Thursday, November 27, 2008

Tag Sexy! : T_T

Aku telah di tag oleh wanie weng, (memang 'weng' ar dia ni..!) adeh! sila ikut arahan iyer :

1. Baca entry kali ni
2. Dalam masa 15 saat, gelak puas puas!
3. Sila tekan ctrl+W (untuk computer) / comand(apple)+W (untuk mac)
4. Diam dan jangan di ingat entry kali ni, jalani kehidupan seperti biasa.
5. Selamat beramal ;p

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tag sexy by wanie weng T_T

Cara-caranya:

1) Sertakan tiga keping gambar anda yang anda rasa paling seksi.
2) Tak semestinya tak berpakaian atau mendedahkan, mungkin anda rasa senyuman anda masa itu adalah seksi, sertakan!
3) Nyatakan kenapa gambar itu begitu seksi di mata anda?
4) Tag 5 orang yang seksi.


because of my smile lol! and the girl also sexy hoho(poyo)


pose yang seksi, semua SGians sangat seksi (poyo lagi!)


(-_-") ....... (the biggest 'poyo' thing i ever do)..... T_T

mereka-mereka yang seksi :
1. Sheera (tgk muka jer pun dah seksi :D)
2. Jojie (hohoho..kawaiiieee ;p)
3. Amalinah
(hehee..nina..pose! snap!)
4. Amet (ini paling seksi nih)
5. Adif (mamat ni xseksi..seksaa hah!)

Sekian dulu, entry yang meraban xtentu pasal pada kali ni, kepada mereka yang saya rasakan seksi tu, buat jangan tak buat..yahooooooo!!!!

Yang seksa,
A.L

Tuesday, November 25, 2008

21st Sheera!


Adam, Mie, Shasheera, Wan, Amir


Happy Birthday Farah Shasheera Binti Rosli :D


Best Friend Forever

Sabtu 22/11/08
tepat jam 5 pagi, aku sampai di kota raya kuala lumpur. Ketibaan aku di pudu raya telah dijemput oleh Wan Sabah dengan muka tak cukup tetdo. Kami melepak dulu di depan kedai 24jam tujuh sebelas. Lepak agak lama, sebab terhibur dengan sorang brader yang main gitar awal2 pagi dengan lagu2 60-an yang cukup menyentap! Aku betul2 teruja dengan mamat ni. memang berbakat.


Service Reception?

Agak2 dalam pukul 630pagi kami berangkat pulang ke Ukay perdana (rumah wan). Lepak2 rehatkan diri, mandi, main gitar, sampai agak2 dalam pukul 12, bergerak ke Bukit Bintang atau nama glamor nya BB. Niat di hati nak teman wan carikan handphone untuk aweknya. akhir sekali aku plak yg tersangkut di situ. Adeh! so dapat la bini no 2 si HTC.


;p

So lepas habis berbelanja dengan bini no 2 ni, kami ke Tesco dekat2 dengan umah si wan ni. Dia nak jumpa client dia. so aku pun secara otomatiknya menjadi bodyguard beliau. perhh! dengar citer diowang punya project juta-juta ni, membuatkan aku terasa kecil saja kt sana. dah la si wan dan si client tu bercakap dalam 'slang' Sabah! adeh! aku hanya mampu menganguk ja walaupun haram tak faham.


Antara gadis-gadis cantik malam itu (=^_^=)

tap! tgk jam dah pukul 7mlm, alamak dah l
ambat untuk ke Birthday Party si Sheera. dengan keadaan hujan renyai-renyai, kami redah juga balik ke rumah untuk bersiap2! Aku sepatutnya busuk-busuk pun kena ada sana dalam 745mlm tp sebab beberapa sebab yang tak dapat di elakkan. Aku dan wan sampai dalam 815mlm. Oh! party berlangsung di restorant Intai-intai (sumpah lokasi tak strategik langsung, tapi kawasan nya sangat cantik!)


