Tuesday, October 14, 2008

Raya di Taman Melati

Yah! akhirnya sempat juga aku menulis blog untuk entry ni, banyak benda aku nak ceritakan, aku pun xtahu dapat ceritakan semua or tak. Okaylah, cerita bermula....

Sabtu 11.10.08
Sampai di Shah Alam lebih kurang pukul 4.50 pagi, Adif datang ambil dan terus gi lepak-lepak minum dulu kat seksyen 7. Lepas tu terus balik rumah adif yang juga berada di seksyen 7. Pastu terus lelap kejap sebab penat.

.............

Bangun dalam pukul 9, bermesej - mesej dengan Shee sebab nak tahu alamat rumah dia. Ikut janji kena ada di rumah dia dalam kul 12 tengah hari untuk membantu beliau mengambil gambar disana. Oh! lupa nak bagitau, tujuan aku ke KL kali ni sebab nak pergi majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Sebab tak mahu lambat, aku dengan Adif bertolak awal, dalam 10.30 kami dah gerak dari Shah Alam (sebab xtahu jalan juga). Di pendekkan cerita, tepat kul 12 aku sampai betul2 di depan rumah Shee, wah! besarnya rumah dia, khemah di pasang dah macam nak buat kenduri kawin ja. Shee kawin ka?hurmmmmmmm.....! Kedatangan kami di sambut oleh Shee, masa tu hanya ada ahli2 keluarga Shee, sekumpulan khatering tengah setup meja (ada sorang tu muka macam Farid Kamil, terkejut gak aku, apa natang ni buat kt sini. tapi rupanya hanya pelanduk dua serupa), dan juga anak-anak dari rumah anak yatim. Majlis bermula dengan upacara baca doa. (sebab aku sampai ja diowang dah baca doa). Aku pun tanpa segan silu terus terjah masuk dengan muka seposen terus snap gambar. Masa ni, aku di bantu oleh Adif dan Shee kata Mie akan datang untuk amik gambar juga.




Sedih tengok muka budak-budak ni (anak-anak yatim), nampak kesunyian dalam riak wajah. Bersyukur rasanya sebab aku masih lagi mempunyai keluarga dan kawan-kawan. Hurmm..di pendekkan cerita, Majlis yang sepatutnya berlangsung dari pukul 12 sampai 4 berlanjutan sampai pukul 6 petang. Adif muka dah macam 'cok badak' sebab penat + krisis rumah tangga!. Hahaha, Nasib baik Mie datang lebih kurang pukul 2. Best betul budak ni, aku boleh di katakan baru kenal la mamat ni, tapi dah macam 5 tahun kenal.hohoho...Kawan-kawan shee ramai gila, isk isk, sampai nak sembang dengan dia pun tak sempat, sekali sekala dapat laa curi-curi masa seminit dua tegur dia. Kesian dia, dah mcm nenek, sebab sakit belakang, jalan pun asyik pegang pinggang ja!hahha..tapi sekurang-kurangnya aku tahu dia gembira bila dapat jumpa kawan-kawan lama dan baru dia. :)







Okay! dah tak tahu nak cerita bab kenduri tu, kami bertolak balik dari rumah Shee agak2 dalam pukul 9malam, sebab nak transfer semua gambar2 yang di ambil tu kt laptop dia (ini lah kali pertama aku dapat tengok muka shee lama-lama..hehehe). Yang paling best, masa nak balik tu, mama shee telah men-declare kami (aku, adif & mie) sebagai anak mama..haha, siap jemput datang rumah lagi, "Datang la lagi nanti, bila-bila masa, rumah ni sentiasa terbuka untuk anak - anak mama! nanti mama buat Roti Capati, Udang Masak Sambal (feveret aku ni), ............(banyak sangat menu yang disebut sampai aku pun xingat).hahaha..Okay-okay cukup cerita di rumah Shee.
Malam tu, aku, adif dan Mie rancang nak tengok wayang kt cinelesure, so dari rumah shee (kul 9) kami terus gerak kt damansara. Yang bestnya, kami gerak pukul 9, sampai damansara pukul 11, (hebat kan?)Ini disebabkan jasa baik Si Sempang (adif - sebab semua simpang dia masuk salah) dan Incik Navigator yang konfident (Mie - sebab dia la tukang tunjuk jalan). Hasilnya, kami bermundar mandir di Kepong dan Damansara Damai, siap pusing tempat tu 3 ke 4 kali lagi, nak kata xtanya orang, tanya..sesat juga..jumpa balik stesyen Mobil yang di penuhi Bangla. Nak tanya diowang, rasa-rasanya tak kan jumpa juga tempat tu. Tp alhamdulliah akhirnya jumpa juga. (adeh! sekali lagi aku rasa bersalah sebab petang tu ada kutuk2 Pacak sesat jalan, sebab diowang datang lambat - rasa-rasanya shee ngan pacak ni ada daulat la, asal aku tegur pasal diowang sesat ja..akhirnya aku yang sesat, adeh!)

