Monday, March 23, 2009

life dan X

It got 3 simple things in life, you got to choose either:

1. Be happy, or

2. Get happy, or

3. Just forget about it!.


- Greg house (house m.D season 4)
-

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Walaupun demam, walaupun batuk, tapi berbekal kan semangat untuk menyokong musik tempatan/independent (kononnya laa, sebenarnya semangat tu sebab dapat masuk free! tu yang sanggup walaupun sakit tu ;p) aku pergi juga ke QE2 untuk menyaksikan x-gig dari x-fresh.fm.


Hurm perancangan awalnya nak gerak kul 12 sebab takut nanti full and susah nak dapat tempat yg strategik, tapi akhirnya kerana perut yang sangat lapar, so gi makan dulu. Punya la sedap bantai makan (walaupun sebenarnya tak dak selera nak nelan) sampai sedar-sedar dah pukul 1. Adeh! hampeh...Kamil pun memecut laju menyelit di tengah-tengah kota raya georgetown sambil si apex, amet dan aku menyanyikan lagu marabahaya di selangi batuk serak-serak basah! tapi apa kan daya, "ku sangka lancar air mengalir ke muara, tapi jam di tengah jalan". so sampai la kami di sana pada tepat 1.30 dan di 'paw' RM3 oleh si penjaga parking yang bermuka separuh bangga bila mengeluarkan duit sebesar mempelam masak ranum dari poket seluarnya. Aku pun malu malu mengeluarkan seploh ringgit dari dompet yang hanya tebal dengan namecard.


Dam! sampai lambat, persembahan dah bermula, aku menempatkan diri aku di sebelah kiri stage yakni view yang selalunya paling aku tak suka sebab aku xleh nampak semua, tapi hari tu, itu adalah view yang paling best sebabnya jarak antara aku dengan artis yang membuat persembahan hanyalah 1 depa (kowang tahu kan unit ukuran 'depa') dan juga di sebabkan aku boleh nampak si-Dina berjoget-joget. wahhh cuteeeeee nyerrrr T___T .



Perhh! bapak tak hengat ramainya! nasib baik open air..kalau buat dekat bangunan kongsi tu..sure sesak nafazzz!!! Tapi enjoy lahhh! sehingga aku terlupa sekejap yang aku sedang demam+batok! Hari ni aku tak nak ulas apa-apa mengenai band yang perform sebab aku bukan pakar dalam bidang ni (walaupun sebelum ni dah 2 band aku ulas :p), cuma satu saja yang terasa sedikit best, bila guitarist si Grey Sky Morning bertanya kan sesuatu kepada aku+apex:

Petunjuk
---------------------------------------------------------------

GGSM: = Guitarist Grey Sky Morning
APX: = Apex
A: = Aku (adamLUBA)

---------------------------------------------------------------


inilah GGSM

GGSM:
"apa macam! ada overload tak?"


A: "hah!?"

GGSM: "OVERLOAD tak?"

APX: "tak..okay ja!"

A: "a'aa..dengar balance jer! cun!"

GGSM: "Oraite!"

A: "apex, ko tahu ker apa dia tanya tu?"

APX: "entah! 'a'aakan jer"

A: "erkk!!" (-__-")

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okaylah! batuk nih menghalang 'mood' aku untuk terus menulis...daaa!!!

Sekian,
A.L

p/s: Minggu lepas adalah minggu yang paling best! walaupun sakit..tapi sangat seronok!...Thanks for everything! *hug*

:: gambar-gambar adalah hak milik artOgroup!::

20 comments:

icha said...

wah..kat mane nih? ramainye org! dah lame x berGIG! eheh..huish xtahan la batuk..da 2 hari takde suara nih

adifDAS said...

long live artO
hmm
cheers

Elsa Soraya Othman said...

adaam. lupa nak tanya, u live in penang rite ? working kat mane ? area georgetown eh ? familiar tak wif kawasan menara umno ? ;P along jalan macalister.

(soalan ini berkisarkan tentang harta tanah.. ha ha, harap maaf kerana menyeleweng)

adamLUBA said...

icha,
ini di penang..
di QE2..hohoho..tahu?
betul2..batok amat menyusahkan..

adif,
erkk..yeah!

elsa,
yah! saya tahu jalan macalister,
tp xperasan plak ada menara umno.
awat?
kamu nk transfer kerja di sini ka?
hehehehehe

Elsa Soraya Othman said...

hahahaha. bukaaaaan bukaaaan ;P saye tengah nak buat research pasal proposal nak buat service apartment sebelah menara umno tuh, along jalan zainal abidin. dekat dekat dengan perkuburan yahudi (wooo, pertama kali tahu akan kewujudan yahudi di malaysia)

saje nak tau tempat tuh ok ke tak sebab last time i went to penang was in 2005 :( gile lame.

