Friday, December 3, 2010

fall in love again

okay! dah lama tak menaip, so jadi macam kekok sikit sekarang ni. Aku baru saja sampai ke kampung halaman nun indah lagi permai dan sekarang adalah pada pukul 3.30am.





tup tap tup tap..2010 dah hampir tamat, hanya tinggal beberapa hari ja lagi. Fuhh banyak benda jadi dalam tahun 2010 ni, banyak jg benda yang aku terlepas dan salah satunya adalah mengupdate blog..ini memang kerja si facebook. Okay bab ni xnak cerita skang..itu kena cerita untuk entry akan datang..alalalalala





bytheway hanya sekadar nak mengupdate..so facebook aku sekarang dalam keadaan diactivated di sebabkan oleh beberapa sebab-sebab tertentu. Insyaallah akan di activated kan kembali jika aku rasa perlu....





byteway, kerja plak semakin busy..selalu hujung tahun kerja dh tak banyak..mood mood cuti patutnya dah ada..tp tahun ni...mood tu blom sampai lagi, so kepada sesapa yang ada 'mood' tu sikit, boleh la sila bg kt aku sikit nanti. ^_^





Okay, baru sahaja beberapa jam yang lalu, aku dah berjumpa dengan 'cinta' hati aku...oh! Beliau ni sangat excited terhadap semua benda, sangat comel...dan sangat lurus. Kelurusan beliau la yg membuatkan aku jatuh hati...so aku perkenal kan...ini lah dia...





rapunzel ^_^





oh rasanya sampai sini dulu laa kot..mata aku dari td dok kelip pok kelip pok menahan mengantok..lagi pun esok nak shoot wedding ceramony. So...sini dula lah ek...





next entry aku nak cerita pengalaman sepanjang tahun 2010..huaaaa..xtahan ngntok dh ni...ciaaauunn...





sekian,


adamLUBA

Monday, August 30, 2010

update: part 1

kling klang kling klang...alexander!!
(sila tgk youtube taip 'johan raja lawak tiru chef wan' kalau nak tahu apa aku merepek kt atas ni)

Assalammualaikum, haaa...lama benor tak ngupdate belog ni..haiihh! bukan apa, (hah! dia nak bagi alasan dah...), aku agak busy (balik2 alasan yang sama juga aku pakai, busy busy busy...). So kepada yang masih membaca, (tak update nak baca apa bongok?) terima kaseh banyak-banyak. Yang baru datang (budget ko glamor la nak ada orang datang baca blog ko?), Selamat datang dan terima kaseh sebab view. Jap.. yang diri aku ni sibuk nak menyampuk kenapa? tumbuk pusat jap lagi..senak sebulan!. Okay, kita sambung...

Skang ni masa aku update dah nak dekat pukul 8.00pg dan aku haram tak tidur lagi. Kenapa aku tak tidur? sebab....

eh! jap..ada sms masuk..

................

okay lah! dinSM (budak GYP - sila rujuk dalam facebook) dah msg aku ajak outing bawah jambatan pulau pinang..so nanti aku sambung update nah? byeeeeee....

-_-"

Sekian,
A.L

p/s: Serius aku tak tidur lagi..sebab tu agak TING TONG sikit kepala hotak ni..korang layang jer la ek! daaa~

Thursday, July 1, 2010

Demam Bola

skang ni pergi mana-mana saja orang sembang bola. Di office awal-awal pagi dah bercerita pasal perlawanan semalam, tengah hari pergi lunch, di kedai mamak pun bercerita pasal bola, balik malam sembang dengan kawan-kawan di rumah pun pasal bola. Tengok suratkhabar bola, buka Tv bola, dengar radio bola…supermarket kedai makan..semua bola..


semua orang kiranya dah demam bola.


aku yang yang tak minat bola pun demam…cuma…


aku demam selsema..dah seminggu!


T_T


Sekian,

A.L

Sunday, June 20, 2010

Tidur laaaaaa lagi!!

huaa! pagi ni hujan lebat, pagi ni juga aku baru sampai dari KL dan dengan tak cukup tidur aku datang studeo! oh..hujan sejuk + penghawa dingin yang super sejuk menyebabkan aku terbayang bantal segiempat besar yang musti ada bila aku nak tidoq. hadoiiii….


Gmbar Hiasan dari google.com


Sabtu 19/06/10 - 5.00am

Aku tersedar dari tidor, aku nampak signboard yang menunjukkan arah ke Kuala Lumpur, Shah Alam & Klang. Oh dah nak sampai rupanya, aku tengok jam. "hurm! dah pukul 5 pagi" pastu aku check handphone aku..oh! SMS dari Wan Sabah. Aiyark dia dah sampai duta rupanya. Aku pun balas " Jap! nak sampai dah!". Lepas ja aku balas..aku tengok sekeliling. Berbekal kan lampu jalan yang malap aku hanya nampak belakang kerusi bas sahaja. (untuk makluman, aku berada seat 25 yang paling belakang sekali. Aku pandang tingkap balik.


