Monday, September 29, 2008

Empty






Tried to take a picture
Of love
Didn't think I'd miss her
That much I want to fill this new frame
But its empty


Tried to write a letter
In ink
Its been getting better
I think
I got a piece of paper
But its empty
Its empty


Maybe we're trying
Trying too hard
Maybe we're torn apart
Maybe the timing
Is beating our hearts
We're empty


And I've even wondered
If we
Should be getting under
These sheets
We could lie in this bed
But its empty
Its empty


Maybe we're trying
Trying too hard
Maybe we're torn apart
Maybe the timing
Is beating our hearts
We're empty


Oh oh Oh oh Oooooh
Oh oh Oh oh


Maybe we're trying
Trying too hard
Maybe we're torn apart
Maybe the timing
Is beating our hearts
We're empty


We're empty
We're empty


Or will we end up getting hurt
Is this love a myth
So tell me are you in for this
There's so much more than we can see
More than you
More than me
It takes two to believe!


Maybe it's our first mistake
And baby that's alright
It's crazy how we lost ourselves tonight
Maybe it's our first mistake
And baby that's alright
It's crazy how we lost ourselves tonight
There's a reason why they say that we should give it time
But time is not enough
And that's the reason why when you're young you fall in love


And that's the reason why
When you're young you fall in love [2x]




sudenly feel like empty..hurmm,must be miss 'kampung', miss my family, miss my friend..hurrmmm!

Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya



Yea yea..raya datang lagi, sedar tak sedar dah setahun sejak aku kerja di Penang. Ini kali kedua aku sambut raya sebagai SGian...Okay-okay cut it out..entry kali ni aku tak nak masuk kan gambar, so biar typo saja yang ada hari ni...


Kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya, kepada keluarga di kampung, kepada kawan-kawan, terutama sekali FARAH SHASHEERA BT ROSLI (prinzces) the person that realy will be at myside when ever i need somebody...kepada kawan-kawan yang menjadikan dunia ini riang, adif, apex, amet, nazim, afiq, matdee, paklan, angah, wan peramah, anas tobik, muckanep,paiz aman, aqim, diana hamasuba, kadir chan,aja, mai, yan, zai, ajoy, aji, lee pc, bro anepsx20, deknoe, betty, adinang, ag, boboi, noh, dugong, ecah, lala, rara, rizal (kalau baca blog ni, bila nak p makan-makan lagi nih!), abang najib, gina, aida, amalina, shaznida, yazreen, farah, sheya (nenek), mie MJ dan kengkawan MJ, hafiz boo, kengkawan bangkit, kengkawan rantai, kengkawan lomokids, kengkawan di jitra, kengkawan di KL, ex-dip rekabentuk grafik, ex-senior JRKV, PJB, ex-5sciens SMKTP, ex-SMKTP, ex-form 6 SMKJ, ex-SKDWK, kengkawan myspace, kengkawan friendster, kengkawan facebook, kengkawan tagged, kengkawan ym, kengkawan di studeo grafix dan kepada semua la yang kenal aku.


Dengan ucapan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Kalu ada salah dan silap, terlanjur kata, terlanjur perbuatan...aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, semoga persahabatan kita kekal. Love all of u.


Sekian,
A.L


p/s: Mula-mula nak buat voice record, tp ada masalah teknikal sikit, so hanya typo ja laa yang dapat dibuat (sory shee, i already try my best to do it..heheh,)

Thursday, September 25, 2008

Fall For You






The best thing about tonight's that we're not fighting
Could it be that we have been this way before
I know you don't think that I am trying
I know you're wearing thin down to the core


But hold your breathe
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
Your impossible to find


This is not what I intended
I always swore to you i'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may of failed
But I have loved you from the start
Ohhhh


But hold your breathe
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
It's impossible


So breathe in so deep
Breathe me in
I'm yours to keep
And hold onto your words
Cuz talk is cheap
And remember me tonight
When your asleep


Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
Tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
Your impossible to find





Love this song, and I dedicate this song to... erkk! hurm..to...to...to me lah!


