Thursday, August 28, 2008

....!!!



Semalam, balik kerja ingat afiq nak masak, tp hampess! xdimasak juga, so terpaksa mkn luar laa gamaknya. Masa tengah syok layan citer 'Kekasihku Seru' (bapak seraammm) tetiba dapat panggilan dari amet. "Hang dah balik kerja blom?, aku dah sampai ni". Adeh! baru teringat nak kena amik amet kt stesyen sungai nibong.

Memecut dengan kelajuan malar, kereta Tiara memotong hampir kesemua kereta yang berada di hadapan beliau. Sampai sungai nibong, amet dah masuk keta sambil menghisap 'MALBORO' (bapak! sejak bila dia isap rokok nih), kamu pun menuju ke area-area USM. Sampai satu simpang 3 dekat flat pekaka, afiq, (pemandu rally berjaya) menekan break sekuat2 nya sehingga bunyi "syyrrreeeeekkk!" berkumandang, panjang bunyi nya. Lepas keta tu benti, enjin Tiara kesayangan aku tu pun turut benti. Aiyarkk..cilaka punya keta..

Lepas tu nak start balik xboleh, namblas kali aku start, Tiara hanya diam membisu. Aku ngan amet pun apa lagi, terus memegang bontot Tiara, lalu menolak sekuat2nya sehingga kelajuan mencecah 20km/j. Masa tu afiq di bahagian pemandu pun memasukan gear dan "preetutututut", Tiara ku hidup kembali.

Tanpa membuang masa kami pun terus bergegas balik kerana bimbang akan menolak kereta lagi di hadapan bebudak USM. Sampai umah aku cuba start Tiara aku tu lg, tetapi hampes..starter bagaikan tidak berfungsi. Sepi...sepi dan sendiri. Berbekalkan ilmu yang ditonton di dalam cerita kamen raider black, aku melakukan beberapa das tendangan padu maut di kiri dan kanan Tiara. "Padan Muka KO...dah banyak duit aku habis untuk ko, apa lagi ko nak? umah besar? baju baru? rantai baru?..hah?hah? jawab?" bebel aku seorang diri terhadap Tiara. Haihh...Tiara tiara, kang aku beli 5 siri kang..hah bawu tahu..!

so hari ni aku kena bangun awal, dan ke tempat kerja dengan bas. adeh2..lama xnaik bas, sekali sekala naik bas..best gak..huhuhu...

SEKIAN,

Wednesday, August 27, 2008

Demam + Batuk



Aku dah tak tahan lagi dengan kesihatan diri ini..

haih..

si Apex ni pun naper mandi lama sangat ntah..

lepas gi clinic..kita gi dominos..

hahaha...

jom jom..seblom tiba bulan berposa ni..

banyak betul benda nak makan..

haihhhhhh!

Tuesday, August 26, 2008

Malam ini~



termenung






dah seminggu lebih..
kejap demam, kejap tak...
kejap demam, kejap tak...
malam ni paling teruk, sampai bawa kereta pun dah melayang-layang
haih!

minggu ni juga asyik teringat beberapa perkara lama, seseorang yang telah lama berada dalam hidup aku...
haihh!

aku rindu kampung...
aku nak balik kampung..
DECIDE..hujung minggu ni balik kampung.
xjadi gi kL...
alaa nanti bulan 9 nak turun kL lg..
sbb ada Lewis punya wedding.
dah laa buat time lunch..
masa tu posa plak...adeh!


::saya rindu kamu..sungguh!::

ESTRELLA - Ternyata

Aku lihat dia pandangan pertama
Ternyata indah
Senyuman, Liriknya

Ku ingin dia, saat pertama
Berjumpa, dengannya
Membuat ku gelisah

c/o
Waktu berlalu hari demi hari
Hati ku dambakannya
Untuk bercinta lagi


Sunday, August 24, 2008

Laksa!

syyrruuppp




laksa





Hari ni dapat makan laksa, perrh PUAS aku. Dalam masa 2 hari ni aku banyak berjalan-jalan di tepi laut untuk snap gambar.

Sabtu
  • pergi opis untuk menyiapkan beberapa urgent job.
  • jumpa adif dan amet dekat queensbay.
  • teman adif beli barang untuk surprize awek dia.
  • pergi satu kampung tepi laut dekat dengan batu maung (lupa nama tempat tu) untuk snap gambar. Terjumpa Farah dekat situ, sib baik dia tegur dulu kalu tak memang aku tak kenal.
  • teman amet pergi bukit jambul, shoping barang untuk interview (barang kamdar sangat murah rupanya)
  • balik rumah sebab si aida nak hantar cokelat (yea yea..benda yang paling aku suka)
  • gi makan SUP HAMEED
  • lepak padang kota sambil snap gambar (Apex ni yang ajak tp sampai sana dia boleh gayut sampai kul 3, siot betul)
  • balik rumah kul 4pg terus lelap.

