Tuesday, April 28, 2009

Robot-robotan!



Saya dan didiNINE | photo by apex using Nikon D60 + Kit lense + Nissin Speedlight

yeah yeah! semalam balik dari kerja agak awal la (8.00pm), so plan pada mulanya nak keluar jalan-jalan di penang untuk shoot. Tapi bila sampai ja umah, lepas mandi manda bagai, kemalasan melanda, lagipun tetiba rasa macam tak best bila nak shoot gambar yang tiada model (aku tak berapa suka amik gambar landscape sebenarnya), so decide dok umah, layan DVD apex baru beli dan makan burger hasilan pakcik debab (apek yang panggil okay, jangan salahkan aku, "minta ampun pakcik debab!").

Dalam dok syok layan DVD tu, tetiba rasa cam bosan, so aku capai beberapa robot gundam milik si apex ni, dan terus memulakan photo shoot. Apex yang tengah sedap tengok DVD pun tetiba datang join..hahah! so kat sini, aku share sedikit lah dari hasil tangkapan semalam...










Tak sabar mahu balik kampung hujung minggu nih...^__^




1st gambar aku shoot (guna self timer) masa dapat didiNINE (nikon D90), Thanks to my family ^__^


Sekian,
A.L

Monday, April 27, 2009

sambungan....

Kehidupan baru sahaja bermula!

"The reason most people never reach their goals is that they don't define them, or ever seriously consider them as believable or achievable. Winners can tell you where they are going, what they plan to do along the way, and who will be sharing the adventure with them."
- Denis Watley

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Ladies and gentlement...boys and girls...i would like to introduce you..."

druu druuuu druuuu druuuu druuuuu
(drum role okay!)

ke ceeennggggg!!!
(yang plak bunyi symbal)


meet my love...


- didinine -
p/s: kepada sesaper yang tak tahu..camera ni colour hitam sebenarnya! ini hanyalah editing!

She's mine now! Ada yang tahu, ada yang tak tahu, kepada yang baru datang ke sini, maybe tak tahu...so kita imbas balik sekejap...

Sebelum ni, aku adalah seorang canonian's (pengguna Canon laa tu). Selepas satu peristiwa, aku kehilangan hak sebagai seorang canonian's dimana DSLR Canon 1000D aku telah hilang. Pada masa tu aku banyak-banyakkan bersabar kerana aku tahu, setiap apa benda yang jadi..ada HIKMAH-nya.

Dan lihatlah apa yang aku ada hari ni! aku ada sebiji nikon. Sebuah camera yang secara jujurnya bagi aku sebelum ini adalah satu mimpi. Jauh sekali nak membayangkan aku menggunakan camera yang bagi aku spec-nya sudah hampir/sama dengan pro-spec.

So lepas ni aku akan kembali serius dengan camera, yup! aku still lagi 'lifeTimer' sebagai grafix designer dengan studeo grafix dan tak salah rasanya untuk aku membuat sesuatu yang aku suka, kan? kan?

Aku bukan lah seorang yang boleh di 'claim' sebagai professional dalam bidang ni, tapi insyaallah! di masa depan nanti aku akan dapatkan tittle tu, aku pasti dapat!. (maaf sekarang semangat tengah berkobar-kobar). So kawan-kawan, doakan aku yer! ammiinnnnn!! ^___^

Terima Kaseh...

Di sini, aku betul-betul bersyukur kepada tuhan di atas segala kebaikan/kejayaan yang di beri kepada aku. Terima kaseh juga kepada family aku (Incik Mansor, Nur Hayati, Najwa & Muqri) kerana menyokong aku selama ini. Kepada semua kawan-kawan yang sama-sama di dalam pahit manis hidup.

Jutaan Terima kaseh juga kepada pembaca-pembaca yang menjadi follower/ membaca blog ni. Kamu semua adalah terbaik di dalah hidup aku! ^___^

So bersiap sedia kepada mereka-mereka yang aku pernah janji untuk membuat sesi berfoto! acara akan bermulaaaaa~ yeahhhh!!

Sekian,
A.L

p/s: hahahahahaha...okay laa ni! dapat camera bukan senang kan? dapat D90 pulak tu..best tu!