Sekian,
A.L

Monday, September 22, 2008

kaki berjalan


IMG_2609



Sabtu 20.09.08

hurm, dikejutkan oleh si apex pada pukul 10 pg, padahal pukul 630 pg bawu tetdo, sangat mengantok. Selepas itu mengemas rumah (nak raya dah, kena la kemas rumah). Pastu layang citer Kamen Raider Black sampai kul 4 ptg, pergi Tesco untuk bayar bil2 (ada pejabat pos buka tiap-tiap hari kt tesco tu). Pastu kami p Georgetown untuk mengambil gambar di sekitar kawasan Little India, tapi bawu ja snap 2 3 keping, Apex mendapat panggilan (dia On-Call plak hari tu), so terpaksa la kami pergi menguruskan mayat di island hospital (Oh lupa, siApex ni Inspektor Kesihatan, dan secara xlangsungnya aku pun menjadi Inspektor Kesihatan juga pada hari tu).

Lepas selesai suma tu, kami berbuka di Bukit Gambir, dekat-dekat ngan USM. Makan roti canai ja, sbb lepas tu ada jamuan Bufday si Alia (sila lihat entry sebelum ini). Habis parti, gi Karaoke jap (karaoke lagi..haihh ni akibat banyak sangat tengok konsert gang starz ar ni). Dalam kul4 bawu balik.

IMG_2413

IMG_2400

IMG_2396

Ahad 21.09.08

Bangun dalam pukul 10pg, siap-siap dan terus gi USM amik Pija (kawan aku masa zaman sekolah dulu) dan terus bergerak ke Seberang, niat hati nak gi Jusco yang bawu buka tu.
Hurm, nyesal plak kutuk-kutuk shee masa dia sesat jalan, kali ni giliran aku plak sesat jalan, haihh xyah cita la mcm mana keadaan masa tu, dengan minyak nak habis, sib baik ada si Pija ni, dia memang pandai buat lawak (pada hal dia bukan buat lawak pun..tp cara dia bercakap begitu lawak sampai aku sakit2 perut).

Sampai ja di Jusco, 1st impression "wah! besar gila! musti best" tapi betul la orang kata, realiti tak seindah seperti yang di bayangkan. Hampeh betul, xbest harap besar ja..Queensbay juga JUSCO yang best..hahaha

pastu kami balik mcm tu ja, berbuka kt Hammer Bay, balik umah layan Kamen Raider pastu tetdo.

Hujung minggu kali ni sangat bosan..haihhhh~ gambar pun xsnap banyak..Haiiiihhhhhh~
layan jaa laa gambar yang ada ni..Haaaiihhh~Minggu depan akan aku pastikan keadaan seronok..huhuhuhu..

IMG_2576

IMG_2599

Sampai sini ja laa dulu untuk kali ni, si Apex dah tunggu di kedai bawah tu..

SEKIAN,
A.L

Bufday si Alia



Happy bufday alia, may all ur wish come true. Ini adalah beberapa gambar masa parti itu (parti ker?)hahaha..maaf lah, gambar ni malas nak edit, so amik fresh dari camera terus letak..alalala
(geram aku xdak flash ni, nak kena ikat perut ni nak beli flash..alalala)



IMG_2430


IMG_2434


IMG_2435


IMG_2438


IMG_2444




Inilah sedit sebanyak photo yang di ambil, hurmm...oh bufday parti ni cuma ada Alia (gadis bufday), Azmir (boipren gadis bufday), Amalina (bakal pramugari), Wanie (gadis maybank), Mas a.k.a Dayang (gadis Uitm), Apex (Jejaka melaya), dan saya adamLUBA (erkk..hurm, rongak! hahaha).

SEKIAN,
A.L

Sunday, September 21, 2008

Tag



kali ini saya di tag lagi, haih soalan kali ni agak merbahaya la, saya cuba menjawab sejujur yang mungkin tanpa cuba menyakitkan hati sapa-sapa. Klu ada tu minta maap ek! Soalan tag bermula...


1. The person who tag/pass you is?
* Farah Shasheera Bt Rosli

l2. Your relationship with her/him is?
* Kawan terbaik (saya sanggup hilang dunia dari hilang dia)

3. Your five impression of her/him?
* Rock, kecik, blur yang comel, memahami dan tersangat baik hati

4. The most memorable thing she/he had done for you?
* hurm, masa jumpa dia kt cyber selepas tengok konsert mocca, saya dapat hadiah dari dia. hehehe

5. The most memorable thing she/he had said to you?
* "i miss u...i miss u...i miss u!"

6. If she/he become your lover you will?
* mak aih soalan...bahaya nak jawab ni..hurmm tapi kan klu betul la...i will do everything to make sure shee kembali tersenyum dan ketawa.