Dealova - Sheera - dia mmg cantik dan berbakat! :D

Majlis berlangsung agak lambat, dalam pukul 9 baru start. Serius party tu sungguh hebat dan sangat best, makanan semua sangat sedap! gadis - gadis yang datang malam tu semua cantik-cantik. lelaki pula semua hensem-hesem (erk, aku terkecuali laa ;p). Malam tu aku bertugas sebagai photographer (backup mie ja, dia photographer utama), dengan meminjam camera Shee (Nikon D80 + SB 800). Aktiviti banyak tertumpu kepada nyanyian, banyak bakat-bakat baru dan lama di dedahkan di sini. Paling aku suka sebab ada Rohana Jalil. Perhh..teringat mak dekat kedah! Shee juga ada turut menyanyi malam tu, lagu Pudar - Rossa dan Dealova - Dewa. Sedap sora dia (sapa nak video shee nyanyi dealova buzz aku cepat..hahaha. Yeah, dan yang paling best malam tu aku di puji-puji oleh mama. (Mie jeles..hahahah!). Selesai malam tu dalam pukul 1pg kalau tak silap. Penat babe! tp puas sebab dapat jumpa kawan-kawan, baik yang baru ataupun yang lama.


mama yang best!

Balik ke Ukay perdana dengan menaiki motor sambil membawa gugusan belon yang tertera shasheera 21. Sampai ja terus lelap! zzzzzzzzzz.......


(-_-")

Ahad 23/11/08
Pagi bangun dalam pukul 9. Wan pula bangun dalam lebih kurang 1/2 jam selepas tu. Ayat pertama dia selepas buka mata "adam, belon mana?" Hahaha, rupa-rupanya mamat ni mimpi kena kurung dalam belon. hahah..tetiba si Addin (roomate si wan/kawan masa poli dulu) tanya.."wei, nak McD?". perhh, bagai orang yang mengantok di beri bantal..aku terus angguk dengan kadar kelajuan malar 20km/j. sakit leher lepas tu. Hohoho..sambil makan masa tu tengok cerita 'love stink'. Lawak gila cerita tu. hoho..tup tap tup tap dah pukul 230petang. Aku dengan wan pun bergegas siap dan menuju ke ruma shee.


Amir, Sheera & Wan

Hari ni, kami merangcang untuk hang-out. Tonggak utama aktiviti hari ni adalah Mie, dia yang rancang tempat dan aktiviti yang nak buat. So sampailah kami di MidValley (Tempat ni banyak bawa kenangan kepada aku, dan kebetulan pula tempat yang kami lepak adalah tempat yang merupakan spot-spot kenangan terindah aku pada satu ketika dulu T_T). Yeah hari tu sebenarnya xbuat apa pun just hangout dan tgk movie - 'quarentine'. Jalan cerita agak menarik, effect boleh bagi 5 bintang, tapi cara penyampaian sangat sangat laa xbest. Sebab cerita ni dah macam blairwitch project dan cloverflied. So dengan view camera 1st person tu menyebabkan aku penin dan sangat mengantok. dah laa wayang tu sejuk gila. Adeh!


mereka ni sangat arif pasal ikan, terutama bahagian sirip! ;p

tap! sudah pukul 10.00mlm. Masa untuk berpisah. Masa aku salam sorang-sorang (Amir, Wan, Shee, Mie) tetiba rasa sebak plak. Ditambah lagi dengan suasana hujan renyai-renyai. Perhh..tak pernah aku rasa sampai macam ni. T_T. Tp keadaan memaksa. Setiap pertemuan musti ada perpisahan. So dengan berat hati..aku pun meninggalkan diowang. Masa tu nak jer aku suwoh diowang hantar aku sampai stesyen bas, tapi memandangkan setiap sorang ada hal yang musti di uruskan, so tak jadi la aku kemukakan hasrat tu. Dapat jumpa dan lepak pun dah cukup bertuah bagi aku.


saya bertuah kerana mempunyai kawan seperti dia :)

Macam tu ja laa cerita aku di KL, ada la beberapa benda yang aku tak sebut di sini. banyak sangat. Gambar-gambar pun aku tak amik lagi dari si sheera..so kalau nak tgk lebih lagi gambar2 masa kitaowang di kL..sila lah ke myspace si sheera ni. ;p (promote ni shee...hahaha)
Okaylah..sampai sini dulu. Daa

Sekian,
A.L

p/s: Credit to sheera untuk semua gambar di atas. Gambar ni ada yang diambil oleh aku, Mie, Shafiq dan sheera sendiri. Terima kaseh