Sunday, April 26, 2009

Something u need to know...

hey guys, sorry for being so busy lately...hey! jgn risau...Mei ini, blog ini akan kembali beraktif seperti sedia kala...malah ada 'good news' nak bagitau...sangat excited okay! nak tahu? ready?
1
2
3
aku dah...
(to be continue...)
Sekian,
A.L

Wednesday, April 22, 2009

Just to Share!



wiii, rini nak rehat jap dari merapu meraban. so kat bawah ni ada satu article yang aku nak kongsi dengan korang. Dah selalu sangat merapu, rehat laa jap! kita baca motivasi sikit...okeh?

Selamat membaca....be positive! positive! and positive! ^___^



Be in Joy now and everything will change

In the moment that I discovered The Secret I realized that I had been living my entire life backwards. If things were good in my life, I was happy. If things were difficult in my life and everything was going wrong, I was stressed and miserable. In my ignorance, I had been misusing the law of attraction all of my life. But all of that changed when I had the knowledge of The Secret.

To live in accordance with The Secret and the most powerful law in the Universe, we must be in Joy first - and then everything will change. To live our lives by emotionally reacting to what is happening outside of us is misusing the law! As we react with negative emotion to any difficulties, we attract more negativity into our lives. We cannot defy the law of attraction, which operates on the most microscopic levels of vibration, and with absolute exactitude.

You must be in Joy first. And then your life will change into Joy.

Difficult times are the greatest opportunities in disguise. When we face difficult times we have to put in determined work to get ourselves into Joy. But let me tell you, when you can get yourself into Joy despite what is happening around you, your life must change - it's the law!

In addition, as you become Joy in difficult times you are becoming the master of your emotions, the master of your life, and the master of the law of attraction. Difficult times are your greatest opportunity to practice yourself into Joy.

Of course if your life is going along swimmingly then it is very easy to be in Joy. During those times your Joy is most likely a reaction to the good times. But the magnificence and the power that you really have within you will be seen when you can be in Joy during difficult times. It is then that you will see the true power that you have within you, because as you hold to Joy, you will shift all the energies of the Universe, and your life and your world will change.

The cause of everything is within you, and the effect is what you experience in your life. You have the power within you to change everything by putting yourself in Joy. You can change everything so easily by becoming Joy first! And nothing can change until you get yourself in Joy, because that is the law of attraction. Like attracts like! The energy of Joy attracts energy of Joy!

Do whatever it takes to find your Joy, and then keep yourself in it no matter what. Keep ramping up your level of Joy every day. There is no limit to the levels of Joy you can reach. You will see change to the degree of Joy that you can attain and maintain. The higher the Joy you can create within you, the more spectacular the change, and the higher the Joy, the faster the change. Once you get yourself in Joy it is easy to maintain it, because your emanation of Joy attracts more Joy. The law of attraction will continually send you more feelings of Joy.

You cannot criticize or blame or complain when you are in Joy. You cannot be afraid when you are in Joy. You cannot speak negatively when you are in Joy. You cannot harm another when you are in Joy. Negativity cannot reach you when you are in Joy.

When you are in Joy you are compassionate. When you are in Joy you are considerate and caring. When you are in Joy you love others. When you are in Joy you appreciate everything. When you are in Joy you are in love with the world, and the Universe is in love with you.

Be in Joy. Seek it with all of your heart, and you will find it.

May the Joy be with you,


Rhonda Byrne
The Secret... bringing Joy to billions


Sekian,
A.L

Tuesday, April 21, 2009

Hello! inikah kugiran itu?





Hujun minggu lepas, Shee (my best friend forever) telah datang ke Penang bersama-sama dengan kumpulan Hello! is this the band? yeh yeh! sangat seronok biler dapat berjumpa dengan diorang! ^__^



introduce you..Hello! is this the band?









