Monday, November 10, 2008

Riang ria di KL (update)


mereka hensem, cantik dan cool (Amir, Sheera, Mie)
(click picture to enlarge)

Minggu ni aku lepak bersama shee, Amir dan Mie. Banyak benda yang tak dijangka berlaku sampai aku hampir-hampir nak cancel kan 'hang-out" kami untuk hari tu. Tapi sesi lepak-lepak masih lagi diteruskan dan pada petang nya sesi di tambah lagi dengan seorang kawan lama aku si Wan Sabah. Aku mengucapkan terima kaseh kepada mereka semua sebab walaupun diowang sibuk masih sempat lagi meluangkan masa untuk keluar dengan aku.

(Shee nak uruskan kes keretanya yang di pecah dan perlu bersiap-siap untuk pulang ke MMU, Amir sibuk mengulang kaji pelajaran dan berkemas-kemas untuk pulang ke MMU pada keesokkan harinya, Mie pada esoknya ada Mid-Term dan Wan Sabah dengan kerja2 nya yang urgent. - sesungguh aku datang di masa yang kurang tepat!)


Best Friend Forever yah!
(click picture to enlarge)

Pembetulan dari Peeko (Shafiq):
"eh eh ade pembetulan haa kete si weu yg pecah tu bkn akak wa yg uruskan aaa..wa woo yg uruskan 4balai polis wa pg..die kt umah mandi2,mkn2,bwk kete mama..hah amat xadil ituh..haha"
(adeh! apa2 laa korang ni)

Kami melepak di KLCC dan pada sebelah malamnya ke Hartamas untuk melihat Arsenal VS M.U (adeh! dan aku bukan lah seorang fanatik dengan sukan bola) tp best sebenarnya lepak ramai2 macam ni, cuma mood aku sedikit terganggu kerana faktor-faktor kesihatan. Tengah malam bawu kami pulang. (mama shee tapaukan gulai ayam + udang masak sambal, perhhh sedap gilaaa..)


Mereka sangat 'COOL'!!!
(click picture to enlarge)

Keesokan harinya aku hanya lepak bersama Wan di UK Perdana, sebab keadaan hujan lebat tak mengizinkan kami untuk keluar menziarahi warga-warga Kuala Lumpur. Pada sebelah malam nya Aku, Shee, Wan Sabah, dan seorang kawan Wan yang aku tak kenali melepak di Starbuck Jusco Wangsa Maju dan aku bertolak balik dengan menaiki LRT ke pudu. Dari pudu aku pulang ke Penang dengan bas Transnasional.

Itu lah sedikit sebanyak yang aku buat minggu lepas, rasa-rasanya tak payah la nak bercerita dengan detail (kang kowang menyampah plak tengok tulisan banyak-banyak ni). Sampai sini dulu untuk kali ni.

Sekian,
A.L

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Buku Nota
kesalahan bahasa


adam: "shee, KLMU ni kt maner?"
Shee: " Dekat Laut Dalam"
adam: "Hah? laut dalam? ker Pantai dalam?"
Shee: "... entah ... Pantai Laut Dalam kot!"
adam: ".............."
Shee: "Hah, nama tempat tu Jalan Raja Laut ;p"
(selepas melihat satu papan tanda di tepi jalan)
adam: "erkk...!!!"



Perkataan-perkataan lain:
1. Kurdish - sebenarnya nak cakap Urdu - oleh Amir
(sila rujuk shee untuk tahu maksud sebenar)

2. Sehari - sebenarnya nak sebut sekali - oleh Shee
("pusing roundabout satu hari!")

3. Kaski - sebenarnya nak sebut kaki - oleh Shee
4. Mentaip - sebenarnya nak sebut menaip - oleh Shee
5. Aquarium - sebenarnya nak sebut Aquaria - oleh Mie
6. Calender - sebenarnya nak sebut map - oleh aku sendiri

T_T
-------------------------------------------------------------------------------------------------

9 comments:

sheera said...

i ta kesa menda laen
tp buku nota tuh saaaangat menakotkan. hahaha

adamLUBA said...

hehee..
musti laa u takot..sbb u paling banyak entry dalam buku nota tu..
xper2..xder niat nak memalukan tau..
just untuk suka-suka..
;p

ehh..u bukan kelas sampai kul6 ka?
ni musti on9 dalam klas ni..adeh2

sheera said...

eh ingatkn byk tsala bahase :p haritu bkn maen lagi kire salah i smpi berpuluh2. haha tipu eh :p
nih cket jew.. lalala~

adamLUBA said...

hheheh..ada lagi..
tp sure owang tak tahu...
itu nak kena buat ayat bawu owang faham..
itu pasal cicak-lipas blom masuk lagi tu..yg 'astu' pun blom lagi..sepak..banyak nih kalu nak list..huhuhu..

Muhammad Shafiq bin Rosli said...

eh eh ade pembetulan haa
kete si weu yg pecah tu bkn akak wa yg uruskan aaa..
wa woo yg uruskan
4balai polis wa pg..die kt umah mandi2,mkn2,bwk kete mama..hah amat xadil ituh..haha

adamLUBA said...

haha..okeh shafiq..aku betulkan..hohoh..xper2..ko adalah adik yg baik..ko suwoh dia lanje mcD..

sheera said...

haha siott :p

adammmmmmmmm....... lagu faveret i!!! :D ske ske ske

adamLUBA said...

u suka garasi ek?
sama sama sama

ayie said...

hu..hu...hu....
sedey.....