Friday, November 21, 2008

Tag by Thara

huh! Baru habis kerja, cepat2 kena siapkan tag ni cepat2, mahu balik-balik kemas barang..kL kL kL..dalam kepala otak aku ada kL kL kL ja skang..... ;p
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song name down NO MATTER HOW silly it sounds.
4. Put any comments in brackets after the song name.
5. Put this on your journal.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. If someone says, "Is this okay?" ... you say?
- "A Beautiful Lie" - 30 Seconds to Mars

2. How would you describe yourself?
- "A Modern Myth" - 30 Second to Mars

3. What do you like in a girl?
-"Attack" - 30 Second to Mars

4. How do you feel today?
- " Battle Of One"- 30 Second to Mars

5.What is your life's purpose?
- "From Yesterday" - 30 Second to Mars

6. What is your motto?
- "Hunter" - 30 Second to Mars

7. What do your friends think of you?
-"R-Evolve"- 30 Second to Mars

8. What do you think of your parents?
-"Savior"- 30 Second to Mars

9. What do you think about very often?
-"The Fantasy"- 30 Second to Mars

10. What is 2 + 2?
-"The Kill" - 30 Second to Mars

11. What do you think of your best friend?
- "The Story" - 30 Second to Mars

12. What do you think of the person you like?
-"Was It A Dream"- 30 Second to Mars

13. What is your life story?
-"2000 Light Years Away" - GreenDay.

14. What do you want to be when you grow up?
-"American Idiot" - GreenDay.

15. What do you think of when you see the person you like?
-"Are we Waiting" - GreenDay.

16. What will you dance to at your wedding?
-"Basket Case" - GreenDay.

17. What will they play at your funeral?
-"Best Thing in Town" - GreenDay.

18.What is your hobby/interest?
-"Blood Sex and Booze" - GreenDay.

19. What is your biggest fear?
-"Boulevard of Broken Dreams" - GreenDay.

20. What is your biggest secret?
-"Brain Stew" - GreenDay.

21. What do you think of your friends?
-"Castaway" - GreenDay.

22. What will you post this as?
-"Closing Time" - GreenDay.

****************************************

With this, I officially tag 3 people :

a) Sheera
b) AdifDAS
c) AmetGABAN


Siyes lawak gila....adeh2...

p/s: maaf saya buat ni dalam keadaan kelam kabut! so xyah laa nak coment2 tajuk lagu tu..gelak sendiri sudah..hahahahaha ;p , dan mp3 saya mmg ada lagu2 ni jew..nak shuffle xboleh..mp3 aku xder function ni..biasa laa mp3 dah tua..sama mcm tuan dia

Sekian,
A.L

Thursday, November 20, 2008

KL lagi Tag lagi T_T

Minggu ni aku tutun ke kL lagi, eh! malam ni la aku turun! yeaaaa :D Tujuan aku kali ni sebab nak menghadiri satu parti hebat gilang gemilang (bufday my best fren!) Tempat aku tak tahu, sebab nanti si Wan Sabah yang akan bawa aku gi sana (Aku ni 'buta jalan' kt KL T_T). Tapi yang bestnya aku dapat jumpa Shee, Mie, Amir, Wan Sabah dan Adif (kalau dia pergi la!). Hohoho..walaupun baru 2minggu lepas jumpa, tp rasa cam dah lama la plak! haih macam ni la nasib hidup di perantauan, kawan-kawan semua kt KL! hurmmm...

Oh! ni part sedih, nak cari tisu jap, hingus dah meleleh dah ni! Aku turun kali ni tanpa yang tersayang, sebab dia ada kerja lain, isk isk...tak lengkap rasanya kalau keluar tanpa dia! uwaaaa...sayang, kenapa awak tak nak ikut, kerja tu skip la dulu! isk isk..tak nak nak biar saya travel sorang-sorang! uwaaaaaaaaaaaaaa~ T_T (hah! dah meleleh dah hingus ni! - padahal aku selsema hari ni, hampeh). Oh! oh! lupa nak bagitau sayang aku ni adalah si Canon 1000D. ;p

hohoho..okaylah! mahu start kerja! bye bye!

Sekian,
A.L

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haih! kali ni aku di tag oleh 2 orang sekali gus! adeh! mati nak menjawab nih... hahaha..oh! tp tag ni aku dah pernah buat sebelum ni..so kalau aku xnak tag orang boleh? boleh kan?kan?kan?

