Saturday, December 27, 2008

Bercuti.....



kawan-kawan...mari berJIMBA..saya sudah berada di KL. Bytheway..selamat menyambut awal muharram dan selamat menyambut tahun baru.

Sekian,
A.L

p/s: aku akan berada di KL agak lama, so segala update dan gambar akan di upload selepas aku balik dari bercuti. so..selamat bercuti, see u guys soon!

Thursday, December 18, 2008

tuci tuci cuti



Lagi seminggu mahu cuti! yea yea...

Sekian,
A.L

Monday, December 15, 2008

KL Part 2 : Rain-Bows


picture by Mie edit by Shasheera

Ahad 14/12/08
Pagi bangun dalam pukul 7am. Hantar sms kepada shee untuk ingatkan dia tentang CD yang di janjikan. Lepas tu suruh si wan ni gunting kan rambut aku. (skang dah pendek..yeaaa!!!). Lepak tengok tv sampai tengah hari, gi makan dekat kedai bawah umah si wan ni. Lepas makan wan hantar aku kt LRT wangsa maju. Aku pun menuju ke KLCC. Lepak Aku pun berjalan-jalan di KLCC, niat mula-mula nak beli buku di kinokuniya, tp tak jadi sebab buku yang ada pun tak habis baca lagi..hehehe! So sampai 430pm jumpa Mie terus gerak ke JUSCO wangsa maju. Shee datang ambil, lepak di restorant ala-ala Old Town. Pastu terus gerak amik Raziq dan kemudian amik tok ketua Hamzee dan terus Hot Studio di Wangsa Maju.Dalam perjalanan tu aku dapat rakam beberapa video yang agak menarik (haiiyooohh~). Tapi video ni tak boleh di kongsi di sini atas sebab-sebab orang yang di rakam ni tak bagi. hahaha...tapi rare tu..mana nak jumpa...video cam ni...kan shee kan? ;p

Rain-bows!


Hot Studio Wangsa Maju

Okay! bab ni aku nak ikhlas + jujur cakap. Bukan nak kutuk, bukan nak bodek. Ini cuma apa yang aku rasa.

Pada mula aku dengar pasal band ni, aku minat, tapi aku minat sebab vocalist dia. Sebab aku tahu dia boleh nyanyi dan sebab dia kawan aku. itu ja! tapi tu pada mula-mula la. Tapi semua ni berubah bila aku sendiri berada dalam studio tu dan diowang bermain 'live' depan mata aku. SUMPAH aku cakap, aku teruja. Sebelum ni aku hanya dengar shee cakap yang band-mate dia hebat, dan malam tu..diowang betul2 hebat. Kalau tengok video dalam youtube mybe kowang akan kata "ala..biasa ja" tapi kalau kowang betul2 berada dalam studio malam tu. kowang boleh rasa 'aura' dia.


1,2,3,4,5,6,7,8 mula!

Tak melampau rasanya kalu aku cakap diowang ni akan berjaya satu hari nanti. Aku bukan seorang yang pro dalam bidang2 music ni, nak main alart music pun masih merangkak rangkak lagi. So pandangan aku hanya apa yang aku rasa la. hurmm, tapi malam tu suara shee agak tengelam. tak berapa jelas. maybe sebab faktor studio tu yang menyebabkan bunyi gitar bergema lebih dari vocal.

Yang bestnya, masing-masing ada character tersendiri. Hamzee (Leader/2nd Guitar) dengan caranya yang agak gila-gila tetapi mantap, Raziq (Lead Guitar) dengan cara permainan yang cool dengan muka separa serius, Shee (Voc) dengan gaya slumber + 20% comel, Ijam(bass) gaya dia macam agak malu-malu + 30% rock + 10% gila-gila (sebab ada part nampak dia menari sikit..huahuahua), dan Ija(drummer) dengan gaya bersahaja + macho. Skill masing-masing tak yah cerita la, kalu dah 99% lagu yang di bawa tu sebiji versi asal. memang dah mantap laa kan. hohoho.


Hamzee: Gila-gila + Mantap


Raziq: Cool + 1/2 Serius


Sheera: Slumber + 20% comel


Ijam: Malu-malu + 30% Rock + 10 % gila-gila


Ija: Bersahaja + Macho

Okaylah, oleh di sebabkan aku tak dapat lepak lama dengan diowang, so tak banyak yang aku tahu, ini cuma pandangan pertama aku pasal diowang. Kalau ada masa boleh lepak dengan diowang lagi, aku akan ceritakan banyak-banyak pasal diowang.






