Thursday, May 28, 2009

akan datang...

Minggu ni terlalu sibuk untuk aku update..tapi banyak juga benda berlaku dalam minggu ni, so ini saja nak bagi teaser sikit untuk next entry blog ini! stay tune.... :

1. Bufday Adam & Shiau Peng di Oriental Seafood.



2. Bufday Adam, Lipyong, May and Shiau Peng di SG (Studeo Grafix)



3. Photo shoot bersama Yin yin.




Sekian,
A.L

Minggu ni juga aku turun kL..aku cuba untuk shoot sebanyak gambar yang mungkin ^_^

Wednesday, May 27, 2009

Special kah??

A.L: "You know, you are someone SPECIAL in my heart"
(How dare i claim this sentence to someone but later i cannot prove it!)

A.T: "If Special, awal - awal lagi dah whish, tak per la..lupakan jer la.."
(Friends and reader...if u read this, please don't just simply say something like this if you cannot full-fill it. You must walk what you talk. )


Yup! sesuatu telah terjadi, dan semuanya bukanlah sengaja di buat-buat. Mungkin betul kata orang sebelum ni, aku perlukan rehat. Mungkin aku terlalu banyak memberi tumpuan kepada kerja...

Tapi kalau di fikirkan balik, aku bukan lah seorang manusia yang mempunya ingatan yang kuat. Cuba check:

  • Aku tak tahu no plat Wabaf, walaupun sudah setahun aku menggunakan kenderaan tu..
  • No telephone yang aku hafal adalah no telephone rumah, dah no aku sendiri..yang lain? xper..ada phone book!
  • Tarikh hari lahir yang aku tahu ialah..erkk..erkk..tarikh lahir aku sendiri..(mak dengan abah pun tak ingat..nasib baik ada tulis..hehehe)

See..serius! aku tak tipu, aku memang tak ingat semua benda2 ni...oh! adeh! musti korang tak faham, maaf kerana aku merepek yang bukan-bukan. Aku tulis semua ni kerana semalam tanpa aku sedari aku dah terlupa tarikh lahir seseorang. Aku pernah kata kepada dia..yang dia adalah seorang yang sangat istimewa dalam hidup aku..tapi semalam telah membuktikan yang aku hanya "Ayat, pandai..buat, tak tau!". Maybe sebab aku terlalu asyik bekerja...apa-apa pun, memang salah aku..minta maaf banyak!

Aku cuba nak betulkan keadaan, tapi..lagi aku cuba, lagi teruk jadinya! haihh! Semalam sebelom tetdo, aku fikir balik, apa yang aku dah buat...dan sekarang aku faham kenapa dia tinggalkan aku dulu! memang salah aku sebab perangai aku macam ni! tak pernah nak ingat sesuatu yang penting buat kamu. Well...yang lepas dah tak boleh nak ubah...yang penting sekarang masa depan!

Sekian,
A.L

p/s: Minta maaf banyak-banyak sebab lupakan hari lahir awak T__T

Monday, May 25, 2009

Terkejut! (update tak habis lagi tau)

Inilah kek dari Apex, Afiq, Amet, Gina dan Apit

woo!!! tahu nak cakap apa! celebration tahun ni adalah sangat best! sehingga hari ni (25/05) ja..aku dah dapat 3 surprize:

Kejutan ke-1:
Pada 21/05 tengah aku sedah sibuk membuat kerja, tetiba semua budak office datang bersama satu bekas polistrina yang di cucuk lilin dan di iringi oleh lagu "selamat hari jadi" versi English! wahh! roti john special! hahaha..thanks kepada SG-ians!

Kejutan ke-2:
Juga pada 21/05. Oleh kerana hari tu adalah hari lahir aku, so aku dibenarkan pulang awal..lebih kurang 8.30pm (sebenarnya aku boleh balik lagi awal, tapi aku nak habiskan semua kerja aku dulu, baru balik), so decide nak jumpa di hammer bay! permulaannnya aku ingatkan nak makan dengan budak-budak rumah ja! tetiba jap lagi, perhh! ada lagi beberapa kawan yang lain, antaranya Gina, Apit, Saadah dan kawannya Fairuz! hohoho! best best malam tu, aku dah macam mabuk teh! gila sakit perut sebab gelak! Pastu kami gi karaoke! Balik karaoke tu, aku dapat 4 hadiah:
1. Kek ada kuaci (thanks to Apex)
2. Mafla pink (thanks Saadah)
3. Cadbury Choclate (thanks to Amet dan Afiq)
4. Tepung gandum! (TERIMA KASEH semua!)