Ahad

  • bangun agak lewat, on9 kejap pastu layan spiderwick separuh.
  • gi balik pulau makan LAKSA JANGOS (yang gambar kt atas tu)
  • pastu pusing-pusing balik pulau sampai laa ker teluk bahang, nampak tempat yang agak menarik ja, benti snap.
  • afiq tunjuk buah tempatan yang baru, buah SALAT (langsat sebenarnya hahahaha!)
  • balik umah tgk Gang Straz sambil meng-update blog.

perh, 2 hari ni memang penat gila. Banyak berjalan sampai jerawat naik di pipi, bapak besar plak tu..adeh2. Banyak gila gambar yang aku snap tp malas nk letak semua, so bawah ni aku letak beberapa pic ja. Selamat melihat! (sambung tengok Gang Starz.......)


laut


jalan_laut


tonggol


sampan


Friday, August 22, 2008

lapar nasi~!



nasiiii~


hari ni satu hari hujan, aduh nak kerja pun rasa ngantok ja! hurmm tetiba aku lapar nasi berkonsepkan mamak, so tengah hari td aku pun gi laa lunch kt kedai mamak yang agak femes di pulau pinang, KASSIM MUSTAFA. (ada lagi yang femes, tp ini ja yang dekat ngn tempat kerja aku), sampai ja kt situ nampak plak ayam tandori, terus kansel makan nasi walaupun lapar nasi sebenarnya. Nasib baik masa balik kerja td (dalam 1230 mlm), apex ngn afiq ajak lepak makan kt restaurant SUBAIDAH dekat2 ngan USM. Terus aku bantai nasi lemak, PUUUAAAAAIIHH!

kerja hari ni berjalan agak lancar, dah lelehan air idong pun sudah berkurangan. allahmdullillah, dapat juga aku menjalankan kerja dengan lancar.

hurmm hujung minngu depan macam nak turun KL lg, hurrmm..duit lagi..hurmm, tempat penginapan lagi..hurrmmmm..tp boleh pi RANTAI event..hurrmmm..nak ker xnak..nak ker xnak..

hurmm...

hurmmmmmm....

hurrmmmmmmmmmmm...

ngantok laa plak..esok laa pikiaq lain..

Thursday, August 21, 2008

Meleleh~!


"Hati dan perasaan agak susah untuk di fahami"


Wahhh..hari ni hidung aku xbenti2 mengeluarkan cecair mukus..sangat susah dan tidak selesa untuk membuat kerja..pastu td kena sound sikit ngn bos aku..pastu dapat plak beberapa cerita yang kurang best pasal orang yang sangat penting dalam hidup aku..so hari ni adalah hari yang paling S#$%$ bagi aku..adeh2..xper2..COOOBAAAAAANNNN~


Kul 9 mlm td jumpa nina kt restourant JEMPUTREE, sebab nak celebrate bufday dayang..adeh2..xsempat nk snap banyak pic..sbb terlupa charge bateri..adeh2..nyesal betul..
alalala..


okay lah..kt bawah ni sedikit gambar masa sambut bufday tu..




IMG_0487
masa potong kek

IMG_0497
aliaa..kalu dah bercerita..SEMANGAT

IMG_0495
bf nyer si Alia

IMG_0503
adik Alia..dia sgt comel

IMG_0507
ini nina..dia suka main belon sampai pecah masuk dlm mata dia..hahaa

IMG_0481
dayang a.k.a bufday gurl


okaylah..dah kul 4 pagi ni..sok nk kerja lg..
ciaaauu..skang ni tgh hujaaann..yaahooooo..sgt selese utk tetdo

Monday, August 18, 2008

The best Thing~

adam_shee
dapat gak jumpa shee, walaupun sekejap, tp sangat seronok!


Wah! Penat gila..ni bawu jaa sampai dari KL..huhuhu..memang hujung minggu yang sangat seronok walaupun banyak plan yang dirangcang xmenjadi..hahaha..

