Saturday, January 31, 2009

Mimpi mimpi!



hey! lama rasanya tak datang mengjenguk ke sini. tak dak apa pun nak di tulis sebenarnya. Masa rehat sudah tamat, lepas ni masa untuk 'pulun' buat kerja. Hurm, memang patut pun kawan-kawan aku masa sekolah dulu selalu panggil aku 'budak pulun' (aku pun tak tau nak terang macam mana maksud ayat tu, sapa budak utara patut tau maksud ayat tu). Okaylah! biarkan la perkara ni, benda dah lepas pun.

Okaylah nak sambung buat kerja balik! banyak sebenarnya gambar yang nak di kongsi di sini, tapi nanti lah! bila aku dah betul2 free baru aku letak! okay! jumpa lagi..daaaa~

Sekian,
A.L

p/s: Semalam aku bermimpi seorang perempuan yang aku kenal tahun lepas, tetiba dia datang depan aku, pastu dia cakap! "sorry! Ara (nama sorang lagi kawan dia) tak suka you, so I tak boleh nak jumpa you esok".

hurm aku terus terjaga! S*@#T! yang aku tak puas hati nya...perempuan yang aku kenal tu sangat cantik dan dia tak nak jumpa aku sebab kawan dia lagi sorang tak suka aku. Ada ker wujud alasan macam tu? DAM!

Saturday, January 17, 2009

Gong xi gong xi



Happy Chinese New Year! 2009

To all SGians, Happy Chinese New Yer! may all this year will bring a great and excellent success. Tak lupa juga kepada kawan-kawan yang lain, yup! walaupun kita bukan dari keturunan Cina, but we all MALAYSIAN right? so Happy Chinise New Year to you too ;p

Love u guys!
Gong xi - Gong xi!

adam
LUBA

pi as ai le biu!


tolong abaikan entry kali ni, otak aku dah lari meninggalkan aku, so aku sekarang mentaip tanpa berfikir..so harap maklum

Huh! mengantok gila, semalam habis kerja dalam pukul 11.30pm. Sampai rumah dah 11.45pm (nasib baik tak JAM). Niat di hati nak ja terus tetdo memandang hari sebelumnya balik kerja pukul 3.00am (sebenarnya kerja habis kul 10pm pastu jumpa si Wan sebab beliau ingin menceritakan sesuatu, so melepak lah aku melayan dia, banyak gak laa benda sembang sampai sedar2 ja dah pukul 3.00am), tp niat tu ter-STOP sebab terpandang satu DVD. Cerita ni dah lama, dan aku pun dah lama nak tengok, tp belum pernah ada kesempatan or masa nak tengok tak sesuai. (Serius, aku tak suka tengok DVD ramai-ramai kalau cerita tu betul2 aku nak tengok, sebab selalunya akan menganggu konsentrasi masa tengah nengok! time tu laa nak tanya benda tu, benda ni...and kalau yang dah tgk tu, siap bg sinopsis lagi! adeh! boleh rosak mood orr)

Oh ya! cerita yang aku tengok ni di petik dari novel pertama Cecilia Ahern yang bertajuk P/S: I Love You (iyer-iyer aku tahu cerita ni dah lama, dan aku baru tengok T__T). Perhh..terus tak rasa ngantok! cerita yang hebat! Masa diowang pergi Ireland, aku ingat umah yang dia singgah tu milik Rossie Dunnie (Where Rainbows End). Cerita menarik, pemandangan cantik dan sweet! huhu..dan disebabkan ini juga la aku tetdo pukul 3.00am. (sekali lagi). Dan hari ni aku di office dengan keadaan yang sangat mengantok! (dah laa bangun lambat tadi, kelam kabut aku) haihhh~ Minggu ni macam tak terurus sikit. hehehe! so lepas raya cina ni, harap dapat datang kerja secara tenang - tenang! oh oh, tahun ni banyak perancangan dah dibuat. So tahun ni, must be a blast! Hope so.)