Malam itu, aku telah jadi beruk super saiyan yang mengamuk di hadapan PISA

Kejutan ke-3:
Sepatutnya ada gig hari sabtu lepas (23/05), dan pagi tu aku dapat tahu rupa-rupanya gig tu telah di tunda. Rupa-rupanya si Aiza dah tahu awal-awal yang gig tu di tunda, tapi tak bagitau sebab nak celebrate birthday dengan aku, tapi di sebabkan atok Aiza telah meninggal dunia (yang beragama islam, sila sedekahkan al-fatihah), so dia tak dapat join untuk celebrate hari tu, tapi dia ada bagi kek cokelat yang ada strawberry! nyum nyum! cokelat ada feveret. Terima kaseh Aiza.


Inilah Kek dari Aiza Jeniza

Wah! ini adalah pertama kali dalam sejarah hidup aku selama 24 tahun dapat 3 kek untuk bufday aku. Pastu siap dapat hadiah plak tu! adeh! tahun ni juga adalah tahun dimana paling ramai orang whish kat aku! thanks all! love all of you! ^__^

ini adalah sedikit gambar yang di ambil masa kuar lepak ritu...thanks to artO (Emmet) untuk gambar2 ini :


Boys day out! (hah! ingat pompuan ja ada gurls day out? Erkk..tp time ni ada sowan gurl! ^__^)



duta La senza yang baru..hahahahaha ^__^




look! gigi aku terbang~!!



hadapan dari kiri: Apit Oaker, Clara Emily, AdamLUBA, Arefiq momo, Apexhuhu
belakang: Acap demok! hahahaha (sorry acap)


Sekian,
A.L

next entry:

photoshoot model 1
- Yinyin -

Wednesday, May 20, 2009

24...

Pejam celik, pejam celik..aku dah berumur 24 tahun...Ayah aku masa umur ni, dah ada kerja yang stabil dan masa umur ni la ayah aku kawin dengan mak aku. Aku? jangan kan nak kawin, girlfriend pun tak ader lagi. Kerjaya pun masih cukup-cukup makan. Hurm banyak kan perbezaan zaman dahulu dan zaman sekarang?



Ini adalah sedikit bingkisan hidup aku selama 24 tahun :-

1985 : Di lahirkan pada 21.Mei di Hospital Besar Alor Star. Pada mulanya nama yang ingin di beri adalah Abdul Rahman, tetapi di bangkang oleh Arwah Tok Wan, so atas persetujan ramai, maka di beri lah nama Muhammad Adam.

Fakta: Aku di lahirkan dalam keadaan songsang, dimana tali pusat berada di bahagian leher. Mak aku terpaksa menjalani pembedahan. Ramai doktor kata aku dapat hidup adalah satu keajaiban. Oleh sebab itu ramai doktor biler jumpa mak aku, akan di tanya "Adam mana?"

1986 - 1988 : Aku di besarkan di Bukit Pinang, Kedah. Di mana aku di besarkan oleh Mak, Abah, Tok, Tok Wan dan Tok Nek (Tok nek ni selalu bercerita, pastu suka nyanyi lagu 'buai laju-laju..', part yang aku paling suka adalah part tok nek cerita zaman perang.)

Fakta: Walaupun umur aku pada ketika itu hanya 3 tahun, tapi masih jelas kenangan-kenangan tu, serius aku tak tipu.


kerusi itu lah tempat aku bermain, seorang diri..ini masa birthday aku yang ke 3..tak caya tgk tarikh kt gambar.^__^


1989 - 1998 : Aku berpindah ke Changlun kerana abah mendapat rumah kerajaan. Aku hanya mempunyai 2 orang kawan, Qimie dan Fifi. Pada masa ni aku tak suka belajar, so aktiviti aku adalah, menconteng permukaan yang boleh di conteng (termasuk muka sendiri), bermain muzik (main trumpet untuk pancaragam sekolah) dan mengambil gambar (menggunakan SLR bapak aku yang berjenama PENTAX)

Fakta: Sebenarnya abah adalah orang yang sangat kreatif, tapi dia tak nak teruskan ke-kreatifan dia, tapi dia ajar anak dia iaitu aku. ^__^


dulu aku tak suka nengok cermin, kena aku rasakan kepala aku lagi besar dari badan..
in picture : Adam, Muqri & Najwa

1999 - 2002 (form 2-form 5): Berpindah ke Jitra, bersekolah di sekolah luar bandar yang kurang terkenal dalam akedmik, tapi terkenal dengan kecerian sekolah. (Serius! sampai menang anugerah 5 bintang). Pada masa ini aku di 'cop' macam-macam di sekolah, 'gila pangkat', 'playboy malaya', 'hiphop tepu', 'poyo jalanan' dan macam-macam lagi.

