebab aku memang susah nak mengecam orang (padahal aku pernah dengar lagu ja, muka diowang memang aku tak kenal pun.) Tapi tujuan utama aku pergi bukan lah nak melihat bunkface, tapi untuk melihat sebuah band yang boleh di katakan hebat juga dari cyberjaya. Kenapa aku katakan hebat? sebab diowang hebat laa..adeh! sebab apa lagi kan?alalalala....okay2..band yang aku maksud kan....


Hello! Is this the band? (guys! sorry atas kesalahan ejaan di dalam gambar!)

Dy - Singer
Fahmy - Guitarist
Shazmir - Guitarist
Hidhir - Bassist
Shahfeeq - Drummer



Serius aku cakap, aku pergi tu semata-mata untuk melihat band ni. Kalau bukan kerana band ni memang tak pergi aku ke situ. Tuhan saja yang tau, kalau korang ada sana...5 minit ja aku kasi, comfirm korang keluar (kalau korang macam aku la, kalau korang tegar dengan gig so tak menjadi masalah kot). Dalam masa 5 minit tu juga la lense kamera aku di penuhi wap-wap air. Kira setiap 5 minit aku kena lap lense aku, kalu tak memang tak boleh amik gambar la. So berbalik kepada band ni, aku sebenarnya tak pernah pun dengar lagu diowang, juga tak pernah pergi show diowang. Kenapa aku cakap tadi "aku pergi tu semata-mata untuk melihat band ni"? sebab ada antara ahli mereka kawan aku ^_^. dan aku pun dah lama rasanya tak turun ke pentas gig ni.



Masa hello! Is this the band? masuk ke pentas, aku telah pun berada betul-betul di bahagian hadapan kiri pentas (bagi aku dah kira posisi terbaik laa tu dalam keadaan seperti berada di dalam tin sardin dan di letakkan di bilik sauna). Niat hati aku cuma nak ambil gambar ja, tak lebih dari tu. Tapi setelah mereka memulakan petikan gitar, lantunan drum stick ..tanpa aku sedar aku terikut men'head-bang' di situ..sampai terlupa yang aku dalam keadaan sesak nafas 5 minit sebelum tu (siyes! cam nak pitam pun ada ritu, basah tak yah cakap la, sib baik luar hujan, so klu owang tanya boleh cakap "tadi kena hujan!"..hua hua!



So aku dah tak larat nak taip so aku ringkaskan ja ek!

1. Dy : Suara comel tapi bertenaga. Cara persembahan menarik + bertenaga, menguasai keseluruhan pentas. Pandai berinteraksi dengan crowd (bagi aku, sesuatu yang patut ada dalam setiap persembahan mana-mana band pun).



2. Fahmy : Persembahan agresif yang TERBAIK! (gila best tengok mamat ni main), juga menguasai keseluruhan pentas dengan baik.



3. Shazmir : Persembahan yang cool, nampak bersahaja. Senang cita 'MACHO' ala-ala desperado gak la! hohoho



4. Hidhir : Persembahan dia juga agak agresif la, penguasaan pentas yang baik. Juga pandai berinteraksi dengan crowd. Part paling best dia ni masa permulaan lagu cover dari paramore, ada satu ketika tu, dia swing guitar dia ngam-ngam leher si Dy ni. Masa tu berdegup gak laa jantung aku melihat, tapi cam slumber ja, mybe si hidhir ni dah badjet ngam ngam! ; )



5. Shahfeeq : Dia ni best tengok! bermain dalam keadaan yang sangat enjoy, kita yang tengok ni pun enjoy. Ada satu part agak lari sikit temponya dari yang lain, tapi sekejap ja dapat kejar balik. Pukulan pun agak bertenaga dari mula sampai habis! gila syok tengok!



Keseluruhan: Persembahan agresif sesuai dengan lagu yang di bawa, mood lagu juga berjaya di sampaikan melalui persembahan. Bijaki menguasai ruang pentas dengan sepenuhnya. Berinteraksi dengan penonton dengan baik. Bagi lagu yang di mainkan, bunyi agak sharp dan kurang kedengaran bunyi yang licking atau harming (mungkin ada sedikit tapi tak berapa jelas / di 'cover' dengan baik). Sound vocal dengan music agak tak seimbang, mungkin juga di sebabkan masalah technical pada microphone.



