Monday, June 29, 2009

paper oh paper!


Kalau boleh...aku nak tetdo dari pagi ni, sampai pagi esok!

kerja...

Minggu lepas agak busy, aku ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Bertolak ke KL khamis petang dan sampai di Penang pada Sabtu tengah hari. Masa di KL tak payah cerita la, aku memang tak der masa nak lepak sangat. Tapi pengalaman masa di Kuala Lumpur tu memang sangat bermakna bagi aku. Sesuatu yang tak mungkin aku dapat di sekolah, di universiti atau dari mana-mana institut pengajian. Semua tu hanya dapat di perolehi dari pengalaman.

gadisku...


Oh! dah seminggu lebih tak berjumpa sama gadisku, kesian dia..hari - hari terpaksa tunggu aku balik kerja. Dah la balik lewat..pastu msg dia pun kejap kejap jer! T__T. Buat gadisku..apa-apa pun, 'sayang' tetap pada mu =^__^=


Beach...

Lama rasanya tak turun ke pantai. Baru-baru ni, Wan Sabah (baru bekerja di company aku & juga tinggal di rumah sewa aku) teringin nak ker pantai, so aku pun bawa lah dia berjalan-jalan di Batu Feringgie. Hehe, salah satu tempat yang agak popular di Pulau Pinang ni. Memandangkan gaji tak masuk lagi, jadi kami hanya berjalan-jalan la. Hish..geram tengok orang main Jetski & payung terjun yang di tarik dengan bot (apa nama ntah). Kalau dah masuk gaji, comfirm cubanya. huhuhu..so sini, aku share kan sedikit gambar-gambar masa tengah lepak kat sana. ^__^






Lain-lain..

Kat sini aku nak kongsikan satu article dengan kawan-kawan semua. Article di bawah ni adalah hasil dari temuramah dari wartawan karangkraft iaitu Munira Roslan. Secara umumnya article ini adalah berkenaan remaja yang berminat dengan dunia photograhi, dan yang paling best masa temuramah ni, Shee (also known as my best friend forever) juga ada sekali. Di tambah pula dengan kehadiran seorang jurufoto pro yang bernama Azzaharry. Dialah orang yang mengajar aku pasal camera DSLR semasa aku bekerja di salah satu company advertising di Perlis dulu, di sebabkan dia jugalah aku terjebak dalam kancah 'gila camera'. huhuhu. Tak lupa juga G-mie (animator) yang dulu nya memberikan aku tawaran untuk bekerja di company nya. Aku dan G-mie tak berapa rapat, tapi kami pernah juga sembang-sembang pasal tahap obses diri masing-masing di dalam dunia camera ni. So secara umumnya, semua yang hadir masa interview hari tu aku dah kenal, so tak laa rasa kekok sangat! ;p


p/s: Thanks untuk Ayuna sebab temankan aku masa sesi interview hari tu. Tak lupa juga kepada Fahmy dan Al-fahymie yang menambahkan lagi keseronokan hari tu.


Sekian,
A.L

Tuesday, June 23, 2009

adakah aku yang bermimpi?



Ayuna...

Aku kenal dia sejak april 2007. Masa tu, kami hanya berkawan biasa, ceritakan masalah masing-masing, berkongsi minat, dan kadang-kadang keluar beramai-ramai. Pada masa tu, tak di nafikan aku macam tertarik dengan dia, tapi iyer la..aku bukan seorang yang berani untuk approach macam tu ja. Musti tunggu RIGHT time..musti tunggu SIGNAL dari dia. Tapi aku tak dapat kesan apa-apa pun dari dia..hurmmm, maybe dia just nak berkawan dengan aku...so okaylah! dari tak der langsung kan? hehehe...

Aku pun tak pasti apa yang terjadi, tetiba kami lost contact...masing-masing buat hal masing-masing.

......

