Tuesday, April 14, 2009

O__o


ai..nengok ja? ingat free show ka? huhu! ^__^

Tag dari 'Slapper Bata' - Leeya

1. apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?

Luba! duniaku - ini kerana 'luba' adalah 'brand name' yang aku gunakan di dalam dunia maya sejak dari tahun 2006 lagi. 'duniaku' plak di gunakan kerana blog ini menceritakan pasal diri aku, tak kira la aktiviti ker, perasaan ker, apa-apa saja yang berkaitan dengan aku.

2. apakah link blog anda dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://adamluba.blogspot.com - aku menggunakan 'adamluba' kerana 'adam' adalah nama sebenar aku dan 'luba' adalah 'brand name' aku. Aku menggunakan nama ini adalah untuk memudahkan 'link' ni meresap kedalam kepala hotak, lagipun aku rasakan 'luba' adalah satu nama yang sangat unik dan aku harus kekal dengan nama ni. ^__^

3. apakah method dalam penulisan anda?

penulisan dalam blog ini adalah mengikut method 'masuk dalam bakul, angkat sendiri, bawa gi market, buat jualan murah' .... Ha! macam tu la lebih kurang dia punya metafora bagi soalan di atas. tq

4. pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?

Tidak! sebab tiada sebab untuk aku hapuskan blog aku. Aku nampak blog aku ni banyak kegunaan seperti, on9 portfolio dan juga sebagai bacahan anak-anak dan cucu cicit aku kelak.

5. apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini

Leeya - http://leeyana85.blogspot.com/ Beliau merupakan tunang kepada member aku (si-Apex). Blog beliau juga adalah seperti diri beliau sendiri dimana 90% = kerapuan merepek meraban. Beliau merupakan ahli ukur simen negara, dan disebabkan beliau banyak menyedut simen..so otak beliau dan juga blog beliau sedikit 'weng!'!

6. senaraikan calon yang akan di tag?

Sila isi tempat kosong bagi soalan diatas: - .............. - .............. - .............. - .............. - .............. - ..............


Terima Kaseh!



Kamil, Tuan, Leeya, Apex dan ditengah2 tu..aku!

DANG! Tiba-tiba aku dilanda ribut 'femosa' yang sedikit sebnyak mengembangkan bontot ke paras maksimum. Iyer-iyer aku tahu ke 'poyorisme' aku meningkat lagi, but hey, tak dapek nak nolong hah!

1st Nak ucap terima kaseh lah kepada sesaper yang datang melawat blog ni lepas membaca 'article' tu. Saya sangat-sangat menghargainya.

2nd Nak ucap terima kaseh kepada crew-crew Remaja sebab meng"interview" saya dan mem-publish-kan blog ini. Sesungguhnya saya amat berbanga di pilih oleh anda =^__^=

3rd Kepada Follower, terima kaseh sebab masih lagi kekal menjadi follower blog ni.

4th Kepada kawan-kawan yang lain, terima kaseh juga sebab masih lagi datang membaca penulisan saya yang sememangnya tiada pengisian yang berfaedah melainkan hanyalah cerita-cerita 'syok' sendiri.

a big HUG for all of you! O__o


Pulau Redang Part 3 - bahagian 1

Mood Pulau Redang dah habis. Sekarang dah masuk mood bekerja. Di sini tak banyak benda yang aku boleh nak update pasal hari-hari terakhir aku, Apex, Kamil, Leeya dan Tuan sebab, memang tak banyak benda pun kami buat time tu. Cuaca pun tak berapa elok pada masa tu.



Sungguh sedih saat mau berpisah sama Redang

Kami bertolak balik dari redang lebih kurang pukul 11.00am dengan menaiki bot kecik yang super laju. Hurm! kali ni dah tak sama macam mula-mula kesana, dah tak lompat-lompat dah..ia lebih tenang dan lancar. Sebelum menaiki bot, aku ada singgah sekejap di kedai cenderamata membeli beg 'Hurei-hurei' dan selepas selesai saja aku bayar, makcik di kedai tu berkata...




inilah beg hurei-hurei



Makcik : "Lepas ni, bila lagi mau kemari?"

A.L : "Tak tahu la makcik, maybe tahun depan datang lagi. Sini best..rasa macam tak puas ja"

Makcik : "Tu la..Lain kali datang bawa la gurlfriend sekali, boleh jalan-jalan tepi pantai..romantik tu!"

A.L : "Eerkk! hurm tengok la macam mana nanti antie!"

Makcik : "Anak ni, kenapa datang tidak bawa gurlfrien?"

A.L : "Belom ada lagi makcik, nanti dah ada saya bawa lah.."