Pendek kata, RM18 yang di laburkan hari tu amat berbaloi! ^_^ terima kasih kepada fahmy sebab memberikan sedikit informasi pasal gig dan juga pasal band ni...Ini adalah pendapat ikhlas dari aku (walaupun aku bukan lah orang yang arif dalam bidang musik - terang-terang memang bukan bidang aku, tapi gedik juga nak bg pendapat -__-" ) so guys! kalau tak percaya korang boleh mendengar sendiri atau pun menghubungi mereka di myspace mereka (http://www.myspace.com/helloisthistheband) atau pergi sendiri tengok depa perform (informasi persembahan dapat di lihat di myspace depa). so.."Hello! Is this the band?"



Sampai sini saja laa dulu, nak sambung buat kerja ni! ciaaaaauuu~



Sekian,
A.L

p/s: 'Hello!' nanti kuar CD bagitau! ^_^

Wednesday, February 18, 2009

Tag by Elsa Soraya

Tag-dah lama rasanya tak buat benda-benda macam ni. So, kali ni aku di tag oleh si elsa soraya (salah seorang bloger kegemaran aku).

1.....
2.......
3...........
tag bermula!!!

1) Tag 8 people to do this quiz. (Those that are tagged cannot refuse:)


2) Continue this game by tagging 7 other people.
  • adifDAS
  • shee
  • dya
  • diana hamasuba
  • ahmadsymy (bob)
  • jojie
  • amet

1.What have you been doing recently?
Kerja (design), Jika ada masa terluang aku akan habiskan dengan membuat perancangan apa yang aku nak buat dalam tahun ni. ^_^

2.Do you ever turn your cell phone off?
Hurmm, pernah! terutama sekali time kerja.

3.What happened at 10am today?
hurm, aku di depan iMac milik office aku, sedang melayari blog si pemberi tag ni. menunggu entry baru dari beliau. tapi hampa~ T_T

4.When did you last cry?
erk, elsa! nak kena jawab ka? adeh2..baru-baru ni! aku tak menangis yang keluar air mata. dari segi luaran aku nampak normal. tapi aku menangis di dalam. sebab....hurmmm! kadang kala diam lebih baik dari bercakap. :P

5.Believe in fate/destiny?
yah! tapi tak sepenuhnya! sebab aku percaya kita sendiri yang tentukan nasib kita. "sesungguhnya tuhan tak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan orang itu mengubah nasibnya sendiri".

6.What do you want in your life now?
success..and share it with people!

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
umbrella..sebab aku pakai kameja..mana ada hood! adeh!

8.What's your favourite thing to do on the bed?
bermain gitar! lagu kegemaran aku sebelum masuk tidur, 'belaian jiwa' dan 'your call - secondhand serenade'

9.What bottoms are you wearing now?
seluar kakis bewarna cokelat.

10.What's the nicest things in your inbox?
'askm kwn2.nak alamat, nak post kad kawen. - zai Net' hoho..kawan aku yang satu masa dulu nya pernah cakap dengan aku xnak kawin, alih-alih dia yang kawin dulu.

11.Do you tend to make the relationship complicated?
naaahhh~ i don't like complicated..aku suka simple, sweet dan adoroble! =^_^=

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
wait, let me check..hurmmm hurmmmm...nope! not today! hahahahahaha

13.What was the last movie you caught?
Music & Lyric. serius..aku movie ini sangat sweet! lagu way back into love adalah terbaik. membuat kan aku teringat kembali zaman-zaman "dalam hati ada taman".

14.What are you proud of?
my career!

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
(empty), baru-baru ni aku dah delete semua msg dalam inbox oleh sebab capacity yang sangat rendah, dan yang terbaru pun xdak sebab sekarang ni aku dapat msg ja terus delete..huahua!

16.What was the last song you sang out loud?
'Belaian Jiwa', sebelum tidur semalam. Tutup pintu, tutup lampu, baring atas tilam, ambil gitar...1,2,3..."seindaaaahh.......

17.Do you have any nicknames?
hurm, 'luba' and the meaning is.........(ada gak orang panggil 'pusat', USB, antu gigi, tooth fairy, A.L, lubang & macam-macam la) panggil adam dah laa oi!

