Thursday, December 31, 2009

bye bye

Permulaan yang baru...

Yang lepas, biarkan lepas. 2009 merupakan tahun yang cukup mencabar bagi aku. Apa yang berlaku? Ini adalah antara peristiwa-peristiwa yang tak dapat aku lupakan...



  • Aku di tawarkan berlakon dalam satu projek filem pendek bertajuk 'MAYA'. Filem ini di hasilkan oleh yana, atiq & ayed. Masa projek ni gila best! jumpa kawan-kawan baru dan sedikit sebanyak aku juga dapat belajar dalam penghasilan filem pendek nih! Terima kaseh kepada mereka dan juga crew2 yang terlibat! ^_^ (iyer2 aku akan bagi korang tengok nanti, aku pun tak tengok lagi cerita tu)
  • Canon 1000D yang merupakan camera pertama Digital SLR aku hilang! Atas sifat kecuaian aku, camera ini hilang! Masa ni hilang mood sekejap untuk berfoto.
  • Bercuti di Pulau Redang Terengganu, 1st time aku menjejakkan kaki di sana, 1st time buat aktiviti snorkling dan 1st juga aku bercuti dengan kawan-kawan (tapi semua bawa couple, aku sorang ja solo..caiiittt)
  • Aku mendapat pengganti canon aku tu dengan Didi - Nikon D90. Masa ni dah semangat sikit nak berfoto. Masa aku dapat Didi ni juga lah aku banyak belajar pasal camera, maksud aku asas pengunaan camera.
  • Blog aku masuk majalah remaja. Hahaha..macam tak percaya ja masa bebudak karangkraf tepon aku dan minta izin nak review pasal blog aku ni.
  • Di panggil interview oleh wartawan karangkraf (Munira Roslan) untuk satu agenda 'remaja dan fotografi'. Selain aku , Sheera (kawan baik aku), Azzahary (Sifu pertama yang mengajar pasal camera), dan mie (animator di inspedia) juga di di interview. Hahah..kecik sungguh dunia nih!
  • Join amet dan adif untuk buat 'arto'.
  • Jumpa ayuna setelah lama terputus hubungan, dan akhirnya..masing-masing meluahkan perasan dan beliau kini menjadi milik aku (baru fasa pertama)

  • Didi mempunyai kawan iaitu Fify - Nikkor 50mm f/1.8 D.
  • Mengambil gambar untuk majlis akad nikah dan juga dinner untuk kawan baik (Hezzry / Apex / boy). Masa majlis ni juga, aku banyak dapat tunjuk ajar dari Azam Rashid - Seorang photographer yang juga kawan tadika aku.

itu lah antara benda-benda yang berlaku pada aku sepanjang tahun 2009. Masih banyak benda yang nak aku buat, nak aku capai tapi tak dapat. Hurmm..so 2010 aku harap aku dapat...

  • Projek filem pendek bersama shee & mie.
  • Tambahan accesories kepada Didi - Batry Grip + Speed light + back pack.
  • Lap top. (untuk memudahkan aku meng-edit gambar)
  • Ilmu-ilmu yang banyak dalam photography.
  • Lepak - lepak bersama Shee, Mie, & Amir (gila lama tak lepak sama-sama)
  • Lepak ramai-ramai dengan my brothers - Adif, Amet, Apex, Afiq, Apit, Wan
  • Buat recording untuk 'Adam Bands' - tukar nama laa oiii
  • Update blog dengan lebih kerap! ;p



Hurmm..itu ja kot buat masa sekarang! Nanti kalau ada lagi aku tambah! hohoho..Okaylah semua, terima kaseh kerana membaca. Adioooossss!!!

Selamat Tahun Baru..
May all the Great thing will come to all of you!

peace..ciaaaaauuuuu!!!

Sekian,

A.L

Wednesday, December 23, 2009

Sedar tak sedar!



Pejam celik, pejam celik..dah hujung tahun 2009! cepat sungguh masa berlalu, banyak dah benda berlaku dalam hidup aku. Ada yang pahit ada yang manis, ada yang datang, ada yang pergi. Well..itu la kehiduapan. Apa-apa pun selamat tinggal 2009, dan selamat datang 2010. Mari persiapkan diri untuk menempuh tahun yang lebih mencabar....

Sekian,
A.L

p/s: Insyaallah, sebelum 2009 berakhir aku akan cuba buatkan sedikit bingkisan apa yang berlaku terhadap diri aku pada tahun 2009.

Thursday, December 10, 2009

Hasil Random Fify...

Fuhh!! Buat masa sekarang, aku sangat-sangat teruja menggunakan fify. Rasa sangat menarik, depth dan bokeh nya memang mengkagumkan aku. Rasa tak rugi aku beli fify. Di sini aku letakkan beberapa hasil Random Shoot dari fify, tapi aku tak touch up apa-apa pun pada gambar ni melainkan resize, oh! dan ada beberapa hang tekan 'ctrl + Shift + u' untuk function desaturation.....Selamat melihat!























Sekian,
A.L

Monday, December 7, 2009

saya tak sengaja....!

Dalam tak sengaja...

aku TER-ke Komtar Sabtu yang lalu,
aku TER-masuk kedalam kedai camera,
aku TER-lihat Nikkor 50mm f/1.8 AF.
aku TER-keluarkan duit,
aku TER-bayar kt tokey tu,

dan..

aku TER-ada lens yang dah lama aku idam - idamkan ini.

Dengan ini...Didi mempunyai teman baru...

saya perkenalkan..



Fify! (50mm)

Sekian,
A.L