Fakta: Aku hampir-hampir menjadi lelaki lembut, tetapi di tarik oleh kawan-kawan. Dan mereka adalah antara kawan baik saya sekarang (Adif, Afiq, Amet, Nazim dan Apex)

2003 (form 6): Berpindah ke sekolah kategori dalam bandar. Huh, masa ni cabaran agak teruk berbanding dengan sebelum ni. Jika sebelum ni, aku hanya di cemuh, kali ni aku di 'pulau'kan oleh hampir kesemua pelajar sekolah tersebut dengan alasan "hang mai dari sekolah lain, jangan nak buat KEPALA kat sini!". Ini adalah berikutan KHABAR ANGIN di masa guru disiplin mahu melantik aku menjadi ketua pelajar. So nekad, aku benci di situ, aku berhenti sekolah.

Fakta: Bukan kesemua orang membenci aku, still ada insan-insan yang masih sudi berkawan dengan aku, seperti Muck Aneps dan Pija.

2004 - 2006 (pJB): Okay! Ini adalah fasa pertama perubahan hidup aku, pada masa ni, aku menerima tawaran melanjutkan pelajaran peringkat Diploma dalam bidang rekaan grafik. Pada masa ini, aku banyak belajar pasal persahabatan, pengurusan dan pada masa ni juga aku mula bercinta secara serius dengan seorang gadis non-muslim (tapi hanya bertahan 3 bulan). Dalam tempoh pembelajaran aku di sini, aku mula develope minat aku dalam art. Dalam penghujung 2006 aku bercinta dengan seorang gadis yang kini boleh di gelar celebrity (masa ni dia blom lagi dapat title celebrity).

Fakta: Pada permulaan aku di 'pulau' oleh budak-budak lelaki dalam kelas sehingga aku semester 4 dan semester 5, barulah mereka mula berkawan dengan aku. Oh! pada masa ini juga aku aktif dalam bidang kebudayaan dan juga part time modeling. ^__^

2007 (Kerja): 1st kerja aku adalah di Perlis, sebuah syarikat advertising dan printing, tapi skop kerja aku bukanlah di bahagian itu, sebaliknya more kepada picture editing. Ini di sebabkan syarikat tempat aku kerja juga mempunyai studio dan juga mengambil upah untuk wedding photo. Hubungan aku dengan si cinta mati (konon) berakhir pada tahun ini oleh 'sesuatu' sebab. dan selepas satu tempoh, aku berkenalan dengan seorang lagi gadis (dia juga seorang blogger sekarang hehehe!) yang sama sekali tak terlintas dalam fikiran aku pada ketika itu untuk bercinta dengan dia. Well feeling tak boleh di paksa, sedar-sedar dia dah menjadi seorang yang penting dalam hidup aku. Pada masa ini aku betul-betul merasakan dia adalah jodoh aku.

Fakta: Aku mula dalami ilmu photography disini. Dan disini jugalah terpancul minat mendalam kepada Digital Single Lense Reflect Camera (DSLR Camera) dan aku juga telah berhenti kerja di sebabkan oleh seorang perempuan yang membawa aku kepada tempoh menganggur tanpa hala tuju selama 3 bulan.

2008 - now: Actually aku telah mendapat tawaran bekerja di penang (studeo grafix) adalah pada hujung tahun 2007 dan hingga sekarang aku masih lagi bekerja SG (soon akan tukar nama), ini adalah fasa kedua dalam perkembangan hidup aku, pada masa ini banyak benda berlaku dalam hidup aku yang membuatkan aku menjadi aku yang sekarang. Di sini aku mula membentuk diri aku menjadi seorang yang lebih positif, berfikiran terbuka dan berani bermimpi. Berani aku katakan, sejak aku bekerja disini, banyak peningkatan berlaku dalam hidup, banyak impian aku selama ini menjadi kenyataan. Berkenaan love story aku pula, hubungan aku tamat pada awal tahun 2008. Keputusan ini aku terima dengan menggunakan waras akal dan bukan perasaan. So ia nya berlaku dengan baik dan aman, seperti aku katakan di atas, Perasaan bukan sesuatu yang boleh di paksa. So hingga sekarang aku masih tidak mempunya sebarang hubungan dengan seseorang yang di gelar awek! hahahaha..naaa!!!! belum masanya lagi.

