Monday, October 27, 2008

Batu Feringgie Pulau Pinang




Hujung minggu lepas adalah hujung minggu yang memenatkan. Start with Jumaat malam, yeaa! chat with my best frien, actualy nak kata chat, tak juga, ym sambil sembang dalam telephone. hurmm, sebenarnya niat hati nak tolong dia buat kerja, but it end up satu pun tak tolong dia T_T! sebab semua dia dapat satelkan sendiri! huhuhu.

Pagi Sabtu, bangun agak lewat, dalam pukul 10 lebih (bagi aku lewat laa tu). Terus mandi dan kemas rumah, yaa..kemas rumah kerana ada orang janji kalau aku kemas rumah dia nak belanja dominos! hohoho..so, berbekalkan suar pendek dan T-shirt hitam, aku menge-mop, menyapu, mengabuih sawang, mengelap lelmari sambil bertemankan mp3 yang banyak mendendangkan lagu-lagu dari The donnas. Habis kemas dalam pukul 3 petang. Aktiviti kemudian diteruskan dengan menonton Super Natural seasion 2, aku tahu citer ni dah lama, ini pun dah kali ke-3 aku tengok (adeh! suka sungguh dengan kereta si dean tu)walalalala. Sedar-sedar ja dah pukul 8malam, masa ni dapat panggilan dari si Apex suroh siap, nak ker auto city katanya, tapi bila dia sampai umah...tukar plan sebab jambatan pulau pinang jam teruk, adeh! terus kitorang plan untuk jamming. Hurmm, kalau tak silap 4 pusat jamming kitaorang serbu, semua full...last sekali jumpa juga kt sg dua berdepan dengan pintu USM. yeaahh, sonok bukan main dapat jamm, masa tu ahli-ahli kugiran adalah, aku sendiri, memerangkan drumer,rythm, vocal & bass (tukar2 laa),Kamil (bass & drummer), Apit (lid & bass), dan Apex (vocal & drummer). Suma lagu..hampeh!!! sebab tak practice dulu. Oh ya! untuk pengetahuan, inilah kali pertama aku jamm ngan bebudak ni. haihhhh! tapi lagu blink182 - all the small things agak terbaik laa untuk malam tu (80% perfect)hahaha. hurmm, dalam tengah jam ni pun dapat beberapa sms dari my best fren (rujuk perenggan atas). Dia ada minta beberapa pendapat tentang kerja, dan aku janji akan teman dia buat kerja malam tu, tp hampeh! masa balik rumah, si Kamil guna tenet untuk melayan Naruto dan aku plan melayan cerita Gokusen season 3 (cerita seorang guru berlatar belakangkan seorang yakuza)! aku tengok sampai xsedar yang kawan aku telepon (sorry iyer T_T).Ini membuatkan aku agak moody pada keesokkan harinya :(

Ahad, pagi tu dengan mood yang agak moody, aku mendapat panggilan tepon dari si Mat Sedap, ajak ber-picnic di batu feringgie (baru nak masuk tajuk utama). So perkelahan ini di sertai oleh bebudak rumah aku (adam, apex, kamil & afiq) dan rumah mat sedap (awek beliau & apit). Kami sampai di kawasan sana agak2 dalam pukul 1tgh hari. Niat hati nak mandi. tapi macam panaz gila, so relax2 dulu, melayan mood (masih lagi moody sebenarnya). agak dalam pukul 4, kami tanpa dapat menahan nafsu, terus mandi..wahhhhhh! dah setahun aku berada di penang, inilah kali pertama mandi laut...best best! aktiviti diteruskan lagi dengan bbq (masa ni dah kul 8 malam. Aktiviti menjadi liar dengan muzik-muzik keras tahap dewa dari artis2 undangan dalam versi akustik (perhh, malam tu kalau ada orang tgk musti diowang ingat mabok, walaupun hanya minum air coca cola..hahaha best best) memandang aku esok kerja, so aku terpaksa pulang awal (dalam kul 1130malam)haihhh..memang penat gila adeh!

Sampai sini saja laa dulu, maaf sebab tak dapat nak tulis detail, sebab aku tgh banyak kerja ni, okaylah! di sini di sediakan beberapa gambar yang di ambil masa perkelahan hari tu.

















Sekian,
A.L
"express the feeling tru lense"

12 comments:

adifDAS said...

aduh...
tak jeles pun
mana leh mcm ni
aku pun nk join gk
huhuh

adamLUBA said...

isk isk..sapa suwoh hang tak dok penang..agagagaga

apexhuhu said...

marilah beramai-ramai kite duk penang ye rakan2..mari-marilah

adamLUBA said...

hahaa, betul2..mari memadatkan penag..adeh! dok jitra pun hampa..mai penang pun hampa..xrasa di perantauan langsung..adeh2

adifDAS said...

huhuhu.
jgn mcm tu.
aku rasa tersisih ni
k la
aku mtk pratikal or keja kat png gk la
kta sewa umah sama2
bersama kwn2 selamanya
neaaaahhhhhhhh

adamLUBA said...

hoh! hang practical sini brapa bulan jaa bai? lepaih hang pindah nak cari umah lagi? erkk..adeh! rumah semakin padat..apex..jom pindah umah yang ada 6 bilik tu..yang seribu..


T_T

apexhuhu said...

biar la adam..rumah kite kan rumah kebajikan bahagian jelutong...tolong2 ah mereke yang memerlukan..tapi jom ah pindah umah yang ade 8 bilik.aku baru jumpe gak..takpon kite duk je kat surau mutiara idaman.dgr kate luas dlm tu..dgr kate la.hehehe

adamLUBA said...

hish..pek..8 bilik tu okay laa..
kalu kt surau mutiara idaman tu..
hang dah pikiaq habis habisan?
kang ada yang rentung kang..
adeh2..hang kan setiausaha geng kilat?
hahahaha

adifDAS said...

huhuhu
ddk surau ok gk
ramai skit blh tumpang
alalala
atau pun ddk ja umh pnjg srwk
lg ramai tumpang
huhuhuh

adamLUBA said...

nak juga sarawak si adif ni..
haihhh...
cukup2 laa tu adif..
xlarat nak sulam tali pinggang dah..
adeh..
nanti dari aktiviti lepak tepi pantai..
terus menjadi memburu babi hutan..
ahahahaha

emmetRaxor said...

tudia..
dok ramai2 baru umah bujang nak dok selesa kawen ja cepat2..
baru boleh dok selesa tambah ada orang dok melayan balik keja..
tolong masak nasik..
tu pon kalou bini tu rajin la..
kalou malas memang besepah gak la umah..
tambah dah ada ank plak..
nanti taw la macam mana..
betoi tak kenyataan aku neh..
hahahha..

apexhuhu said...

Bukan camtu amet..
zaman blajaq lain..zaman keja lain..time blajaq dulu 1 umah duk empat puloh empat org pon takpa, asal bleh letak kepala untuk tidoq pon dah kire okeh. Lg pon time tu sumber kewangan terhad, so lagi ramai lg bagus sebab sewa jadi makin skit. Bile dah keje ni..nak jugak rasa selesa, alang-alang dah berkemampuan skit ni..apesalahnya bayaq lebih skit untuk selesa. Balik keja letih2, bile tgk umah kemas..xdak sepah2..kurang skit rasa letih tu. Nak hias umah pon sronok..