Tuesday, November 25, 2008

21st Sheera!


Adam, Mie, Shasheera, Wan, Amir


Happy Birthday Farah Shasheera Binti Rosli :D


Best Friend Forever

Sabtu 22/11/08
tepat jam 5 pagi, aku sampai di kota raya kuala lumpur. Ketibaan aku di pudu raya telah dijemput oleh Wan Sabah dengan muka tak cukup tetdo. Kami melepak dulu di depan kedai 24jam tujuh sebelas. Lepak agak lama, sebab terhibur dengan sorang brader yang main gitar awal2 pagi dengan lagu2 60-an yang cukup menyentap! Aku betul2 teruja dengan mamat ni. memang berbakat.


Service Reception?

Agak2 dalam pukul 630pagi kami berangkat pulang ke Ukay perdana (rumah wan). Lepak2 rehatkan diri, mandi, main gitar, sampai agak2 dalam pukul 12, bergerak ke Bukit Bintang atau nama glamor nya BB. Niat di hati nak teman wan carikan handphone untuk aweknya. akhir sekali aku plak yg tersangkut di situ. Adeh! so dapat la bini no 2 si HTC.


;p

So lepas habis berbelanja dengan bini no 2 ni, kami ke Tesco dekat2 dengan umah si wan ni. Dia nak jumpa client dia. so aku pun secara otomatiknya menjadi bodyguard beliau. perhh! dengar citer diowang punya project juta-juta ni, membuatkan aku terasa kecil saja kt sana. dah la si wan dan si client tu bercakap dalam 'slang' Sabah! adeh! aku hanya mampu menganguk ja walaupun haram tak faham.


Antara gadis-gadis cantik malam itu (=^_^=)

tap! tgk jam dah pukul 7mlm, alamak dah l
ambat untuk ke Birthday Party si Sheera. dengan keadaan hujan renyai-renyai, kami redah juga balik ke rumah untuk bersiap2! Aku sepatutnya busuk-busuk pun kena ada sana dalam 745mlm tp sebab beberapa sebab yang tak dapat di elakkan. Aku dan wan sampai dalam 815mlm. Oh! party berlangsung di restorant Intai-intai (sumpah lokasi tak strategik langsung, tapi kawasan nya sangat cantik!)


Dealova - Sheera - dia mmg cantik dan berbakat! :D

Majlis berlangsung agak lambat, dalam pukul 9 baru start. Serius party tu sungguh hebat dan sangat best, makanan semua sangat sedap! gadis - gadis yang datang malam tu semua cantik-cantik. lelaki pula semua hensem-hesem (erk, aku terkecuali laa ;p). Malam tu aku bertugas sebagai photographer (backup mie ja, dia photographer utama), dengan meminjam camera Shee (Nikon D80 + SB 800). Aktiviti banyak tertumpu kepada nyanyian, banyak bakat-bakat baru dan lama di dedahkan di sini. Paling aku suka sebab ada Rohana Jalil. Perhh..teringat mak dekat kedah! Shee juga ada turut menyanyi malam tu, lagu Pudar - Rossa dan Dealova - Dewa. Sedap sora dia (sapa nak video shee nyanyi dealova buzz aku cepat..hahaha. Yeah, dan yang paling best malam tu aku di puji-puji oleh mama. (Mie jeles..hahahah!). Selesai malam tu dalam pukul 1pg kalau tak silap. Penat babe! tp puas sebab dapat jumpa kawan-kawan, baik yang baru ataupun yang lama.


mama yang best!

Balik ke Ukay perdana dengan menaiki motor sambil membawa gugusan belon yang tertera shasheera 21. Sampai ja terus lelap! zzzzzzzzzz.......


(-_-")

Ahad 23/11/08
Pagi bangun dalam pukul 9. Wan pula bangun dalam lebih kurang 1/2 jam selepas tu. Ayat pertama dia selepas buka mata "adam, belon mana?" Hahaha, rupa-rupanya mamat ni mimpi kena kurung dalam belon. hahah..tetiba si Addin (roomate si wan/kawan masa poli dulu) tanya.."wei, nak McD?". perhh, bagai orang yang mengantok di beri bantal..aku terus angguk dengan kadar kelajuan malar 20km/j. sakit leher lepas tu. Hohoho..sambil makan masa tu tengok cerita 'love stink'. Lawak gila cerita tu. hoho..tup tap tup tap dah pukul 230petang. Aku dengan wan pun bergegas siap dan menuju ke ruma shee.