Sabtu
  • 600pg sampai Kuala Lumpur,
  • mandi kt stesyen LRT pasar seni,
  • sarapan di KL Central
  • letak barang di tempat kerja Castelo (kawan apex)
  • jalan kaki dari pasar seni ke lowyat, lowyat ke sg wang, sg wang ke mcD dekat simpang empat tu (apa nama ntah tempat tu), mcD ke lowyat balik, lowyat ke sg wang balik, sg wang ke lowyat balik. Hasilnya..dalam RM2 rib habis.
  • dalam kul 4ptg gerak jumpa Amet kt One Cafe (betul ntah nama kedai tu)
  • amik barang dari Castelo, mandi manda dulu kt stesyen keretapi Kuala Lumpur, pastu gerak ke Kelana Jaya naik LRT
  • dari Kelana Jaya, Alia amik dan terus gerak ke Shah Alam (kenduri Zureen&Fitri)
  • dari Shah Alam gerak ke Putrajaya (shoot gambar).
  • Balik singgah Ampang (sbb Gina nak mkn burger kt situ! Amet plak order air, bapak besar gila cawan dia)
  • Balik ke rumah kawan Amet (dekat puchong perdana kalau xsilap)

Ahad

  • gi KL Central (naik rapid KL - bapak pemandu dia bawa ganaz gila, terpengaruh impak maksima kot)
  • makan KFC (zingger burger xhabis, nasib baik ada Amet)
  • gerak ke Segambut (jumpa Aida, letak barang kt Mont Kiara, terus gerak ke Zouk)
  • tengok konsert Mocca Live in Malaysia (bapak! best gila xhengat)
  • habis konsert gi makan kt tupai-tupai (naik kancil 6 orang, sempit gilaaa - aku, adif, amet, apek, aida n gina)
  • masa tengah makan tu dapat sms dari Shee..aku terus makan dengan gelojohnya sebab nk gi jumpa shee dekat cyber.
  • terus gerak gi cyber, sampai dalam kul1 pg. lepak kt restourant D.Alif dengan Shee (adeh!dapek jumpa 2 jam jaa..)
  • dalam kul3 gerak balik ke montkiara (aku bawa keta dah melelong sbb ngantok, siap sesat lagi masa kt cyber nk keluar ke KL)
  • sampai kul4 lebih kot..terus tetdo!

Isnin

  • Gi makan apa nasi india kt apa nama ntah tempat tu (maap aku bukan owang kL..so nama2 tempat ni agak susah aku nk ingat). Bapak nasi dia banyak gila..aku mkn sekali jaa..sampai skang ni kenyang lg..
  • dalam kul350 ptg gi amik Gina
  • disebabkan bas balik penang kul4 dekat pudu, n amik gina kt damansara plak kul350..sah sah memamg xsempat, nasib baik aida ngn adif pun nak balik penang..so tumpang keta diowang (dari kL sampai Penang - asyik memekak jaa dalam keta nak tetdo pun xbleh)
  • kul9mlm sampai Penang.
  • kul2 pg..aku tgh tulis blog ni, dan aku sangat penat, sampai apa yang aku tulis ni pun aku xtahu..apa yang terlintas..aku hentam jaa taip

hurrmm..tu laa serba ringkas aktiviti aku hujung minggu ni..kt bawah ni aku nak share sikit photo2 masa aku tgk konsert Mocca tu, tp letak satu-dua keping jaa dulu..nanti gambar full aku upload dalam fotopages (bukan sekarang laa..aku dh ngantok gilaa ni..nak tetdo dah).

so byebye and good niite...ciaaaauuuu!

may new camera

Rm2 ribu aku habis kt dia ni laa!

mocca_zouk1

mocca_zouk2

mocca_zouk3

mocca_zouk4

Thursday, August 14, 2008

Kuala Lumpur!



kuala Lumpur



Yeaa..malam ni aku akan ke Kuala Lumpur..Tetiba terasa teruja plak..hahaha..nanti dah balik aku akan ceritakan perjalanan aku kat sana..alalalalala....best best.."KOLOMPO..AKU DATAANNGG!" <---lama tak bercuti..sebab tu jadi macam ni..haaaiiihhh~



:: harap - harap dapat jumpa shee..alalalalala::

Monday, August 11, 2008

Betul ke?



"Btw, i msg ni sbb nk ngadu u smthng ni. Td i on9 ms. Komen2 dgn sorg mamat ni. I bkk la page dia, then ada gamba F**** *********. Bf dia ke?"

"Haa.Aah.Dia la! Bf F**** ********* ker? Sbb i tnya dia, dia kata tu gf dia.Hmm"

2 msg yang aku dpt cukup utk mmbuat aku terdiam...Eh! tp kenapa aku jd mcm ni? bagus laa klu dia ada bf! ada owang jg dia..gembirakan dia. Perlu ker aku tanya dia? kenapa aku nk tanya dia? dia bukan gf aku pun...tp kenapa aku rasa xsenang hati ngan msg ni? hurmmm....