Walaupun jumpa hanya sekejap, tapi sangat seronok! lagi-lagi bila dapat amik gambar ngn Dy..hua hua hua (aku sangat teruja okay!)




me & dy




josh & avril



my best friend -> http://shasheera.blogspot.com



Lokasi: Gurney Plaza Pulau Pinang
Camera: Nikon D40x with speedlight SB600
Photographer: Amet | Adam | Fahmy
Editing: Adam


p/s: Skang ni aku dalam suasana yang tersangat busy! so..tak sempat nak nulis..layan gambar pun boleh gak kan? hehehe O__o

Sekian,
A.L

Saturday, April 18, 2009

Short Noted

wah! baru balik dari shooting! sangat sangat saaaaaaangat penat! tetapi best! Art, Mind & Soul Production..korang memang terbaik lah! bytheway aku kena rush balik penang pulak sekarang ni! ada hal penting nak buat..dan yah! mahu berjumpa sama avril dan josh!
^____^

p/s to nina: "betul kata kamu...!!!"

p/s to mak: yea yea! mak buat sambai petai O__o

p/s: nanti aku letakkan gambar-gambar masa shooting rinih! hohoho..okaylah..mahu siap-siap!



Sekian,
A.L

Friday, April 17, 2009

Keliwon!

Situasi:
Amet & Adam sedang menunggang motorsikal 110cc pada pukul 1.00am semalam (khamis 16/04/09). Mereka baru pulang dari majlis T.T. (teh tarik) di kedai mamak bernama Khaleel...betul la kata orang tua-tua..jangan merayap lewat malam, nanti ada benda tak elok terjadi..semuanya bermula bila kami menyusuri lorong kulit...

tiba-tiba, Amet bersuara...

Amet: Weh! gelap ni! hang tgk keliwon dak tadi? cita pasai pontianak doh!

A.L: woi!! tak dak cerita lain ka nak habaq! dah laa kawasan macam ni la yang hang nak buka cerita pun

Amet: Ala rileks! arr...bukan ada apa pun!

Tak semena-mena aku terbau busuk, aku rasa amet pun pasti bau juga! aku mendiamkan diri! orang cakap jangan tegur, tapi si Amet ni mulut tak pandai cover, so dia pun slumber jer.....

Amet:
Bau apa tu oi?


A.L: .........

Amet: Hang bau dak? gilaa busuk!

A.L: .........

Amet: wei! adam! hang dengaq dak aku tanya hang nih!

A.L:
Amet! aku pun bau amet...bawa laju-laju amet..sebab! aku sakit perut! td tu aku kentut! adeh2...


Amet: Aannnnaaaaakkk haaaarrrrrruuuuuunnn! betoi la hang nih!

A.L: Sakit perut ni, ayam tandori dia tu laa tadi buat aku sakit perut nih! agak-agaknya orang nak beranak sakit macam ni kot!

Amet: Hish hang nih! tak tak! orang nak beranak lagi sakit dari ni! sakit sangat!

A.L:
ohhhhh~ bawu laju-laju amet! hish hish! tak tahan nih! .....................erkk! jap! mana hang tau orang nak beranak lagi sakit? hang bukan pernah rasa pun!


Amet: .........................

A.L: (-__-")

Hampeh tul! tu laa, tak dengar nasihat orang tua-tua! orang kata jangan tegur, nak tegur..kan dah jadi benda pelik-pelik! haihhh~!! T___T

p/s: Aku sempat sampai, terima kaseh kepada amet atas pemanduannya yang super laju (2 kali terlepas simpang babe! laju sangat sampai tak perasan simpang)

jadual:
1. Jumaat 17/04/09 - Balik Jitra.
2. Sabtu 18/04/09 - Re-shoot untuk Art, Mind & Soul Production
- Jumpa adik techik.
3. Ahad 19/04/09 - Balik Penang.

Sekian,
A.L

Wednesday, April 15, 2009

Lucky!

Hohoho! Hari ni adalah hari bernasib baik bagi aku...cerita dia macam ni...
tadi aku bangun tak laa lewat sangat..dan tak laa awal sangat..orang kata..sedang-sedang saja..huhuhu! tp di sebabkan roti-roti yang di makan semalam asyik menendang-nendang perut aku..so pagi ni..gi kerja aga lewat dari kebiasaan..

biasa lah! bila dah lewat, tentu kelam kabut, biler dah kelam kabut ni...musti ada ja yang tak kena. Dalam kes aku ni, aku tertinggal dompet/beg duit aku di rumah dan aku hanya sedari semasa makan tengah hari...