Rain-bows : Segitiga (Cokelat)




Rain-bows : Crush crush crush (paramore)





Rain-bows : Born for this (paramore)




So itulah aktiviti last aku sebelum aku balik semula ke penang (masa nak balik tu, diowang main lagu feveret aku dari foo fighter plak, adeh..nasib baik kawan aku dah tunggu, kalau tak memang nak nengok sampai habis)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perhatian: Aku dengan ni mengistiharkan akan menjadi follower kepada Rain-bows. (Hamzee, ni kira minta izin laa ni..boleh tak?hahaha)


tak tak sala sala...

Habitat
"Aku tak gian dengan rokok ni, cuma rasanya dah jadi habitat aku, tu yang agak susah nak 100% benti!" by adam
-sebenarnya nak cakap tabiat

Papaya
" Shee, lepas ni makan nenas boleh laa terbang (merujuk kepada cerita pepaya)" by Mie
-cerita ni jadi sebab shee nama manja nyer 'yaya' sama dengan character dalam pepaya, tapi mie ni ingat papaya tu nenas (-_-")

Traffic Light
" Bodo nyer kereta, nak belok tu bagi la traffic light. Harap kereta ja mahal" by Shee
- cerita oleh Raziq, sebenarnya shee nak mention signal. hahah


Perkataan yang kurang faham:

Sejak azali...
1. " kira sejak dari lahir la.." by shee
2. " sebelum masihi.." by mie
3. " sejak dari mula-mula lagi.." by adam luba

sebenarnya apa maksud ek?

Sekian,
A.L

Sunday, December 14, 2008

KL Part 1


Mie, Shee, Adam


adeh! 2 hari kat Kuala Lumpur rasa macam 15 minit jer kat sana! belom apa-apa dah nak kena balik Penang! T_T

Sabtu 13/12/08

Sampai KL dalam pukul 5.30am. Mundar mandir, masuk tandas kuar tandas, benti mamak minum, pastu jalan kuar masuk stesyen pudu sampai pukul 7.30am, Shee dan Raziq datang menjemput dengan baby WEU~. Kononnya pada mula nak teman si Raziq ni amik gambar untuk assgmnt dia, tapi bila sampai di tempat yang di maksudkan, pihak pengurusan tu tak bagi amik plak! damm!


Pastu gerak gi sarapan dekat erkk....erkk...(tanya shee ngan raziq la! sumpah xtahu nama tempat tu ;p). Sambil kitaowang makan, sambil miss call si Mie, konon-konon macam dah ada bawah rumah dia laa (note: Mie kalau dah tetdo...godzilla datang tampor muka dia pun tak akan sedar nyer...kan mie kan?). Selepas 15x misscall (aku dengan shee) bawu la si mie ni angkat! dengan nada cuak ala ala otroman yang hampir kehabisan 'power' dia " Shee, u kat mana? mana kereta u? xnampak pun ;-s" kata mie. Shee pun ala-ala otroman mother menenangkan si mie. Selesai makan, bawu kami ke Cheras untuk amik si Mie ni.



Dari rumah Mie, kami gi maxis center, pastu gi public toilet (apa nama ek tempat tu?), pastu gerak gi BB untuk tgk gitar (beli laa shee gitar tu...), jumpa hamzee a.k.a ketua kumpulan (rain-bows). pastu gerak gi maju junction (shee beli hud ngan lense filter), dan selepas tu ker KLCC. Sampai jaa klcc hujan lebat mengalahkan bulu kaki si Mie..hua hua hua..! so lepak laa jalan2 di Suria KLCC tu...bila hujan dah benti, bawu bergerak ker Rantai art event belakang restorant pelita. Orang agak kurang hari tu, mybe sebab faktor cuaca kot. Tapi memang best hari tu, dah macam reunion bebudak poli..dari ke senior sammmmpai laa ke junior, suma ada..hua hua hua....best best!

Shee dan Raziq lepak kejap ja sebab diowang mahu pulang practise dan tetdo...Mie plak kuar lepak ngn bebudak MJ Rangers, dan aku pula lepak ngn wan main futsal kt setapak. eh eh! COP COP! aku xmain pun...tengok jaa...bebudak ni yang main...(kaki ni bukan takat bangku dah..meja, kerusi, sofa suma lengkap)huhu...balik dalam kul 12 teruss bommmm! tetdo! eh silap, sebelum tetdo tu ada rekod satu lagu versi akustik. lagu/lirik dari..

erkk, aku dah nak balik ni, skang kt office...sambung nanti kay ;p

Sekian,
A.L

p/s: KL part 2 : Rain-bows Jaming! akan datang...