18.What does the newest text say?
'ya ka, aku terpaksa p png.tmn aida blik.klo x tepaksa naik bas la aku. x mau juin ka. mari sama2 naik bas.huhu. (msg dari si adif membincangkan tengtang macam mana hendak ke kL hari jumaat ni)

19.What time did you go to bed last night?
2.00 am

20.Are you currently happy?
hurm..i'm totally happy..but kadang-kadang bila ada 'moment' tertentu..terasa laa juga sedihnya! well..

21.Who gives you the best advise?
my CEO

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
Erkkk...nope! are u?

23.Who did you talk on the phone last night?
adif

24.Is something bugging you now?
yah! my feelings T__T

25.Who was the last person to make you laugh?
Kamil - dengan keyboard barunya...yeh yeh!

-----------------------------------------------------------------------------------------------

hurm! nak cerita apa ek! alalalalala...bytheway! hujung minggu ni, insyaallah kalau tak dak kerja urgent di office, maybe aku akan berankat ke kuala lumpur. ^_^. tujuan utama kali ni adalah nak ambil gambar untuk member aku si Apex ni bertunang dengan puteri batu bata nya. hoho, terus terang aku agak excited sebab ini kali pertama aku nak pergi majlis pertunangan dan ini kali pertama nak shoot untuk majlis tunang! hohoho...Leeya! nanti ajak kawan ko yang cantik-cantik tau! hehehehehehe! okaylah sambung buat kerja! huhuhu

Sekian,
A.L

p/s: entry ni sebenarnya di buat semalam (18/02/09), tapi atas beberapa sebab, aku tak dapat nak post nya semalam. huhu!

Tuesday, February 17, 2009

Ku harap ku punya sayap,



ku harap ku punya sayap,

agar terbangku tidak di jumpa,
agar rasa ku tidak di duga.
agar perasaanku dapat di simpan,
agar pergi ku adalah aman.

ku harap ku punya sayap,

kerna ku sudah penat berjalan,
merentasi darat dan lautan,
kaki ku sudah lesu dan kepenatan,
di tusuk duri-duri bisa dalam kehidupan.

ku harap ku punya sayap

penulis,
adam

p/s: pelik, aku sendiri rasa pelik masa buat entry ni. Mungkin sebab aku sangat letih, dan aku tak berdaya nak berfikir secara waras. boleh di katakan aku sendiri tak sedar apa yang aku tulis ni, dah siap! bawu aku baca. hahaha.

Monday, February 16, 2009

way back!







Way Back Into Love

I've been living with a shadow over head
I've been sleeping with a cloud on my bed
I've been lonely for so long
Trapped in the past, I just can't seem to move on

I've been hiding all my hopes and dreams away
Just in case I have in need of them again someday
I've been setting aside time to clear a little space in the corners of my mind

All I wanna do is find the way back into love
I can't make it through without a way back into love

I've been watching for the stars that used to shine
I've been searching but I just don't see the sign
I know that it's out there
There gotta be something from my soul somewhere

I've been looking for someone to shed some light
Not somebody just to get me through the night
I could use some directions
And I'm open to your suggestions

All I wanna do is find the way back into love
I can't make it through without a way back into love

And if I open my heart to you
I hope that you'll tell me what to do
And if you help me to start again
You know that I'll be there for you in the end

song from 'Music and Lyrics'

sekian,
A.L

Sunday, February 15, 2009

Pelik&Malang!

Minggu ni ada 2 perkara pelik, dan 3 nasib malang.

pelik yang pertama,

Friday the 13th,
Aku sampai umah dalam pukul 11pm, semua dalam keaadan normal (maksudnya tiada apa-apa yang ganjil lah). Masa tu si Apex tengah ber-gayut dengan si slapers kesayangan dia (juga di kenali sebagai puteri batu-bata), aku dan Kamil sedang bersembang sambil melihat tivi 12inci setengah. Mendengar cerita-cerita sedih dari si Kamil, pengalaman berlumba kereta satria dengan enjin evo 12 piston itu menyebabkan perut aku terasa lapar. So tekat la aku untuk turun kebawah (umah flat, penat ooo! kalau saja-saja nak turun, TAK DAPEK la!). Masa aku nak buka pintu, langkah aku terhenti sekejap! mata terpandang susuk tubuh wanita berpakaian serba hitam dengan mata sebelah bewarna putih & sebelah lagi bewarna hitam. fuhh! iklan anak betong! gila cam best! (peminat cerita-cerita anker). So setelah hampir seminit setengah melihat iklan tu, aku pun meneruskan niat aku untuk turun membeli makanan. aku pun membuka pintu..

