Thursday, December 31, 2009

bye bye

Permulaan yang baru...

Yang lepas, biarkan lepas. 2009 merupakan tahun yang cukup mencabar bagi aku. Apa yang berlaku? Ini adalah antara peristiwa-peristiwa yang tak dapat aku lupakan...



  • Aku di tawarkan berlakon dalam satu projek filem pendek bertajuk 'MAYA'. Filem ini di hasilkan oleh yana, atiq & ayed. Masa projek ni gila best! jumpa kawan-kawan baru dan sedikit sebanyak aku juga dapat belajar dalam penghasilan filem pendek nih! Terima kaseh kepada mereka dan juga crew2 yang terlibat! ^_^ (iyer2 aku akan bagi korang tengok nanti, aku pun tak tengok lagi cerita tu)
  • Canon 1000D yang merupakan camera pertama Digital SLR aku hilang! Atas sifat kecuaian aku, camera ini hilang! Masa ni hilang mood sekejap untuk berfoto.
  • Bercuti di Pulau Redang Terengganu, 1st time aku menjejakkan kaki di sana, 1st time buat aktiviti snorkling dan 1st juga aku bercuti dengan kawan-kawan (tapi semua bawa couple, aku sorang ja solo..caiiittt)
  • Aku mendapat pengganti canon aku tu dengan Didi - Nikon D90. Masa ni dah semangat sikit nak berfoto. Masa aku dapat Didi ni juga lah aku banyak belajar pasal camera, maksud aku asas pengunaan camera.
  • Blog aku masuk majalah remaja. Hahaha..macam tak percaya ja masa bebudak karangkraf tepon aku dan minta izin nak review pasal blog aku ni.
  • Di panggil interview oleh wartawan karangkraf (Munira Roslan) untuk satu agenda 'remaja dan fotografi'. Selain aku , Sheera (kawan baik aku), Azzahary (Sifu pertama yang mengajar pasal camera), dan mie (animator di inspedia) juga di di interview. Hahah..kecik sungguh dunia nih!
  • Join amet dan adif untuk buat 'arto'.
  • Jumpa ayuna setelah lama terputus hubungan, dan akhirnya..masing-masing meluahkan perasan dan beliau kini menjadi milik aku (baru fasa pertama)

  • Didi mempunyai kawan iaitu Fify - Nikkor 50mm f/1.8 D.
  • Mengambil gambar untuk majlis akad nikah dan juga dinner untuk kawan baik (Hezzry / Apex / boy). Masa majlis ni juga, aku banyak dapat tunjuk ajar dari Azam Rashid - Seorang photographer yang juga kawan tadika aku.

itu lah antara benda-benda yang berlaku pada aku sepanjang tahun 2009. Masih banyak benda yang nak aku buat, nak aku capai tapi tak dapat. Hurmm..so 2010 aku harap aku dapat...

  • Projek filem pendek bersama shee & mie.
  • Tambahan accesories kepada Didi - Batry Grip + Speed light + back pack.
  • Lap top. (untuk memudahkan aku meng-edit gambar)
  • Ilmu-ilmu yang banyak dalam photography.
  • Lepak - lepak bersama Shee, Mie, & Amir (gila lama tak lepak sama-sama)
  • Lepak ramai-ramai dengan my brothers - Adif, Amet, Apex, Afiq, Apit, Wan
  • Buat recording untuk 'Adam Bands' - tukar nama laa oiii
  • Update blog dengan lebih kerap! ;p



Hurmm..itu ja kot buat masa sekarang! Nanti kalau ada lagi aku tambah! hohoho..Okaylah semua, terima kaseh kerana membaca. Adioooossss!!!

Selamat Tahun Baru..
May all the Great thing will come to all of you!

peace..ciaaaaauuuuu!!!

Sekian,

A.L

Wednesday, December 23, 2009

Sedar tak sedar!