Friday, December 12, 2008

Penang ker KL


kawan -kawan, jom beramai - ramai!

Kuala Lumpur, satu ketika dulu pernah menjadi tempat idaman aku untuk mencari kerja dan meneruskan hidup. Tak tahu kenapa aku menjadikan Kuala Lumpur sebagai sasaran, mungkin kerana ramai orang kata hidup di bandar mencabar. Atau mungkin kerana cara hidup masyarakat di sana! atau mungkin kerana teman-teman semua sudah berada di sana. Hurmm..tapi itu dulu, bukan maksud aku tak nak pergi KL, cuma aku dah tak nak tukar-tukar kerja, bagi aku..pekerjaan aku sekarang adalah yang terbaik yang pernah aku kerja. (macam kerja banyak tempat jaa sebelum ni (-_-") ) Aku akan pastikan suatu hari nanti aku akan meneruskan hidup di KL tapi masih lagi bekerja di syarikat yang sama (studeo grafix).

Okaylah! tetiba mencarut apa ntah kt atas ni, abaikan! hohoho...malam ni aku nak turun kL, so kawan-kawan! Jumpa di Red Bunglow esok (sabtu 13/12/08). hohoho...okaylah! nak gitau tu ja ;p hahah!

Di sini aku ada letak sikit beberapa keping gambar yang aku shoot semalam (khamis 11/12/08). Model ini bernama Yin Yin, salah seorang rakan kerja di studeo grafix. Gambar ni juga di ambil dalam studeo grafix dalam pukul 8 malam. Sebenarnya ada banyak lagi gambar, tapi malas nak edit, so post yang ni dulu! nanti klu ada masa, aku update! okay?

Okaylah sampai sini dulu, nak balik umah siap2 ni...Kuala Lumpur...tunggguuuu!!!



yinyin! is she cute???


yinyin with gloomy bear (from japan tau! import nih)


yinyin yangyang


Sekian,
A.L

ps: tak sabar nak tgk Band Rain-bows jam! aku adalah peminat setia kowang oiii!

Monday, December 8, 2008

Raya aidil adha


Selamat Hari Raya Aidil Adha....Hurmm, raya tahun sangat sekajap. Tak puas rasa nya balik kampung. Tahun ni aku melawat sorang ja kawan, Pija. Pada mula nya nak gi rumah dia tengah hari. Tengah sedap sedap dalam perjalanan nak kerumah beliau, dapat message dari beliau suwoh datang pukul 3.30pm. So rancang plan lain pergi Kota Kuala Kedah dulu untuk mengambil gambar. So lepak la kami di Kuala Kedah sampai pukul 3.30pm, elok-elok nak bergerak ke rumah pija, dapat msg lagi dari dia cakap 4.30pm plak. Adif bagi cadangan nak jumpa kawan dia..setelah bertukar-tukar tempat, kami akhirnya jumpa juga di Alor Star Mall. Yang best nyer...jumpa cakap 'hai' kemudian 'bye'. Dah! balik..perhhh buang masa betol.

Dalam keadaan tak tahu nak ke mana, pap! tetiba dapat message daripada pija cakap dia dah sampai umah dia. Alhamdulillah...so bergegas kami ke sana. Yeaaaa...dapat juga jumpa si pija ni, huhu..walaupun dia belajar di USM, dekat dengan rumah aku di Penang, tapi kami jarang jumpa. Ia laa, aku sibuk gila kerja sampai lewat malam, tak kan nak bawa anak dara orang kuaq malam. Mati aku kena ligan dengan bapak dia nanti. hohoho...best juga la jumpa si pija ni. Sebab lama tak jumpa so banyak juga la benda nak bersembang. Sedar tak sedar dah pukul 6.30pm. Terus balik la sebab malam nya dah nak balik penang. T_T


So malam nyer sebelom balik sempat juga laa lepak2 dengan adif ngan nazim. Lepak sampai kul 11, terus gerak balik, Amet yang bawa dan malam tu, aku sangat sakit kepala. haihhhh~ sib baik ada Amet, kalau aku bawa keta tu sowang2 memang aku benti tetdo dulu laa.. ;p


Okayla..busan kan?tak pi mana pun raya ni...oh! aku sepatut nya jumpa dengan Sheya Dona, tapi atas beberapa sebab tertentu tak dapat jumpa dia T_T (nak laksa laa...lapaq ni) huhu..so sampai sini saja laa dulu..

