Saturday, April 4, 2009

Pulau Redang - Part 2



Bersiap sedia untuk snorkeling - left: Adam, Kamil, Apex


Oh! semalam cukup meletihkan, di campur pula dengan hujan, di tambah lagi dengan aircon! cukup enak untuk tetdo pada pukul 830pm.

So pagi ni bangun dalam kul7am, basuh-basuh muka, terus gi sarapan. Lepas tu siap-siap bersedia untuk snorkeling di Pulau Paku. Untuk pengetahuan aku tak berapa pandai berenang, bukan tak tahu, tapi tak pandai di campur plak dengan condition aku yang bukan mat sukan, menyebabkan aku cepat penat. So sampai ja di kawasan Pulau Paku tu, kami di biarkan ber-snorkeling selama sejam. perhhh..tersangat memukau mata. Terumbu-terumbu karang di campur dengan ikan yang bewarna warni cukup memukau mata. Tapi bila sampai 'port' yang banyak ikan, aku akan lari sebab natang ni sangat suka gigit (andaian aku sendiri yer). So walaupun di biar selama sejam, aku tak la berenang sampai sejam...gila..kejang otot aku..dah laa tak boleh pijak dasarnya..penuh dengan batu karang yang cantik-cantik..sayangla kan kalau pijak! ;p

lepas habis sesi tu, kami di bawa pulang dan menikmati makan tengah hari pulak. Habis makan, bersiap sedia untuk ke Marine Park, tempat ni kena bayar Rm5 sorang. Memandangkan sesi yang di Pulau Paku aku tak mengambil gambar, so sesi ni aku tak nak la lepaskan peluang, so aku beli la camera filem yang boleh masuk dalam air (Rm100 tuuu). So berbekalkan filem 27 keping, aku pun bertolak ker Marine Park.



Snap Sights! 100ft/30mm - Focus Free | Kodak UltraMAX 36 exp. poses


Dam! 27 keping tu cam 2 keping ja (dah sebelum ni biasa pakai DSLR yang boleh amik ratus2 keping), sekejap jaa habis..Kali ni tempatnya lagi cantik..batu karang cantik, air jernih, ikan pun cantik...awek yang bertandang pun cantik...hehehe..tapi awek orang laa..cis cis! kenapa yang datang redang ni tak der yang single cam aku..adeh! rasa-rasanya aku saja kot yang datang single T_T . Trip ni juga amik masa sejam ja..adeh! tetiba terasa gian la pulak..bukan senang nak datang tempat-tempat macam ni, so lepas habis ke Marine Park ni, aku+Kamil+Tuan(awek kamil)+apex+leeya turun mandi sekali lagi. walaupun kawasan ni tak berapa cantik dasarnya (kalau nak dibandingkan dengan Pulau Paku dan Marine Park la), tapi lantaklah..janji ada ikan.



Berenang la kami di situ mencari ikan untuk di snap! Oh!! lupa! sebelum aku pergi ke kawasan kurang cantik ni, aku dah membeli filem 36keping dengan ISO400. fuhhh! ini pun kejap juga..sedar-sedar ja..dah habis 36! adeh! bonci sungguh! Part ni aku tak berenang lama la, sebab tetiba kaki aku kejang..hampeh tul!



Lepas kami pun balik ke tempat penginapan kami, dan bersiap sedia untuk makan malam/BBQ. fuhhh! ada daging kambing babe! feveretttt tu! PUAIHHH gilaa makan tadi. so lepas habis makan dah tak der aktiviti, atau lebih di kenali sebagai aktiviti bebas. Waktu itu adalah waktu dimana aku sedang menaip entry ni. Budak-budak lain semua kuar dating dengan suasana yang romantik. So orang bujang cam aku buat apa? hah..nasib baik ada WiFi. huhu..

Okaylah! busan ni dok bilik sowang-sowang! nak kuar jejalan jap! mana tahu jap lagi jumpa duyung ker..hehehehe! esok dah nak balik..bas malam pulak tu, check-out dah laa pagi. Hurmm berjalan-jalan di Kuala Terengganu la esok nampak nya..makang nasi dangang lagi lah ambo..hahaha! Okaylah..ciaaaaauuuuuuu!!!!

Sekian,
A.L

12 comments:

jojie-elle said...

wahh berjln yer ko :P cam best jer! HAIYA!! aku pon nk travel lah..restkan otak, bdn..dan fikiran..huhu

mie said...

uhukk ta sabar nk tgk gmbr yg berkeping keping tuh ...

Elsa Soraya Othman said...

alalaaal shiannye die duk sorang sorang kat sane ;) sebaik ade tenet eh, blehla bertenet. he he, well macam biase- gambar langit biru itu sungguh spectacular.. tapi gambar gambar yang lain pun sangaaaaaaaaaat cantik laa adam.. pasir berdengung, it sends me a msg.. ha ha ;D

well have a safe journey on de way back home yeah..

n0ra said...

bertuah lah en.adam..sy yg org trg nie sndiri pn xsmpt pegi situ lagi..hu3

aainachentak said...

kau gune filem?!
ada org bgtau aku,snap bang bang guna filem lebih bagus kualiti..betul kew?

adamLUBA said...

jojie..
huhu..yah yah! tu laa! kadang2 kita ni perlukan rehat!sgt tenang bila dapat lihat terumbu karang dan ikan2 yang cantik sedang berenang2 dekat ngn kita..fuhhhhh!!hilang stresss

umie..
sabar ek! nanti dah cuci, sayep scan and masukkan..huhuhu!

elsa..
huhu! tu laa..kamu tak nak temankan!heheh..kamu dapat msg dia?bagussssss!!!!!

nora..
oh! cepat dtg sini..rugi orrr tak datang! sayep klu org terengganu..tiap2 bulan datang..hehehe

aina..
yup! aku guna filem..entah laa..minta2 cantik laa..klu guna camera lomo pastiiiii cantik!!!

emmetRaxor said...

adam beli kepok losong kat ganu tuh..
bawak balik..
sebab kopok kat sana sedap..
beli sos dia skali..
bawak balik taw..
tak pa nanti klem kat aku duet.

oaker said...

hampa ni mmg aa

yanasaja said...

mane ikan nemo??nape xamek gambar ikan nemo....hek hek hek

adamLUBA said...

amet..
dah beli dah!!

oaker..
tu la hang! sapa suruh xmo ikot..rugii orrr!!!

yana..
ada..ada..nanti! gambar tu tak cuci lagi.. ;p

bakrihafizhisham said...

sonok gile!
aku pegi arituh tak bawak camera pun dowhh!
hahaha.
nyesal gile.
but then again,
aku tak tau pasal camera pun lagi mase tu
ha ha ha.
film best dowhh

adamLUBA said...

baakrihafizzhisham
uh..rugi rugi tak bawa camera..
aku rasa cam nak pi lagi lah!
oh oh!
aku pun rasa cam kurang best sbb gambar ni pinjam camera mmber aku sbb camera aku dh ilang..huhuhu..

erkk..yah! film mmg best..
tak dapat nak dinafikan..
tp yang tak bestnya..
aku tak kaya..klu kaya musti aku beli role banyak2..
cuci pun senang..adeh2