Pejam celik, pejam celik..dah hujung tahun 2009! cepat sungguh masa berlalu, banyak dah benda berlaku dalam hidup aku. Ada yang pahit ada yang manis, ada yang datang, ada yang pergi. Well..itu la kehiduapan. Apa-apa pun selamat tinggal 2009, dan selamat datang 2010. Mari persiapkan diri untuk menempuh tahun yang lebih mencabar....

Sekian,
A.L

p/s: Insyaallah, sebelum 2009 berakhir aku akan cuba buatkan sedikit bingkisan apa yang berlaku terhadap diri aku pada tahun 2009.

Thursday, December 10, 2009

Hasil Random Fify...

Fuhh!! Buat masa sekarang, aku sangat-sangat teruja menggunakan fify. Rasa sangat menarik, depth dan bokeh nya memang mengkagumkan aku. Rasa tak rugi aku beli fify. Di sini aku letakkan beberapa hasil Random Shoot dari fify, tapi aku tak touch up apa-apa pun pada gambar ni melainkan resize, oh! dan ada beberapa hang tekan 'ctrl + Shift + u' untuk function desaturation.....Selamat melihat!























Sekian,
A.L

Monday, December 7, 2009

saya tak sengaja....!

Dalam tak sengaja...

aku TER-ke Komtar Sabtu yang lalu,
aku TER-masuk kedalam kedai camera,
aku TER-lihat Nikkor 50mm f/1.8 AF.
aku TER-keluarkan duit,
aku TER-bayar kt tokey tu,

dan..

aku TER-ada lens yang dah lama aku idam - idamkan ini.

Dengan ini...Didi mempunyai teman baru...

saya perkenalkan..



Fify! (50mm)

Sekian,
A.L

Friday, November 6, 2009

Tuesday, October 13, 2009

Photo: XGIG


photo 1: "I'm flying dude!"


photo 2: Joanna from Joanna & co.


photo 3: Joanna again!


Photo 4: Joanna give me smile =^_^=


photo 5: Komplot


photo 6: "Roooaaaarrrrrrwww!!"


photo 7: Si Murai Penipu by Stonebay!


photo 8: "Aaaaaaaaaa..."


photo 9: "Pepsi cola..proton saga..buatan malasia..!!" (permainan rakyat)


photo 10: Riot! ^_^


All photo by: AdamLUBA

Monday, October 12, 2009

Kalaulah ada mesin masa...

Macam mana kalau dalam dunia ni, ada mesin yang boleh bawa kita ker masa silam untuk betulkan segala kesalahan, keputusan atau apa2 yang kita buat sebelum ini...apakah yang akan kita buat? dan kalau semua kesalahan itu di perbetulkan, apa yang akan terjadi di masa akan datang?

Tak di nafikan, aku seperti juga orang - orang lain yang pernah menyesal dengan kesalahan, keputusan atau perbuatan yang pernah aku buat sebelum ini, tapi bukankah itu semua yang mengajar kita untuk untuk menjadi lebih matang. "Learn from mistake", jadikan kesalahan sebagai sekolah, nescaya kita akan mendapat faedah untuk masa akan datang. So..bukankah kesalahan di masa silam itu bagus?

Tapi jika aku di beri mesin masa...adakah aku balik ke masa silam dan mengubah semua tu?

.....................

Yang pasti... jika aku di beri mesin masa....



aku akan balik ke masa semalam....dan menyuruh aku supaya






jangan ke kedai gunting rambut mamak tu!
pergi la salon la dol!! kan dh nyesal!


Sekian,
A.L


p/s: Berita baik! berita baik! (walaupun dahlia ngn nadia dah pesan jangan janji apa2 dalam blog! tp aku nak bgtau juga..uweek!) aku sekarang dalam proses mengumpul balik gambar2 yang aku pernah janji nak letak dalam blog! ingat x? (klu tak ingat, alhamdulillah...klu ingat tu buat2 lupa) so nantikannya....

p/s: buat pertama kali..gua ada pendrive sendiri..alalalalallalalalaa!!!! ( maafkan mamat ni..dia buta IT sikit! T_T) so segala aktiviti mentrasfer gambar aku akan jadi senang! hua hua hua! nantikan lah wahai kawan-kawan!


