Saturday, December 6, 2008

Aktiviti budak kampung!


main drum sangat enjoy!

Sabtu 06.12.08
Dah macam hari kerja, walaupun semalam aku tidur hampir pukul 3.00am, hari ni aku tetap bangun kul 8.00am. Haih! rasa mengantok, tapi mata dah xboleh tidur! so aku pun melayan cerita Tropic Thunder - lakonan mantap Ben Stiler, Jack Black, Robert Downey Jr dan Tom Cruise (pelakon sampingan). Cerita pada mulanya agak bosan dengan lawak2 yang boleh di kategorikan sebagai 'buduh' la...tapi start dari tengah sampai ke akhir cerita, wow! semakin menarik sehingga aku gelak berguling-guling.

Tap! kul 12 Amet Gaban balik dari kerja dengan muka kepenatan. "Hah! bila nak balik kampung?" kata Amet. "Lepas aku mandi, siap-siap2 kita balik la!" balas aku.

* * * *
Amik ko! kol3 bawu kuar umah! (-_-")

So tolak-tolak masa gi bank dan isi minyak, kami start balik dari pukul 3.30pm mengikut Jabatan Pulau Pinang. Aku badjet musti JAM punya jalan nak kuar dari pulau ni, tapi rupa-rupanya lagi ramai orang nak masuk pulau dari keluar pulau. So drive la aku dengan kereta FORD Lancer version 60'an di Lebuh Raya Utara Selatan bersama-sama si Amet Gaban dan si Eddy Kuala (dia ni datang lepak umah sewa kami so balik kg sekali la). "Weh! minta maaf na, aku bawa keta memang macam siput. Busuk - busuk pun amik masa 2jam bawu sampai kedah ni!" kata aku. "Tak pa wei, rileks-rileks sudehhh! nak kalut-kalut pun bukan nak pi mana!" kata si Eddy. "bandages...bandages..bandages...!" nyanyi si Amet Gaban. (aram punya budak, aku sembang ngn dia...dia bantai nyanyi! Adeh!). BAB! dalam dok kata 2jam, 1 jam 15minit aku buat. (ni dah kira standart time sebenarnya) Yang peliknya aku bawa 80kmJ, sepatutnya aku sampai dalam masa 2 jam. hurmm..pelik pelik!

So sesampainya di jitra terus kuar lepak di kedai char kuew teow bekas Mahert dan Mat Cin kerja. Masa lepak ni Amet Gaban ngn Eddy tak xjoin. Aku mula-mulanya lepak ngn Nazim, pastu datang plak Adif, diikuti dengan Amert Fuji, MatDee dan awek beliau. Tak banyak yang di bualkan sebab kitaowang lepak kejap ja pastu terus balik. Masa ni ada orang tepon aku, tapi aku tak sedar and bila aku tepon balik dia tak angkat!T_T hurmm...risau nya. Apa nak jadi-jadilah..malam ni aku musti tepon dia balik.

Malam - plan nak gi amik si Nazim dalam kul 830pm. Elok-elok aku nak kuar, ayah aku balik dan kawannya Pak cik Hashim datang. Waahhh..stop jap! sembang-sembang ngn diowang dulu. hohoho, kali ni topik kami adalah pasal Mobile Phone (hoho ini sebab aku dah pakai HTC touch, so si Abang Hashim ni memang suka bab bab ni). Tengok-tengok jam dah hampir pukul 9pm, so kelam kabut aku gi amik si Nazim, kemudian Adif dan akhir sekali Amet Gaban. Kami bergerak ke Kampung Siam untuk ber-jaming. Perhhh..malam ni jam memang best! walaupun seperti biasa lagu-lagu yang di mainkan akan di ubah dengan sesuka hati. Tapi paling best sebab dapat main lagu dari Jobbersstrobers - Aku cinta aku rindu. Wah wah! sangat best (ada sesetengah part tu pakai hentam main ja..janji bunyi sama). Dan seperti biasa, aku akan bertukar2 posisi, kejap gitar, kejap drum kejap vocal, kejap penyanyi latar, kejap kompang, kira...suka tukar2 la. Bukan apa, experience suma tu, xsalah kan nak mencuba?hehehe..


ni masa tengah nyanyi Fall for you.


ini plak masa lagu Radio


walaupun tak sedap, tapi aku punya suka la ;p


adifDAS dengan rambut baru beliau


"tak tak..sala sala!" - capten Amet Gaban

so lepas jam, kami lepak di kedai char kuew teow (lagi...). Pastu tgk jam dah kul 1130pm, so aku dah janji nak call kawan aku (tadi aku ada mention kan?) so bergegas laa kami balik. Sampai umah terus tetdo (terlupa nak call...T_T) sorry yer...

Hari ni plak (Ahad 07/12/08) nak buat apa ek?

hurmmmm...

Sekian
A.L

ps: Credit to Nazim untuk gambar2 di atas

10 comments:

Nadia Yuna said...

seronoknya dia dok jamming. penuh perasaan tu =p

heheh.

salam aidiladha na adam. mintak maaf banyak-banyak. Semoga semuanya baik-baik saja untuk incik adam luba kita ya =)

Muhammad Shafiq bin Rosli said...

bang..JAMBATAN pulau pinang
haha
saje kaco2
haha :D

adamLUBA said...

iyer nadia...
selamat hari raya!

hahaha...ya shapik jambatan pulau pinang...tempat yg laing aku xsuka masa musim cuti sbb jam dia melampau gila, di campur plak ngn kerja-kerja melebarkan jabatan, menambahkan lagi jam di jalan tu..adeh! benci gila

sheera said...

"So tolak-tolak masa gi bank dan isi minyak, kami start balik dari pukul 3.30pm mengikut Jabatan Pulau Pinang."

jabatan pulau pinang eh skang. hahahaha :p bukan jaMbatan..

btw, pesal ta call! hehehe gurau gurau!

sheera said...

eh lupe na mention....

woahhh adif rambut baru!
rambut raya eh? agaga

emmetRaxor said...

huhs..
tak suma salah..
hehehe..

Scarlet Kiss said...

salam! :)

serious ingat d post psl activity budak kampung. baru nak mengimbau memory.

tertipu saya :'(

Muhammad Shafiq bin Rosli said...

abang adam lambat pickup la
ahaa
abang
haha

adamLUBA said...

shafiq..bukan lambat pikup...
xperasan lah...
adeh2

erkk..sejak bila ko panggil aku 'abang'?
adeh
adeh

adamLUBA said...

scarlet kiss..betol laa..aktiviti budak kampong laa ni..tp kampung saya laa..hohohohoho