Fakta: Ramai orang kata aku workaholic..tapi aku tegaskan disini aku kerja bukan kerana addict dengan kerja, tapi aku kerja kuat sekarang adalah untuk kesenangan di masa depan, insyaallah! ^__^




************************

Hurm kejap jer kan? dah masuk 24 tahun..kenapa aku ceritakan cerita mengarut yang belom pasti ada orang yang baca, well aku juga tulis benda ni untuk mempringati diri aku, tentang siapa aku sebenarnya, apa yang telah aku lalui untuk mencapai apa yang aku ada sekarang. so..jangan risau, aku tak marah kalau korang tak baca, hahaha! yang penting sekarang! satu hari nanti, if ada rezeki, if ada umur yang panjang and if ada jodoh, anak - anak dan cucu cicit aku akan tengok blog ni, dan mereka akan berkata "Walaweh tok wan kita ni gila glamor rupanya" (agak-agak nanti zaman akan datang ada orang main blog lagi tak?)

Sekian,
A.L

p/s: Terima kaseh kawan-kawan di atas segala ucapan anda. kalau saya tak balas tu, tunggu kejap tau! nanti sampai laa massage dari saya balik..hehehehe..daaa! *hug

Monday, May 18, 2009

Okay! malam ni aku.....

I'm really piss - off tonight!

Okay! Aku amat mengalu-alukan sesiapa nak menjadi kawan aku! Serius..aku tak kisah! aku sangat suka berkawan..dan aku sayangkan kawan - kawan aku.

Cuma satu aku tak suka..aku tak suka orang mempergunakan nama aku!, buat taik dengan nama aku! sedangkan korang bersuka - suka dengan nama aku. DAM! kalau ko kawan aku, jangan sesekali mempergunakan nama aku sebagai tempat ko menyorok aktiviti tak siuman ko tu...

http://heyimneera.blogspot.com/2009/04/experiment-salon-session-d.html#comments

Siapa yang bertanggungjawab dengan coment di atas? Siapa yang sanggup gunakan sebagai title 'kawan adam luba' dan bagi coment berbaur lucah tu? Sila betulkan statement anda.

p/s: to Neera..i'm really - really sorry this things happen to you.!!

Kepada kawn-kawan yang lain, aku minta maaf sebab keluarkan entry ni! aku betul-betul tak suka orang yang mempergunakan aku. dan aku paling tak suka bila dia buat benda tu dekat kawan aku sendiri. Dah la aku tak dinner lagi, order dekat sejam! dia boleh lupa! HARAM! so kesimpulan..malam ni aku betul-betul hilang mood! dam! dah laa kerja banyak lagi....::

kepada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap perkara di atas. Sila minta maaf dengan neera, dengan aku tak yah!

Sekian,
T___T

Kenapa Minggu ni saya tak ambil gambar?

Ini adalah tag dari si AdifDAS!
(kalau tak buat nanti dia marah!)

1. Nama timangan di kalangan family:
i. Puteh (siyes..itu panggilan masa kecik-kecik..sbb masa tu aku masih lagi puteh!)
ii. Adam (itu dah memang nama aku!)
iii. Budak betuah (ini adalah nama timangan yang di panggil biler kemarahan di tahap melampau!!)


2. Anda seorang yang...
i. Suka cerita kamen raider
(terbaru adalah 'Decade'. best siott!!)


ii. Gila glamour
(mengikut pandangan beberapa kawan-kawan la)


iii. Takut tinggi
(bukan takut, tapi gayat!)


iv. Suka camera
(sayang didiNINE)


v. Perasan diri dia best
(well, nak buat cam mana! nak harap orang puji..berjangut laa! baik puji diri sendiri)


vi. Senang mempercayai orang
(well, yup! aku lurus..tp aku bangga sebab aku dapat mempercayai orang lain, terutama sekali kawan-kawan aku)


vii. baik hati sampai kena pijak kepala
(ini pun kawan-kawan yang cakap, aku tak rasa cam tu..tak salahkan kalau kita baik? klu diowang nak pijak..nak
buat cam mana..yang penting! aku hargai apa yang aku buat..dan aku gembira!!)


viii. korang la senarai...
(susah nak menilai diri sendiri..baik orang lain yang bagitau..)


3. Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa
ada banyak (lebih pada seorang kira banyak la tu)..antaranya (ini tak termasuk family nih):

- Farah Shasheera -- Amalina - Al-fahimie - Adif - Amet - Afiq - Pija - Shazneeda - SG-ians - Aji - Ajoi - Lee - Hajaribrohim - Siti Maisarah - Aryanti Akthiar - Zairani Alias - Kandi

: mereka-mereka ni istimewa kerana mereka adalah insan yang banyak mengajar aku tentang kehidupan, erti kawan, erti sayang, erti cinta, dan banyak lagi la, mereka-mereka ni jugalah selalu bersama saya di masa senang, di masa susah!


4. Lagu kesukaan sekarang
i. Crushcrushcrush - Paramore ii. Born for this - Paramore iii. Guardian Angle - Redjumpedsuit Appratus

5. Warna kegemaran
i. Hitam ii. Putih iii. Cokelat

6. Benda paling wajib dalam handbag
i. DidiNINE (beg camera boleh dikira handbag tak?)

7. Kali terakhir nangis
i. Erkk..hurmm! 2 minggu lepas masa nengok episode akhir season 1 The O.C. (okay! aku tau aku losser..peduli apa! citer tu best kot!!!)

8. Tag rakan anda
Part ni aku malas..so aku xnak tag sapa2..aalalala...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa entry ni tak ada gambar?

Mingu lepas aku balik sekali lagi ke Jitra, tapi malangnya kali ni tak sempat nak keluar gi photo shoot, sebab terlalu sibuk, antara aktiviti - aktiviti yang di buat sampai tak sempat nak photoshoot tu adalah...

  1. Gi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star untuk melawat ayah adif.
  2. Berjalan-jalan di City Plaza Alor Star, dari tingkat atas, turun tingkat bawah, naik balik atas, turun balik bawah dan naik semula ke atas (kereta di parking di bahagian atas). Tujuan utama adalah memerhati anak-anak muda yang mempunyai potensi untuk menjadi model. Serius..yang mana aku rasa boleh jadi model, aku gitau si Afiq..dia terus gi tanya! si Amet sediakan name card. hahaha..
  3. Teman Amet gi Daftar company untuk Arto Enterprise.
  4. Teman Afiq gi jumpa awek yang dia kenal kt myspace.
  5. Gi 'Kedai makan western si Awek' di mana, bak kata adif dan afiq ada awek cun! sampai jaaa...erkkk..awek tu boleh la tahan cun..tapi tak la cun gila gila macam si afiq ni cakap..pas tanya balik, afiq cakap..awek ni mmg tak cun..tapi rambut dia cun T__T
  6. Main Rock Lagend (haram nak naik satu level ja kena kumpul sampai 5,000 fame)
  7. Tengok Kamen Raider Decade (cis paling lates episode 16..arrhh..aku mahu lagi..alalala)

so itu lah antara sebab sebab mengapa saya tak dapat nak buat photo shoot pada minggu lepas! Hujung minggu ni aku akan pasti kan ada gambar untuk di lihat..(kan aiza kan?)




Sekian,
A.L

Friday, May 15, 2009

Kisah petang jumaat yang....



gambar ni tak der kena mengena pun dengan cerita di bawah. Hanya sebagai hiasan, lagipun gambar ni bawu siap di edit!! hehehe ^__^


Tarikh: 15/05/09..
Masa: 4.00pm..
Tempat: Studeo Grafix | Grafix department

E.R : Emmet Raxor
A.L : Adam Luba


ttrruuuutttt....trruuutttt truuttttttt...
(handphone vibrate atas meja)

A.L: "hoh! sapa lak yang call aku tengah time-time kerja ni..?"

tOuot~
(picit butang 'answer')

A.L: "Hello! Kedai Tosei Rogayah bercakap! perkhidmatan delivery di sediakan! mau ka tak mau?"

E.R: "Mau mau, tosei lapan kurang manis, oh ya! kuah kasi lebeh kay!"

A.L: ".........."

E.R: "weh! aku lah amet! Nih! aku nak bagi satu kuiz kat hang"

A.L: "Aku tau hang, dah tentu handphone aku ada keluaq nama hang! bungus!"

E.R: "heh! macam canggih sangat handphone hang..."

A.L: "MAU TAU AAAA!!"

E.R: "bytheway..berbalik kepada tujuan utama aku, erkk! apa dia nak habaq ntah! oh! ha! ha! ingat dah...aku nak basuh baju..baju hang nak join sekali ka?"