So malam tu kami layan cerita 'Disaster Movie', cerita tu punya la BEST sampai aku dengan Mie tertedo. Sedar-sedar ja dah nampak credit kt screen. Adeh! rugi duit aku! huh. Lepas tu lepak-lepak jap kt Hartamas sebab nak pekena Shisha..hohoho, best siot! dengan penat-penat tu, kena Shisha..perhhh tingtong dibuatnya..(padahal xder apa2 pun, action ja lebih).Lepak sampai kul 3 pagi, terus gerak balik Shah Alam dan terus tetdo. (padan muka mie kena ikut sekali hahahaha!)



Ahad 12.10.08
Bangun awal, dalam kul 1030 pagi, mandi mandi, terus gerak ke seksyen 17 sebab aku nak beli tiket bas nak balik Penang. Niat nak balik petang, tapi tiket plak habis, so terpaksa la beli kul1030 malam. Lepas beli tiket, terasa lapar plak, masa tu Mie tunjuk kupon domino pizza, tanpa berfikir panjang, terus gi beli pizza, hehehe..Oh! lupa masa nak gi beli tu, kami singgah rumah Eisz (kawan lama yang gila-gila) dan ajak dia join kami sekali, so di pendekkan cerita terjadi la majlis picnic di tasek Shah alam. Huhuhu, best best (Mie siap ajak lawan sendawa lagi hahahaha).

Lepas kenyang, kami gerak ke Jusco Bukit Raja sebab si Sempang (adif) nak sangat tengok cerita 'Kami'. (Aku pun nak tangok gak! cuma xnak ngaku ja) hahaha...cerita tu sangat best! sampai time gelak, kami gelak...time sedih, kami emo. hahaha, tapi serius la, cerita tu sangat best menyebabkan aku terkenang beberapa orang yang sangat penting dalam hidup aku, so tetiba ja muka-muka diowang ni, terngiang-ngian di kepala aku. Sesungguhnya aku sayang korang. Siapa?hahaha..mana boleh bagitau, sapa rapat dengan aku, dia tahu la sapa yang aku maksudkan, orang yang berkenaan kalu baca ni, saya nak kata sesuatu, saya sayang anda!hehe!
So lepas ja tengok wayang, terus gi hantar Mie kt KTM Padang Jawa (sorry bro sebab xleh hantar ke Cheras, ko pun tahu ada masalah sikit kan?hehe), dan Eisz kt rumah beliau. Lepas tu kami balik lepak2 di rumah Adif, dan dalam kul1030 malam terus gerak balik penang. (Detail-detail yang lain aku cut, sebab tak larat nak taip ni, lenguh jari ni!)hahaha...










Minggu ni, memang best! dapat kawan baru, jumpa kawan lama, sesat jalan, tengok wayang! perh best2! Terima kaseh kawan-kawan sebab buat saya gembira.

Sekian
A.L
p/s: Gambar-gambar masa Majlis Rumah Terbuka tu akan di upload di http://artogroup.blospot.com, tapi bukan sekarang, nanti dah masuk aku gitau len. ciaaauuu~




6 comments:

adifDAS said...

aku tak tulis lg
huhuhu
agk mls nk tulis
huhuh
blh ar
aku copy ja kat ang
alalalla

adamLUBA said...

haha, adif adif, macam mana nak maju kalu asyik copy?

sheera said...

essay yg panjang. ade kesalahan tatabahasa cket. ahaha u tlupe awan si gemok. shian awan. hehe.
btw. thanx adam :) thanx alot! hee

adifDAS said...

tru tu bgs
klo dlm exam blh dpt a.
huhuhu
aku tgh tulis ni
nto baca la

adamLUBA said...

heheh..shee, mana ada i lupa dia..salah awan laa, pemalu sangat..adeh2..susah oo nak snap gambar dia..adeh2...ur welcome shee!

baik lah adif, nanti aku tgk

Djebat said...

urrmm...patut la tak dapat jumpa kat Bora Ombak..bizi sangat2 rupanya..Ntah bila la pulak dapat jumpa..huhuhu..