BANG! terkejut aku! 2 ketul burger berada betul-betul2 di hadapan pintu. siap berbungkus plastik bewarna hijau yang opacity nya mybe dalam lingkungan 70%. "Aik, burger sapa kah ini?" Tanya kepada kamil, "mana nak pi tau, hang saja letak kan kt situ?" kata Kamil sambil senyum ala-ala micheal jacson dalam 'Ghost'. "Jadahnya aku nak letak burger depan pintu? baik aku sumbat ja dalam perut." balas aku separa marah kerana dituduh meletakkan burger. "Apex! oiii..hang mai sini sat, misteri nusantara nih!" jerit aku memecah kesunyian malam. " DIAM la oii! nak tidoq pun tak senang!" suara dari jiran sebelah yang berang kerana suara aku yang lunak! "Aik! burger sapa tu?" tanya apex setelah kepenatan berlari dari biliknya ker pintu depan (biasa laa..perut kandung air!) "Mana aku nak pi tau!" balas aku sambil ketawa kecil melihat apex sudah berpeluh. "Buang ja oi, mana tau ada orang nak santau ka! bahaya ni!" kata si Kamil tiba-tiba dengan dahinya yang berkerut-kerut. Pernyataan si Kamil tu membuatkan aku dan si Apex memandang sesama sendiri dan dengan serentak kami berkata, "Missssteeerriiiii!"

so aku pun meneruskan niat aku untuk membeli makanan, kamil sambung tengok tivi, dan si apex sambung kegayutan nya tadi. Sampai saja aku dibawah, baru teringat perihal burger tadi, "alamak! bukan ka aku nak buang burger tu td?" adeh! boleh terlupa plak aku. "tak pa la, lepaih beli roti ngn air susu, jap lagi buang lah!" bisik aku seorang. Masa turun dan ke kedai, aku tak nampak pun mana-mana manusia mencurigakan kecuali anak-anak muda, yang lelaki dengan plastik gam di tangan, yang perempuan dengan baju ketat, suar ketat dan muka ketat. okay! abaikan, lepas membeli aku pun naik semula di atas! "Aik mana burger tadi?" burger yang sepatutnya berada di depan pintu rumah aku dah hilang. Aku pun masuk dengan muka penyek sebab memikirkan perihal burger yang kejap ada, kejap tak ada tu. "Mana burger depan umah tadi?" kata aku kepada si Kamil yang masih menonton tivi. "Amet dah pi buang dah! harap hang owang suwoh buang, dia buat tak tau ja!" balas si Apex yang tetiba muncul dengan sebakul kain menuju ke arah mesin basuh model singer, menawan keluarga bahagiaaa! hurmm, pelik kan? persoalanya sekarang...

1. Siapa yang hantar burger tu?
2. Kepada siapa burger tu di hantar?
3. Burger daging atau ayam?
4. Adakah diletakan sos tiram, cheese dan mayo?

pelik pelik...sungguh misteri friday the 13th-ada kah jason yg datang untuk memberi burger tu?

pelik yang kedua,

Saturday of 14th
Aku tidor dari 4 pagi sampai 4 petang. mybe tak pelik bagi kowang, tapi bagi aku pelik, sebab selewat mana pun aku tidor, busuk-busuk paling lewat aku akan bangun pukul 11-12. ni sampai 4 petang! PELIK!


Malang

peristiwa ini berlaku masa nak pergi jamming semalam, jamming pukul 11, so nak pergi makan dulu kt subaidah. so bergerak la kami ke sana....

1. Nasi lemak ayam goreng sedap yang di order tak sampai-sampai. "cis kata 15minit, ni dah 50minit tunggu" so aku pun cancel ja nasi lemak tu, sebab masa dah suntuk untuk gi jam. Lapar ni..malang!