Amir, Sheera & Wan

Hari ni, kami merangcang untuk hang-out. Tonggak utama aktiviti hari ni adalah Mie, dia yang rancang tempat dan aktiviti yang nak buat. So sampailah kami di MidValley (Tempat ni banyak bawa kenangan kepada aku, dan kebetulan pula tempat yang kami lepak adalah tempat yang merupakan spot-spot kenangan terindah aku pada satu ketika dulu T_T). Yeah hari tu sebenarnya xbuat apa pun just hangout dan tgk movie - 'quarentine'. Jalan cerita agak menarik, effect boleh bagi 5 bintang, tapi cara penyampaian sangat sangat laa xbest. Sebab cerita ni dah macam blairwitch project dan cloverflied. So dengan view camera 1st person tu menyebabkan aku penin dan sangat mengantok. dah laa wayang tu sejuk gila. Adeh!


mereka ni sangat arif pasal ikan, terutama bahagian sirip! ;p

tap! sudah pukul 10.00mlm. Masa untuk berpisah. Masa aku salam sorang-sorang (Amir, Wan, Shee, Mie) tetiba rasa sebak plak. Ditambah lagi dengan suasana hujan renyai-renyai. Perhh..tak pernah aku rasa sampai macam ni. T_T. Tp keadaan memaksa. Setiap pertemuan musti ada perpisahan. So dengan berat hati..aku pun meninggalkan diowang. Masa tu nak jer aku suwoh diowang hantar aku sampai stesyen bas, tapi memandangkan setiap sorang ada hal yang musti di uruskan, so tak jadi la aku kemukakan hasrat tu. Dapat jumpa dan lepak pun dah cukup bertuah bagi aku.


saya bertuah kerana mempunyai kawan seperti dia :)

Macam tu ja laa cerita aku di KL, ada la beberapa benda yang aku tak sebut di sini. banyak sangat. Gambar-gambar pun aku tak amik lagi dari si sheera..so kalau nak tgk lebih lagi gambar2 masa kitaowang di kL..sila lah ke myspace si sheera ni. ;p (promote ni shee...hahaha)
Okaylah..sampai sini dulu. Daa

Sekian,
A.L

p/s: Credit to sheera untuk semua gambar di atas. Gambar ni ada yang diambil oleh aku, Mie, Shafiq dan sheera sendiri. Terima kaseh

8 comments:

sheera said...

post yg perfect n best :D woot woot! haha

Muhammad Shafiq bin Rosli said...

wah nama wa ade..haha

oaker said...

laaa ang da tngok a kuarantine tu.... ingt xtngok lg. tp btoi la ckp ang, mmg ngantuk sebab kamera dia tepusing2 dan selain daripada tu, ako rasa loya lak tngok gambaq tpusing itu. tp ape pun agak best la. ako xmo tngok dah muvie ni wayang

adamLUBA said...

shee : (=^_^=)

shafiq : ada bro..jangan risau..! hohoho

adamLUBA said...

apit..tu laa...musti muntah2 tgk cita tu..
tp effect dia best kan?
hohohoho

AphamBalek said...

HUhu,,,Aku pn Best gak.ape2 yg hang ceitakn itu semuanya betool,tiada penipuan penambahan
yg melampau2,bagus2..Aksi2 yang berlaku juga ada dikaitkan dengan gambar2 yg hang uploadkn.

bro jgn lupa lps ni kita ada projek
lg.HUHU..

Lee said...

wah! meriah!
nk dgr shee nyanyi..nk dgr! nk dgr !

Farra Muneera said...

eh I ada! tetapi kelihatan seperti ibu gergasi di celah-celah duyung-duyung Tasik Selatan. ahahhahaha

post yang menarik Adam! I'm happy to see your efforts to show to ppl how important FRIENDSHIP to you! ;)

ohh Shee nyanyi sangat sIdappp... siyes! buat ala-ala manja gitu! ;D