DAM!

macam mana aku nak lunch ni? duit xder...sekupang pun xdak dah ni...dalam aku tengah kelam kabut..tiba tiba..si Willy bersuara.."Hey all in SG! let's go lunch..all on me!". hoh! Yipiiiieeeee!!!! see..sungguh bernasib baik kan? hahahaha


























okaylah..aku nk balik umah dah ni..adeh! nak drive tanpa beg duit nih, tanpa lesen, tanpa kad pengenalan...T___T minta-minta tak der polis...tak per..WaBaF akan menjaga aku..hohohoh..

Sekian,
A.L

Tuesday, April 14, 2009

O__o


ai..nengok ja? ingat free show ka? huhu! ^__^

Tag dari 'Slapper Bata' - Leeya

1. apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?

Luba! duniaku - ini kerana 'luba' adalah 'brand name' yang aku gunakan di dalam dunia maya sejak dari tahun 2006 lagi. 'duniaku' plak di gunakan kerana blog ini menceritakan pasal diri aku, tak kira la aktiviti ker, perasaan ker, apa-apa saja yang berkaitan dengan aku.

2. apakah link blog anda dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://adamluba.blogspot.com - aku menggunakan 'adamluba' kerana 'adam' adalah nama sebenar aku dan 'luba' adalah 'brand name' aku. Aku menggunakan nama ini adalah untuk memudahkan 'link' ni meresap kedalam kepala hotak, lagipun aku rasakan 'luba' adalah satu nama yang sangat unik dan aku harus kekal dengan nama ni. ^__^

3. apakah method dalam penulisan anda?

penulisan dalam blog ini adalah mengikut method 'masuk dalam bakul, angkat sendiri, bawa gi market, buat jualan murah' .... Ha! macam tu la lebih kurang dia punya metafora bagi soalan di atas. tq

4. pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?

Tidak! sebab tiada sebab untuk aku hapuskan blog aku. Aku nampak blog aku ni banyak kegunaan seperti, on9 portfolio dan juga sebagai bacahan anak-anak dan cucu cicit aku kelak.

5. apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini

Leeya - http://leeyana85.blogspot.com/ Beliau merupakan tunang kepada member aku (si-Apex). Blog beliau juga adalah seperti diri beliau sendiri dimana 90% = kerapuan merepek meraban. Beliau merupakan ahli ukur simen negara, dan disebabkan beliau banyak menyedut simen..so otak beliau dan juga blog beliau sedikit 'weng!'!

6. senaraikan calon yang akan di tag?

Sila isi tempat kosong bagi soalan diatas: - .............. - .............. - .............. - .............. - .............. - ..............


Terima Kaseh!



Kamil, Tuan, Leeya, Apex dan ditengah2 tu..aku!

DANG! Tiba-tiba aku dilanda ribut 'femosa' yang sedikit sebnyak mengembangkan bontot ke paras maksimum. Iyer-iyer aku tahu ke 'poyorisme' aku meningkat lagi, but hey, tak dapek nak nolong hah!

1st Nak ucap terima kaseh lah kepada sesaper yang datang melawat blog ni lepas membaca 'article' tu. Saya sangat-sangat menghargainya.

2nd Nak ucap terima kaseh kepada crew-crew Remaja sebab meng"interview" saya dan mem-publish-kan blog ini. Sesungguhnya saya amat berbanga di pilih oleh anda =^__^=

3rd Kepada Follower, terima kaseh sebab masih lagi kekal menjadi follower blog ni.

4th Kepada kawan-kawan yang lain, terima kaseh juga sebab masih lagi datang membaca penulisan saya yang sememangnya tiada pengisian yang berfaedah melainkan hanyalah cerita-cerita 'syok' sendiri.

a big HUG for all of you! O__o


Pulau Redang Part 3 - bahagian 1

Mood Pulau Redang dah habis. Sekarang dah masuk mood bekerja. Di sini tak banyak benda yang aku boleh nak update pasal hari-hari terakhir aku, Apex, Kamil, Leeya dan Tuan sebab, memang tak banyak benda pun kami buat time tu. Cuaca pun tak berapa elok pada masa tu.