2. Di sebabkan terlalu lapar, masa ontheway nak ke kereta si apex ada kedai runcit, so aku pun benti la kejap untuk membeli roti dan air mineral (malam ni aku vokal so kena banyak minum air kosong - jaga sora laa konon) kuar ja aku dari kedai runcit tu, keta si Apex dah tak dak, si Apex pun tak dak! HARAMMMM! masa tepon si Apex, rupa-rupanya diowang ingat aku naik dengan si Kamil (oh lupa, kami kuar dengan 2 kereta malam tu). Adeh! di tinggalkan..malang!

3. Di studio, ada beberapa lagu aku menjadi vokal, dan ada beberapa lagu aku bermain cak lempong! tapi malam tu sayang! sebab keganasan si Amet, simbal kecik buka katup juga dikenali hi-hat telah rosak di bahagian pedal (putus urat utama) dan si abang studio tu mngambil simbal kecik buka katup tu untuk di perbaiki. so berdengdang laa kami tanpa nya selama sejam. Hampeh! kena guna crash jaa...so lagu rasa tak cukup 'hun', atau FEEL kata orang tua-tua....Malang!


itulah nasib ku dan kawan-kawan ku yang misteri dan malang!

Sekian,
A.L

Thursday, February 12, 2009

Ucapan

Kekasih, couple, teman, girlfriend & boyfriend, awek & balak, dan macam-macam lagi gelaran yang diberi kepada mereka pasangan lelaki & perempuan, lelaki & lelaki, dan perempuan & perempuan yang berpacaran. Hubungan yang secara am-nya lahir dari perasaan kasih & sayang.

Adakah semua yang berpacaran tu mempunyai perasaan kasih & sayang?
Adakah yang 'solo' tu tiada perasaan kasih & sayang?
Semua orang ada pendapat masing-masing.


14 February merupakan hari yang di sambut oleh mereka yang berpasang. Kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari kekasih kepada:

Sheera&Josh, Adif&Aida, Mie&GadisLRT, Shafiq&Nazneen, Noe&Fandy, Hezry&Leyaa, Aqim&Akeem, Diana&BFnya, Afiq&Yana, Shazwan&Husna, MatDee&Orbit, Nadia Yuna&BFnya, Munira&BFnya, Kamil&Fiza, MatSedap&GFnya, Udd&Tunangnya, Khai&Isterinya, Amir&Ida, Nida&Syazwan, Alia&Azmeer, Mastura&BFnya, Zainet&Tunangnya, Atiqah&BFnya, Kamil&Fiza, Ciya&BFnya, dan kepada semua kawan-kawan lain yang mempunyai pasangan.

"Kasih&Sayang adalah satu anugerah yang diberi-NYA. Hargai ia sepenuh hati! Semoga hubungan anda semua kekal hingga ke akhir hayat!"

daripada,
Kawan, Sahabat, Rakan, Teman,
A.L

p/s: Tahun ni aku sambut dengan camera aku. eh! kasih sayang bukan terhad kepada benda-benda hidup ja kan? aku sayang camera aku apa! hehehe!

Diam!



Kadang kala...
diam lebih baik dari bercakap!

Bila bercakap,
ada hati yang menderita,
bila bercakap,
ada hati yang buruk sangka,
bila bercakap,
gula menjadi cuka,
bila bercakap,
air menjadi bara,
bila bercakap,
kawan menjadi lawan,
bila bercakap,
malaikat menjadi setan,

Kadang kala...
diam lebih baik dari bercakap!

diam tidak bermakna bisu,
diam tidak bermakna dungu,
diam tidak bermakna boleh di buli,
diam tidak bermakna benci..

kadang kala...
diam lebih baik dari bercakap!

Yang terdiam,
adam

Monday, February 9, 2009

Jom Pi Penang!



"The Temple of Supreme Bliss that sits majestically at the hills of Ayer Itams is perhaps one of the remarkable gifts that Penang possesses today.

The symbolic and unique characteristic of Kek Lok Si is made well known not only tolocals but also to the mass population of Malaysia. It is like a name that closely related to history of Penang as a whole. Right now, it has becomes one of the top tourist attractions in Penang that is frequent by travelers all around the world.