1. Tag by Eyka Hamasuba (adik member aku si Diana Hamasuba ;p)

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself NOW!.
2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this <---Xmau..uweeekkkk! ;p


yah..ini iMac office aku, hohoho..!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tag by Jojie Julie (aku dulu selalu kompius antara dia dengan cawak! T_T)

1. What is the relationship of you and him/her?
- Kawan se-poli, hohoho ;p

2. Your 5 impressions towards him/her.
- Antara yang paling comel dalam jabatan rekabentuk grafik (-_-")
- Gila gila (well kalau tak gila jangan masuk JRB la, iye x?)
- Open minded (fikiran terbuka lagi luas, seluas lebuh raya utara-selatan)
- Gila Seni (aku rasa la..ko gila seni gak kan?tp xleh lawan gila se yushi)
- Stylish (eh iyer ke?eh tak! eh iyer! eh tak!....hurm..boleh lah)

3. The most memorable things he/she had done for you.
- First kitaorang lepak dengan campus corner, masa dia konvo, aku rasa itu laa 1st dan last kitaorang lepak sama2! erkk..betul kan?hahaha...tp masa tu sangat best walaupun gusi aku bengkak time tu T_T

4. The most memorable things he/she have said to you?
- "Tak sangka ko kawan baik shee" <--- T_T (xder kene mengena pun, tp ini la ayat yang aku ingat bila sebut 'JOJIE'!)

5. If he/she become your lover, you will…
- turun kL tiap2 bulan sebab dia di KL aku di penang T_T

6. If he/she become your enemy, you will…
- erkk..ngadu kt yushi/addin..suwoh ketok pala dia laju-laju

7. If he/she become your lover, he has to improve his/her..
- hurm...no need lol~ just be what u are!

8. If he/she become your enemy, the reason is…
- dia dengki kt aku sebab aku jadi model masa kt poli..hahahaha ;p

9. The most desirable thing to do on him/her is?
- erkk..entah! dia kawan yang baik! tu jer!

10. The overall impression of him/her is…
- Comel, baik dan tersangat riang ria

11. How do you think the people around you will feel about you?
- POYO (peduli apa aku! janji aku bahagia! ;p)

12. The character of you for yourself is?
- Pendengar yang baik
- Tak suka marah-marah
- Agak boros terutama sekali dalam bab makan/minum
- Mudah terpengaruh (tp skang dah boleh kawal sikit kot)
- Suka benda yang cantik (seni, photo, pemandangan dan gadis)

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
- selft confident

14. The most ideal person that you wanna be is?
- understanding

15. For the people who likes you, say something about them.
- Ada ka orang suka aku? hurm, kalau ada terima kaseh banyak2.."suka" anda amat2 la dihargai sebb 'rare' la orang nak suka..paling lama pun 8 bulan ja(kecuali kawan2 baik saya la..itu saya kenal dah lama, tp belum tentu lagi diowang suka saya kan?). Apa2 pun terima kaseh sekali lagi sebab suka aku, aku pun suka kowang gak, jom lepak! ;p

16. Ten people to tag:
- Tak nak tag sebab aku dah buat tag ni. dan aku pun dah kekurangan kawan untuk di tag ;p

17. Who is no. 2 having a relationship with?
-N/A

18. Is no. 3 a male or a female?
-N/A

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
-N/A

20. How about no.5 and no.8?
-N/A

21. What is no. 1 studying about?
-N/A

22. Is no. 4 single?
-N/A

23. Say something about no. 6
-N/A

Monday, November 17, 2008

Cobaaaann~ T_T


monitor ku yang jahanam di jahanam kan lagi, amik ko! T_T

Cobaan...cobaaan....cobaan, "hai mambang tanah, mambang api,mam...."dah dah, terkesima sekejap aku dibuatnya. Haihh~ banyak betul dugaan-dugaan sekarang ni. Mula-mula CPU rosak, bila dah di baiki, monitor plak buat hal. Adeh! orang kata, orang yang berjaya ni pada mulanya memang banyak dugaan. (berjaya kah aku?hurmmm..satu hari nanti!) So kerja-kerja aku akan di 'hold-on' dahulu lah (adif sory! kerja ko xleh nak siap lagi la nampak nya).

okaylah, nak sambug buat kerja ni! (bos! minta maap pinjam masa jap nak update blog ;p)

Sekian,
A.L

Sunday, November 16, 2008

Maaf GF


Aku akan cuba dapatkan paling lewat hujung tahun ni!

