Sunday, February 22, 2009

Hello! Is this the.....band?

Tak semua yang kita rancang, kita akan dapat!

Sabtu lalu sepatutnya aku ke Kuala Lumpur untuk mengambil gambar pertunangan si Apex (Hezry) dengan Sleeper (leeya), atas beberapa sebab yang tak dapat di elakkan aku terpaksa membatalkan hasrat aku untuk pergi. Maaf kepada mereka-mereka yang terlibat. So apa yang aku buat?

Sabtu 21/02/09

Dalam kira-kira pukul 4 petang aku berada di wisma kongsi (erkk, betul ntah nama dia? kalau salah, maaf noo) berdekatan jeti pulau pinang. Ramai remaja-remaja tengah melepak di situ, baik lelaki, baik perempuan, bagi perempuan, dari free hair sampai laa ker bertudung, yang lelaki dari gaya rock sampai la ke gaya yang aku sendiri pun tak faham (di mana lelaki tersebut memakai ranti manik putih sebesar biji mata aku yang panjang nya mencecah pusat). Apa yang mereka buat di situ? hah! mai cek nak habaq! Sebenarnya hari tu ada 'gig' ataupun lebih ramah di sebut 'persembahan musikal berkumpulan secara berdikari' atau pada masa ini dikenali sebagai 'indiependent music show'. Di katakanDalam kira-kira pukul 4 petang aku berada di wisma kongsi (erkk, betul ntah nama dia? kalau band-band yang membuat persembahan semuanya dari Kuala Lumpur. Aku tak tahu sangat sebab aku datang pun dah pukul 4, dan di katakan juga persembahan start dalam pukul 1 petang. so 'time' aku sampai tu memang dah nak dekat hujung-hujung la.

Masa mula-mula aku sampai, sekumpulan anak gadis yang boleh tahan comelnya sedang berada di kaki lima tangga sambil menghirup air kotak jus rebina. (aku rasa budak sekolah lagi nih). dan dalam masa yang sama juga ada satu band baru datang (aku agak la, sebab diowang bawa gitar kiri kanan), Sesampai sahaja bebudak band tu di bahagian tangga aku dengar budak-budak perempuan ni menjerit "Ahhhhhhh...bunkface! I love u! AAAAAAAAAAAAAAA!". Laa baru aku tahu itu kumpulan bunkface rupanya..hahaha! maaf lah sebab aku memang susah nak mengecam orang (padahal aku pernah dengar lagu ja, muka diowang memang aku tak kenal pun.) Tapi tujuan utama aku pergi bukan lah nak melihat bunkface, tapi untuk melihat sebuah band yang boleh di katakan hebat juga dari cyberjaya. Kenapa aku katakan hebat? sebab diowang hebat laa..adeh! sebab apa lagi kan?alalalala....okay2..band yang aku maksud kan....


Hello! Is this the band? (guys! sorry atas kesalahan ejaan di dalam gambar!)

Dy - Singer
Fahmy - Guitarist
Shazmir - Guitarist
Hidhir - Bassist
Shahfeeq - Drummer



Serius aku cakap, aku pergi tu semata-mata untuk melihat band ni. Kalau bukan kerana band ni memang tak pergi aku ke situ. Tuhan saja yang tau, kalau korang ada sana...5 minit ja aku kasi, comfirm korang keluar (kalau korang macam aku la, kalau korang tegar dengan gig so tak menjadi masalah kot). Dalam masa 5 minit tu juga la lense kamera aku di penuhi wap-wap air. Kira setiap 5 minit aku kena lap lense aku, kalu tak memang tak boleh amik gambar la. So berbalik kepada band ni, aku sebenarnya tak pernah pun dengar lagu diowang, juga tak pernah pergi show diowang. Kenapa aku cakap tadi "aku pergi tu semata-mata untuk melihat band ni"? sebab ada antara ahli mereka kawan aku ^_^. dan aku pun dah lama rasanya tak turun ke pentas gig ni.



Masa hello! Is this the band? masuk ke pentas, aku telah pun berada betul-betul di bahagian hadapan kiri pentas (bagi aku dah kira posisi terbaik laa tu dalam keadaan seperti berada di dalam tin sardin dan di letakkan di bilik sauna). Niat hati aku cuma nak ambil gambar ja, tak lebih dari tu. Tapi setelah mereka memulakan petikan gitar, lantunan drum stick ..tanpa aku sedar aku terikut men'head-bang' di situ..sampai terlupa yang aku dalam keadaan sesak nafas 5 minit sebelum tu (siyes! cam nak pitam pun ada ritu, basah tak yah cakap la, sib baik luar hujan, so klu owang tanya boleh cakap "tadi kena hujan!"..hua hua!