Kek lok si, temple of supreme bliss, pagoda, penang island, penang vacations, penang tourist attraction" - http://www.penang-vacations.com/kek-lok-si.html



Pada masa cuti raya cina yang lalu, aku dan beberapa rakan office aku telah melawat tempat ini. Yup! walaupun tempat ni adalah tempat beribadat bagi mereka yang mengikut ajaran budha! tempat ni juga menjadi salah satu tempat pelancongan yang menarik di penang. Lampu-lampu dan tanglong hanya akan di gantung masa perayaan hari cina sahaja. Setahun hanya sekali nih, jadi aku pun taknak lah melepaskan peluang ni untuk melihat sendiri apa yang menarik dengan tempat ni.



"WoW!" itu saja yang dapat aku gambarkan masa sampai di sini. Tersangat cantik! tempat nya juga menarik, iaitu di atas bukit. tapi masih ada lagi tempat-tempat yang sedang dalam proses membaik pulih! Hurm, tahun depan mybe aku akan pergi lagi, tp kali ni aku nak pergi dari petang sampai malam. musti best!

Di sini aku sertakan beberapa keping gambar untuk anda semua!









sekian,
A.L

Sunday, February 8, 2009

thanks guys!

Hari ni jalan agak lengang! Dalam sesaat dua aku rasa pelik. "Mana pi semua kereta nih?". oh! baru aku teringat hari ni cuti thaipusam, tapi aku tetap kerja. Oh mata terasa sedikit kuyu, pasai aku baru ja sampai penang pukul 4am td. Tak tau la pasaipa, susah betui nak pejam mata.


Sheera, mamat tak dikenali,adif dan mie

Ahad 08/02/09
- Bangun dalam pukul 12, siap-siap gerak ke rumah shee
- Pergi kenduri abang Acis @ Munira di KL (setup majlis tu sangat cantik! sangat dan sangat)
- Berjalan-jalan di BB, shee beli gitar akustik baru, Adif sesat masa nak keluar selepas ke tandas, Mie tegur sorang pompuan ni, dan pompuan tu pun angkat tangan balik, tapi rupa-rupanya pompuan tu angkat tangan pada owang di belakang mie (hahahahahahahahaha), selepas 10minit, baru perempuan tu tegur mie balik (ternyata mie tak salah orang, tapi keadaan tu sangat lawak bila mie cuba 'cove' malu yang teramat sangat tu)
- Masa balik, menyanyi beramai-ramai dalam kereta (tak termasuk aku, seperti yang sedia maklum! aku tak pandai nyanyi - insyaallah klu rajin nanti aku upload video tu)
- Jumpa leeya di NZ, sebab dia nak bagi hadiah kepada tunang dia (apex), masa mula-mula tengok hadiah tu, aku terkedu "bapak lah! laptop hp compaq", sayang betul dia pada tunang nyer! akhirnya pada pukul 4am pg tadi baru aku sedar yang aku telah terpedaya...seketul batu bata rupanya yang aku hurung dari kL ke Penang. cis cis!


munira & sheera

Maaf sebab tak banyak ambil gambar, bukan tak ambil langsung, cuma semua gambar di ambil menggunakan camera shee (baby80) so tak dapat la nak ditunjukkan disini. sekian dulu update untuk entry kali ni! sesungguhnya aku cukup mengangtuk!

Sekian,
A.L

attention: perasaan tak muka shee dah semakin berisi? hohoho..ini bukan teknik amik gambar ataupun effect liquify! shee betul-betul dah berisi, dah boleh tarik tarik pipi dia! yeaa! saya sebagai kawan dia sangat gembira! ^__^

p/s: guys! remember entry yg aku cakap pasal benda2 yang aku nak buat tahun ni? maaf sebab ada antara benda-benda tu terpaksa di batalkan seperti perkara no 1, 2 dan 7 atas sebab aku mahu lebih menumpukan perhatian kepada kerja aku sekarang!

Saturday, February 7, 2009

Nazneen & Shafiq













yeaa! aku sampai di pudu tepat pukul 6.00am. Hurm, melepak di area pudu, sempat juga aku ker pavilion sekejap untuk tgk graff jam tu pastu dalam pukul 11am gerak ke wangsa maju dan window shopping jap sambil melahap. Pastu seperti yang di janjikan aku ke rumah shee.