300pg kerja bawu siap! haih ngantok! td balik kerja pun dh kul11..pastu terus gi sambut bufday pija..hahaha...kalakor betui budak tu..tp best! walaupun perancangan asal xjadi (lilin xnyala)haha..tp tgk kawan2 rasa seronok..sedikit sebanyak..aku pun tumpang seronok..

Sunday, August 10, 2008

Isnin, 0900

Adeh! Semalam aku dapat beberapa berita yang agak tidak menyenangkan, hilang mood nak kerja hari ni...aaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrhhhhhhhhhhhhhhh!

Friday, August 8, 2008

adamLUBA

seeyou




Morning! gambar ni aku amik masa bawu bangun td, menggunakan camera laptop apex(kawan aku). Resolution gambar ni agak rendah sebab tu kowang bleh nampak noise melampau kt bg tu. hurmm..ini lah secara ringkas apa yang aku buat kt gambar ni:

  1. Copy layer - dah jadi 2 layer kan.
  2. Filter > other > high pass - utk layer yg kt atas
  3. Merge - layer atas yang di high pass tu aku overlay ngn layer bawah..pastu aku merge "ctrl+E".
  4. smudge - lepas tu aku smudge (20%) kan kt area2 muka ngn tangan (nak melicinkan muka dari nosie2 yg melampau tu)
  5. Image > adjustment > selective color - kt sini aku kurangkan sikit color magenta ngn yellow untuk pastikan muka dalam gambar tu xbertompok (size kecik paham2 laa). pastu aku naikan sikit black untuk highligt sesetengah tempat.
  6. Duplicate - aku copy 2x layer(so dh ada 3 layer skang), layer 1 aku xsentuh, layer 2 aku desaturate kan "ctrl+U" + photo filer (sephia). Last layer 3 aku hanya desaturate kan dia (jd grey mood)
  7. Mask - layer 2, 3 tu aku mask kan, hanya guna brush - saiz brush layer 3 lagi besar dari saiz brush utk layer 2.
  8. Detailing - masa ni bergantung pada mata masing2 laa..aku tgk mana2 bahagian yg perlu smooth kan or sharpkan..touch laa..kt sini aku guna smudge ngn brush.
  9. Text - untuk suma text dalam gambar tu aku guna font 'Rage Italic'
  10. Save - aku save dlm bentuk jpeg.

Ini lah secara ringkas macam mana aku buat gambar ni..part yang paling lama, part detailing tu laa..banyak benda nk kena touchup (macam aku ckp low res..biasa laa banyak bintik). Background dia aku xtouchup sebab malas..hahaha...okaylah..aku nak pi mandi ni! adeh2..malas nya nak mandi..nak tetdo balik lah!




Monday, August 4, 2008

0130...

hello-hello..saja nk intro sikit kt sini...mlm ni mcm sgt panaz..xbleh nk tetdo..so lenjan jap com apex..hohoho..banyak benda aku nk cita ni..tp nanti laa..bila aku dh ada sebiji laptop..bawu aku serius ngan penulisan blog ni..

okay! sblom apa2..biaq aku cerita sikit..blog ni bukan nk cita sangat pasal aktiviti aku..aku tahu..xdak sapa pun yang berminat nk baca..hahaa..so insyaallah aku akan cuba kongsi segala benda2 yang aku minat and aku tahu...xkira laa..dalam design ka..photo ka..tp aku pun masih bawu blajaq..so aku harap dengan buat 'benda alah' ni..dapat menrajinkan aku utk mencari ilmu2 baru untuk di kongsi...tp kalu nanti kowang nampak ada cita2 pasal aktiviti aku..yg sedikit pun xberilmu..itu tandanya aku kebosanan...selain tu aku harap juga dengan penghasilan blog ni dapat melatih diri aku utk menulis (aku paling benci menulis..time kena buat karangan dulu, tiru mmber ja)

okaylah..sampai sini saja dulu intro aku..akan datang aku akan ceritakan sedikit sebanyak pasal diri aku dulu..senang..nanti takut ada owang cakap "apa mamat ni, tetiba nak kongsi2 ilmu..banyak sgt kaa ilmu dia?". Memang xbanyak ilmu tu, aku masih lg mencari, mencari dan mencari...so..jumpa lg..(hahaha..aku xrasa masa aku post blog ni nanti ada owang nk baca..sbb aku xhebahkan lg..nanti dh ada 2,3 entrance..bawu aku habaq)