Cuti hujung minggu di kampung sangat best! sebab dapat tetdo ja! siyes best..nak bangun dari katil pun dah malas. Hurm, computer di rumah (kampung) dah bengong! tak tahu napa tak boleh nak on9, sakit hati betul. Nasib baik ada hp abah, (hp idaman aku, alih-alih abah beli dulu, adeh!)


Mirrormask : dunia fantasi alam khayalan

Ada satu cerita aku tgk di tv smlm, mirrormask. Bapak best cerita tu, dunia di penuhi fantasi yang sangat berseni. Mood cerita yang agak gelap (kira senang citer macam alice in wonderland versi gothic). Kalau korang berminat dengan cerita-cerita fantasi dunia khayalan, kowang patut tgk cerita ni. (cerita ni tahun 2005, tp aku bawu tgk tahun ni T_T)

Jadual aku bulan ni, yea yea! hujung minggu turun kL, untuk menghadiri satu majlis rasmi (Rasmi ke?bg aku rasmi la sebab aku kena pergi juga apa nak jadi pun.. ;p) dan minggu selepas tu pulak aku kena membuat persiapan menyambut christmas untuk bebudak opis aku. Bulan 12 ni plak aku akan turun kL pada 25hb December 2008 untuk membuat side project dengan wan sabah. hehehe..tunggu wannn..aku datang!

kepada GF, saya minta maaf tak tunaikan janji untuk berada di samping kamu masa kamu memerlukan, dan maaf juga sebab tak call kamu semalam. T_T

Sekian
A.L

p/s: aku menulis ni dengan keadaan fikiran yang kacau bilau di sebabkan oleh beberapa benda yang berlaku dalam minggu ni. so kalau penulisan agak meraban tu.kowang faham2 sendiri la..

Friday, November 14, 2008

donut-donutan


Donut-donut dari Big Apple : Celebrate Soo Theng and Yinyin birthday

Sepatutnya aku balik Jitra malam ni, tapi secara tiba-tiba kereta aku cacat sebelah mata, so dia tak boleh nak jalan malam-malam. Perjalanan pulang ke kampung di tunda pada esok pagi, eh dah pukul 2.30pagi rupanya, so dalam beberapa jam lagi aku akan pulang ke kampung la.

"Mak, abah..tunggu cek esok! cek balik kampung...weeeiiiuuuuuu!!!"


Cokelat/koko adalah kegemaran ku!! arhh tak tahan..

p/s: sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa kt entry ni, just nak letak gambar jer! Donut oh donut. Oh bulan ni dan bulan depan aku terlalu banyak aktiviti. T_T

Sekian,
A.L

Maaf kalau sekarang ni aku banyak merapu dengan cerita-cerita hidup aku, lepas ni aku akan banyakkan lagi artwork-artwork untuk di letakkan di sini. Aku tahu korang tak suka baca cerita cerita pasal aku...sabar yer! computer aku tengah dalam proses pemulihan.

Monday, November 10, 2008

Riang ria di KL (update)


mereka hensem, cantik dan cool (Amir, Sheera, Mie)
(click picture to enlarge)

Minggu ni aku lepak bersama shee, Amir dan Mie. Banyak benda yang tak dijangka berlaku sampai aku hampir-hampir nak cancel kan 'hang-out" kami untuk hari tu. Tapi sesi lepak-lepak masih lagi diteruskan dan pada petang nya sesi di tambah lagi dengan seorang kawan lama aku si Wan Sabah. Aku mengucapkan terima kaseh kepada mereka semua sebab walaupun diowang sibuk masih sempat lagi meluangkan masa untuk keluar dengan aku.

(Shee nak uruskan kes keretanya yang di pecah dan perlu bersiap-siap untuk pulang ke MMU, Amir sibuk mengulang kaji pelajaran dan berkemas-kemas untuk pulang ke MMU pada keesokkan harinya, Mie pada esoknya ada Mid-Term dan Wan Sabah dengan kerja2 nya yang urgent. - sesungguh aku datang di masa yang kurang tepat!)