Sungguh sedih saat mau berpisah sama Redang

Kami bertolak balik dari redang lebih kurang pukul 11.00am dengan menaiki bot kecik yang super laju. Hurm! kali ni dah tak sama macam mula-mula kesana, dah tak lompat-lompat dah..ia lebih tenang dan lancar. Sebelum menaiki bot, aku ada singgah sekejap di kedai cenderamata membeli beg 'Hurei-hurei' dan selepas selesai saja aku bayar, makcik di kedai tu berkata...




inilah beg hurei-hurei



Makcik : "Lepas ni, bila lagi mau kemari?"

A.L : "Tak tahu la makcik, maybe tahun depan datang lagi. Sini best..rasa macam tak puas ja"

Makcik : "Tu la..Lain kali datang bawa la gurlfriend sekali, boleh jalan-jalan tepi pantai..romantik tu!"

A.L : "Eerkk! hurm tengok la macam mana nanti antie!"

Makcik : "Anak ni, kenapa datang tidak bawa gurlfrien?"

A.L : "Belom ada lagi makcik, nanti dah ada saya bawa lah.."

Makcik : "HAH! Tipulah...mana mungkin, anak ni......(ayat ini terpaksa di hentikan di sini, bagi mengelakkan korang berkata aku SYOK sendiri)

A.L : (-__-")



biarpun kecik, tapi laju gilaaa~!!


Okay! habis cerita di Pulau Redang. Bas bertolak ke Penang adalah pada pukul 9.00pm manakala kami sudah sampai di Stesyen Bas Kuala Terengganu pada pukul 1.00pm. So setelah simpan beg di tempat penyimpanan, kami pun mula berjalan-jalan di celah kota kuala terengganu. Di sebabkan keadaan cuaca yang hujan, so tak banyak tempat yang dapat kami pergi. 1st destination adalah pasar Kepayang (kalau tak silap aku nama dia ni la..betulkan Hazira?) sebab si Apex dan juga aku ngidam nak makan nasi dagang. Ya betul! kami memang 'Perak' dengan nasi dagang..kat Penang mana nak cari oiiiii!



nasi dagang

2nd destinantion adalah McD di sebelah setesyen bas Kuala Terengganu. Hoh! di sini kami melepak dari kul 5.00pm sampai laaaaaaa 8.30pm. dan lepas tu..erkk..hah! dah balik ke penang. (-___-")



erkk! saya tak kenal pun dia, saja amik gambar curi-curi ;p

Masa paling best adalah masa di McD la..di mana ketika si Apex dan Leeya sedang asyik menggunakan perkhidmatan WiFi percuma, Si Kamil dan Tuan pula mengambil peluang untuk menyembang berdua (bercinta laa tu) dan aku...hah! cuba teka aku buat apa? hohohoho...



ini pun saya tak kenal..

FLIRT! yaaaa...masa ini aku gunakan untuk ngorat warga negara terengganu hahaha! (tapi satu pun tak dapat..T___T) sebenarnya aku bukan ngorat pun, aku just duduk di tempat aku tu..pastu usha gadis2 di counter McD. Yang seronok nya, ada 2 gadis di situ, gadis A sangat comel, memakai tudung dan senyum ala-ala sopan. Gadis B pula nampak lebih berumur, memakai cap dan bergaya ala-ala ratu rock. So situasi sekarang ni adalah, aku usha si gadis A, manakala gadis B pula meng-usha aku. Lawak gila situasi time tu. Cuba bayangkan time aku usha si A, tiba-tiba si A nengok balik sambil senyum malu-malu (bahagia sungguh) dan secara tak langsung si B yang berada selari dengan si A usha aku balik...Dang! potong mood time tu. dan yang paling potong bila si apex berkata-kata


Apex : "Adam..si B tu tengah tengok hang..macam nak rogol hang jaa..!"

A.L : "Erkk..."

Apex : "Hah hah! di tengok lagi tu adam..apa tunggu lagi...pi amik no tepon laa!"