Sunday, October 4, 2009

Kuiz untuk hari ini!

Situasi:

Lelaki A: Dam! kenapa lama tak update blog?

Perempuan B: U! lama mendiamkan diri! apa cer?

Nenek C: Cu! update cu! update!

kucing D: Miow Miowwwww grrrr!? (bila nak update grr!?)


AdamLUBA:Sorry! skang saya memang tengah ....................................................... (sila isi dengan jawapan yang reasonable)


p/s: maaf! nanti bila saya dah tak ......................................(sama juga dengan jawapan di atas), saya akan update! Terima kaseh kerana memahami! sayang hampa semua! ^_^

Sekian,
A.L

(Gaji tak masuk lagi! T__T)

Wednesday, September 16, 2009

H_ri R_y_ ...fill an 'A' in the blank!



Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Jika ada tersalah bahasa,
Jika ada terkasar sini sana,
Jika ada melawak tak tentu hala yang menyebabkan hati terasa,
Jika janji-janji ku hanya kata-kata biasa...

Mengertilah aku hanya insan biasa,
Yang punya cacat cela,
Jauh sekali untuk menjadi sempurna...

Ampun dan maaf aku pinta,
Semoga hari raya yang mulia,
Kita buka buku baru, tutup buku lama,
Mari semua! kita bergembira..

erkk! Hampir pula aku terlupa..
Duit raya mana?

Sekian,
A.L

Tuesday, September 15, 2009

Panggilan aneh di pagi hari!



huishhh....spooky babe!

pagi tadi, dalam lebih kurang pukul 8.30am, aku dah sampai office. Seperti biasalah punch card, open printer, buka lampu, open computer, bla bla bla bla..dan seperti biasa juga, aku akan tukar mode handphone kepada 'silent mode', dan kemudian aku akan letak semula dalam poket seluar aku. Okay bayangkan, aku berada dalam department aku seorang, tiba-tiba aku terdengar bunyi suara perempuan,

"hello...hello...hello"

aku tengok belakang, tak ada siapa-siapa,
aku tengok bawah meja, tak ada siapa-siapa,
aku buka laci satu persatu, tak ada siapa-siapa.

Hurmmm..dari mana suara tu datang? pastu aku dengar lagi..

"hello..adam...hello"

kali ni suara tu jelas dari dalam poket seluar aku (hah! hah! jangan fikir bukan-bukan), aku pun menyeluk masuk ke dalam poket seluar (sekali lagi amaran, jangan fikir bukan-bukan..)



dan...




aku temui...



handphone aku tengah buat video call dengan ayuna..ceh! hampeh betul! pagi-pagi dah nak buat seram!

Sekian,
A.L

Wednesday, September 9, 2009

Kenapa tak update?


ini hanyalah gambar hiasan, tp ada edit sikit..hehehe!

Puff...aku kembali!

begitu lama jari jemari aku ni tak menaip, bukan apa, aku sedikit sibuk dengan kerja. Entry ni aku masih lagi tak dapat nak memasukkan gambar walaupun sebenarnya ada banyak gila yang nk di kongsi. Slow-slow la kay..