Best Friend Forever yah!
(click picture to enlarge)

Pembetulan dari Peeko (Shafiq):
"eh eh ade pembetulan haa kete si weu yg pecah tu bkn akak wa yg uruskan aaa..wa woo yg uruskan 4balai polis wa pg..die kt umah mandi2,mkn2,bwk kete mama..hah amat xadil ituh..haha"
(adeh! apa2 laa korang ni)

Kami melepak di KLCC dan pada sebelah malamnya ke Hartamas untuk melihat Arsenal VS M.U (adeh! dan aku bukan lah seorang fanatik dengan sukan bola) tp best sebenarnya lepak ramai2 macam ni, cuma mood aku sedikit terganggu kerana faktor-faktor kesihatan. Tengah malam bawu kami pulang. (mama shee tapaukan gulai ayam + udang masak sambal, perhhh sedap gilaaa..)


Mereka sangat 'COOL'!!!
(click picture to enlarge)

Keesokan harinya aku hanya lepak bersama Wan di UK Perdana, sebab keadaan hujan lebat tak mengizinkan kami untuk keluar menziarahi warga-warga Kuala Lumpur. Pada sebelah malam nya Aku, Shee, Wan Sabah, dan seorang kawan Wan yang aku tak kenali melepak di Starbuck Jusco Wangsa Maju dan aku bertolak balik dengan menaiki LRT ke pudu. Dari pudu aku pulang ke Penang dengan bas Transnasional.

Itu lah sedikit sebanyak yang aku buat minggu lepas, rasa-rasanya tak payah la nak bercerita dengan detail (kang kowang menyampah plak tengok tulisan banyak-banyak ni). Sampai sini dulu untuk kali ni.

Sekian,
A.L

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Buku Nota
kesalahan bahasa


adam: "shee, KLMU ni kt maner?"
Shee: " Dekat Laut Dalam"
adam: "Hah? laut dalam? ker Pantai dalam?"
Shee: "... entah ... Pantai Laut Dalam kot!"
adam: ".............."
Shee: "Hah, nama tempat tu Jalan Raja Laut ;p"
(selepas melihat satu papan tanda di tepi jalan)
adam: "erkk...!!!"



Perkataan-perkataan lain:
1. Kurdish - sebenarnya nak cakap Urdu - oleh Amir
(sila rujuk shee untuk tahu maksud sebenar)

2. Sehari - sebenarnya nak sebut sekali - oleh Shee
("pusing roundabout satu hari!")

3. Kaski - sebenarnya nak sebut kaki - oleh Shee
4. Mentaip - sebenarnya nak sebut menaip - oleh Shee
5. Aquarium - sebenarnya nak sebut Aquaria - oleh Mie
6. Calender - sebenarnya nak sebut map - oleh aku sendiri

T_T
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, November 9, 2008

Bantal & Selimut


from google

Sekarang jam 8.45am. Aku berada di office dengan keadaan yang agak penat.
Sebab apa?
sebab aku tak boleh nak tetdo semalam.
Sebab apa?
sebab tetiba aku rasa tak sedap hati.
Sebab apa?
Sebab aku rasa aku dah buat sesuatu yang salah dan bertentangan dengan apa yang aku selalu cakap dengan kawan-kawan aku.
Sebab apa?
Jujur, aku selalu cakap kita kena jujur dalam perhubungan antara kawan, kekasih atau sesiapa sahaja dan minggu lepas aku rasa aku adalah orang yang paling tak jujur dengan diri aku dan orang di sekeliling.
Sebab apa?
Aku ada alasan aku sendiri..biar la aku saja yang tahu! yang penting kat sini, aku nak minta maaf kepada semua kawan-kawan dan orang di sekeliling aku. Mungkin ada antara mereka yang terasa effect dia, mungkin ada yang tak perasan, mungkin ada yang sakit hati, apa-apa pun yang korang rasa, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku tak berniat nak buat macam tu.~haih harap-harap malam ni aku tenang sikit dan boleh tetdo dengan lena.

Yang bersalah,
AdamLUBA T_T

Saturday, November 8, 2008

Suka, sukates


from google

Plan di KL tak menjadi, mula-mula plan macam lain dan sekarang berakhir tak seperti yang di harapkan, tapi ia bertukar menjadi semakin menarik dan menyeronokkan. Ada banyak benda yang nak di 'share' kan disini (lagi-lagi bab nota2 kesalahan bahasa). Nantilah bila aku dah balik penang aku ceritakan apa yang aku buat di KL.