So aku dah tak larat nak taip so aku ringkaskan ja ek!

1. Dy : Suara comel tapi bertenaga. Cara persembahan menarik + bertenaga, menguasai keseluruhan pentas. Pandai berinteraksi dengan crowd (bagi aku, sesuatu yang patut ada dalam setiap persembahan mana-mana band pun).



2. Fahmy : Persembahan agresif yang TERBAIK! (gila best tengok mamat ni main), juga menguasai keseluruhan pentas dengan baik.



3. Shazmir : Persembahan yang cool, nampak bersahaja. Senang cita 'MACHO' ala-ala desperado gak la! hohoho



4. Hidhir : Persembahan dia juga agak agresif la, penguasaan pentas yang baik. Juga pandai berinteraksi dengan crowd. Part paling best dia ni masa permulaan lagu cover dari paramore, ada satu ketika tu, dia swing guitar dia ngam-ngam leher si Dy ni. Masa tu berdegup gak laa jantung aku melihat, tapi cam slumber ja, mybe si hidhir ni dah badjet ngam ngam! ; )



5. Shahfeeq : Dia ni best tengok! bermain dalam keadaan yang sangat enjoy, kita yang tengok ni pun enjoy. Ada satu part agak lari sikit temponya dari yang lain, tapi sekejap ja dapat kejar balik. Pukulan pun agak bertenaga dari mula sampai habis! gila syok tengok!



Keseluruhan: Persembahan agresif sesuai dengan lagu yang di bawa, mood lagu juga berjaya di sampaikan melalui persembahan. Bijaki menguasai ruang pentas dengan sepenuhnya. Berinteraksi dengan penonton dengan baik. Bagi lagu yang di mainkan, bunyi agak sharp dan kurang kedengaran bunyi yang licking atau harming (mungkin ada sedikit tapi tak berapa jelas / di 'cover' dengan baik). Sound vocal dengan music agak tak seimbang, mungkin juga di sebabkan masalah technical pada microphone.



Pendek kata, RM18 yang di laburkan hari tu amat berbaloi! ^_^ terima kasih kepada fahmy sebab memberikan sedikit informasi pasal gig dan juga pasal band ni...Ini adalah pendapat ikhlas dari aku (walaupun aku bukan lah orang yang arif dalam bidang musik - terang-terang memang bukan bidang aku, tapi gedik juga nak bg pendapat -__-" ) so guys! kalau tak percaya korang boleh mendengar sendiri atau pun menghubungi mereka di myspace mereka (http://www.myspace.com/helloisthistheband) atau pergi sendiri tengok depa perform (informasi persembahan dapat di lihat di myspace depa). so.."Hello! Is this the band?"



Sampai sini saja laa dulu, nak sambung buat kerja ni! ciaaaaauuu~



Sekian,
A.L

p/s: 'Hello!' nanti kuar CD bagitau! ^_^

27 comments:

adifDAS said...

ish best nya
boy mana??
tak nmpk pun dlm pic
lama tak pg gig aih...
hguhuhu

adamLUBA said...

ya allah..tgk betoi2..paihtu cari sendiri..hahahahahahaha

yusridahmati said...

kool la adm.....

adamLUBA said...

yuuuuuussssssss! weh weh! hidup lg hang rupanya

Elsa Soraya Othman said...

haaa band fahmy eh, nama band yg infectious.. mcm nak sebut je berkali kali, ehe :)

nice review, nice photo, siap bleh capture peluh peluh sume.. naaiss ;)

adamLUBA said...

yup band fahmy..hohoho..
u pun kenal dia juga rupanya..alala!

haha..tu laa..nama band tu, sangat cachey kan?senang nak ingat! sedap di sebut (lagi lagi dengan nada pertanyaan..huhu)

tq tq..sebenarnya banyak lagi nak huraikan..tapi banyak kerja sangat..so keep it simple..bgtau yg mana penting ja..huhuhu!

shee said...

haaaa adam band mane lg best? ehehehe :p jawab jawab

Clara Emily Cancer said...

adam..
u pegi tgk bunkface ek..
kt wisma kongsi..
kn rmai giler..
suma mandi peluh..
x geli ke?

adamLUBA said...

shee...
i xboleh jawab sekarang..
sbb i tak tgk rainbows perform lagi..
huhuhu..tapi masing-masing ada kekuatan masing-masing!
rainbows hebat..hello! is this the band? pun hebat. susah shee nak jawab..bagi i..dua2 ni hebat..kalu boleh nak tgk dua-dua ni perform pada show yang sama..lagi bagus kalu dapat tgk korang koleberasi..hah! shee..ada terpikir tak nak buat cam tu? menarik tu...
cipta satu lagu..2 band main..

