Sunday, February 15, 2009

Pelik&Malang!

Minggu ni ada 2 perkara pelik, dan 3 nasib malang.

pelik yang pertama,

Friday the 13th,
Aku sampai umah dalam pukul 11pm, semua dalam keaadan normal (maksudnya tiada apa-apa yang ganjil lah). Masa tu si Apex tengah ber-gayut dengan si slapers kesayangan dia (juga di kenali sebagai puteri batu-bata), aku dan Kamil sedang bersembang sambil melihat tivi 12inci setengah. Mendengar cerita-cerita sedih dari si Kamil, pengalaman berlumba kereta satria dengan enjin evo 12 piston itu menyebabkan perut aku terasa lapar. So tekat la aku untuk turun kebawah (umah flat, penat ooo! kalau saja-saja nak turun, TAK DAPEK la!). Masa aku nak buka pintu, langkah aku terhenti sekejap! mata terpandang susuk tubuh wanita berpakaian serba hitam dengan mata sebelah bewarna putih & sebelah lagi bewarna hitam. fuhh! iklan anak betong! gila cam best! (peminat cerita-cerita anker). So setelah hampir seminit setengah melihat iklan tu, aku pun meneruskan niat aku untuk turun membeli makanan. aku pun membuka pintu..

BANG! terkejut aku! 2 ketul burger berada betul-betul2 di hadapan pintu. siap berbungkus plastik bewarna hijau yang opacity nya mybe dalam lingkungan 70%. "Aik, burger sapa kah ini?" Tanya kepada kamil, "mana nak pi tau, hang saja letak kan kt situ?" kata Kamil sambil senyum ala-ala micheal jacson dalam 'Ghost'. "Jadahnya aku nak letak burger depan pintu? baik aku sumbat ja dalam perut." balas aku separa marah kerana dituduh meletakkan burger. "Apex! oiii..hang mai sini sat, misteri nusantara nih!" jerit aku memecah kesunyian malam. " DIAM la oii! nak tidoq pun tak senang!" suara dari jiran sebelah yang berang kerana suara aku yang lunak! "Aik! burger sapa tu?" tanya apex setelah kepenatan berlari dari biliknya ker pintu depan (biasa laa..perut kandung air!) "Mana aku nak pi tau!" balas aku sambil ketawa kecil melihat apex sudah berpeluh. "Buang ja oi, mana tau ada orang nak santau ka! bahaya ni!" kata si Kamil tiba-tiba dengan dahinya yang berkerut-kerut. Pernyataan si Kamil tu membuatkan aku dan si Apex memandang sesama sendiri dan dengan serentak kami berkata, "Missssteeerriiiii!"

so aku pun meneruskan niat aku untuk membeli makanan, kamil sambung tengok tivi, dan si apex sambung kegayutan nya tadi. Sampai saja aku dibawah, baru teringat perihal burger tadi, "alamak! bukan ka aku nak buang burger tu td?" adeh! boleh terlupa plak aku. "tak pa la, lepaih beli roti ngn air susu, jap lagi buang lah!" bisik aku seorang. Masa turun dan ke kedai, aku tak nampak pun mana-mana manusia mencurigakan kecuali anak-anak muda, yang lelaki dengan plastik gam di tangan, yang perempuan dengan baju ketat, suar ketat dan muka ketat. okay! abaikan, lepas membeli aku pun naik semula di atas! "Aik mana burger tadi?" burger yang sepatutnya berada di depan pintu rumah aku dah hilang. Aku pun masuk dengan muka penyek sebab memikirkan perihal burger yang kejap ada, kejap tak ada tu. "Mana burger depan umah tadi?" kata aku kepada si Kamil yang masih menonton tivi. "Amet dah pi buang dah! harap hang owang suwoh buang, dia buat tak tau ja!" balas si Apex yang tetiba muncul dengan sebakul kain menuju ke arah mesin basuh model singer, menawan keluarga bahagiaaa! hurmm, pelik kan? persoalanya sekarang...

1. Siapa yang hantar burger tu?
2. Kepada siapa burger tu di hantar?
3. Burger daging atau ayam?
4. Adakah diletakan sos tiram, cheese dan mayo?

pelik pelik...sungguh misteri friday the 13th-ada kah jason yg datang untuk memberi burger tu?

pelik yang kedua,

Saturday of 14th
Aku tidor dari 4 pagi sampai 4 petang. mybe tak pelik bagi kowang, tapi bagi aku pelik, sebab selewat mana pun aku tidor, busuk-busuk paling lewat aku akan bangun pukul 11-12. ni sampai 4 petang! PELIK!


Malang

peristiwa ini berlaku masa nak pergi jamming semalam, jamming pukul 11, so nak pergi makan dulu kt subaidah. so bergerak la kami ke sana....

1. Nasi lemak ayam goreng sedap yang di order tak sampai-sampai. "cis kata 15minit, ni dah 50minit tunggu" so aku pun cancel ja nasi lemak tu, sebab masa dah suntuk untuk gi jam. Lapar ni..malang!

2. Di sebabkan terlalu lapar, masa ontheway nak ke kereta si apex ada kedai runcit, so aku pun benti la kejap untuk membeli roti dan air mineral (malam ni aku vokal so kena banyak minum air kosong - jaga sora laa konon) kuar ja aku dari kedai runcit tu, keta si Apex dah tak dak, si Apex pun tak dak! HARAMMMM! masa tepon si Apex, rupa-rupanya diowang ingat aku naik dengan si Kamil (oh lupa, kami kuar dengan 2 kereta malam tu). Adeh! di tinggalkan..malang!