A.L: "W.T.F! hang nak basuh baju?? boleh boleh! baju-baju aku sangat berbesar hati dapat join baju hang!"

E.R: "hah! satu lelmari tu hang nak cuci?"

A.L: "yang kaler putih jaaa"

E.R: "satu lelmari?"

A.L: "putiih!"

E.R: "lelmari?"

A.L: "tiihh!!"

E.R: "mari?"

A.L: "..............."

E.R: "satu lelmari ka? semua ka?"

A.L: "hang pernah rasa mandi dalam mesin basuh dak? pernah guna syampoo fab total color dak? pernah keringkan badan guna 'spin' dak?"

E.R: "Oh! baju putih..bagitau laa awai-awai...buat habih kredit aku ja tepon hang lama-lama!"

A.L: "double U Ti EF (W.T.F), Haram Jay!"

E.R: "bye!"

tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuttttt
(letak tepon)

A.L: "aram! aku tau la aku malas basuh baju! perli teruk nampak!!!"

-__-"


p/s: Malam ni balik jitra lagi! yipeeeeee!!!!
Sekian,
A.L

Wednesday, May 13, 2009

rindu....





I realy realy realy miss them...
so much....

rindu nak gurau-gurau,
rindu nak main salah-salah cakap,
rindu nak tangkap gambar sama-sama,
rindu nak nyanyi ramai-ramai dalam kereta,
rindu nak tahu cerita diri masing-masing...
rindu....

k..o..r..a..n..g

shee&mie

p/s: Korang pun tahu aku sibuk kan? tapi tak bermakna aku lupakan korang....tak akan pernah aku lupakan korang..T__T

Sekian,
A.L

Monday, May 11, 2009

Snap Secara Random!



Georgetown : Malam ketika aku ngn amet nak mencari makanan (aku sangat tak pandai ambil gambar malam & bangunan. DAM!)

Oleh kerana terlampau sibuk minggu lepas. Beberapa aktiviti photo shot terpaksa di batalkan dan di tunda di hari2 yang akan datang. Aku cuma sempat snap beberapa keping gambar sahaja. Dah la tak der subjek khusus untuk di snap! So terhasil lah beberapa keping gambar yang di snap secara random.



WaBaF : Yah! kemunculan pertama Wabaf! dia banyak berjasa oo..

Apa ada depan mata aku, aku snap! dan ada sesetengah dari gambar ni adalah 'Snapspon' (hahaha..ini adalah istilah aku kepada snap secara spontan! - lama tak guna ayat ni,)



Inilah hasil snap Snapspon..masa ni aku ontheway nak balik jitra..gambar ini adalah di atas jabatan pulau pinang pada pukul 12.ooam

so..sila lah melihat gambar-gambar yang di ambil secara random ni...



Lampu-lampu di Hammer Bay!



Ini padi huma, eh! padi bukit, eh! padi bernas, eh...erkk! ini padi..sekian




A.L : "Makcik buat apa tu?"
Makcik : "sawaddi ka..mak cik tak buat apaaa ka~ tengah dok tengok paddi ni haa ka~" (sila baca dalam slang siam)





bongzaiiiiii!!!




ini adalah di sungai mergong alor star



lampu di sebelah kenny rogger alor star..kat mana aku tak tahu..ciya yang bawa aku!



"haiyaa..olang bawa basikal pun mau amik gambar ka! gila la..wa malu lo~ control..control"




Okay! ini bukan dalam wabaf..ini kereta ciya..bukan kereta aku! ^_^

Okeh! sampai sini dulu..sebenarnya ada banyak lagi gambar..tapi cam banyak la pulak nak upload..semua gambar random jer..adeh!

p/s: ada siapa - siapa secara sukarela mahu jadi model untuk di eksperimen kan oleh aku tak?


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Entry di bawah ini berbaur lucah! hanya 18thn ke atas sahaja boleh baca...

Peringatan: Kepada yang sedang hangat bercinta tu, tolong jangan buat seperti apa yang aku nampak tengah hari semalam (isnin 11/05/09)

situasi:
Aku sedang menuju ke kedai buku untuk membeli komik 'Kreko' di salah satu kedai buku di pulau tikus, penang. Semasa aku hendak melintas jalan, ada sebiji bas sedang berhenti di depan aku kerana lampu isyarat sedah merah menyala.

