Friday, March 4, 2011

aku kini....

Jam: 5.15am
Tempat : Restorant Mamak Istimewa Pulau Pinang
Mood: Baik....kot!

Masih lagi beruniform kerja, nak balik rumah masih lagi belom mengantok! so melepak la aku disini. Sedang cuba membuat entry supaya nak pastikan blog aku ni masih lagi hidup. So kepada kawan-kawan lama yang pernah satu ketika dulu mem'follow'kan diri mereka membaca entry merapu meraban aku ni, aku nak beritahu kat korang. aku hidup lagi, cuma sekarang ni aku sakit...aku sakit tenat di bahagian perut dimana mahu mem"poo poo" kerana dah 6 gelas nescafe aku bantai sejak dari jam 12.30am td.

Kenapakah aku masih lagi melepak di mamak di pagi-pagi buta ni? sebab aku tak boleh tidur (gila nam gelas nescafe, macam mana nak tidur) and aku tak bayar lagi berukband aku. so pinjam laa kejap wifi si mamak ni sambil mengkaya kan hidup beliau.

Rindu...

terlalu banyak benda aku rindu nak buat sekarang. terlalu ramai orang yang aku rindu nak lepak. Antaranya Shee dan Mie. Ya aku tahu aku claim diowang ni aku punya BFF sedangkan aku tak pernah act macam aku ni BFF diowang. Dan bertahun-tahun tak jumpa diowang. Aku rindu diowang semua, aku rindu nak lepak-lepak amik gambar tanpa peduli segala rule of photography, tanpa peduli sama ada gambar aku tu elok atau tak...hanya snapspon (snap secara spontan) di sini sana. Sangat enjoy aku rasa satu ketika dulu. Sekarang dalam pala otak aku..hanya kerja kerja kerja kerja..lalalala, hari hari kerja..lalalalaaaaa..(petikan dari lagu MUH).

Aku rindu nak menaip di dalam blog (sebab tu aku tgh menaip sekarang ni) walaupun tiada entry yang aku nak masukkan. So update dari aku. Hurmm, adakah aku dah hilang dari diri aku yang sebenar? adakah aku telah mengalami anjakan paradigma di mana memasuki tahap umur pra matang (aku muda lagi okay). Hurm...tak tau la!

Haram, tengah syok nak menulis, mamak ni dah tutup lampu ngan angkat kerusi, dengki laa tu..eh eh! harrrooommm! aku sorang ja kt mamak ni sekarang..okay okay! mau cau sudah!
-_-"


p/s: tengok, bukan aku sengaja tak mau update...tp mamak ni jeles kt aku.

Untuk entry2 akan datang, aku akan cuba masukkan gambar yang menggunakan camera dari ipod dan bukannya dari si didi. Hasil-hasil dari didi boleh la dilihat di Facebook aku dan juga tumblr aku (http://adamluba.tumblr.com). Okay laa..mamak ni dok buat2 sapu sampah seblah aku dah ni....jumpa lagi!

A.L

13 comments:

ayie said...

ko memang...
bz je memanjang

solo molo said...

6 gelas???

*pitam*

adamLUBA said...

ayie...nak buat cam mana...mmg dh busy pun -_-"

solo molo...hah! tau tak pa..tu smlm balik 630am baru bleh tidoq tu pun kul930 dah bangun.. -_-'

Lyn Sery said...

sedih je aku tgk kau
belas kesian la jugak
nnt aku teman la kau.
smpi mamak tu halau.
HAHAHA

adamLUBA said...

lyn...
hahaha..rajin kau dtg tgk blog aku..hehehe..mai mai, jangan tak mai...hang kat mana la ni?? lama tak jumpa

dhiyakira said...

aha adam skang senyap je..bz keje sgt eh..heheh

Clara Emily Cancer said...

ceh update blog.
pakai lappy br r ni.

adamLUBA said...

dhiya..a'aaa sgt busy!

clara..hahaha! ;p aauumm! segan laa plak..hahahaha

AwinLaLaLa said...

kesiannyer.... iskk3x.... nape tak g mamak 24jam... kan sng... x de sape nak gnggu2 sapu sampah sampai tepi...

*hahahahahah mamak tu kuat betoi kejelesannya... kesian gila kat adam hohohoo*

sHutDoWN said...

workaholic nya ang niii... weehhhh jum2 p amek gmbq... :D

naQia said...

http://sk.susukambingmerah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=77&Itemid=180

miss lolly a.k.a luvfareda said...

kim salam kat mamak tu hahahah !

ayu jamal said...

len kali masukkan pic mamak tu sekali, kompem dia tunggu sampai habis buat entry...