3. Di studio, ada beberapa lagu aku menjadi vokal, dan ada beberapa lagu aku bermain cak lempong! tapi malam tu sayang! sebab keganasan si Amet, simbal kecik buka katup juga dikenali hi-hat telah rosak di bahagian pedal (putus urat utama) dan si abang studio tu mngambil simbal kecik buka katup tu untuk di perbaiki. so berdengdang laa kami tanpa nya selama sejam. Hampeh! kena guna crash jaa...so lagu rasa tak cukup 'hun', atau FEEL kata orang tua-tua....Malang!


itulah nasib ku dan kawan-kawan ku yang misteri dan malang!

Sekian,
A.L

19 comments:

nadya said...

huhu. misteri misteri. :p
burger tu baru lagi ke da basi?

Elsa Soraya Othman said...

weee. macam tersangat pelik je. ntah ntah secret admirer u kot antarkan burger tuh for valentine's eve. ha ha. logik tak ? ;) suruh syer mkn ramai ramai.

adamLUBA said...

dya,
burger baru, masa pegang masa lagi rasa panaz!

elsa,
secret admire?haha..kami dok sini kiri kanan ataih bawah semua family orang.dan kalau betoi laa dia nak bagi, apa salahnya ketuk pintu rumah kan? huhuhu..

ahmdsyhmi said...

kalo aku,
aku bedal je burger tu..

baca bismillah 44 kali..
selawat sikit..

orait la kot nak dimakan..

heeheh..

adifDAS said...

huhuhuh.
ang nk tau sapa bg burger tu??
aku la
hadiah v-day aku kat ampa..
sampai ati ampa tak mkn
aku bt delivery lg tu
rugi duit aku
cis..
tak menghargai lnsg
mcm ni kwn...

huhuhuhuhuhuh


hmm jamming lg.
babi aku jeles ngan ampa
nk jamming gk
lama aih..tak jamming bersama..

adamLUBA said...

bob!
xnak aku...bukan apa! lain laa klu tetiba ada nota "buat adam yang tersayang!, makanlah burger spesel ni! khas untuk adam"..itu mmg aku bedal laa..klu dah macam ni, mencurigakan..baik hati2...

adif..
hahaha..
hahaha..
hahahaha...
dan
hahahahah!

NIMI♥ Co. said...

sian giler!
heheheh
dugaan dugaan
tapi perihal bege tu mmg menakutkan

adifDAS said...

tidak..
tidak..
tidak
dan tidak...

mana blh mcm ni
aku nk join gk...

leeYa_Nagase said...

tu ah..makan tak cuci kaki...ha..tu yang bende pelik datang tuh..haa..sungai pelek

adamLUBA said...

nimi,
tahu tak per..
angker babe!
rasa sejuk sampai ke tulang belikat!

adif,
^_^

leeya,
hah! makan apanya, masa tu xbeli lagi makanan..alalalala...sungai pelek tu apa? macam-macam laa puteri batu bata ni!

epalgreen said...

errkk..
byknye prkre xdiingini berlaku..
pasal bege tu..
cm menakutkn lak..
tkt gak ek bile ddk bujang2 ni..
bhye je..
btw..
seronoknye dpt jamming..

:)

yanasaja said...

hekhekhek....ni rupenye hari yg malang ituh~hantu beger~~nyamnyamm

adamLUBA said...

epalgreen..
hoho..tak takut..tp seram! dan agak bahaya laa..sbb sekarang aktiviti pukau memukau ni sedang giat di jalankan..so berhati2..banyak2 berdoa supaya di jauhkan dari segala ancaman! ammmiinnn~

yana..
hahaha..tu laa pasal yana, bukan satu ! tapi dua hantu burger..hahaha..

wanieweng said...

Laaaaa patotla tungu2 tp xsampai2 burger tu!
org tu slh anta rupenye..
(yg anto kn incik luba kenape.isk)

xpsl2 ktorang kne kansel date OK!
hish!
malang!

hahahahaha

minamisensei said...

adam actually sorila tak bgi tau hang awal2...burger tu sebenarnyer aku yang hantar..daging arnab, sos ej,huhuhuhu
so jgn risau..aku suh malika yang hanatrkn...sbb saper yang makan sisa malika suare jadi sodappp...kter nk jamming...

erm 4 pagi sampai 4 petang...asal tak samapi 4 pg jer bro..hahahha

nasi goreng ayam sodap..mmng lambat la...pas masak si tukang masak duk raser dulu..sampai habis nak tahu sodap ke tak....alih2 goreng baalik...tup2 dia jer duk raser hahhaha

tulah...burger malika bagi tak mkn...kan suare dah tak sedap....

hahhahah....
anyway this post are interesting n ANGKERRRRRRRRRRR beb...

adamLUBA said...

wanieweng..
hang mmg weng!
adeh!

minamisensei..
banyak la arnab..
makluk tu sangat comel..
sapa mkn adalah sangat kejam T_T

minamisensei said...

huhuhu...mmng comey pon....

@L!FF said...

aku cuma boleh katakan HAHAHAHAHAHA.... lawak siot laa cara hang tulis broo... tp mmg misteri kan... dahsyat ada peminat fanatik tuee atau puan HAN.. ermmm hang better buat pilem laaa, pilem 3 in 1... sure BOX OFFICE;)

emmetRaxor said...

jangan biarkan idup anda diselubungi dengan misteri..