Oh aku masik lagi di UK Perdana ketika aku sedang menulis blog ni. Hujan lebat so tak jadi kuar lagi (serius tak tahu nak kuar gi mana). So plan aku hari ni nak amik seberapa banyak gambar yang mungkin.

Semalam sangat seronok, terima kaseh kepada Shee, Mie, Amir dan Wan. hurmm..harap-harap hari ni dapat jumpa diowang lagi, shee tengah menguruskan urusan peribadi, amir tengah tetdo lagi ni rasanya, mie pula tengah menghadapi mid term, wan plak..hah..dia ada kt sebelah aku ni, tengah on9 sama-sama kt cc bawah umah dia. hahahaha....Okaylah, ada banyak benda nak tulis, banyak gambar nak letak tapi keadaan masih tak mengizinkan aku menulis semua, so nanti la aku ceritakan....


sekian,
A.L

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Minggu ni aku belajar sesuatu, kadang-kadang kita perlu ketepikan kan perasaan diri dan sentiasa bertindak mengikut arus, omputih cakap "go with the flow", dan sekarang hati aku lebih tenang" - adamluba
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, November 7, 2008

lagi lagi KL..lagi lagi KL..haih~!


gambar ini di ambil dari google harap maklum!

Haih! balik balik turun KL..balik balik turun KL..aku pun xtau pasaipa aku dok boleh kerap sangat turun KL ni. Hurmm, tapi nak buat cam mana ramai kawan aku dok sana, so mana lagi nak pi kalau tak turun KL..iya dak? Cerita pasal kawan, baru-baru ni ada seorang kawan telah mengeluarkan kenyataan yang agak pedih (walaupun kenyataan itu betul).

"Asyik aku ja dok contact hang, hang tak pernah contact aku langsung."

" Balik-balik aku ja cari hang, hang tak pernah pun mai cari aku."


(
perhatian: ayat ini di ubah 'kata ganti diri' untuk tidak mengaibkan sesiapa)


Hurmm, kadang-kadang aku tak boleh ubah apa yang orang fikir pasal aku, tapi harap diowang boleh tengok sendiri macam mana 'hidup' aku sekarang. Lagipun aku dah biasa kena kata dengan orang, dari sekolah rendah, ke sekolah menengah, ke poli sampai la sekarang. Ada ja yang tak puas hati. haiihhh! (Kepada kawan-kawan rapat aku, sapa ingat apa yang depa dok kata kt aku? mari mengingatinya semula dan list down kat sini. apa-apa yang korang pernah ingat). Apa-apa pun yang lepas biarkan lepas, aku dah tak boleh ubah, yang penting masa depan masih kosong, hanya aku dapat mencorak masa depan aku. Hampa nak kawan dengan aku, aku terima, hampa tak mau kawan, aku tak marah, yang penting aku anggap semua kawan aku , dan aku akan terus hargai hampa semua sebagai kawan.

Okay-okay, cukup pasal benda di atas, aku cuma nak bagitau..


malam ni aku turun KL..yuhuuuuuuu!!!!!

plan aku:
jumaat: 7hb - 11.59mlm naik bas dari sg nibong, terus tetdo...
sabtu: 8hb - sampai KL
ahad: 9hb - balik penang (mybe balik petang sebab xmau sampai penang lewat sangat)

apa macam? gila detail kan plan aku ("^_^ )<--icon ni shee yang ajar

Sekian,
A.L

Wednesday, November 5, 2008

Nota



Mie dan Shee...nanti kita 'starbuick'! (ayat ni aku yang salah, sepatutnya starbuck..haihhhh~)

Urha - Usya / lihat by Mie
Kwat - Keluar by Shee
Maad - Maaf by Shee
Starbuick - Starbuck by adam

p/s: Ini adalah nota kesalahan bahasa yang digunakan semasa kami ber'ym'/chat/comnt/bercakap. Saya akan update dari masa kesemasa..marilah kita sama-sama memartabatkan bahasa.

Sekian,
A.L

Me and Smile

Tagged by Farah Shasheera Bt Rosli....
Adeh! kena tagged lagi, skang ni aku baru sahaja selesai menyiapkan tugas untuk hari ni, jam menunjukkan sudah 9.22mlm...dan aku masih lagi di opis!

......