So aku terpandang satu pasangan di dalam bas ni, si lelaki berkemeja dan si perempuan berbaju kurung. Tetiba aku nampak si lelaki ni sedang meraba-raba si perempuan di bahagian dada (tingkap bas kan besar, waktu lunch plak tu! memang terbentang2 depan mata aku).

Si perempuan ni, layannn jaa..si lelaki pulak lepak puas meraba, di cium molot si perempuan tu pulak. Kemudian dia perasan aku sedang melihat aktiviti kurang ajar itu. (aku rasa, ramai lagi kt belakang yang nak melintas jalan tu nengok sekali).

Yang aku tak boleh blah, si lelaki tu boleh buat muka bangga seperti baru saja mendapat pingat emas dalam acara renang irama di peringkat sukan olympic. Pastu dia sambung balik aktiviti dia tu. Si perempuan tu memang dah tak sedar apa dah.

Kat sini aku nak bagitau la, tolong ek! Siapa-siapa yang nak buat 'free' show tu...tak payah lah! memalukan ja! dah la si perempuan tu berbaju kurung. Adeh! gi la cari hotel ker, semak samun ker, hutan getah ker, dalam tong sampah ker..mana-mana janji xder orang nengok! tak pun gi jumpa tok kadi cepat-cepat!

Serius aku rasa nak tendang ja muka laki tu. Dah la buat muka kerek nak mampos! aku tahu la ko bangga ko ada awek...aku tak der!

Sekian,
A.L

Friday, May 8, 2009

5 minit akhir = Penakut

wah! otak aku tersangat laa melayang-layang ketika aku sedang membuat entry ni. Tika ini, aku sedang berada di kampung, yak ni di Jitra Kedah. Aku sampai sebenarnya dalam pukul 2am tadi, tapi aku tak terus balik ke rumah sebab memangdangkan si Afiq, Adif dan Nazim dah menunggu untuk melepak sekali.


So lepak la kami dulu, di salah satu kedai char kuew teo (tak tau nama kedai tu, sebab di sepanjang banda jitra ni, terlalu banyak kedai char kuew teo. Yang peliknya, masa aku di penang, tak pernah sekali pun rasa nak makan char kuew teo, cuma biler balik jitra ni, mood nak makan char kuew teo tu datang balik.


Sangat seronok okay! dah lama rasanya tak berpeluang jumpa ramai-ranai macam ni, kita orang tadi, lagi banyak gelak dari bercakap.sekarang dah pukul 6am, dan aku masih lagi tak tetdo, bukan tak mahu tetdo tapi takut terlajak tetdo sebab pagi ni, aku kena berjumpa Yana dan crew art, mind & soul production untuk peringkat akhir proses filem pendek 'Maya' di mana kami akan membuat rakaman semula suara.
Oh! gosh! guest what..5 minit yang lepas..oh! nanti! aku ceritakan situasi aku dulu, aku sekarang sedang berada di hadapan computer yang terletak di ruang tamu rumah. Semua lampi telah padam sebab iyer laa, orang lain tengah tetdo nih, so keadaan agak gelap dimana cahaya hanya datang dari monitor computer ni. Dalam aku tengah taip entry ni tadi, tiba tiba aku ternampak, eh! silap terperasan kelibat seorang wanita sedang membetulkan tudung rambut betul-betul di sebelah aku ni. Tapi bila aku toleh ke sebelah..tak ada sapa-sapa pun di situ..hurmm maybe bias cahya dari monitor dan di campur pula dengan 'condition' otak dan mata yang sedang 'weng' ibarat orang mabuk minum todi. adeh! okay! skang aku nak Out dulu..sebab tetiba terasa sangat seram. (fakta: aku seorang penakut okay!)
Sekian,
A.L <--it's short from 'Adam Luba' okay, bukan 'Adam Lambert'
p/s: malam ni bulan penuh..tersangat terang jalan pada pagi ni, dan di makluman sekali lagi, aku seorang penakut.

Tuesday, May 5, 2009

Sepetang Ahad di Tasek Darulaman



picture by Amet using Nikon D40x


Pada Ahad lalu, Aku, Amet, Afiq, Nazim dan Naim (sepupu Afiq) telah membuang masa di Taman Tasek Darulaman (Jitra) untuk sesi 'Membina Chemistry bersama didiNINE'.



Ada yang datang sini untuk bercinta...