clara,
yup i pergi..
tp macam i cakap..
i tgk Hello! Is this the band? ja yang main...bunkface i tak tengok..
(sebab i tak minat sangat ^_^)
ya ya..memang pun...
u masuk 5 minit jaa..
cmfrm lencun..
i nasib baik dapat dok betul2 depan stage! hohoho ^_^

Elsa Soraya Othman said...

yup, fahmy orang aloq staq kan ? i knew him at myspace :) ehe.. but tak sempat lagi nak jumpe die, dulu time nak jumpe je quite bz..

ehe, then i mcm lost in touch wif him.. but hey, i met him again through ur blog lah.. tengok jepun41 dah mcm berbunyi loceng kevin fahmy kat kepala otak i.. ehehehe. thank u thank u, ha ha..

adamLUBA said...

hahaha...yup yup!
dia orang aloq staq...
n yah! i tahu u guys dah lama lost cntct..sbb masa gig tu dia dtg tetdo umah i..so i ada tanya sikit! hehehe

erkk..thank u ja? ckp nak lanje makan kambing? mana?

Elsa Soraya Othman said...

agree wif me first- sign up amazing race dengan syarat u kene makan half half bende pelik seperti 'dat part of the kambing' ? okeh ?

then i blanje u kambing betol, he he.

adamLUBA said...

erkkk...xpa laa!
xsanggup rasanya nak mengigit benda alah tu...u makan laa..pastu bab lari i handle..siap kendong u lagi..hah! u xyah lari..simpan tenaga untuk mkn..hohoho boleh?

Clara Emily Cancer said...

00oo u tgk band hello je ke..
ingt tgk bunkface..
i pn x mnt bunkface..
cm bsn jer..

adamLUBA said...

hehehe..
clara..jgn cakap camgitu...
ramai yang minat tu..
hohohoho...
tp yup!
mybe the song concept it's not one of what i like..
so i tak layan sangat bunkface..

emmetRaxor said...

hahahaha...
panas tempat neh..
gila bahang dia sehangat band2 yang main..
hahahah..
peluh macam mandi..
silap tempat wat gig..
wat kat tepi pantai pon bagus boleh mandi laut...
hahahha..

dianaludin said...

Hello AdamLuba! Blog encik memang sempoi, thanks sebab sudi datang Penang hari tu, Dy rasa Dy perasan encik yang mana satu, belah depan kiri pentas kan? Kawan Jepun kan? Hahaa. Minta maaf ah atas kesilapan teknikal itu hari, apa2 pun lain kali Helllo kan bagi terbaik, hehee. Microphone tu yang buat bala sikit, huaa! Takpa, takpa asal enjoy. Best perform kat Penang, best lagi dapat kenal orang2 macam, AdamLuba, thanks bebanyak for the pictures, really appreciate it.

(:

bakri hafiz hisham said...

nais review on the gig and bands dude
:D

oaker said...

ako pun dok lostaq gak tp org xkenai pun hohohoholick. weh adam ada lg 1 band yg best. T.H.U.N (The Spiral Ubat Nyamok. mesti ang da tengok band ni perform. perhhhhh xtaula nkkata mcm na hoho

adamLUBA said...

dy...
yah yah! that me! hehehe...
yup kawan si jepun! huhuhu
xper2..kesilapan teknikal itu bukan salah cik dy pun..hohoho..
okay2..teruskan berusaha..ada apa2 perkembangan bagitau laa..sayep akan terus menyuport anda..alaalala

bakri..
hoho..tq tq tq..
tp boleh review satu band jer..sbb datang pun dh lambat..pastu dapat nengok satu band jaa..hohohohh

adamLUBA said...

oaker..
tu band hang..
adeh2..

oaker said...

adalak band ako. tu band apek la.

jojie-elle said...

sengal loh~ bunkface pon x kenai ;p hikhik

c!k baBy said...

tyme ni gigs yg kat penang tu kah?

adamLUBA said...

jojie...
aku bukan perminat bunkface..
^___^

cik baby..
yah yah! di penang tu laa..21/02
cik baby pergi ka?

icha said...

Klau kat MCPA x sampai 5 minit dah keluar kot! sauna free! hehehe.. btw nice blog

nab said...

i know them!! oh btw gamba cantik. very nice~~ amik gamba super byk!!

p/s: ur face looks like my brother tiri... @___@