7. If she/he become your lover, thing she/he has to improve on will be?
* erk! hurm...nothing! she perfect.

8. If she/he become your enemy, you will?
* cry

9. If she/he become your enemy, the reason will be?
* i tak bagi hadiah/terlupa bufday dia (tahun lepas kena 'sound' sebab tak wish..hehehe)

10. The most desired thing you want to do for her/him now is?
* bawa dia gi makan-makan, jalan-jalan, sambil sembang-sembang! tengok dia senyum, tengok dia gelak..wahhhh~

11. Your overall impression of her/him is?
* gurl like shee, it's imposible to fine.

12. How you think people around you will feel about you?
* "tengok muka okay, sekali senyum....hampeh!"

13. The characters you love of yourself are?
* pendengar yang baik

14. On the contrary, the character you hate yourself are?
* kurang berkeyakinan

15. The most ideal person you want to be is?
* people who turn dreams n love into reality like steave job

16. For people that care and like you, say something to them:
* saya cinta mati sama kamu, pull stop!

-Second Part-

17. Pass this quiz to 10 persons that you wished to know how they feel about
1. apex
2. gina
3. diana hamasuba
4. amalina
5. pija
6. dee
7. yusri patut di bunuh
8. adif
9. amet
10. ajoy

18. Who is no.6 having relationship with?
* senior beliau (xingat nama dia)

19. Is no.9 a male or female?
* male.

20. If number 7. and 10 are together, will it be a good thing?
* erk, perhh perbezaan dua darjat, sungguh tidak sepadan.

21. What is no.2 studying about?
* she working not study

22. When was the last time you had a chat with no.3?
* last week

23. What kind of music band does no. 8 like?
* punk

24. Does no.1 have any siblings?
* yes.

25. Will you woo no.3?
* woo woo (apa kependa woo tu?)

26. How about number 7?
* errrkk..tidaaakkkkkkkk!

27. Is no. 4 single?
* during i write this..yah! single

28. What is the surname of no.5?
* errkk...erk...erkkk..

29. What's the hobby of no.10?
* godek godek dia punya d200

30. Does no.5 and 9 get along well?
* yeahh of cos

31. Where is no.2 studying at?
* kan dah cakap dia kerja, xstudy..isk isk..dia kerja kt klinik daerah timur laut kt jalan perak

32. Talk something casually about no.1?
* mata sepek, perut bulat, kawan yang sangat baik

33. Have you tried developing feelings for no.6?
* dulu kiran...dulu

34. Where does no.9 live at?
* jitra

35. What colour does no.4 like?
* white

36. Are no.5 and 1 best friends?
* yeah, diowang bawu ja balik dari lepak

37. Is no.7 the sexiest person in the world?
* ya ya ya..mana tahu nih?

38. What is no.6 doing now?
* study for final, i think!

Saturday, September 20, 2008

Jalan-jalan di penang




DSC_0251



Penat sungguh hari ni, nak bangun pun malas...haiihhh, gambar-gambar berjalan di penang semalam dan akan di ambil kejap lagi...akan di upload malam ni...(kalu aku rajin la), okaylah..nak siap-siap ni..huhuhu

SEKIAN,
A.L

Friday, September 19, 2008

Tag tog tag



Sheera telah Tag aku, so aku pun buat la benda ni...(bocor rahsia aku, xper sekali sekala jujur apa salahnyer)


- State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.


- The 10 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/habits and little known facts.


  1. Gigi saya rongak. ;p
  2. Saya suka main gitar sebelom tetdo, tp lagu yang saya main xpernah habis, sebab tahu sekerat jaa..haihh!
  3. Saya suka citer katon dan baca komik
  4. Saya selalu nervous bila cakap dengan pompuan (Ini betul ni, sampai sekarang pun macam tu, sebab tu kekadang bila bercakap agak tunggang langgang)
  5. Saya sangat boros dan makan (tp xgemok, makin kurus ada la)
  6. Saya sangat admire hampir ke tahap obses sama Sheera (perhh mention nama terus tu, nak buat cam mana, sangat seronok berkawan dengan dia)
  7. Saya amat meminati seni teater tp gigi xlawa, xleh masok
  8. Saya xpandai lukis perempuan (skang ni boleh lukis muka ja, tu pun kawan-kawan selalu kata macam lelaki, hampeh tul)
  9. Saya cakap selalu lepas ('terlanjur kata' - ayat yang senang di faham)
  10. Bebudak opis cakap saya selalu blur (mana ada kan?xder pun memandai jaa diowang)
  11. Saya suka nengok citer berunsur-unsur romantik. (macam The O.C, Sweet Home Alabama, Just like Heaven, What happen in Vegas, One Three Hills)
  12. Saya xsuka membaca (skang tengah cuba tanamkan minat untuk membaca)
  13. Saya xpandai nak meluahkan apa yang saya rasa (baik perasaan baik atau pun benci, diaam ja, sebab tu dulu ramai orang pijak kepala saya)
  14. Suka jalan-jalan tempat ramai orang, sebab kita boleh tengok macam-macam gaya
  15. Saya suka kumpul gambar sesorang ni (yang ni xbleh mention nama, bahaya!) dan hari-hari saya akan tgk gambar dia. Haiihhhhhhhhhhhhhh~