Perkara-Perkara Yang Bakal Di Buat Pada Tahun 2009
1. Cari gurlfriend
2. Date (aku teringin nak makan-makan di tempat yang agak romantik, yang di terangi dengan cahaya lilin, pastu nari sama-sama walaupun masing-masing tak pandai nari, pastu lepas makan sembang-sembang, pastu ko tgk aku, aku tgk ko..sammmpaaaaaaai juling biji mata)
3. Bercuti (tak kisah la, pulau ka, hutan ka, gunung ka, pantai ka...janji kawasan tu sangat tenang, lagi best klu time ni dah ada gf)
4. Buat short Filem bersama Shee & Mie (benda ni kalu tak silap, shee dan aku pernah cakap masa hujung tahun 2007, masa tu sepatutnya aku jumpa dia di shah alam, tp masa dia sampai shah alam, aku dah pun bekerja di penang, klu tak tentu dah lama benda ni siap)
5. Record lagu dengan Apit Oaker (walaupun main lagu feminin, lantak lah..buat hanya sekadar nak menghiburkan diri sendiri)
6. Buat Poster Besar (hoho, sapa pernah tgk full house? kan ada gambar dia dalam bilik dekat pintu yang besar gila tu...hah! aku dah lama nak buat camtu, tunggu time jaa ni! oh! time ni klu dah ada gf, so bukan gambar aku sorang laa kt situ..hoohoho)
7. Buat model bangunan (benda ni memang tak pernah terfikir pun oleh aku, tp awal tahun itu, sesuatu telah tercetus, dan atas nasihat dari seorang kawan, so aku bertekad nak buat model bangunan ni - alaa..macam bebudak arkitek selalu buat, walaupun aku sepatah haram pun xtahu, aku akan pastikan tahun ni aku dapat buat)
8. Lukis Poster (hoho, ini pun dah lama nak buat, lagi best klu dapat buat atas canvas, pastu guna acrylic..perhhh! shahdu~)
9. Beli speedlight (xkisah laa jenama ayam ka, itik ka, janji dapat bounce, pusing depan belakang, sudahhhhhh! )
10. .....(hurrmm, tak fikir lagi nih...apa yer..bg cadangan apa benda yg best untuk dibuat tahun ni?)

Okaylah, benda ni aku tulis dari pagi tadi masa kul 9.00am bawu sampai opis...sammmpai laa sekarang, yakni pukul 9.15pm..maaf laa, oleh sebab tetdo tak cukup, jerawat naik di dahi dan pipi..mata yang sekarang berasa sangat panazz, dah macam nak jd cyclope (x-men)..sebab tu aku agak meraban tak tentu hala sekarang huhu...sure mlm ni balik kena telan penadol sebelum tetdo..hohoho! owaitee kengkawan semua, sesungguh nya aku rindu nak melepak dengan kowang...klu ada bebudak umah yang membaca kali ni, wehh, mana hampa nih? seminggu tak nampak batang hidung! adeh2!

Sekian,
1/2 sedar, 1/2 tidur
A.L

p/s: I Miss You
dah! dah!, ni musti dah terpengaruh citer p/s: I love you nih (-__-")

erkk, tadi aku kata aku habis taip pukul 9.15pm kan? dan sekarang masa aku nak post ni, jam menunjukkan pukul 11.17pm dan aku masih lagi di opis..hohohovv

Sunday, January 11, 2009

short story!






Thanks to shee to introduce this short film. It's totally sweet. So aku pun post laa video ni untuk di kongsi bersama.

Bytheway me, shee and mie will work out on short film soon, totally will be coming out this year! so folk, watch out...!!! (shee..mie..alamak! aku dah bagitau kt sini, kita kena buat juga project ni..pastikan jadi ;p)



Sekian,
A.L

Friday, January 9, 2009

SABTU yang menarik....

kena datang opis T__T

haih! okaylah, di sini nak kongsi 2 video...

1. Rain-bows (Born for this COVER | full version) - i luve it!





2. All American Reject (Womenizer COVER) - so great!





okaylah, sambung buat kerja balik...
(nak tetdooooo..waaaaaaaaaaa)

A.L

Thursday, January 8, 2009

mari tetdo!