Aku...
Start puasa ke-dua, aku mengalami sakit gigi/gusi sampai hujung minggu lepas bawu lega. Paling teruk masa Sabtu (06/09/09) la, masa tu bengkak gila bibir aku, nak cakap pun slow-slow. kalau gelak...perhhh! seksa gila. Nak makan lagi la, kena suap slow-slow, kunyah slow-slow dan telan pun slow-slow. Sekarang dah okay, aku boleh makan dengan puas hati, aku boleh bercakap dengan puas hati, and aku boleh gelak dengan puas hati. hehehe



Ini hanyalah gambar hiasan, tak der kene mengena dengan DIDI


DIDI...
Kesian kat DIDI (D90 - kepada siapa yang tak tahu), baru-baru ni, lens 17mm - 105mm aku telah tercedera, dan kini di rawat di Nikon centre. Orang-orang disana mengatakan sebulan baru lens aku dapat kuar. Meants hari raya nanti, maybe aku dan DIDI f akan beraya tanpa lens. T_T Macam mana boleh tercedera? sebab masa tu Didi terjatuh (bukan aku buat, salah sorang dari budak office. Itu pun bukan di sengajakan), lalu menyebabkan Bayonet Mount pecah. T_T.

Hurm..aku ada terfikir untuk membeli 50mm f/1.8. harga yang aku survey dalam RM388. patut tak aku ambil lens ni? Aku memang suka sangat lens ni, tp aku tak budjet nak beli dalam masa terdekat ni dan apabila keadaan jadi macam ni, patut ka aku beli? sebab raya tanpa lens bosan babe!

Kerja...
Aku sekarang tidak lagi bekerja di Studeo Grafix. Peredaran masa telah menyebabkan satu evolusi kepada sesuatu yang lebih baik. Begitu juga dengan Studeo Grafix, sekarang kami telah berevolusi menjadi Peopalove (sebutannya adalah people love)..untuk lebih lanjut sila lah ke www.peopalve.com

Aku juga sekarang sibuk dengan kerja-kerja di office, rumah dah jadi macam hotel, hanya tempat tidur dan mandi. Kadang-kadang aku terpaksa kerja pada hujung minggu, tapi bagus la..tak semua boleh dapat kerja terus menerus macam ni. So bila ada project, kita juga berevolusi menjadi lebih baik..kan? huhu..so memang aku tak nak merunggut pasal kerja ni, sebab aku tahu, ia memberi banyak kebaikan.


Kesimpulan:
Bulan puasa ni banyak mengajar aku erti kesabaran...sakit gigi, lens, kerja!

Okaylah..sampai sini dulu update aku untuk rini, nanti aku masukkan gambar-gambar masa aku gi JB, gambar Xgig (dapat nengok joanna & co.) dan gambar masa gi KL (sblm posa) so...

tungguuuuuuuu.......!


Sekian,
A.L

Monday, August 10, 2009

mana gambar? cauded!

busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy, busy.....

T___T

  • Rindu bantal besar segiempat aku.
  • Rindu nak nengok DVD sowang-sowang dari jumaat malam sampai ahad malam.
  • Rindu nak baring di ruang tamu sampai sakit kepala.
  • Rindu untuk tidak mandi selama 2 hari di hari minggu.
  • Rindu untuk hanya makan biskut segiempat bergula cicah dengan air nescafe panaz!

Aduh! lama betul aku tak buat benda-benda di atas. Bukan apa, tak sempat babe! bangun ja kerja, habis kerja tetdo, sok bangun kerja, balik tetdo..kerja, tetdo..kerja tetdo..kalau balik curi masa sikit nengok dvd atau main ps2 si kamil..esok dah lebam mata cam panda (tapi panda kering la..)

huaaaaa...

update:
Gambar-gambar iCon penang sedang dalam proses, insyaallah cuba untuk siapkan dalam minggu ni, lepas tu, continue untuk gambar bersama iCon JB plak! Kepada yang selalu jengah ke sini tu, minta maaf, entry ni xder gambar lagi, dan terima kaseh kerana masih lagi menyokong saya! aminn (adeh! kenapa dah macam nak buat kampen pilihanraya la plak)

Special Thanks:
Terima kaseh kepada abg DJebat dan abg Ali Qusyairy kerana memberi saya menumpang umah sekali gus mengePAU Ali cafe bersama meggie cup dan juga biskuat. Terima kaseh juga sebab bersama-sama menonton DVD sehingga masing-masing terlelap di bawah sofa (tapi saya bangun dulu..hohoho), terima kaseh kerana memperkenalkan saya dengan awek-awek cun, tapi apakan daya..hati ini sudah dimiliki. Terima kaseh juga di atas otak-otak kempas yang begitu banyak, saya sangat puas walaupun pagi ni cirit birit, tapi puassss!

sehingga bertemu lagi...