………..


Seketika kemudian, bas masuk ke kawasan rehat Kinrara. Aku pelik, selama aku naik bas, tak pernah plak di berhenti kat sini. Nak terkencing kot. Tak perlah. Dah sampai, si drebar tu buka lampu. Terang sekejap dunia aku ni, tak nampak apa..semua putih! biasa la..silau! bila dah makin pulih..apa yang aku nampak!


si drebar sedang memperbetulkan kerusi..tiada siapa pun dalam bas kecuali aku dah si drebar. DAM! aku dah terlajak! hadoi….cepat2 aku tanya si drebar tu, rupanya dia ingat semua dah turun. aku pun turun la di kawasan Kinrara tu. Gi stesyen minyak, kencing basuh muka. pastu msg Wan Sabah. Pastu dia pun datang amik. Gila..first time aku terlajak naik bas sebab tertidor. Hadoi…..


moral: Sila aktifkan tahap ke-pekaan anda ke tahap maksimum biler naik bas, and jangan naik bas biler letih bekerja sambil perut kenyang. cmfrim terlajak!


Sekian,

A.L


First time dalam hidup aku, sampai 1 tahun. Gila teruja! ;p

Wednesday, June 16, 2010

fuhhhh berabok!

fuuuuhhhhhhh~!


ahok! ahok!


saaappp saappp~


okeh! dah lama tak buka buku ni! ini semua sebab muka buku (facebook) yang mengiankan..alalalala!


Okeh! Kita start cerita, baru2 ni aku ke Redang (rasa mcm baru ja tulis entry ni) tapi kali ni lain sikit, makhluk2 yang berada di sana adalah super ramai. So agak kurang best sikit la sebab tempat-tempat agak sesak. Tahun ni, tak dak gambar dalam laut memandangkan gambar dalam laut tahun lepas pun tak cuci lagi, so tahun ni aku hanya menggunakan didi (giler lama tak sebut nama dia ni), 18mm-105mm dengan tripod 'baru beli seminggu semata-mata nak gi redang'. hohoh..best! sekarang ni sedang belajar mengambil gambar-gambar landscape macam gambar kt bawah ni…



(sila ke http://adamluba.wordpress.com untuk melihat yang lain)


peristiwa..


sapa yang pernah baca blog aku sebelum ni musti tahu yang aku ni penakut..eh! cop! bukan penakut cuma kurang berani! sambung balik, nak di jadikan cerita, masa balik dari redang minggu lepas, aku kena drive. Time tu dekat masjid kristal dah kul 4pm..so drive la balik mengikut laluan grik. Cerita bermula masa pukul 12am di baling. Masa tu baru ja nak lepas makan kt mamak kari ikan apa ntah kt jalan grik nak ke baling/kulim tu. Masa tu..tengah rancak sembang-sembang dalam kereta, tetiba semua diam (ada 5 orang dalam kerta pesona), aku dah macam, "cilaaakak! hampa tinggai aku sorang-sorang". Diorang diam sebab bantai tidor.


Masa tu hujan renyai-renyai, kereta tak banyak, jalan pulak kecik (sapa pernah lalu tahu la), dan yang bestnya..kiri kanan adalah hutan dan aku ni pula manusia yang memang suka pikir yang bukan-bukan. Terbayang bermacam-macam cerita seram bulu terus bermain-main atas kepala. Sampai kat satu bukit yang sunyi..tetiba kabus tebal, serius tebal sampai tak nampak depan, semua hitammmmmmm (malam, memang la hitam). Dalam usaha mengecikkan anak mata supaya jelas penglihatan tetiba aku nampak dua biji 'something' (tak tahu nak describe, benda tu bulat mcm mata doremon) bewarna merah bercahaya. Di sebabkan kabus, so tak pasti apa benda tu. Aku cuak! serius..cuak, lagu yang kendengaran masa tu adalah dari luna maya, tajuk haram tak tau.


Aku slow kan kereta..tp benda tu pun slow..makin lama makin dekat, makin lama makin besar jadinya. peluh jantan mula meleleh di dahi walaupun dalam kereta tu sejuk ya amat. Bila semakin dekat, kini semuanya jelas…benda di depan mata aku…besar, panjang, jalan lambat….aku terkebil..mulut aku terketar-ketar…..


menyumpah…..


"Lori balak rupanya, hamper betul…pagi-pagi nak buat aku cuak!"


Fakta:

- Mata merah = lampu break.