Tak pernah terfikir pun aku akan buat benda ni, tak pernah terlintas langsung. dan apa yang aku buat ni sama sekali bukan diri aku pada satu masa dulu. Aku sekarang membaca buku yang dimana kandungan didalam hanyalah susunan susunan huruf semata - mata. Kalau dulu, buku-buku macam ni baca sehelai muka surat dah cukup untuk dijadikan 'pil tidur'. Hahaha, aku pun tak tahu apa dah jadi dengan aku sekarang, mungkin sebab azam baru kot, bytheway aku membaca ni pun sebab ada orang yang influence aku untuk membaca. So pada mulanya aku macam tak dapat nak terima idea tu, tapi bila pandang dari sudut positive, ada baiknya juga aku membaca, sekurang-kurangnya dapat mem'improve'kan english aku (oh lupa nak gitau, buku yang aku baca ini adalah di dalam bahasa omputih). So harap-harap benda macam ni akan jadi 'tabiat' baru untuk aku.

Minggu yang cukup meletihkan. Minggu ni aku bangun pukul 630am tiap tiap hari. Siap-siap, dalam pukul 7am - 715am aku gerak pergi office. Memandangkan office aku selalu buka pukul 830am, so aku pun gerak la ker mamak pilihan hati aku, RAFFEE. Bersarapan disana sambil membaca buku selama 1 jam (730am - 830am). Start kerja sampai pukul 1.00pm, rehat kejap. Lunch sambil baca buku, juga selama 1 jam (100pm - 2.00pm). Sambung kerja sampai pukul 1030pm (minggu ni banyak kerja urgent : tiap-tiap hari kena berhadapan dengan dateline). Sampai umah dalam pukul 11pm, dinner sambil baca buku (lagi) selama 2 jam (11pm - 1am). Pastu tetdo. Hari berikutnya juga macam tu (sila baca balik yang atas).

Okaylah, ni tengah rehat sekejap, nak sambung buat kerja balik ni, hari sabtu ni nak dok umah diam-diam. nak rehat puas-puas. huhuhu...daa~

Sekian,
A.L

Monday, January 5, 2009

2008 - 2009

Selamat tinggal 2008, selamat datang 2009...

Fuhh! Dah lama rasanya tak melayari dunia cyber ni, macam yang aku ceritakan sebelum ni, aku bercuti di KL. Banyak benda aku buat, sampai aku pun tak tahu nak cerita macam mana. Hari demi hari, ada macam-macam benda aku buat dan hampir kesemuanya aku enjoy! (walaupun agak penat). Thanks kepada kawan-kawan yang sudi meluangkan masa untuk berjuma dengan aku.

2008 dah tamat, tutup buku lama, buka buku baru. Tapi buku lama jangan dibuang. Simpan untuk di jadikan panduan untuk masa depan. Terima kasih kepada 2008, sebab dalam tahun ni, banyak impian aku menjadi kenyataan....antaranya:

1. Jumpa Prinszcesz
yup! walaupun aku kenal dia lama, tapi tahun ni bawu berpeluang untuk jumpa dia. (Itu pun setelah beberapa kali nak jumpa tak jadi)

2. Dapat Canon 1000D (DSLR)
Tak pernah terbayang dalam kepala otak aku untuk beli benda ni, iyer iyer, walaupun dalam kategori entry-level, tapi sekurang-kurangnya aku ada gak benda alah tu. Aku dulu pun belajar pakai compact ja nk belajar pasal photography. Hurrmm, dapat-dapat DSLR ni, 2 bulan tetdo peluk camera.

3. HTC Pocket PC (Touch)
PDA, adalah handphone yang dari masa aku practical (semester 4) lagi aku dah mimpi untuk dapat. Akhirnya November 2008, impian menjadi kenyataan.

Inilah antara Impian terbesar aku pada satu masa dulu dan akhirnya tercapai pada tahun 2008. Sebenarnya, 3 perkara di atas, tak pernah terfikir oleh aku yang benda ni akan happen. Benda ni hanya mimpi-mimpi aku pada satu masa dulu. hohoho...okaylah sampai sini saja dulu! Entry kali ni tak letak picture..entry akan datang ek! jumpa lagi...daaa!

(aiyarkk..bebudak opis sudah mahu pulang, adeh2)

Sekian,
A.L