CAUUUUDED!
(hah! nengok..dah terlekat ayat Mr. President nih!)

Sekian,
A.L

Monday, July 27, 2009

Sasaran menempa mimpi!



aku masih ingat lagi, bulan lepas (Jun) aku telah di interview oleh wartawan Munira Roslan mengenai isu remaja dan photography...

Munira:

So apa sasaran adam dalam bidang photography di masa akan datang?


****

Pada malam aku mendapat DIDI, aku duduk sorang dalam bilik, aku renung si DIDI ni betul-betul. Nampak bias muka aku di lensa 18mm - 105mm yang berkilat tu! Tersentap aku sekejap, dulu camera ini adalah satu impian yang pada mulanya aku rasa mustahil. Dan sekarang, benda yang aku rasakan mustahil tu, ada di tapak tangan aku nih.

Aku renung lagi....

Sejak bila aku mula terjebak dalam bidang nih?
(Maksud aku, photography la, bukan bidang termenung nih..itu dah lama aku buat. hehehe)

aku imbas balik! imbas balik! lagi imbas...imbas lagi...dan lagi!

sepanjang proses pengimbasan aku tu, aku rasa ramai orang yang telah mendorong aku, mengajar aku, memimpin aku di dalam dunia photo ni.

Tapi, cuba fikir...macam mana kalau aku tak jumpa diorang-diorang nih? sapa nak bimbing aku dalam photography nih? adakah aku akan hanya sekadar menggalas camera di leher, tukar mood ke automatik dan shoot! Tak tahu apa tu shutter, apa itu apperture, apa itu ISO, apa itu WB, apa tu Rule-of-third, dan macam-macam lagi?

pastu aku fikir lagi...

adakah sekarang aku cukup bagus untuk di gelar photographer? just photographer okay! not yet professional photographer? adakah aku layak?

Aku pandang imej aku dalam lens DIDI lagi, aku nekad...

*****

Adam:
"Saya harap, saya dapat mengajar orang yang baru dan berminat dalam dunia photography nih!"


Munira:
"Mengajar?"


Adam:

"Yup, tapi tentulah bukan dalam masa sekarang, sekarang saya akan belajar sebanyak mungkin supaya satu hari nanti, saya dapat beri apa yang saya tahu kepada orang baru. Kita selalu komplain yang budak budak sekarang hanya 'poyo' dengan camera di leher, tetapi tak tahu menggunakan nya? Kenapa benda ni terjadi? Sebab tiada siapa yang sudi mengajar diorang. Tak seperti saya, yang bertuah kerana dapat berjumpa, berkawan dengan orang-orang yang berbakat dalam bidang ni!. Diorang hanya perlukan guide. Tak rasa seronokkah kita bila dapat berkumpul beramai-ramai membincangkan pasal sesuatu subjek yang kita minat?"


Azzaharry*:
" Betul tu, dengan mengajar orang lain, sebenarnya kita juga mengajar diri kita sendiri, ilmu ni jangan di simpan, sebaliknya di kongsi"

*
Dia adalah salah seorang photographer professional yang juga di interview pada hari tu, dan dia juga ada guru aku semasa aku bekerja di bawah dia dulu.



*****

Semalam, aku telah mengambil satu langkah di dalam mengejar masa depan yang di sasar. Aku telah mendaftar sebagai ahli yang sah di dalam iCon!

