Monday, July 27, 2009

Sasaran menempa mimpi!



aku masih ingat lagi, bulan lepas (Jun) aku telah di interview oleh wartawan Munira Roslan mengenai isu remaja dan photography...

Munira:

So apa sasaran adam dalam bidang photography di masa akan datang?


****

Pada malam aku mendapat DIDI, aku duduk sorang dalam bilik, aku renung si DIDI ni betul-betul. Nampak bias muka aku di lensa 18mm - 105mm yang berkilat tu! Tersentap aku sekejap, dulu camera ini adalah satu impian yang pada mulanya aku rasa mustahil. Dan sekarang, benda yang aku rasakan mustahil tu, ada di tapak tangan aku nih.

Aku renung lagi....

Sejak bila aku mula terjebak dalam bidang nih?
(Maksud aku, photography la, bukan bidang termenung nih..itu dah lama aku buat. hehehe)

aku imbas balik! imbas balik! lagi imbas...imbas lagi...dan lagi!

sepanjang proses pengimbasan aku tu, aku rasa ramai orang yang telah mendorong aku, mengajar aku, memimpin aku di dalam dunia photo ni.

Tapi, cuba fikir...macam mana kalau aku tak jumpa diorang-diorang nih? sapa nak bimbing aku dalam photography nih? adakah aku akan hanya sekadar menggalas camera di leher, tukar mood ke automatik dan shoot! Tak tahu apa tu shutter, apa itu apperture, apa itu ISO, apa itu WB, apa tu Rule-of-third, dan macam-macam lagi?

pastu aku fikir lagi...

adakah sekarang aku cukup bagus untuk di gelar photographer? just photographer okay! not yet professional photographer? adakah aku layak?

Aku pandang imej aku dalam lens DIDI lagi, aku nekad...

*****

Adam:
"Saya harap, saya dapat mengajar orang yang baru dan berminat dalam dunia photography nih!"


Munira:
"Mengajar?"


Adam:

"Yup, tapi tentulah bukan dalam masa sekarang, sekarang saya akan belajar sebanyak mungkin supaya satu hari nanti, saya dapat beri apa yang saya tahu kepada orang baru. Kita selalu komplain yang budak budak sekarang hanya 'poyo' dengan camera di leher, tetapi tak tahu menggunakan nya? Kenapa benda ni terjadi? Sebab tiada siapa yang sudi mengajar diorang. Tak seperti saya, yang bertuah kerana dapat berjumpa, berkawan dengan orang-orang yang berbakat dalam bidang ni!. Diorang hanya perlukan guide. Tak rasa seronokkah kita bila dapat berkumpul beramai-ramai membincangkan pasal sesuatu subjek yang kita minat?"


Azzaharry*:
" Betul tu, dengan mengajar orang lain, sebenarnya kita juga mengajar diri kita sendiri, ilmu ni jangan di simpan, sebaliknya di kongsi"

*
Dia adalah salah seorang photographer professional yang juga di interview pada hari tu, dan dia juga ada guru aku semasa aku bekerja di bawah dia dulu.



*****

Semalam, aku telah mengambil satu langkah di dalam mengejar masa depan yang di sasar. Aku telah mendaftar sebagai ahli yang sah di dalam iCon!

Kenapa iCon?
Di sini adalah sebagai satu pusat latihan...tempat di mana aku dapat belajar...dan mungkin satu hari nanti...mengajar!

Salah kah aku bermimpi?

Sekian,
AdamLUBA



p/s:
  • Aku tak berniat nak mempromote komuniti yang aku masuk nih! Ini hanya sekadar pandangan aku, sebab ada di antara orang-orang di luar sana tak nampak lagi semua ni. Aku tak harap korang join, (klu nak join pun, musti dengan kerelaan hati yang ikhlas, baru ada kesungguhan), tapi aku harap berhenti lah mengutuk! Cuba bantu..ada salah tegur! bukan kata belakang! okay?