I will tag : (ada ka owang nk buat ni...alalala)

-Diana Hamasuba

-Apexhuhu

-Regina lala bye

-Adif

-Amet

-Pzan

-Alif

-NiGi (Nicky Geo)

-Aqim (dia ada entah blog?adeh2)

-Amalina


Hari ini sangat best!



Ya! Kembali lagi sayep pada kali ini, dan tidak akan meletakkan sebarang gambar. Hurm, betul la apa orang kata sebelum ini, penampilan dapat menaikan 'selft confident' seseorang.


Semalam aku baru sahaja membeli sehelai blazer/jacket ala-ala artis skang suka pakai tu, yang ada hooded kt belakang dia, tp aku bukan nak sangat hooded tu, cuma nak jaket tu ja, sebab bewarna putih. huhuhu..so aku pakai laa hari ni, mungkin kebetulan ataupun kepercayaan aku yang karut, banyak benda-benda yang baik berlaku kat aku. Kerja-kerja pun berjalan dengan lancar, dan yang pasti aku tak lagi merasa mengantok di kala pukul 1 - 2pm.
Hahaha, aku suka..erkk,jap jap, jangan salah anggap. Aku bukan suka bila di beri perhatian cuma aku suka bila orang 'respek' aku..itu jaa! huhuhu..tp yang paling best bila S****A call tadi. wah wah wah, berbunga-bunga aku tadi. hahaha...

erk, kat sini apa yang aku nak sampai kan adalah, bila kita dress up kena dengan gaya, kita akan ada selft confident yang tinggi, and bila kita ada selft confident yang tinggi, orang akan respek kita, dan bila orang respek kita, kita akan ada mood yang baik, berfikiran positif. Dan bila kita positif, perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita juga akan positif. erkk..paham kan? hahaha..entah apa yang aku melalut ni, apa yang penting, hari ni aku sangat gembira sampai buat kerja td xmau balik..huhuhu..Okaylah, sampai sini saja dulu untuk hari ni, lepas ni nak tgk Masked Raider Black complete set yang aku bawu beli semalam, yeah, nostalgia tu citer tu. ciaau~

p/s: Sheera thanks for doing a chat box for me, nanti I lanjer McChicken Plain kegemaran U tu!

SEKIAN,
A.L

Thursday, September 18, 2008

buduh buduh



adeh! xleh nak letak chat box, aku dah buat suma, tinggal nak paste code dia jaa dalam blog ni, masa aku letak ntah apa2 jadi..walaupun paste kt side bar..tp dia kuar kt tengah..kuang hajaq betoi HTML ni...adeh! sapa boleh tolong aku, angkat tangan?

Wednesday, September 17, 2008

Kuala Lumpur 13&14 hb

Yah! hari ni aku ditinggalkan sorang2 dirumah, so nak update sikit laa blog aku ni....di bawah ni adalah antara gambar2 yang aku amik masa gi kL, tapi dah banyak aku delete sebab aku utamakan gambar kawin lewis & sufen. So tinggal la yang kt bawah ni...selamat melihat!


IMG_1210
Zai, Aja, Yan, Ajoi, Adif

IMG_1246
Ajoi, kawan memerangkap guru foto ku. Banyak juga la aku belajar dari dia

IMG_1250
Adif dan Nikon D60. Dia ni banyak menolong aku masa kt KL, thanks bro!

IMG_1247
Apex dan Nikon D60. Budak umah aku yang banyak teman aku shoot gambar, thanks bro!