Di sebabkan sesuatu hal, kami telah berjaya contact balik antara satu sama lain, dan pada satu hari, aku mengikut bebudak artO untuk mengambil gambar di sempadan negeri Perak, dan kebetulan si Ayuna berada di Taiping, jadi aku decide untuk berjumpa dengan nya di Taman Tasek Taiping. Plan untuk berjumpa tak menjadi di sebabkan Ayuna terpaksa balik ke kL selepas solat Zohor. Aku tetap berdegil untuk ke Taiping juga, andai tak boleh jumpa, dapat ke Taman Tasek pun jadilah.

Kata orang tua-tua "Tak kan lari gunung dikejar" , kalau ada jodoh, insyaallah akan berjumpa juga kan? so last last minute..betul-betul sebelum solat zohor, aku dapat massage dari ayuna yang mengatakan dia akan bertolak balik selepas isyak di sebabkan kawannya ada hal yang perlu di buat.

SEE..INI BUKAN PLAN YANG DI BUAT, ...INI JODOH!


So selapas dari perjumpaan hari tu, kami semakin rapat, dan rapat..dan rapat..setiap masa, kami akan menghantar pesanan ringkas ke telephone masing-masing. Dan pada 20.06.09 aku ke Kuala Lumpur kerana menghadiri satu sesi temuduga bersama-sama dengan beberapa orang lagi yang terlibat dalam dunia photography. So kesempatan ini aku gunakan untuk berjumpa dengan Ayuna, dan dengan ini dengan secara bersemuka dengan ayuna...



aku mengatakan yang aku SUKA dia sejak dari mula kami kenal,



dan yang paling mengejutkan.....





dia juga dari mula lagi sudah sukakan aku.....



Sekian,
A.L

Friday, June 12, 2009

part 1: Kuala Lumpur

Dah sebulan..
sebulan babe! dah lama rasanya tak datang menjenguk blog sendiri. Harap maaf lah, sebab memang tersangat-sangat busy sekarang ni, dari kerja-kerja di studeo sampai la kerja-kerja di rumah.

hurmm!...dari mana aku nak mula, okay! aku ceritakan apa aktiviti aku sepanjang aku tak dapat update blog ni...tapi aku rasa cerita aku akan bersambung dan bersambung.

so kita mulakan...


29.05 - 31.05
Aku gerak ke KL hari Jumaat dalam pukul 11.30am dari Sg. Nibong, dan aku sampai di Pudu lebih kurang 4.30pm. Dalam masa perjalanan ke KL, aku asyik mimpi burger ja, so decide..sampai pudu terus cari burger! hahaha..walaupun burger kt pudu tu tak sedap (bukan McD, Burger King or Ramly Burger - tak tahu burger apa nih), tetap aku gagah makan dengan lahap!


So, seperti yang dijanjikan, sabtu tengah hari nak lepak dengan shee, mie, fahmy and wan. So 1st plan, jumpa kat stesyen wangsa maju, then si shee teringin nak makan sotong goreng tepung, so bergerak la kami ke 'apa-nama-ntah-restorant-itu' di Melati. Kami sampai lebih kurang kul 2pm hampir kepada 3pm, masa pelayan tu baru, sampai shee terus sergah dia.."Sotong goreng tepung ada?", then si pelayan dengan muka macho berkata "yang tu pukul 4.30 petang ader ler!". "hogh hogh haigh haagh", shee cuba memberontak, tapi sempat di halang oleh Black (fahmy - nama ni si wan yang bagi). So setelah membuat rundingan damai antara pelanggan dan pelayan..kami setuju tunggu sampai 4.30pm, dan pelayan tu janji akan nari mambo bersama-sama dengan shee (tapi akhirnya tak jadi sebab fahmy sangat jelous dengan mamat pelayan yang suka menyebut 'ais' kepada 'HAISH'.