A.L : "Otak hang...tak nampak ka tanda 'L' besar kt dahi aku ni? mana boleh ngorat..mau gagap aku depan dia nanti...lagi pun si A lagi comel..agak2 kalau si A boleh?"

Apex : "Boleh ja...janji dapat no phone"

Leeya : "hah! betoi betoi betoi"

A.L : "Erkkk..!!" (sambung makan burger balik sambil buat muka seposen)

Leeya&Apex : "LOOOOSSSSEEERRRRR!!!" (sambil membuat tanda L dan letak di dahi)



hanya air ini di minum dari pukul 500pm sampai kul 830pm

So itulah saat-saat akhir di Kuala Terengganu. Lepas ni tak tahu la bila pula aku dapat kesana. Hurrmmm...eh eh! aku nak cerita banyak lagi nih sebenarnya...tapi masa tak mengizinkan so....sambung nanti part 2 nyer..situ aku janji..aku akan uploadkan gambar-gambar dalam laut yang aku ambil ritu. ;P

Sekian,
A.L

Thursday, April 9, 2009

Syukur!

Yea! alhamdulillah! WaBaf dan kembali sihat! Dah boleh berjalan seperti biasa. Terima kaseh kepada Doctor yang merawat. WaBaf cuma ada masalah di jantungnya (batry) dimana ia telah 'kong' (aku tak tahu macam mana nak jelas kan, korang faham kan?), dan juga tali pusatnya terputus (alternator belt). Setelah habis doctor merawatnya, dia dah boleh balik ke rumah, dan sebagai celebrate WaBaF dah sihat, semalam aku dan Amet bawa dia tengok wayang cerita kegemaranya, iaitu Fast&Furious 4. ^___^

Pagi ni dia nampak sihat! Dah boleh boleh berjalan seperti biasa dengan lancar! Semoga WaBaF akan terus sihat di masa depan.

Sekian,
A.L

p/s: Minta maaf! minggu ni banyak kerja nak kena siapkan, dan macam-macam benda jadi dalam minggu ni..so aku tak dapat nak manage masa untuk hantar film untuk di cuci (gambar di redang). Insyaallah jika tak ada apa arah melintang, hujung minggu ni aku cuci..dan awal minggu depan, saya akan masukkan dalam entry pulau redang yang penghabisan. ^__^

Monday, April 6, 2009

Kenapa kau buat aku begini?




A.L : "Awak! kenapa awak buat saya macam ni?"

W : "Semua salah awak! awak tak pernah nak penuhi kehendak saya!"


A.L : "Tapi perlukah awak tunjuk perangai awak tu di depan orang ramai? depan kawan-kawan saya?"

W : "Biar padan dengan muka awak!"

A.L: "Okay! saya minta maaf, sekarang awak beritahu saya apa yang awak nak?"

W : "Saya nak awak cuci sikit badan saya ni, jangan tinggalkan saya di bawah flat tempat pembuangan sampah tu...dan satu lagi...bawa saya jumpa pomen!"


A.L : "Okay sayang! (Dam! you WABAF)


Kisah Benar!

Semalam dalam pukul 11.00pm aku mendapat panggilan dari si Apex...

Apex:"Adam! Hang musti tak percaya benda nih!"
A.L: "awat? pasaipa? kenapa? what's going on babeh?"

Apex: "Aku dah sampai sg.nibong siottt! mai amik aku boleh?"
A.L: "huhang hahar her hapex!" (Kurang ajar nyer apex) - sambil mengigit selipar

Apex: "hehe! boleh dak? lapaq nih"

A.L: "Okeh..bilang sampai empat ratus tiga puloh enam (436), sat gi aku sampai!"

Apex: "Okeh..! 1...2...3.........."

So bergerak la aku dan amet serta WaBaF ker stesyen bas sg. nibong untuk mengambil si apexhuhu...Sesampai saja kami disana....

Apex: "waasssuuuppppppp!!!!"
A.L: "wassup abah mu! cepat masuk! lapor dah ni"

Apex: "okeh! roger bosss!"
Amet: "Jom makannnnn!!!"

A.L & Apex: "Maaariiiiiiiiiiii....!"