So di sini aku letakkan sedikit beberapa gambar yang di ambil masa aku tengah melepak di sana. Aku kalau datang sini, musti nak makan Keropok Lekor dari kedai Sabar Menanti, sedap gilaahh! (atau aku sendiri yang tengah kelaparan).



ada yang datang untuk 'hangout' dengan kawan-kawan...



ada yang datang untuk merehatkan badan...




ada yang datang untuk makan - makan...




ada yang datang untuk menikmati pemandangan...



ada yang datang untuk bersukan...



ada yang datang untuk mengisi masa yang kelapangan...



ada yang datang sebab di rumah bosan...



ada yang datang sebab nak pegang tangan... - __-"

p/s: Kebanyakkan gambar di atas aku tak edit, aku cuma kecik kan saiz dan letak url blog aku. (aku cakap kebanyakkan okay, bukan semua), aku cukup suka color yang di hasilkan oleh didiNINE. (haiyohh! sayang gila didiNINE)

Sekian,
A.L & didiNINE

Saturday, May 2, 2009

Sesi mengeratkan hubungan bersama didiNINE

Seperti semalam, hari ni juga aku membuat aktiviti untuk merapatkan lagi hubungan antara aku dan didiNINE.

So plan hari ni adalah taman reakreasi Bukit Wang, Jitra, Kedah. Tempat ni merupakan tempat perkelahan antara aku dan kawan-kawan aku masa sekolah dulu. Ia merupakan kawasan air terjun (erkk..ada air terjun ker?). Mereka yang terlibat hari ni adalah aku, Amet, Nazim, Afiq dan Lee. Kami mula bergerak pada pukul 10.30am.

Kami mengambil masa lebih kurang 30minit untuk sampai di Bukit Wang. So sesampai ja di sana, kami mencari 'port' yang sesuai, selesa dan sedikit privasi. Wah! aku cukup tak sangka yang bukit wang kini masih lagi ramai orang yang datang. Hebat-hebat...^__^

Setelah penat shoot gambar (sebenarnya snap 2,3 keping ja..mandi tu yang lebih), kami pun menuju ke rumah si Afiq untuk kenduri meggi. hua hua hua..best best! Terima kaseh kepada tukang masak si Amet dan Nazim. (sirius diowang masak sedap, meggi rasa cam nasi ayam).

sebelah petang pula, ingatnya mahu ke Taman Tasek Darulaman, tapi tak menjadi sebab semua dah terbongkang tetdo T___T. haihh..~ so hari ni, just sempat buat itu jaa...

Sekian,
A.L

Friday, May 1, 2009

hari pekerja!


Yeaa! aku dah sampai jitra! huhu...semalam lepas habis kerja, aku terus balik ke jitra, masa ontheway balik tu, cuba bayangkan...naik WABAF, dia tak der radio, pastu takder penghawa dingin plak. Best nyer HTC battry kian susut..so xder hiburan la aku malam tu. Dah laa penat kerja, terus balik, tak der hiburan..so bayangkan condition aku menempoh 1jam 45 minit. Perhhh...mau gila aku! so aku buat keputusan..beli kacang hijau dengan 100plus. Sambil makan dan minum aku melalak sowang dalam kereta. So semalam adalah hari-hari rock kangkang..dimana lagu-lagu yang aku nyanyikan adalah rata-rata dari kumpulan search, wings dan lefthanded! -__-"



Sampai jaa umah semalam, lepas salam-salam dengan family, aku teruss lelap! zzzzzzzzzzz....


So pagi ni pun tak buat apa, banyak menghabiskan masa di rumah, tapi start pukul 5pm aku dan kumpulan lelaki-lelaki bujang jitra keluar untuk membuat photo shoot. Kami park WABAF di depan Masjid Zahir, dan kami pun berjalan-jalan menyusuri bandar kota star. Memandangkan masa agak lewat..so tak banyak gambar yang dapat di ambil. Tapi okaylah...sekurang-kurangnya aku dan didiNINE lebih rapat. Kami sedang membina chemistry disini. ^__^


Okaylah..aku tak tahu nak tulis apa dah..wal hal petang tadi masa drive, macam-macam ada dalam kepala otak ni nak tulis. Sesungguhnya aku sedang tenenauuw~ (pening) maybe sebab aku sudah mengantuk..
jadi layan lah gambar-gambar ni dulu...saya mahu tetdo kay! nite nite..sweet dreamz!








p/s: Kepada yang bekerja, "Selamat hari Pekerja"! kepada yang exam "Goodluck", study rajin rajin..kepada yang tak buat apa2 tu.."happy resting" ^___^

Sekian,
A.L