A few things that make me smile:
1. Snap/Touch up photo
2. Sketch
3. Music/Jamming
4. Chocolate
5. Hang out with best fren
6. Reading/see other people artwork/blog
7. Hear her voice
8. "YM" with her
9. See her photo/smile
10. Time dapat gaji
11. Read my feveret comic
12. Travel
13. Beach (californiaaaaa...here we come!!!)
14. Art
15. Flirt
16. Making new fren
17. SGians
18. Work

:: aiyark, hanya ini yang dapat difikirkan buat masa ni...aduh! sangat mengantok sekarang! alalala..mari bersiap-siap untuk balik ke rumah, tp xleh tetdo lagi..sambung buat kerja kt rumah plak...hoohoho..kerja kerja..saya gembira bila ada kerja..alalalalala~::

Mangsa berikutnya:
1. Adif
2. Amet
3. Apex

Tuesday, November 4, 2008

Makan-Makan



Isnin lepas yakni 03.11.08, SGians (family's of studeo grafix) telah di sajikan dengan makanan sempena hari raya. Antara makanan yang di hidang kan, lemang, ketupat pulut, ketupat nasi, keropok dan beberapa kuih raya. Jamuan ini di sediakan khas oleh Shafrin, Atikah dan aku sendiri (adamLUBA). Makanan seperti lemang dan ketupat kitaorang beli (mana sempat nak masak sendiri) dan kuah2 seperti, kuah kacang dan kari ayam berapi di sediakan khas oleh Atikah (sedap ooo..sian dia masak sampai kul12 malam..untung bf dia...). Perhhhh..aku cerita, memang sedap gila makanan tu, lepas habis majlis makan-makan ni, kami ada family meeting..semua orang muka dah loi (tidak bermaya) penangan ketupat n lemang ni laa. hahahaha..tp bagus laa aktiviti macam ni, sekurang-kurangnya mereka yang tidak beragama Islam dapat merasa suasa hari raya.

Kat sini juga aku share something kepada kawan-kawan aku semua. "Please respect other people things!" Bukan apa, tak salah nak pinjam, tak salah nak guna tapi respect laa sikit. Aku tahu, aku pun pernah guna barang orang lain, tp aku hormat apa, aku jaga leklok, aku simpan balik, aku tanya dulu tuan empunya barang. Jap! kepada kawan-kawan aku yang pernah guna or pinjam barang aku, aku tak marah (kowang pun tahu aku jenis tak kisah sangat kan?), tapi tu la, RESPECT! itu ja aku minta, bukan kat barang-barang aku ja, tapi kat semua barang laa yang bukan milik kita. Tak salahkan kalau kita amalkan cara hidup macam ni? Semua orang gembira. Kita sama-sama betulkan diri kita, aku salah korang tegur, korang salah aku tegur!

Kenapa aku post kan masalah ni kat sini, sebab aku nak share dengan semua orang, korang kawan aku ker tak, marilah kita sama-sama Respect antara satu sama lain. Boleh?

Okaylah, entah kenapa tetiba pagi-pagi ni aku rasa nak cerita pasal benda ni, hurmm mybe sebab apa yang aku mimpi semalam...erkk apa yang aku mimpi ek?adeh! tak ingat laa pula..aiiyookkk.

Sekian dulu dari aku untuk kali ini, di bawah aku letak beberapa gambar masa jamuan hari raya tu..ENJOY!









Saturday, November 1, 2008

Banana Day Camp




Lama rasanya tak update blog (bukan minggu lepas bawu update ke?), Hurm, minggu ni aku begitu banyak kerja-kerja di opis, walaupun penat tapi seronok (tak di nafikan aku suka kerja aku, aku enjoy buat kerja aku).


So pagi tadi aku ada Banana day camp (Studeo Grafix Gathering). Huh, aktivi yang banyak mendatangkan faedah kepada kami (sg-ians) sebab banyak nilai2 murini yang dapat kami belajar masa menjalankan aktiviti ini.


Adeh malas plak nk citer panjang2...tetiba ada citer rocky kt tv3..best plak tu..hoho..nanti laa ada masa aku tulis panjang2 sikit, ini hanya sekadar nk meng-update blog jaa..hohoho..sila enjoy gambar yang di ambil, maap gambar xdapat amik banyak sebab aku terlibat dalam aktiviti.














Sekian,
A.L