  • Terima kaseh kepada korang yang sanggup baca entry ni! Semoga korang semua berjaya dalam apa jua bidang yang korang ceburi! tapi ingat...biar apa pun yang terjadi..jangan mudah mengalah! set minda, ready menghadapi cabaran, GO! dengan jayanya!

  • Gambar-gambar untuk iCon akan di update nanti di dalam official blog iCon Penang.

  • Ucapan Takziah kepada Keluarga Yasmin Ahmad! Sesungguhnya Negara telah kehilangan sebuah permata! ~ Al-Fatihah!~

Friday, July 24, 2009

jadi ker?



Tak akan semuanya berjalan dengan lancar,
Tak akan semua impian menjadi kenyataan,
Tak akan semua jadi seperti yang kita rancangkan..



Yang di-rancang....
  1. Hujung minggu ni jumpa si-gadis (Ayuna), My Best Friend Forever (Shee), Mie, Fahmy, Asha, Im, Dy, Neera dan beberapa orang lagi dan menuju ke PD untuk merehatkan otak sambil bergembira.
  2. Malam ni (24/07/09) patut join si Apex dan kawan-kawan beliau pergi mandi air panaz!

Yang terjadi...
  1. Ada kerja yang terpaksa di lakukan di sini...that meants.."I'M STUCK AT PENANG"
  2. Wallet memberi amaran supaya jangan pergi sebab incik wallet sudah tiada isi untuk melakukan apa2 apa aktiviti.
Penyelesaian...

Duduk di office siapkan kerja..pastu rancang aktiviti baru, dan aku akan pastikan hujung minggu ni aku akan dapatkan beberapa keping gambar untuk di upload. Sekarang dalam kepala hotak ni dah ada beberapa perancangan seperti pergi Penang Heritage Celebration, tengok cerita papadom di USM dan erk..erkk......

minggu depan lah aku bagitau....

Sekian,
A.L

p/s: Di sini, aku nak mempromot sesuatu....

Fotoshoot pengenalan iCon Penang
Tarikh: 26 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 2 Petang
Tempat: Explanade (Padang Kota Lama)
iConcept: Bebas & glamour
Person incharge: Kasih - 0122904443
Sasaran: Semua iConians Penang dan yang berdekatan. Ajak sekali kawan2 yang belum di iCon kan..
(info di atas di ambil dari abang Jebat..terima kaseh)
apa tu iCon? <- sila click untuk info yang lebih lanjut ^__^

Monday, July 13, 2009

persoalan demi persoalan...



Lama gila tak keluar ambil gambar! (tak kira amik gambar masa kerja la..itu atas tugasan), Haih, plan hujung minggu ni nak balik Jitra, tetiba ada bon odori! plak kt penang, dah la tahun lepas aku terlepas, tak kan tahun ni nak terlepas lagi? tapi dah lama tak balik jitra, rindu plak kt rumah! T____T

ada cadangan?




aku akan cuba dapatkan camera ni dalam tahun ni juga....tapi nak cari kt mana? ada saper baik hati nak hadiah kan aku camera ni?

p/s: OH! Camera ni nama dia BlackBird, Fly (merupakan camera TLR - Twin Lens Reflex!) nak tahu lebih lanjut sila google 'Black Bird Fly Camera'

Sekian,
AdamLUBA

Friday, July 10, 2009

apekah?


Yang 1st ni masa kat Ukay Perdana, topi tu adalah hadiah harijadi, and sofa tu, aku pun tak tahu mana si Wan Sabah ni rembat -__-"



Yang kedua ni, adalah gambar di batu Feringgi, (hujung minggu ni 12/7 aku nak pi lagi, sapa nk join?) di mana sorang amoi ni ingin mencuba naik payung terjun yang di tarik oleh bot berkuasa turbo. ^__^




Dan gambar ketiga ni adalah gambar aku di mana aku sedang bersiap-siap untuk fesyen show fabriclov di tanjung bungah pada 4/7 yang lepas. Baju apa aku pakai? hahaha...percaya atau tak..malam tu..aku di gelar Mona! O__o!!!


Sekian,
A.L