Sekian,
A.L

hoho adamLUBA versi kecik! ngee ngee ;p

Saturday, December 6, 2008

Aktiviti budak kampung!


main drum sangat enjoy!

Sabtu 06.12.08
Dah macam hari kerja, walaupun semalam aku tidur hampir pukul 3.00am, hari ni aku tetap bangun kul 8.00am. Haih! rasa mengantok, tapi mata dah xboleh tidur! so aku pun melayan cerita Tropic Thunder - lakonan mantap Ben Stiler, Jack Black, Robert Downey Jr dan Tom Cruise (pelakon sampingan). Cerita pada mulanya agak bosan dengan lawak2 yang boleh di kategorikan sebagai 'buduh' la...tapi start dari tengah sampai ke akhir cerita, wow! semakin menarik sehingga aku gelak berguling-guling.

Tap! kul 12 Amet Gaban balik dari kerja dengan muka kepenatan. "Hah! bila nak balik kampung?" kata Amet. "Lepas aku mandi, siap-siap2 kita balik la!" balas aku.

* * * *
Amik ko! kol3 bawu kuar umah! (-_-")

So tolak-tolak masa gi bank dan isi minyak, kami start balik dari pukul 3.30pm mengikut Jabatan Pulau Pinang. Aku badjet musti JAM punya jalan nak kuar dari pulau ni, tapi rupa-rupanya lagi ramai orang nak masuk pulau dari keluar pulau. So drive la aku dengan kereta FORD Lancer version 60'an di Lebuh Raya Utara Selatan bersama-sama si Amet Gaban dan si Eddy Kuala (dia ni datang lepak umah sewa kami so balik kg sekali la). "Weh! minta maaf na, aku bawa keta memang macam siput. Busuk - busuk pun amik masa 2jam bawu sampai kedah ni!" kata aku. "Tak pa wei, rileks-rileks sudehhh! nak kalut-kalut pun bukan nak pi mana!" kata si Eddy. "bandages...bandages..bandages...!" nyanyi si Amet Gaban. (aram punya budak, aku sembang ngn dia...dia bantai nyanyi! Adeh!). BAB! dalam dok kata 2jam, 1 jam 15minit aku buat. (ni dah kira standart time sebenarnya) Yang peliknya aku bawa 80kmJ, sepatutnya aku sampai dalam masa 2 jam. hurmm..pelik pelik!

So sesampainya di jitra terus kuar lepak di kedai char kuew teow bekas Mahert dan Mat Cin kerja. Masa lepak ni Amet Gaban ngn Eddy tak xjoin. Aku mula-mulanya lepak ngn Nazim, pastu datang plak Adif, diikuti dengan Amert Fuji, MatDee dan awek beliau. Tak banyak yang di bualkan sebab kitaowang lepak kejap ja pastu terus balik. Masa ni ada orang tepon aku, tapi aku tak sedar and bila aku tepon balik dia tak angkat!T_T hurmm...risau nya. Apa nak jadi-jadilah..malam ni aku musti tepon dia balik.

Malam - plan nak gi amik si Nazim dalam kul 830pm. Elok-elok aku nak kuar, ayah aku balik dan kawannya Pak cik Hashim datang. Waahhh..stop jap! sembang-sembang ngn diowang dulu. hohoho, kali ni topik kami adalah pasal Mobile Phone (hoho ini sebab aku dah pakai HTC touch, so si Abang Hashim ni memang suka bab bab ni). Tengok-tengok jam dah hampir pukul 9pm, so kelam kabut aku gi amik si Nazim, kemudian Adif dan akhir sekali Amet Gaban. Kami bergerak ke Kampung Siam untuk ber-jaming. Perhhh..malam ni jam memang best! walaupun seperti biasa lagu-lagu yang di mainkan akan di ubah dengan sesuka hati. Tapi paling best sebab dapat main lagu dari Jobbersstrobers - Aku cinta aku rindu. Wah wah! sangat best (ada sesetengah part tu pakai hentam main ja..janji bunyi sama). Dan seperti biasa, aku akan bertukar2 posisi, kejap gitar, kejap drum kejap vocal, kejap penyanyi latar, kejap kompang, kira...suka tukar2 la. Bukan apa, experience suma tu, xsalah kan nak mencuba?hehehe..


ni masa tengah nyanyi Fall for you.


ini plak masa lagu Radio


walaupun tak sedap, tapi aku punya suka la ;p


adifDAS dengan rambut baru beliau


"tak tak..sala sala!" - capten Amet Gaban

so lepas jam, kami lepak di kedai char kuew teow (lagi...). Pastu tgk jam dah kul 1130pm, so aku dah janji nak call kawan aku (tadi aku ada mention kan?) so bergegas laa kami balik. Sampai umah terus tetdo (terlupa nak call...T_T) sorry yer...