Makcik : "HAH! Tipulah...mana mungkin, anak ni......(ayat ini terpaksa di hentikan di sini, bagi mengelakkan korang berkata aku SYOK sendiri)

A.L : (-__-")



biarpun kecik, tapi laju gilaaa~!!


Okay! habis cerita di Pulau Redang. Bas bertolak ke Penang adalah pada pukul 9.00pm manakala kami sudah sampai di Stesyen Bas Kuala Terengganu pada pukul 1.00pm. So setelah simpan beg di tempat penyimpanan, kami pun mula berjalan-jalan di celah kota kuala terengganu. Di sebabkan keadaan cuaca yang hujan, so tak banyak tempat yang dapat kami pergi. 1st destination adalah pasar Kepayang (kalau tak silap aku nama dia ni la..betulkan Hazira?) sebab si Apex dan juga aku ngidam nak makan nasi dagang. Ya betul! kami memang 'Perak' dengan nasi dagang..kat Penang mana nak cari oiiiii!



nasi dagang

2nd destinantion adalah McD di sebelah setesyen bas Kuala Terengganu. Hoh! di sini kami melepak dari kul 5.00pm sampai laaaaaaa 8.30pm. dan lepas tu..erkk..hah! dah balik ke penang. (-___-")



erkk! saya tak kenal pun dia, saja amik gambar curi-curi ;p

Masa paling best adalah masa di McD la..di mana ketika si Apex dan Leeya sedang asyik menggunakan perkhidmatan WiFi percuma, Si Kamil dan Tuan pula mengambil peluang untuk menyembang berdua (bercinta laa tu) dan aku...hah! cuba teka aku buat apa? hohohoho...



ini pun saya tak kenal..

FLIRT! yaaaa...masa ini aku gunakan untuk ngorat warga negara terengganu hahaha! (tapi satu pun tak dapat..T___T) sebenarnya aku bukan ngorat pun, aku just duduk di tempat aku tu..pastu usha gadis2 di counter McD. Yang seronok nya, ada 2 gadis di situ, gadis A sangat comel, memakai tudung dan senyum ala-ala sopan. Gadis B pula nampak lebih berumur, memakai cap dan bergaya ala-ala ratu rock. So situasi sekarang ni adalah, aku usha si gadis A, manakala gadis B pula meng-usha aku. Lawak gila situasi time tu. Cuba bayangkan time aku usha si A, tiba-tiba si A nengok balik sambil senyum malu-malu (bahagia sungguh) dan secara tak langsung si B yang berada selari dengan si A usha aku balik...Dang! potong mood time tu. dan yang paling potong bila si apex berkata-kata


Apex : "Adam..si B tu tengah tengok hang..macam nak rogol hang jaa..!"

A.L : "Erkk..."

Apex : "Hah hah! di tengok lagi tu adam..apa tunggu lagi...pi amik no tepon laa!"

A.L : "Otak hang...tak nampak ka tanda 'L' besar kt dahi aku ni? mana boleh ngorat..mau gagap aku depan dia nanti...lagi pun si A lagi comel..agak2 kalau si A boleh?"

Apex : "Boleh ja...janji dapat no phone"

Leeya : "hah! betoi betoi betoi"

A.L : "Erkkk..!!" (sambung makan burger balik sambil buat muka seposen)

Leeya&Apex : "LOOOOSSSSEEERRRRR!!!" (sambil membuat tanda L dan letak di dahi)



hanya air ini di minum dari pukul 500pm sampai kul 830pm

So itulah saat-saat akhir di Kuala Terengganu. Lepas ni tak tahu la bila pula aku dapat kesana. Hurrmmm...eh eh! aku nak cerita banyak lagi nih sebenarnya...tapi masa tak mengizinkan so....sambung nanti part 2 nyer..situ aku janji..aku akan uploadkan gambar-gambar dalam laut yang aku ambil ritu. ;P

Sekian,
A.L

19 comments:

apexhuhu said...

adam 'LUUUZZER'!hahaha..kalau dak mung dah jadi orang trengganu kite ah. xpayah dah nak 'perak'2 makan nasi dagang mcm hari tu. hahah, Tapi hang perasan tak masa kat K.Trengganu hari tu? aku rase kat mana kedai yang ada jual nasi dagang, kedai tu la yang kite akan isytiharkan tempat2 menarek yang harus dilawati kalau ke terengganu. Tak dak shoping complex besa2 pon xpe.hahaha

adamLUBA said...

hahaha...betoi betoi..
kawasan nasi dagang adalah salah satu kawasan yang harus kita lawati bila kita ker terengganu lagi..
hua hua hua

NIMI♥ Co. said...

heheheh...smpat lagi tu mengusha2 n snap pic..
heheheh..
lain kali nmpk ainee snap pic ainee letak kat blog adam k, kasi peymes skit..
ahahhaha!!

btw, pasal remaja tu apsal ape??adam punyer blog kuar kat remaja ke nanti..
cop!cop!kat tb ke kat majalah?

adamLUBA said...

hehehe! boleh ajer! nanti ainee gitau kamu dimana..saya gi snap diam2..hahaha!

erkk! bukan kuar nanti..dah kuar pun..=^_^= kt majalah!

