Wednesday, June 16, 2010

fuhhhh berabok!

fuuuuhhhhhhh~!


ahok! ahok!


saaappp saappp~


okeh! dah lama tak buka buku ni! ini semua sebab muka buku (facebook) yang mengiankan..alalalala!


Okeh! Kita start cerita, baru2 ni aku ke Redang (rasa mcm baru ja tulis entry ni) tapi kali ni lain sikit, makhluk2 yang berada di sana adalah super ramai. So agak kurang best sikit la sebab tempat-tempat agak sesak. Tahun ni, tak dak gambar dalam laut memandangkan gambar dalam laut tahun lepas pun tak cuci lagi, so tahun ni aku hanya menggunakan didi (giler lama tak sebut nama dia ni), 18mm-105mm dengan tripod 'baru beli seminggu semata-mata nak gi redang'. hohoh..best! sekarang ni sedang belajar mengambil gambar-gambar landscape macam gambar kt bawah ni…



(sila ke http://adamluba.wordpress.com untuk melihat yang lain)


peristiwa..


sapa yang pernah baca blog aku sebelum ni musti tahu yang aku ni penakut..eh! cop! bukan penakut cuma kurang berani! sambung balik, nak di jadikan cerita, masa balik dari redang minggu lepas, aku kena drive. Time tu dekat masjid kristal dah kul 4pm..so drive la balik mengikut laluan grik. Cerita bermula masa pukul 12am di baling. Masa tu baru ja nak lepas makan kt mamak kari ikan apa ntah kt jalan grik nak ke baling/kulim tu. Masa tu..tengah rancak sembang-sembang dalam kereta, tetiba semua diam (ada 5 orang dalam kerta pesona), aku dah macam, "cilaaakak! hampa tinggai aku sorang-sorang". Diorang diam sebab bantai tidor.


Masa tu hujan renyai-renyai, kereta tak banyak, jalan pulak kecik (sapa pernah lalu tahu la), dan yang bestnya..kiri kanan adalah hutan dan aku ni pula manusia yang memang suka pikir yang bukan-bukan. Terbayang bermacam-macam cerita seram bulu terus bermain-main atas kepala. Sampai kat satu bukit yang sunyi..tetiba kabus tebal, serius tebal sampai tak nampak depan, semua hitammmmmmm (malam, memang la hitam). Dalam usaha mengecikkan anak mata supaya jelas penglihatan tetiba aku nampak dua biji 'something' (tak tahu nak describe, benda tu bulat mcm mata doremon) bewarna merah bercahaya. Di sebabkan kabus, so tak pasti apa benda tu. Aku cuak! serius..cuak, lagu yang kendengaran masa tu adalah dari luna maya, tajuk haram tak tau.


Aku slow kan kereta..tp benda tu pun slow..makin lama makin dekat, makin lama makin besar jadinya. peluh jantan mula meleleh di dahi walaupun dalam kereta tu sejuk ya amat. Bila semakin dekat, kini semuanya jelas…benda di depan mata aku…besar, panjang, jalan lambat….aku terkebil..mulut aku terketar-ketar…..


menyumpah…..


"Lori balak rupanya, hamper betul…pagi-pagi nak buat aku cuak!"


Fakta:

- Mata merah = lampu break.

- Kabus = Asap lori super tebal

- Bergerak lambat = Naik bukit, lori besar mmg super slow wei, aku bawa 20km/j pun boleh potong.


Pengajaran:

Sila jangan fikir bukan-bukan, positifkan minda anda.


Sekian,

A.L

14 comments:

Clara Emily Cancer said...

adam,
setelah kian lama.
baru berblog.
selamat pulang.
duk tggu entry terbaru adam nie.

adam penakut ke.
tu la.
jgn pk bukan2 la.

;-)

adamLUBA said...

clara..hehe! terima kaseh sbb menunggu..insyaallah! akan cuba aktif balik selepas ni! ^_^

uweekk! bukan penakut..kurang berani okay! hoohoh..

p/s: so moral, jgn ajak adam tgk wayang citer hantu ;p

mie said...

kekekeke....kurang berani ;p

btw nice pic.lawaaaa

adamLUBA said...

mie.. ;p
shhhh..diam diam!

NURSAKINAHBTMOHDSOLEH said...

adam penakut lah! tapi jalan tu mmg seram kan? hmm. mana lagi pic redang??

adamLUBA said...

kinah..
uweekkk!!! tahu xper seram..klu dah semua bantai tidoq..mmg la seram! alalalal...jap! slow2 la cik kiah..huhu..sila la ke wordpress punya blog..baru ada 5..akan di update dari masa ke semasa

Nurafiqah, said...

:)
Baru je follow u.Igtkn tk aktif,sbb tkde entri baru.Btwy,thumbs up pd hasil2 seni u.Mmg lawaa:D Dah tgk semuaaa

adamLUBA said...

nurafiqah..thanks sbb follow..dah lama tak aktif, insyaallah akan kembali aktif balik (tu pun klu ada benda nak citer) huhu...thanks yah! n selamat datang! ^_^

Hazira said...

erm..
en. adam da kembali ke dunia blog.
bagus2!

:)

adamLUBA said...

zira!
hehehe...tq tq tq!

@reltzsensei said...

wei bro!!!long time no c...hahaha...melekat gak ko kje ngn camera ni ek..hik3..

anis said...

haha..btol2..mmg seram klau drive kete mlm2,lg2 klau smue tdo..sunyi semcm je rase..hehe

adamLUBA said...

arel...
heheh..mana ada aku kerja ngn camera..still hobi ja! huhuhu..tp kekadang tu..dapat laa gak income extra..
^_^

anis..
yup yup! itu lah yg sayep rasa! T_T

*+ MawarLiar +* said...

adam..jom tgk crte mantera.. grrrr :p