- Kabus = Asap lori super tebal

- Bergerak lambat = Naik bukit, lori besar mmg super slow wei, aku bawa 20km/j pun boleh potong.


Pengajaran:

Sila jangan fikir bukan-bukan, positifkan minda anda.


Sekian,

A.L

Friday, April 16, 2010

Radikal Street Hunting


Sesiapa yang berada berhampiran tu, marilah join beramai-ramai. Bukan apa, masa ni lah kita nak kongsi ilmu-ilmu dari orang lain.

Okeh2..buat masa sekarang, aku update yang ni dulu naaah~ nanti aku update yang betul2 update..dah lama tak merapu di sini..alalalala~

sekian,
A.L

Sunday, January 17, 2010

MCF update!


mataCantikfoto update...

aku baru sahaja selesai mengupdate photo untuk mataCantikfoto blog. Ini baru siri pertama dari 3 sesi outing hari sabtu yang lepas. Objektif utama aku untuk outing itu, adalah untuk mengeksperiment 50mm dengan lebih luas.. Sila lah ke sana untuk melihat phoho! ^_^

sekian,
A.L

Thursday, January 14, 2010

update..update!

Alhamdulillah, nampaknya tahun ni adalah satu permulaan yang hebat! walaupun ada bagi sesetangah perkara terpaksa di korban kan...hurmm aku tak dapat nak patah balik ke belakang, tapi apa yang terjadi sebelum ni adalah sesuatu yang perlu aku lihat dan belajar. Ini membuatkan aku lebih menghargai apa yang aku ada sekarang...

Okay! update pasal aku, sekarang ni aku memang busy dengan kerja-kerja di studio (office aku la) dan juga aku sekarang sedang bergiat aktif dengan GenYouth Photohunter. Di sini majoritinya adalah photographer-photographer muda (termasuk aku - eh! muda apa aku nih..aalalala) dari bahagian penang berkumpul dan menjalankan beberapa aktiviti seperti outing, TT (teh tarik session juga sharing session), tengok wayang, lepak starbuck MPH sambil baca buku photography. Aku suka group ni, nampak komitment diowang, nampak kesungguhan diowang. dan kami juga kadang minta la nasihat dari beberapa photographer berpengalaman. Okay cukup dulu pasal GYP, nanti aku cerita pasal GYP untuk entry akan datang.

iCon penang juga sedang merangcang beberapa aktiviti yang banyak untuk para icon-ians di penang! so..tungggguuuu!!!! (kalau sapa2 tak tahu apa tu iCon..sila tengok link di seblah kanan aku, ada blog iCon nyer..jangan risau..bukan perniagaan MLM)

dah cukup pasal kerja, ni nak cita pasal aku plak, ini baru topik utama untuk entry kali ni..tapi sebelum tu aku nak minta pandangan..korang yang selalu mai tengok blog aku ni,..puas ka tengok gambaq2 kat sini? hurmm..aku tak puas hati babe! serius cakap...so mulai tahun ini, segala gambar yang berkaitan dengan outing, model shoot & wedding shoot aku akan letakkan di satu lagi blog aku. Blog ini masih lagi akan beroperasi, so disini macam private sikit la..aku nak cerita apa2 kat sini senang! hehehe...so kalau korang ada masa...sila lah jenguk...

http://adamluba.wordpress.com
(click kat atas ni untuk roll)



Insyaallah dalam tahun ni juga aku akan pastikan untuk mendapat domain sendiri, sekarang ni dok tengah usha-usha dah! huhuhuhu...

okay lah! sekian dulu update dari aku...

sekian,
A.L

(sabtu 16/01/10 GYP akan buat satu outing session untuk street & model photo. nak join? sila ker blog wordpress aku, kat situ ada no contact)

Monday, January 4, 2010

Close electricity to save our planet!

Semalam, dengan kerjasama bebudak rumah aku dan juga para pegawai TNB daerah pantai timur, kami telah mengadakan kempen "Close electricity to save our planet" di mana, kami telah menghentikan segala aktiviti di rumah yang menggunakan elektrik selama sehari (insyaallah). Ini bagi membuktikan yang kami sangat menyokong usaha WWF untuk selamatkan dunia yang kian teruk di ancam oleh manusia sendiri. Aktiviti ini akan berlanjutan sehingga bil elektrik di jelas kan.


inilah gambar aku, apex & kamil semasa menjalankan kempen tersebut!

Sekian,
A.L

Sunday, January 3, 2010

Hezzery & Leeyana











Ini lah antara gambar2 yang aku dapat snap masa kenduri si Apex dan leeya hari tu..ada banyak lagi gambar sebenarnya..tapi ini dulu lah! hehehehe...

TAHNIAH untuk Hezry & Leeyana...
(Semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya)

Sekian,
A.L