Kenapa iCon?
Di sini adalah sebagai satu pusat latihan...tempat di mana aku dapat belajar...dan mungkin satu hari nanti...mengajar!

Salah kah aku bermimpi?

Sekian,
AdamLUBA



p/s:
  • Aku tak berniat nak mempromote komuniti yang aku masuk nih! Ini hanya sekadar pandangan aku, sebab ada di antara orang-orang di luar sana tak nampak lagi semua ni. Aku tak harap korang join, (klu nak join pun, musti dengan kerelaan hati yang ikhlas, baru ada kesungguhan), tapi aku harap berhenti lah mengutuk! Cuba bantu..ada salah tegur! bukan kata belakang! okay?

  • Terima kaseh kepada korang yang sanggup baca entry ni! Semoga korang semua berjaya dalam apa jua bidang yang korang ceburi! tapi ingat...biar apa pun yang terjadi..jangan mudah mengalah! set minda, ready menghadapi cabaran, GO! dengan jayanya!

  • Gambar-gambar untuk iCon akan di update nanti di dalam official blog iCon Penang.

  • Ucapan Takziah kepada Keluarga Yasmin Ahmad! Sesungguhnya Negara telah kehilangan sebuah permata! ~ Al-Fatihah!~

Friday, July 24, 2009

jadi ker?



Tak akan semuanya berjalan dengan lancar,
Tak akan semua impian menjadi kenyataan,
Tak akan semua jadi seperti yang kita rancangkan..



Yang di-rancang....
  1. Hujung minggu ni jumpa si-gadis (Ayuna), My Best Friend Forever (Shee), Mie, Fahmy, Asha, Im, Dy, Neera dan beberapa orang lagi dan menuju ke PD untuk merehatkan otak sambil bergembira.
  2. Malam ni (24/07/09) patut join si Apex dan kawan-kawan beliau pergi mandi air panaz!

Yang terjadi...
  1. Ada kerja yang terpaksa di lakukan di sini...that meants.."I'M STUCK AT PENANG"
  2. Wallet memberi amaran supaya jangan pergi sebab incik wallet sudah tiada isi untuk melakukan apa2 apa aktiviti.
Penyelesaian...

Duduk di office siapkan kerja..pastu rancang aktiviti baru, dan aku akan pastikan hujung minggu ni aku akan dapatkan beberapa keping gambar untuk di upload. Sekarang dalam kepala hotak ni dah ada beberapa perancangan seperti pergi Penang Heritage Celebration, tengok cerita papadom di USM dan erk..erkk......

minggu depan lah aku bagitau....

Sekian,
A.L

p/s: Di sini, aku nak mempromot sesuatu....

Fotoshoot pengenalan iCon Penang
Tarikh: 26 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 2 Petang
Tempat: Explanade (Padang Kota Lama)
iConcept: Bebas & glamour
Person incharge: Kasih - 0122904443
Sasaran: Semua iConians Penang dan yang berdekatan. Ajak sekali kawan2 yang belum di iCon kan..
(info di atas di ambil dari abang Jebat..terima kaseh)
apa tu iCon? <- sila click untuk info yang lebih lanjut ^__^

Monday, July 13, 2009

persoalan demi persoalan...



Lama gila tak keluar ambil gambar! (tak kira amik gambar masa kerja la..itu atas tugasan), Haih, plan hujung minggu ni nak balik Jitra, tetiba ada bon odori! plak kt penang, dah la tahun lepas aku terlepas, tak kan tahun ni nak terlepas lagi? tapi dah lama tak balik jitra, rindu plak kt rumah! T____T

ada cadangan?




aku akan cuba dapatkan camera ni dalam tahun ni juga....tapi nak cari kt mana? ada saper baik hati nak hadiah kan aku camera ni?

p/s: OH! Camera ni nama dia BlackBird, Fly (merupakan camera TLR - Twin Lens Reflex!) nak tahu lebih lanjut sila google 'Black Bird Fly Camera'

Sekian,
AdamLUBA

Friday, July 10, 2009

apekah?