UXOP said...

wow..ramai tul peminat gigs kt sana.macam kt woodstock..zaman kami kt penang dulu blackmetal.la ni dh berkurangan

yanasaja said...

walaupun saket tapi gig pechuma tetap juge die layan.lepas tuh teros demam kepialu.TAKPE TAKPE.....

kenape ada word verification neh.xsuke ar~

mengape xbayar bil letrik!!ish2!!!!!adam neh kan!!!

emmetRaxor said...

tu ar..
kenapa tak bayaq bil elektrik neh??
tak guna betoi..
tidoq la dalam panas..

adamLUBA said...

uxop
oh! zaman tu, mau kata pi gig..
klu tak black metal, skinhead laa..
aku ingat lagi dimana kawan-kawan aku nasihat klu pi gig,
kena pakai kasut but sebab nanti nak 'pogo'
pastu diowang kata, klu pi gig balik betis musti lebam2..hahaha!
sekarang dah lain...orang sekarang lebih suka duduk setempat sambil goyang2,
paling agresif pun lompat setempat...dah kurang pogo, 2-step, atau head banging (maybe ada..tapi kurang)!

aku tak sempat nak join gig dulu-dulu sebab masa tu bebudak lagi...dan aku memang tak berapa nak layan metal kental ngan skinhead..hehe!

yana
demam kepialu tu apa?
T__T
demam kora saya tahu la!
hehehehe

erkk, bukan tak bayar..lambat bayar...hehehehe

amet,
panaz?
sejuuuuukkkk jer!

Clara Emily Cancer said...

0oo..
banyak nie je gmbr u amek adam..
tp kamera kwn u kn..
xperla..

tp psl kwn u nk tau menara umno tu kan..
ade la kt jalan macalister..
sblum odw ke komtar..
menara tggi yg ade tulis umno atas tuh..
tp xtau lak ade perkuburan yahudi..
sbb i penah interview kt c2 dulu..

adamLUBA said...

elsa..
well..datang arr sini gi nengok!
i nak gitau..
i bukan tahu sangat pasal tgk2 tanah nih! hehehehe

clara..
ada lagi gambar! tp malas nk upload..
huhu..so letak sikit2 sudehhhh!! hehehe

oh! serius i tak perasan bangunan tu..
mybe sbb tabiat i yg sudi mengelamun masa memandu..
erkk..i pun xtau ada perkuburan yahudi..hahahaha!!

chocolate said...

moral of da story : jawab jer wpon xdgr..hik3

emmetRaxor said...

huhuhuh..
ada perkuburan kristian la bukan yahudi..
yahudi kalou ada kat malaysia neh dah lama kena tendang ngan aku..
hahaha..

adamLUBA said...

chocolate..
yah! itu la yang cuba saya sampaikan..
jawab jer! salah atau tak! belakang kira..
yang penting..confident!
haaha

amet..
tu diaaa...!!!
hang nak tendang kuboq nak buat apa?
adeh2 -__-"

emmetRaxor said...

tendang orang yahudi yang belom mati la..
arto dah update..
ang boh la gambaq ang kat sana..

Clara Emily Cancer said...

suke mengelamun..
nasib baik x xcident..
i rs dkt dgn new world park ke..
x ingt la..
klu dh lalau jln area tuh..
br nmpk kut..

ayie said...

salam....
weh adam...apasai susah sangat nak call ang...sbk sgt ke??????????????
aku dah call KY, dia dah ok dah...ni nak tanya ang pulak....
free nanti msg aku....aku call ang balik....x pon ang calll terus KY
k....
p/s: aku pon dah mula kene selesema

Aiza Jeniza said...

err..
awak..yg jaga parking aritu..
sepupu saye..
hehehe!

adamLUBA said...

aiza..
erkkk..jgn gitau dia pasai blog saya tau!
diam-diam sudah!
adeh2..termalu sudahhhhh!!!

melon. said...

memang semua dari kiri.
tapi pic semua cun.