Thursday, October 9, 2008

I`m back!



raya raya


hey! lama betul rasanya mengadap natang ni! Di sini saya ingin meminta maaf kepada kengkawan yang memberi sms ucapan hari raya, rasa-rasanya tidak ada satu pun sms yang aku balas! Terima kaseh banyak-banyak atas ucapan anda. Raya tahun ni agak kurang meriah sebab terlalu sibuk, raya ke-3 dah balik ke Penang sebab ada hal-hal yang melibatkan kerja dan tidak boleh di elakkan. Cerita hari raya? hurmmm...

Raya Pertama
Tak banyak aktiviti, just lepak rumah Apex bersama-sama dengan Amet, Azam, Alizi, Alia, Adik Alia dan Abang Alia. Lepas tu gerak ke rumah Shima (tiap-tiap tahun mesti pergi rumah dia sebab Apex ajak, adik angkat la katakan! haih! tp best, ada kuih bahulu dengan air sirap). Lepas tu gi beraya rumah Zul (kalu dah boleh sembang dengan dia, memang tak boleh nak berhenti gelak, adeh!), lepas tu makan ais kacang + nasi kandaq + ayam belanda masa sambal di rumah Edi. Malam balik kampung di Alor Star kejap.

Raya Kedua
Pergi ambil Alia di Changlun (umah atok dia), terus gerak ke Kuala Perlis, makan nasi dagang di rumah Anis atau panggilan manja nya Regina lalabye (manja la sangat!). Lepas makan, gerak ke Changlun balik, ke rumah Hidayah (kawan masa sekolah rendah, tapi masa sekolah dulu mana pernah tegur dia, adeh! tak sangka dia ni kelakar juga! huhuhu). Lepas tu terus ke Jitra balik, ke rumah Ihsan (kawan masa sekolah menengah..tetiba time raya ni dia jadi amoi plak). Lepas rumah Ihsan, kami bergerak ke rumah Munirah (kawan masa sekolah menengah juga, cukup susah nak sembang dengan dia dulu, sebab dia rajin study, aku tak!). Lepas tu balik semula ke Changlun (Rumah Amin, sekarang dia dah jadi artis, dulu gemok sekarang dah jadi Hero Remaja!), pastu hantar Alia, Amet dan Nazim ke rumah meraka, aku pulak gerak ke Kampung sebab ada BBQ. Perhh, mula-mula ingat adik beradik ja yang datang, alih-alih satu kampung turun buat BBQ (erk, memang adik-beradik yang datang, baru aku tahu satu kampung tu rupa-rupanya semua adik beradik aku..adeh!)

Raya Ketiga
erk, aku xingat sangat apa aku buat, tp busy gila, sampai sepatutnya aku balik penang dalam tengahhari, terus jadi lewat malam. (masa ni penat nak mampos, aku bawa kereta sambil termenung dengan kelajuan 70km/j - 2 jam hah bawu sampai penang, lembap nak mampos aku bawa malam tu)

Raya ke-empat dan seterusnya
Kehidupan dah kembalik kepada status dan mood bekerja, aku pun xberapa ingat sangat apa yang aku buat, yang pasti aku fokuskan untuk membaik pulih desktop aku. (Akhirnya dapat juga aku menggunakan computer sendiri untuk on9 tanpa meminjam laptop kengkawan).

Di sebabkan cuti yang agak lama, so banyak kerja-kerja aku kena rush! jadi aku agak busy untuk mengupdate blog, myspace, friendster, handphone. Sekali lagi aku minta maaf sebab tak dapat nak melayang korang. hurm, Oh! esok (jumaat) tengah malam aku akan bertolak ke KL untuk beberapa aktivi. huhu, so kengkawan yang berada di KL, kalau sempat, jom lepak! hehe, aku maybe stay Shah Alam (mana lagi aku nak dok kalu bukan Shah Alam). so harap-harap dapat lah nanti aku snap beberapa gambar untuk post dalam blog-blog yang akan datang (dah lama tak ambil gambar sebab terlalu sibuk).

Okaylah, aku pun tak tahu apa yang aku tulis ni sebenarnya, pakai tuliiiiihhh ja sambil termenung, hahahaha! baik saya mahu mengundur diri dulu ya! mahu tidurin, tata, nite nite, ciaauuuu

Sekian,
A.L

3 comments:

ayie said...

selamat hari raya...
maaf zahir dan batin....

Djebat said...

Huh,akhirnya dapat gak aku baca catatan kat blog adam nih.. Hari2 aku akan singgah tapi hari ni ada sesuatu yang baru.
Jumaat Tengah malam bertolak ke KL? wah, kalau tak jumpa rasanya cam tak best la sebab lom penah dapat jumpa lg. Tapi Jumaat petang (petang ni) abg gerak ke Slim River la pulak utk fotoshoot artis abg.
Em,dlu mb lepak Shah Alam je kan, now dah boleh lepak Selayang dah. Adam ada abg kat Selayang meh..Abg balik dari Slim Sabtu pagi utk fotoshoot futsal lak. Ahad kat seri kembangan. nnt abg arrange camne spy dpt jmp adam k.

adamLUBA said...

hehehe..woraitttt...
apa2 tepon jaa..ehehee..sebab ingat nak balik semula ke penang, dalam ahad petang, sebab xnak sampai penang lewat sangat..esok kan kerja..huhuhu

ayie, selamat hari raya juga..huhuhu