Elsa Soraya Othman said...

hahahahaha. adam menggatai di tengganu. seb baik syok kat pompuan A, kalo pompuan B ? musti dah tesangkut kat sana, takmo balik penang lagi dah. hehe.

eh gambar 1st tuh cantiklaa.. mcm kat mexico.

Clara Emily Cancer said...

pabjang betul post adam kali nie..
nmpk menarik je pukau redang..
adam cite cm menarik je..
majlah remaja yg bila adam?
nak tgk gak..

adamLUBA said...

elsa..COP! saya tak mengatai tau!
itu just segmen mengisi masa kosong..
lagipun bukan berani nak tegur depan2..
dari jauh boleh laa..hahha..!

erkk! muka sayep ada ala-ala owang maxico ka? hahaaha


Clara..hehe..saja kasi panjang sikit..itu pun tak cerita semua lagi tu..
menarik clara..siyesss!!!
erkk..majalah remaja yang baru ni..15/april kalau tak silap! ^__^

HAZIRA said...

en. adam, bukan pasar kepayang la. ingat nenek kebayan ker..
pasar besar kedai payang.. haa, jgn tanya dari mane dpt name payang tu, sy pun tak tau.. :-)

adamLUBA said...

hahaha...adeh!
maap maap!
salah salah!
tapi cam lebih kurang jaa bunyi dia..
^__-

leeYa_Nagase said...

1- aku bagi tag tuh dari tawun 1985, skung baru ko nak menjawabnyer? siotz...anyway thanks..huhuk

2- ko ckp aku sedot simen!!siot!!!ko tgk ah aku wat sumpahan keramat, ko x leh dekat ngan simen maupun menyentuhnyer, kalu x badan ko tumbuh bulu kaler gold,hahak hambik!!!ko wat ah umah berasaskan mounting board, kertas pasir, kain ela wat baju kurung ke..haaa

3-'remaje' gak ko ek?hahaha..eleh...belagak ..aku masuk majalah kuntum x hairan pun...apex siap masuk majalah maskulin...haaa cover depan lahagi hehehek

4-ko memang looozerk wahai kawanku hahahk, dun wuri aku sudah pi jumpa bomoh siam, beliau kata selagi ko tak buang susuk berlian kat dagu kiri koordinat kelapan dari sisi ,dengan kat lutut ko belah kanan koordinat ke ampat dari timur laut tuh, haaa.selagi tuh ah ko x dapat aweks..hehe..

HAZIRA said...

en. adam.. nnt sudi2 la dtg trg lg ye..
nnt sy bwk anda pegi tasik kenyir..

Clara Emily Cancer said...

remaja yg baru ke..
15 april..
nnti nk tgk..
dah jatuh hati dgn ganu ke?
ganu mmg best holiday..
klu stay sn boring kut..
sbb i penah study kltn kn..

adamLUBA said...

leeya..1. masa tahun tu, aku tak pasang tenet lagi...
2. heh! ingat aku heran sama simen..umah aku bancuh guna tanah liat nanti.. ;p
3.hahaha! aku masuk majalah 'kawan'..erk..ko bukan ada masuk mastika ker? O__o
4. iyer! aku sedar semua tu..tak per leeya..susuk ni lagi penting sebab peninggalan francis light kt aku sebab tak der duit nak beli cendol time tu..sib baik dia susuk ni..daaaappaaat mkn cendol!


Hazira..hoho..baik baik! nanti kalau saya datang kesana (tak tahu la bila) saya gitau kamu! ^__^

Clara..yup! hehehe...dah kuar dah! sayer pun dah beli (tak pernah2 beli majalah sebelum ni) ;p
erkk..tak jatuh hati ngn ganu..
cuma jatuh hati ngn pulau dia..
pastu nasi dagang! ^___^

HAZIRA said...

en. adam, jgn marah ye.. sy memain je..

adamLUBA said...

hoh! okay! so sekarang saya tahu itu awak hazira...^___^

tisya salle said...

wahahaha!! so, xdpt no.tepon si A la nih? kahkahkah!! si B tu plak xdtg mntak no. tepon ko ker?? :-)

Lollyp0p_c0keLat said...

hye adam..
i'm new follower for your blog..
bley tahan gak blog kamu nie..
try tambah nuffnang..ley wat dwit..
follower kamu pon ramai jgk..
kalo free link la sy k.
=)

Fahimie said...

pergh adam..besh lor
ish jeles jeles...

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片