IMG_1282

Masa di B.B, lepas ja awet yang pegang kamera ni lintas, dia terus senyum kt aku, terperasan aku buat seminit dua...hahahaha!


dah habis, gambar kali ni xbanyak sebab aku banyak menjadi bahan untuk di ambil gambar oleh si Ajoi, Adif ngan Apex ni. haahhaha..hurmm, kepada Ajoi terima kaseh banyak-banyak, malam tu banyak sungguh ilmu2 photography yang aku dapat belajar..nanti kita set satu hari..kita p outing lagi. huhuhu...
SEKIAN,
A.L.

Monday, September 15, 2008

Lewis&Sufen



Seperti yang aku dah bagitau sebelom ni, kali ni aku akan letakkan beberapa gambar perkahwinan yang aku amik hujung minggu lepas. Fuuhh! inilah job pertama aku dengan menggunakan kamera pertama aku. Walaupun agak letih, tapi sangat seronok! Hurm, aku cuba untuk memberikan sebaik mungkin yang aku boleh! Masa majlis ni aku mengguna kan Canon 1000D dengan kit lanse 18-55mm dan flash yang build-in nyer..hahaha..so enjoy! Kepada sesapa yang tahu serba sedikit tentang photography tu, harap-harap dapat memberikan sedikit sebanyak komen yang membina. Oh ya! kebanyakan gambar ni tak di edit, hanya 2 keping ja aku edit, tu pun just add grey mood. huhuhuhu...

IMG_1820

IMG_1306



IMG_1336

IMG_1380

IMG_1387

IMG_1393

IMG_1400

IMG_1405

IMG_1436

IMG_1480

IMG_1500

IMG_1531

IMG_1605

IMG_1613

IMG_1626

IMG_1744

IMG_1752

IMG_1890

IMG_1936

Fuhhh! habis juga upload gambar ni, adeh2..sungguh penat, mahu tetdo skang, nite2
SEKIAN,
A.L

Sunday, September 14, 2008

Pulang~



Seronok sudah,
penat pun sudah,
bawu sampai dari KL pukul 4pagi td..
ni skang pukul 9 dah tercangak depan imac di opis..
nangatok~
macam-macam benda aku dapat belajar di kL minggu ni..
so..aku akan post kan kemudian..
skang nk kerja..


::Lewis & Sufen Wedding's entry will coming soon::


Thursday, September 11, 2008

Gambar 06.09 & 07.09



yeaaa, inilah di antara gambar-gambar yang diambil pada 06.09.08 hingga 07.09.08, maaf sebab gambar-gambar aku tak mempunyai sesuatu konsep, al-maklumlah, masih baru lagi menggunakan camera, so mana-mana yang aku rasakan menarik, aku snap. hurmm..dah dah malas nak tulis panjang-panjang..so sila laa lihat gambar-gambar ni dengan hati yang lapang..




IMG_1003

Jeti Pulau Pinang





IMG_1020


Terkenang







IMG_1030

Masjid Zahir, Alor Star, Kedah





IMG_1036

Gerbang Masjid Zahir, Alor Star, Kedah





IMG_1127

Ketemu bunga idaman





IMG_1141

Asyik





IMG_1151

Jauh perjalanan



aduh sekian dahulu gambar untuk entry kali ni, untuk hujung minggu ni aku akan travel ker Kuala Lumpur untuk amik gambar-gambar wedding, so harap-harap untuk entry minggu depan dapat letak banyak sikit gambar-gambar menarik. Hurmm lepas ni nak cuba amik gambar-gambar people muka-muka orang plak! hurrmmm...

SEKIAN,
A.L

Sunday, September 7, 2008

Tulisan lagi..!



Hurmm, aku di jitra kedah, sekali lagi aku menulis tanpa menyelit gambar..hurm kita start cerita dari hari sabtu. Cerita bermula...

