Wednesday, September 16, 2009

H_ri R_y_ ...fill an 'A' in the blank!



Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Jika ada tersalah bahasa,
Jika ada terkasar sini sana,
Jika ada melawak tak tentu hala yang menyebabkan hati terasa,
Jika janji-janji ku hanya kata-kata biasa...

Mengertilah aku hanya insan biasa,
Yang punya cacat cela,
Jauh sekali untuk menjadi sempurna...

Ampun dan maaf aku pinta,
Semoga hari raya yang mulia,
Kita buka buku baru, tutup buku lama,
Mari semua! kita bergembira..

erkk! Hampir pula aku terlupa..
Duit raya mana?

Sekian,
A.L

Tuesday, September 15, 2009

Panggilan aneh di pagi hari!



huishhh....spooky babe!

pagi tadi, dalam lebih kurang pukul 8.30am, aku dah sampai office. Seperti biasalah punch card, open printer, buka lampu, open computer, bla bla bla bla..dan seperti biasa juga, aku akan tukar mode handphone kepada 'silent mode', dan kemudian aku akan letak semula dalam poket seluar aku. Okay bayangkan, aku berada dalam department aku seorang, tiba-tiba aku terdengar bunyi suara perempuan,

"hello...hello...hello"

aku tengok belakang, tak ada siapa-siapa,
aku tengok bawah meja, tak ada siapa-siapa,
aku buka laci satu persatu, tak ada siapa-siapa.

Hurmmm..dari mana suara tu datang? pastu aku dengar lagi..

"hello..adam...hello"

kali ni suara tu jelas dari dalam poket seluar aku (hah! hah! jangan fikir bukan-bukan), aku pun menyeluk masuk ke dalam poket seluar (sekali lagi amaran, jangan fikir bukan-bukan..)



dan...




aku temui...



handphone aku tengah buat video call dengan ayuna..ceh! hampeh betul! pagi-pagi dah nak buat seram!

Sekian,
A.L

Wednesday, September 9, 2009

Kenapa tak update?


ini hanyalah gambar hiasan, tp ada edit sikit..hehehe!

Puff...aku kembali!

begitu lama jari jemari aku ni tak menaip, bukan apa, aku sedikit sibuk dengan kerja. Entry ni aku masih lagi tak dapat nak memasukkan gambar walaupun sebenarnya ada banyak gila yang nk di kongsi. Slow-slow la kay..

Aku...
Start puasa ke-dua, aku mengalami sakit gigi/gusi sampai hujung minggu lepas bawu lega. Paling teruk masa Sabtu (06/09/09) la, masa tu bengkak gila bibir aku, nak cakap pun slow-slow. kalau gelak...perhhh! seksa gila. Nak makan lagi la, kena suap slow-slow, kunyah slow-slow dan telan pun slow-slow. Sekarang dah okay, aku boleh makan dengan puas hati, aku boleh bercakap dengan puas hati, and aku boleh gelak dengan puas hati. hehehe



Ini hanyalah gambar hiasan, tak der kene mengena dengan DIDI


DIDI...
Kesian kat DIDI (D90 - kepada siapa yang tak tahu), baru-baru ni, lens 17mm - 105mm aku telah tercedera, dan kini di rawat di Nikon centre. Orang-orang disana mengatakan sebulan baru lens aku dapat kuar. Meants hari raya nanti, maybe aku dan DIDI f akan beraya tanpa lens. T_T Macam mana boleh tercedera? sebab masa tu Didi terjatuh (bukan aku buat, salah sorang dari budak office. Itu pun bukan di sengajakan), lalu menyebabkan Bayonet Mount pecah. T_T.

Hurm..aku ada terfikir untuk membeli 50mm f/1.8. harga yang aku survey dalam RM388. patut tak aku ambil lens ni? Aku memang suka sangat lens ni, tp aku tak budjet nak beli dalam masa terdekat ni dan apabila keadaan jadi macam ni, patut ka aku beli? sebab raya tanpa lens bosan babe!

Kerja...
Aku sekarang tidak lagi bekerja di Studeo Grafix. Peredaran masa telah menyebabkan satu evolusi kepada sesuatu yang lebih baik. Begitu juga dengan Studeo Grafix, sekarang kami telah berevolusi menjadi Peopalove (sebutannya adalah people love)..untuk lebih lanjut sila lah ke www.peopalve.com

Aku juga sekarang sibuk dengan kerja-kerja di office, rumah dah jadi macam hotel, hanya tempat tidur dan mandi. Kadang-kadang aku terpaksa kerja pada hujung minggu, tapi bagus la..tak semua boleh dapat kerja terus menerus macam ni. So bila ada project, kita juga berevolusi menjadi lebih baik..kan? huhu..so memang aku tak nak merunggut pasal kerja ni, sebab aku tahu, ia memberi banyak kebaikan.


Kesimpulan:
Bulan puasa ni banyak mengajar aku erti kesabaran...sakit gigi, lens, kerja!

Okaylah..sampai sini dulu update aku untuk rini, nanti aku masukkan gambar-gambar masa aku gi JB, gambar Xgig (dapat nengok joanna & co.) dan gambar masa gi KL (sblm posa) so...

tungguuuuuuuu.......!


Sekian,
A.L