Hari ni plak (Ahad 07/12/08) nak buat apa ek?

hurmmmm...

Sekian
A.L

ps: Credit to Nazim untuk gambar2 di atas

Thursday, December 4, 2008

Gula-gula Kehidupan


gurl : "sob..sob! isk isk isk!
guy : "kamu..jangan nangis, saya bagi gula-gula! xmo nangis yer sayang!"
gurl : "sob..sob!"
guy : "dah ler...xmo ingat perkara-perkara sedih tau! kamu kena tabah! apa-apa pun yang terjadi, saya
tetap ada di samping kamu! Hidup ni masih panjang, orang kata susah sekarang adalah untuk kesenangan di esok hari. Saya tak mau lagi tengok kamu sedih! saya nak tengok kamu gembira. Kamu berhak mendapat kehidupan yang bahagia. Saya teman kamu yer! dah jangan nangis lagi!"

p/s: Hidup ni memang mencabar...kadang-kadang kita senang, kadang-kadang kita susah! tapi kita kena ingat...yang kita tak pernah bersendirian!

Sekian,
A.L

Wednesday, December 3, 2008

Tenang!



rindu nak karaoke! jom kawan-kawan

wah! minggu ni busy gila! tak sempat nak kuar amik gambar, tak sempat nak lepak bersama kawan. Nak call or nak msg pun tak sempat! haihh! kepada Mie, sabar ek! nanti aku pos kan CD hang tu, serius skang tak dak masa. Mungkin di sebabkan dah hujung tahun so banyak kerja-kerja di office nak kena habiskan. Cuti raya pun dapat 1 1/2 hari ja....

Tak der benda nak cerita sebenarnya, cuma sekarang aku terasa nak sangat menjerit. Dapat layan karaoke pun best ni! hohohoh...kena pulak lagu Tiada lagi kidung mu (lefthanded) dan Misteri mimpi syakila (Wings). Perrhhh terbaik! hohohoh...

Baru-baru ni tetiba aku teringat balik kepada bekas si jantung hati. Terasa rindu pula kat dia, tapi nak buat macam mana, dia bukan lagi milik aku. Hurmm..kepada yang sedang bercinta tu, hargai pasangan korang. Nak bercinta, Senang..nak jatuh cinta, Senang,...nak putus cinta, pun Senang...nak kekalkan perhubungan tu, TAK INGAT PUNYA SUSAH! tapi kalau kita dapat kekalkan perhubungan bila di timpa sesuatu..itu la NIKMAT namanya. Tapi kalau dah tak der jodoh (ayat biasa orang nak lari dari pasangan) nak buat macam mana!

Eh! kenapa tetiba aku cakap pasal benda ni. Sebab baru-baru ni ada orang tanya aku pasal kehidupan cinta aku, so aku cakap la, aku xder comitment kat sapa-sapa lagi. PAP! diowang cop aku GAY! (!@##$$%#% ajar betul). Kat sini aku nak tegaskan..aku lelaki normal yang suka perempuan tulen dan kenapa aku tak dak gurpren. Sebab masih tak dak yang sanggup nak bersama dengan aku. hohohoho...tp aku happy kay! aku ada kerja yang best, family yang penyayang. Kawan - kawan yang terbaik (terutama sekali mereka yang berada di link 'sahabat terbaik') So kehidupan aku sangat bermakna sekarang. Lagipun aku sibuk dengan kerja-kerja aku. Kalau ada gurlpren pun tentu dia sakit hati sebab aku kerja sampai tak ingat dunia.Hahaha..aku memang gila kerja, sebab dengan kerja aku dapat bina hidup dan impian aku..hohoho..okaylah! sebenarnya aku tengah tunggu burger dari member aku. Skang dia sudah sampai..masa untuk makan...nyum nyum...jumpa lagi..daaa~


Sekian,
A.L