Asya

Al-Fahimie

sheera

fahmy - zed zaidi, black

wan

Lepas habis segala-galanya (shee sibuk makan udang dan tepung dia kasi aku, mie plak tak habis habis sebut 'HAISH' sampai mamat pelayan tu lari ke dapur sebab malu, si Wan plak sibuk dengan project serai di kuala pilah, dan aku plak sedang cuba meminta tandatangan A.RAHMAN yg juga datang makan di situ, tp tak berjaya sebab bini dia halau aku ngn penyapu), kami pun bergerak ke The Curve, sebab si fahmy nak beli cable guitar kt courts, (okay! aku tipu, atas tu ada kedai musik nama BAN-TALEE (aku tak tau eja). Oh! cop cop..masa ni kami telah menerima ahli baru..si Asha, (dia ni kawan mie, diowang ni bawu kenal, macam mana diowang kenal? cuba tengok video kt bawah ni...)




haha..diowang dua ni sangat gila..serius..gila teka teki

Okay, so lepas gi beli cable tu, tetiba rasa lapar (shee yg lapar sebenarnya..kitaowang takkkk!!) , so lepak laa Mc D yang kebetulan berada betul2 di sebelah kedai alat music tu. Masa lepak ni, kesian si Asha ni, bertubi - tubi kena soalan dari shee! sampai merah muka mie (kenapa muka mie merah? oppss! I'm sorry, tak boleh bagi tahu <--tolong sepak aku skang..serius nih) . Masa ni, si Nina datang, dia datang lambat sikit sebab dia bawu jaa sampai KL dari Penang kalau tak silap. (Dia adalah pramugari MAS). Lepas habis, aku gi teman nina ni makan kat ayam penyek (ayam penyek ker ayam tempek, aku lupa), manakalau si Fahmy, shee, mie, asha dan wan..berjalan-jalan di sekitar the curve.

nina & me, topi kat tangan tu dia yang bagi.."terima kaseh" ^__^

Lepas tu, masing-masing dah mula bohsan, nak hangout tapi tak tahu nak lepak mana, so mie memberi cadangan untuk lepak di Sunway, kedai SHISA KAWAN DIA katanya, so boleh la SHISHA FREE...tp sayang seribu kali sayang, langit tidak selalunya cerah, angin tak semuanya wangi, bintang tak selalunya kelip, kawan si mie ni boleh tak der plak malam tu..hampeeehh! tp shisha tetap shisha.. Malam tu masa lepak, sowang - sowang mabok teh tarik, dah laa nengok Chelsea Vs Everton, kena shisha perasa apa ntah mie order, pastu dengan permainan teka teki dari si Asha ni...semua macam weng. (tapi asha, kalau ko nak tahu..itu belum tahap max punya weng lagi tu, sebab shee tengah letih, kalau tak..heh! menangis ko asha kena dengan shee..hahaha), so lepas habis teka-teki dari asha, kami pun pergi hantar si fahmy dan asha ke cyberjaya (asha dok umah makcik dia), kami pun bergerak pulang ke tempak masing-masing, time ni, aku, mie, dan wan lepak satu tempat kat umah wan (ukay perdana). Mie sampai ja, terus tetdo..gilaa letih budak ni..aku ngn wan gi nengok tv kt depan, sedar2..dua terlelap..hahaha.. So esoknya, kami tak kemana-mana, dan aku pun pulang ke Penang agak awal dari kebiasaan yang pernah aku buat, aku balik bas kul 5pm......

hahaha..see..sebab ni laa aku suka lepak dengan diowang

....to be continue!
(perhh ngader-ngader betol)

(sebenarnya part gi KL dah habis, pasni nak cita part amik gambar tunang, dan part ke taiping! ^__^)

Sekian,
A.L

update:
1. WABAF tidak lagi bersama aku, dia sudah pulang ke sisi tuanya..aku sekarang balik kepada yang lama..si-TIARA!



2.Okay..cam mana nak cakap..cakap dalam bahasa omputih laa..tak janggal sangat.."I think..I already fall in love =^__^=". (hang cuba tulih dalam bahasa melayu, rasa janggal kan?) okay lah..bab ni akan di cerita kemudian..semuanya bermula di taiping...(cewah..bagi headup first..hahaha)



Wednesday, June 10, 2009

akan datang...(lagi?)



Sekian,
A.L

p/s: Ya ya..aku tahu, dah banyak aku kata 'coming soon'..tp tak juga muncul-muncul kan..sabar yer, bagi aku satelkan segala tugas-tugas aku dulu..nanti aku update seperti biasa..
(banyak gambar nak kongsi nih..)