Sabtu 06.09.08
"Bangun oi..bangun! BBBBAAAAANNNNGGGUUUNNNN!" jerit si Afiq mengejutkan kerakyatan Flat Mutiara Idaman 1, Solok Tengku, Jelutong, Penang. Jam menunjukkan pukul 7pagi. Aku dengan mamai nya mengambil tuala dan terus mandi, "perh sejuk sungguh hari ni!" bicara ku sendiri. Dalam pukul 8pg kami bergerak untuk pulang ke Jitra Kedah. Lebat sungguh hujan hari tu sampai pemandangan mata hanya terhat sehingga 200meter ke depan (sebab hujan naa, bukan sebab cemin kereta aku kelabu tau)

Kami balik menaiki feri. Masa kat atas feri tu, baru aku perasan handphone aku tertinggai di rumah, adeh! adeh! nak patah balik dah jauh dah jalan ni, so aku bertekad untuk teruskan perjalanan tanpa handphone (bukan ada awek pun nak msg2). Oh! hampir terlupa, masa tu dalam kereta ada 4 orang, Afiq (pemandu), Apex (penolong pemandu), Nizam (adik si pemandu), dan AdamLUBA (tuan kereta yang dipandu). Perjalanan masa tu agak lama sbb hujan lebat. Sampai ja jitra masa tu dalam pukul 11 tgh hari. Aku terus tetdo.


* * * *


Sedar2 jaa masa tu dah pukul 5 petang, perhh lama sungguh aku tetdo, so aku pun bersiap2 untuk berbuka. Kul 730mlm...errkkkk! Alhamdullillah! kenyang. Lepas tu aku, Amet, Afiq dan Nazim bergerak ke Aloq Staq untuk memulakan sesi mengambil gambar. Masa tu hanya sempat amik gambar kt Masjid Zahir ja, sebab lepas tu hujan renyai-renyai mula mengambil alih suasana. Memandangkan hari masih awal (selagi xpukul 12malam, awal laa tu), kami pun bergerak ke pacifiq untuk bermain snooker (walaupun xpandai main..hentam jaa la!). Permainan penuh gelak ketawa sebab sekor-sekor xreti main. Lepas habis main snooker plak, kami bergerak ke Karaoke di Jalan Putra ( Si Afiq ni laa gian nak nyanyi!), Sampai sana, aku hanya menyanyikan 3 lagu feveret, Tiada Lagi Kidungmu (lefthanded), Misteri Mimpi Syakila (aku suka tukar nama syakila tu ker nama2 yang mana aku rasa best), dan Ku di Halaman Rindu (lefthanded). Kami habis aktiviti kami tu dalam kul 1, terus gerak balik jitra, lepak makan di Zam Charkuewteow sampai kul 2 bawu balik umah.

Sampai umah terus on9 sampai kul5pg, pastu sahur, pastu tetdo..


* * * *

Ahad 07.09.08
Bangun kul12, antar adik aku gi sekolah (sebenarnya dia ada perhimpunan kul11.30). hahaha..OTAI sungguh adik aku tu! cis cis! Lepas tu aku gi amik si Amet, kitaowang gi service kereta. Dalam kul3 aku gi amik Nazim dan terus kami bergerak ke Aloq Staq (loq staq lagiiii!)

Urus punya urus urusan di sana, agak2 dalam kul5 kami bertolak balik, tapi...(ada tapinyer) kami tak terus balik, sebaliknya kami bergerak ke Tasek Jitra ( tasek lagi, asal balik jitra jaa tasek, asal balik jitra jaa tasek) untuk mengambil gambar. Di sana kami menyewa kereta yang owang guna kt padang golf tu (apa nama ntah keta tu)..so sambil pusing2 tasek, kami mengambil gambar (best gilaaa..sampai guling aku rumput sebab nak dapatkan low angle. Dalam 630 balik umah untuk berbuka

Sekarang aku dah siap berkemas untuk balik semula ke Penang, hurrmm jam pun dah pukul 845mlm, so elok laa kalu aku bergerak dulu...


So sampai sini saja laa dulu untuk kali ni, seperti sebelum ini, gambar2 yang diambil akan di upload kemudian. yooosshhh! mari memulakan pengembaraan balik ke Penang. Go go go...!


SEKIAN,
(terima kaseh kerana meluangkan masa untuk membaca benda yang xberfaedah ini)

Friday, September 5, 2008

Gambar - gambar!



seperti yang di janjikan, dibawah adalah beberapa gambar yang aku 'snap' sepanjang 30.08 sampai laa 31.08. huhuhu..so enjoy~



IMG_0716




IMG_0732




IMG_0826




IMG_0815




IMG_0906




IMG_0862



inilah sedikit sebanyak, maaf la, saya masih baru dalam bidang photography. Hurm..teringin plak nak amik gambar model, so saper sudi nak jadi model saya? Sila lah jangan malu-malu untuk contact sayep, okay!