Dan kami pun bergerak lah ker ismail tomyam dekat Bukit gambir untuk menikmati hidangan masakan tomyam dan di penuhi student-student USM yang comel-comel. Lebih kurang 45minit, kami pun habis membedal makanan masing-masing. Sebenarnya masa ni, sepatutnya dee (kawan saya masa sekolah dulu) join sekali, tapi semasa beliau tengah 'ontheway' beliau telah terserempak dengan jurulatih pelapis yang pernah mengajar beliau memecahkan atap genting dengan menggunakan dahi, dan tersangkut la beliau dengan jurulatih tu. Maka aku pun hanya mampu melihat dirinya dari jaaaaaauuuuuuhhhh! T____T (lama tak jumpa beliau! )

okeh! berbalik kepada cerita tadi, lepas makan..kami (aku, apex dan amet) menuju ke kereta Ford maroon ber-Rim bintang 5 bernama WaBaF! "ehek ehek ehek..gedeguh gedeguh~ ehek ehek ehek! kluk klak kluk klak" bunyi enjin kereta aku yang tak dapat di start. Hampehhh! So aku menggunakan teknik tolak bontot keta sambil menekan clucth dan memasuki gear 1. "waaappp waaappp wapp wapp..prengggg prengggg...deshumm deshummm" yeaa..kereta aku berjaya di hidupkan! but..DAM! lampu tak leh nyala pulak doh!

So Amet si kepala TAU (tapi dia memang tau pun) membuat andaian yang battery kereta aku sudah 'kong'. So bawa la aku perlahan-lahan dalam keadaan gelap. Bila tiba di saat hampir sampai kerumah aku, yakni kurang dari 1KM lagi, kereta aku mati teroooossss!!! dan tersadai laa beliau kini di stesyen mintak berdekatan. dan di sebabkan itu, hari ni aku kerja naik bas (lagii).

hoho...tapi naik bas pun best..hari ni ramai wanita di penang memakai kebaya di mana aku cukup suka bila melihat wanita memakai kebaya sebab nampak lebih ayuuuuu!!!

Sekian,
A.L

Sunday, April 5, 2009

se-minit!

Oh! hari ni dah pulang semula ke Penang! Sampai kul5.30am tadi. Pastu gi sarapan jap di Subaidah. Sampai umah terus siap-siap untuk pergi office. Update terbaru...saya dah HITAM! alalalalala! sekarang masa untuk kumpul duit balik untuk next destination...~!!

p/s: 'Pulau Redang part 3 - The Ending' akan di update secepat mungkin! Biar aku cuci gambar dulu kay! okaylah..sambunnnnggg kerja!

Sekian,
A.L

(sama macam tajuk..seminit ja nk baca entry ni..hehehehe~^__^)

Saturday, April 4, 2009

Pulau Redang - Part 2



Bersiap sedia untuk snorkeling - left: Adam, Kamil, Apex


Oh! semalam cukup meletihkan, di campur pula dengan hujan, di tambah lagi dengan aircon! cukup enak untuk tetdo pada pukul 830pm.

So pagi ni bangun dalam kul7am, basuh-basuh muka, terus gi sarapan. Lepas tu siap-siap bersedia untuk snorkeling di Pulau Paku. Untuk pengetahuan aku tak berapa pandai berenang, bukan tak tahu, tapi tak pandai di campur plak dengan condition aku yang bukan mat sukan, menyebabkan aku cepat penat. So sampai ja di kawasan Pulau Paku tu, kami di biarkan ber-snorkeling selama sejam. perhhh..tersangat memukau mata. Terumbu-terumbu karang di campur dengan ikan yang bewarna warni cukup memukau mata. Tapi bila sampai 'port' yang banyak ikan, aku akan lari sebab natang ni sangat suka gigit (andaian aku sendiri yer). So walaupun di biar selama sejam, aku tak la berenang sampai sejam...gila..kejang otot aku..dah laa tak boleh pijak dasarnya..penuh dengan batu karang yang cantik-cantik..sayangla kan kalau pijak! ;p

lepas habis sesi tu, kami di bawa pulang dan menikmati makan tengah hari pulak. Habis makan, bersiap sedia untuk ke Marine Park, tempat ni kena bayar Rm5 sorang. Memandangkan sesi yang di Pulau Paku aku tak mengambil gambar, so sesi ni aku tak nak la lepaskan peluang, so aku beli la camera filem yang boleh masuk dalam air (Rm100 tuuu). So berbekalkan filem 27 keping, aku pun bertolak ker Marine Park.



