Tuesday, November 4, 2008

Makan-Makan



Isnin lepas yakni 03.11.08, SGians (family's of studeo grafix) telah di sajikan dengan makanan sempena hari raya. Antara makanan yang di hidang kan, lemang, ketupat pulut, ketupat nasi, keropok dan beberapa kuih raya. Jamuan ini di sediakan khas oleh Shafrin, Atikah dan aku sendiri (adamLUBA). Makanan seperti lemang dan ketupat kitaorang beli (mana sempat nak masak sendiri) dan kuah2 seperti, kuah kacang dan kari ayam berapi di sediakan khas oleh Atikah (sedap ooo..sian dia masak sampai kul12 malam..untung bf dia...). Perhhhh..aku cerita, memang sedap gila makanan tu, lepas habis majlis makan-makan ni, kami ada family meeting..semua orang muka dah loi (tidak bermaya) penangan ketupat n lemang ni laa. hahahaha..tp bagus laa aktiviti macam ni, sekurang-kurangnya mereka yang tidak beragama Islam dapat merasa suasa hari raya.

Kat sini juga aku share something kepada kawan-kawan aku semua. "Please respect other people things!" Bukan apa, tak salah nak pinjam, tak salah nak guna tapi respect laa sikit. Aku tahu, aku pun pernah guna barang orang lain, tp aku hormat apa, aku jaga leklok, aku simpan balik, aku tanya dulu tuan empunya barang. Jap! kepada kawan-kawan aku yang pernah guna or pinjam barang aku, aku tak marah (kowang pun tahu aku jenis tak kisah sangat kan?), tapi tu la, RESPECT! itu ja aku minta, bukan kat barang-barang aku ja, tapi kat semua barang laa yang bukan milik kita. Tak salahkan kalau kita amalkan cara hidup macam ni? Semua orang gembira. Kita sama-sama betulkan diri kita, aku salah korang tegur, korang salah aku tegur!

Kenapa aku post kan masalah ni kat sini, sebab aku nak share dengan semua orang, korang kawan aku ker tak, marilah kita sama-sama Respect antara satu sama lain. Boleh?

Okaylah, entah kenapa tetiba pagi-pagi ni aku rasa nak cerita pasal benda ni, hurmm mybe sebab apa yang aku mimpi semalam...erkk apa yang aku mimpi ek?adeh! tak ingat laa pula..aiiyookkk.

Sekian dulu dari aku untuk kali ini, di bawah aku letak beberapa gambar masa jamuan hari raya tu..ENJOY!









3 comments:

ayie said...

bila ang tulis mcm tu baru aku ingat aku ada pinjam cd dan komik kat ang masa poli dulu sampai sekarang tak bagi lagi kat ang...ha....ha....
tapi jangan risau..barang2 ang masih lagi baik dalam tangan aku....
kalau nak balik....blanja kfc dulu..he....

adamLUBA said...

hahaha..aik?aie aku ka kena blanja?
adeh2...hang la kena blanja..
erkk..hang pinjam cd ngn komik apa wei?
lupa dah hah!
adeh2

emmetRaxor said...

huhs..
gila..
terasa sampai tulang sum-sum..