Wah! Baby WEU sangat cantik! sementara menunggu si Shee bersiap, aku melayan si Awan (adik si shee) tengok cerita tom&jerry (wah lama betul xlayan cerita ni). Dah habis bersiap si shee ni, kita owang gi amik si Mie, pastu lepak berhampiran di oldtown berhampiran dengan rumah shee. Hurmm..best best, bila lama tak jumpa ni, macam-macam benda yang boleh di bualkan. Pastu tiba la si adif...dah secara tidak di rangcang, kami ke Seri Kembangan, wah wah! Pastu lepak- lepak dengan guitaris 'Hello,This is the Band!'. Wah wah, baru aku tahu dia ni orang Aloq Staq. Nyembang-nyembang dan nyembang! sangat seronok!

Pada sebelah malam nyer kami (aku,adif,mie dan shee) ke Intai-Intai (tempat party bufday shee di langsungkan) untuk sama-sama menyambut bufday si Nazneen (GF Shafiq a.k.a Peek0 - shafiq ni adik shee). Sila lihat antara gambar-gambar di atas. Selesai upacara sambutan kami melepak pulak di NZ atas...dan lepas tu, hantar shee balik, dan yang lain balik ke Shah Alam.

Erk, okaylah adif dan Mie dah habis bersiap-siap tu! aku pula tak bersiap lagi nih...nanti aku update lagi aktiviti di KL..Insyaallah aku akan cuba ambil gambar banyak-banyak rini...ciaaauu!

Sekian,
A.L

Friday, February 6, 2009

KLKLKLKLKLKLKL



KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL Kuala Lumpur KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KLKL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL Aku KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL Datang KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL KL.

Sekian

Yang Tertekan,
A.L

Thursday, February 5, 2009

Hujung minggu ni...



Insyaallah! jika tak ada arah melingtang, aku nak p event kt ataih ni! Hurmm, flyer ni aku amik dari si Acit. sik baik jumpa blog dia, klu dak memang tak tahu menahu la aku pasal benda alah ni! adeh2..so kepada mereka-mereka yang mengemari Graffiti...jangan lupa datang! Kita jumpa di sana..sana...sana......!!!!

Sekian,
A.L

p/s: Shee u pergi kenduri tu tak?



Wednesday, February 4, 2009

Pagi yang berdarah!

Hari ni aku bangun dalam pukul 5.30am, 6.00am, 6.30am (sebenarnya aku kunci jam 3 peringkat, so macam ni la aku bangun hari-hari). Setelah bersiap-siap mana yang patut, dalam 7.10am aku kuar umah. Sampai ja kat tempat letak kereta (umah aku ni umah flat), aku pun cam biasa la, hidupkan enjin, duduk dalam kereta mengeliat kiri kanan dulu! Tetiba aku "Pek!", sesuatu jatuh betul-betul dekat bonet kereta. Memandangkan keadaan boleh dikatakan masih lagi samar-samar (nak kata gelap pun dak, terang pun dak), objek tu tak dapat dilihat dengan jelas. Aku pun keluar dari kereta untuk memastikan objek apa yang aku lihat tu.

"Asstafirrullahhalazim! Ya Allah, teguhkan la iman ku!", Itulah benda yang mula-mula aku cakap masa nampak objek yang berada di atas bonet kereta aku. Satu benda berbentuk lonjong, saiz sebesar tapak tangan, di tengah nya kelihatan seperti banyak darah - pekat dan kehitaman plak tu! Aku pandang tepat kearah benda tu. Lidah bagaikan kelu buat seketika.

Tiba-tiba di pagi-pagi buta tu aku terasa panas, bagaikan semua darah naik ke atas kepala aku, seperti nak meletup! aku pun pandang ke atas (di ingatkan sekali lagi, rumah aku adalah rumah flat), Kemudian aku menjerit.....















"Cilaka punya perempuan, kalau iya pun nak buang tuala wanita tu, buang la dalam tong sampah! yang dok pi lunguk depan kereta aku tu buat apa?"


Sekian,
A.L

(pagi-pagi dah buat aku mencarut, haihhh! geram betul dengan orang-orang di flat aku ni..tak ada kesedaran sivik langsung! )