Snap Sights! 100ft/30mm - Focus Free | Kodak UltraMAX 36 exp. poses


Dam! 27 keping tu cam 2 keping ja (dah sebelum ni biasa pakai DSLR yang boleh amik ratus2 keping), sekejap jaa habis..Kali ni tempatnya lagi cantik..batu karang cantik, air jernih, ikan pun cantik...awek yang bertandang pun cantik...hehehe..tapi awek orang laa..cis cis! kenapa yang datang redang ni tak der yang single cam aku..adeh! rasa-rasanya aku saja kot yang datang single T_T . Trip ni juga amik masa sejam ja..adeh! tetiba terasa gian la pulak..bukan senang nak datang tempat-tempat macam ni, so lepas habis ke Marine Park ni, aku+Kamil+Tuan(awek kamil)+apex+leeya turun mandi sekali lagi. walaupun kawasan ni tak berapa cantik dasarnya (kalau nak dibandingkan dengan Pulau Paku dan Marine Park la), tapi lantaklah..janji ada ikan.



Berenang la kami di situ mencari ikan untuk di snap! Oh!! lupa! sebelum aku pergi ke kawasan kurang cantik ni, aku dah membeli filem 36keping dengan ISO400. fuhhh! ini pun kejap juga..sedar-sedar ja..dah habis 36! adeh! bonci sungguh! Part ni aku tak berenang lama la, sebab tetiba kaki aku kejang..hampeh tul!



Lepas kami pun balik ke tempat penginapan kami, dan bersiap sedia untuk makan malam/BBQ. fuhhh! ada daging kambing babe! feveretttt tu! PUAIHHH gilaa makan tadi. so lepas habis makan dah tak der aktiviti, atau lebih di kenali sebagai aktiviti bebas. Waktu itu adalah waktu dimana aku sedang menaip entry ni. Budak-budak lain semua kuar dating dengan suasana yang romantik. So orang bujang cam aku buat apa? hah..nasib baik ada WiFi. huhu..

Okaylah! busan ni dok bilik sowang-sowang! nak kuar jejalan jap! mana tahu jap lagi jumpa duyung ker..hehehehe! esok dah nak balik..bas malam pulak tu, check-out dah laa pagi. Hurmm berjalan-jalan di Kuala Terengganu la esok nampak nya..makang nasi dangang lagi lah ambo..hahaha! Okaylah..ciaaaaauuuuuuu!!!!

Sekian,
A.L

Friday, April 3, 2009

Pulau Redang - part 1

masa 1st aku nengok air laut ni, rasa cam terus nak terjun sekarang tu juga! ;p



Yeaa..Sekarang ketika ini, aku berada di Pulau Redang, Terengganu. Hurm..tak pernah di mimpi oleh aku untuk datang ke tempat-tempat macam ni. Tapi syukur alhamdulillah, keberadaan aku disini memang memuaskan hati aku. Sungguh indah ciptaan tuhan ni.

Abang drebar yang baik hati, dia bawa kami gi makan nasi dagang pagi td!

Sesungguhnya sekarang aku tersangat letih, so sini aku nak letak sikit beberapa gambar lah! bytheway gambar masa snorkeling tadi tak amik pun. Aku ingat esok nak beli camera pakai buang yang dapat masuk dalam air di sebabkan rasa macam rugi pulak kalau tak ambil gambar masa aktiviti snorkeling tu dijalankan (tiap-tiap hari snorkeling sebenarnya)..okay! mahu gi dinner kejap! nanti aku update lagi..

Si Apex dan Leeya sedang menunggu bot dari kul 8am, sedangkan bot dtg kul 9.30am

Kami sedang bergumbira menaiki bot yang di pandu secara syaiton menyebabkan bot melambung-lambung. (Fakta - leeya muntah balik sarapan pagi tadi)

Disini lah tempat penginapan kami!
daaa!

Sekian,
A.L