Yang 1st ni masa kat Ukay Perdana, topi tu adalah hadiah harijadi, and sofa tu, aku pun tak tahu mana si Wan Sabah ni rembat -__-"



Yang kedua ni, adalah gambar di batu Feringgi, (hujung minggu ni 12/7 aku nak pi lagi, sapa nk join?) di mana sorang amoi ni ingin mencuba naik payung terjun yang di tarik oleh bot berkuasa turbo. ^__^




Dan gambar ketiga ni adalah gambar aku di mana aku sedang bersiap-siap untuk fesyen show fabriclov di tanjung bungah pada 4/7 yang lepas. Baju apa aku pakai? hahaha...percaya atau tak..malam tu..aku di gelar Mona! O__o!!!


Sekian,
A.L

Monday, June 29, 2009

paper oh paper!


Kalau boleh...aku nak tetdo dari pagi ni, sampai pagi esok!

kerja...

Minggu lepas agak busy, aku ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Bertolak ke KL khamis petang dan sampai di Penang pada Sabtu tengah hari. Masa di KL tak payah cerita la, aku memang tak der masa nak lepak sangat. Tapi pengalaman masa di Kuala Lumpur tu memang sangat bermakna bagi aku. Sesuatu yang tak mungkin aku dapat di sekolah, di universiti atau dari mana-mana institut pengajian. Semua tu hanya dapat di perolehi dari pengalaman.

gadisku...


Oh! dah seminggu lebih tak berjumpa sama gadisku, kesian dia..hari - hari terpaksa tunggu aku balik kerja. Dah la balik lewat..pastu msg dia pun kejap kejap jer! T__T. Buat gadisku..apa-apa pun, 'sayang' tetap pada mu =^__^=


Beach...

Lama rasanya tak turun ke pantai. Baru-baru ni, Wan Sabah (baru bekerja di company aku & juga tinggal di rumah sewa aku) teringin nak ker pantai, so aku pun bawa lah dia berjalan-jalan di Batu Feringgie. Hehe, salah satu tempat yang agak popular di Pulau Pinang ni. Memandangkan gaji tak masuk lagi, jadi kami hanya berjalan-jalan la. Hish..geram tengok orang main Jetski & payung terjun yang di tarik dengan bot (apa nama ntah). Kalau dah masuk gaji, comfirm cubanya. huhuhu..so sini, aku share kan sedikit gambar-gambar masa tengah lepak kat sana. ^__^






Lain-lain..

Kat sini aku nak kongsikan satu article dengan kawan-kawan semua. Article di bawah ni adalah hasil dari temuramah dari wartawan karangkraft iaitu Munira Roslan. Secara umumnya article ini adalah berkenaan remaja yang berminat dengan dunia photograhi, dan yang paling best masa temuramah ni, Shee (also known as my best friend forever) juga ada sekali. Di tambah pula dengan kehadiran seorang jurufoto pro yang bernama Azzaharry. Dialah orang yang mengajar aku pasal camera DSLR semasa aku bekerja di salah satu company advertising di Perlis dulu, di sebabkan dia jugalah aku terjebak dalam kancah 'gila camera'. huhuhu. Tak lupa juga G-mie (animator) yang dulu nya memberikan aku tawaran untuk bekerja di company nya. Aku dan G-mie tak berapa rapat, tapi kami pernah juga sembang-sembang pasal tahap obses diri masing-masing di dalam dunia camera ni. So secara umumnya, semua yang hadir masa interview hari tu aku dah kenal, so tak laa rasa kekok sangat! ;p


p/s: Thanks untuk Ayuna sebab temankan aku masa sesi interview hari tu. Tak lupa juga kepada Fahmy dan Al-fahymie yang menambahkan lagi keseronokan hari tu.


Sekian,
A.L