Minggu ni banyak gila kerja, penat aku, hari ni jaa buka posa kul10 sebab terlalu sibuk di opis sampai tak tengok jam, sedar2 jaa dah pukul 10! patut laa perut time tu asyik bunyi dangdut jaa, tp tu pun minum jaa masa kul10, betul2 makan kul12 td (buka posa memerangkap sahur), lepas balik dari TESCO untuk membeli barang-barang dapur. huhuhu..okaylah, badan pun dah penat, mahu pergi rehat. daa~

SEKIAN,

Tuesday, September 2, 2008

hanya tulisan...

Sabtu 30.08.08
Bertolak dari Penang ke Alor Star, petang tu lepak di Gerai Labu-Labi, pastu gerak ke tasik untuk snap picture. Malam plak konon-konon nak sambut merdeka kt alor star, tp bila sampai waktu samutan, huh..aku agak kecewa, dah laa parking xdapat, sambutan pun xder. Yang ada hanya mat-mat rempit yang konon2 berjiwa patriotik. (padahal bendera malaysia diletak di tempat duduk moto, pastu dilanyaknya ngn bontot yang dirasakan 'Mantap', padahal sekeping jer..patriotik sungguh diowang. Haihhhh!

Ahad 31.08.08
Pagi aku hanya melepak di rumah, petang aku gerak gi Kuala Perlis dengan Nazim dan Amet. Sampai dalam kul6 petang. Terus snap gambar, adeh2..entah apa2 gambar aku amik. Malam tu lepak restourant apa ntah kt perlis tu, boleh tahan laa makanan dia. Oh! masa kt restourant ni lepak dengan Gina dan Rudy. Kami lepak dan sembang menunggu hujan berhenti sampai kul12, pastu bawu balik Jitra. Tetdo~

Isnin 01.09.08
Bangun sahur, hurmm udang masak sambal, idaman! nyum nyum. Sahurr tu aku makan agak banyak laa, pastu sambung balik tetdo. Bangun dalam kul 11, mandi2 pastu layan chanel HBO. start dari cerita "Dreamland", "Dreamgirl" pastu citer katon 3D apa ntah yang rumah makan orang tu. hurmm masa tu jitra hujan lebat. Sedar2 jaa dah waktu berbuka. Habis makan, kemas2 barang untuk balik ke Penang. Apex datang terus balik Penang. waahhh! jalan maa tu jem habis. Lepas dari Gurun nak ker Penang, ada lebih kurang 4 kemalangan. dan setiap kemalangan paling kurang pun melibatkan 3biji kereta. Aduh! masa tu xsempat nk snap, sebab hari hujan so agak susah nak focus. hurrm. Sampai Penang lebih kurang kul12, layang Indianajones sambil sahur. Makan keripap + mee goreng pemberian mak Apex. 230 tetdo.

Selasa02.03.08
Bangun, kerja, kerja kerja kerja...nasib baik time kerja di bulan ramadhan ni boleh balik awal. seikutnya aku boleh balik kul5, tapi kul6 juga bawu kuar opis. Aku dengan Afiq mencari juadah untuk berbuka, habis dari Hospital Penang, ke Stadium, ke Jelutong, masuk tesco, masuk Jelutong balik mencari makanan, last sekali beli murtabak, taufufa + kuah sambal depan rumah ja. Sampai umah time tu dalam kul7, dengan kelam-kabutnya si Afiq pun mengoreng telur dan sayur masak kicap. Sempat gak berbuka. Aminnn...bila kenyang perut, mata pun ngantok, tp aku gagahi untuk buka mata, dan terus ke opis balik untuk siapkan kerja. fuhhh! habis kerja, balik umah dalam kul 12malam. Layan citer HULK ngn Apex, last sekali apa jadi ngn HULK tu pun aku xtahu sbb te'tetdo.

Rabu03.03.03
Bangun agak awal, terus gi kerja tanpa melihat jam. Sampai jaa opis tengok-tengok! laa bawu kul8pg rupanya. Ades! awal laa plak...aku pun menulis laa blog ni sampai skang dah pukul 8.26 pg...haihhh..ngantok laa plak..hahahaha..



okaylah, aku nak sambung buat kerja. Hurm entry kali ni aku nk letak gambar tp xtranfer lagi, so gambar2 untuk cerita minggu lepas ni akan aku upload kemudian. huhuhu...ciaaaauuu~

SEKIAN.