Sunday, September 7, 2008

Tulisan lagi..!



Hurmm, aku di jitra kedah, sekali lagi aku menulis tanpa menyelit gambar..hurm kita start cerita dari hari sabtu. Cerita bermula...

Sabtu 06.09.08
"Bangun oi..bangun! BBBBAAAAANNNNGGGUUUNNNN!" jerit si Afiq mengejutkan kerakyatan Flat Mutiara Idaman 1, Solok Tengku, Jelutong, Penang. Jam menunjukkan pukul 7pagi. Aku dengan mamai nya mengambil tuala dan terus mandi, "perh sejuk sungguh hari ni!" bicara ku sendiri. Dalam pukul 8pg kami bergerak untuk pulang ke Jitra Kedah. Lebat sungguh hujan hari tu sampai pemandangan mata hanya terhat sehingga 200meter ke depan (sebab hujan naa, bukan sebab cemin kereta aku kelabu tau)

Kami balik menaiki feri. Masa kat atas feri tu, baru aku perasan handphone aku tertinggai di rumah, adeh! adeh! nak patah balik dah jauh dah jalan ni, so aku bertekad untuk teruskan perjalanan tanpa handphone (bukan ada awek pun nak msg2). Oh! hampir terlupa, masa tu dalam kereta ada 4 orang, Afiq (pemandu), Apex (penolong pemandu), Nizam (adik si pemandu), dan AdamLUBA (tuan kereta yang dipandu). Perjalanan masa tu agak lama sbb hujan lebat. Sampai ja jitra masa tu dalam pukul 11 tgh hari. Aku terus tetdo.


* * * *


Sedar2 jaa masa tu dah pukul 5 petang, perhh lama sungguh aku tetdo, so aku pun bersiap2 untuk berbuka. Kul 730mlm...errkkkk! Alhamdullillah! kenyang. Lepas tu aku, Amet, Afiq dan Nazim bergerak ke Aloq Staq untuk memulakan sesi mengambil gambar. Masa tu hanya sempat amik gambar kt Masjid Zahir ja, sebab lepas tu hujan renyai-renyai mula mengambil alih suasana. Memandangkan hari masih awal (selagi xpukul 12malam, awal laa tu), kami pun bergerak ke pacifiq untuk bermain snooker (walaupun xpandai main..hentam jaa la!). Permainan penuh gelak ketawa sebab sekor-sekor xreti main. Lepas habis main snooker plak, kami bergerak ke Karaoke di Jalan Putra ( Si Afiq ni laa gian nak nyanyi!), Sampai sana, aku hanya menyanyikan 3 lagu feveret, Tiada Lagi Kidungmu (lefthanded), Misteri Mimpi Syakila (aku suka tukar nama syakila tu ker nama2 yang mana aku rasa best), dan Ku di Halaman Rindu (lefthanded). Kami habis aktiviti kami tu dalam kul 1, terus gerak balik jitra, lepak makan di Zam Charkuewteow sampai kul 2 bawu balik umah.

Sampai umah terus on9 sampai kul5pg, pastu sahur, pastu tetdo..


* * * *

Ahad 07.09.08
Bangun kul12, antar adik aku gi sekolah (sebenarnya dia ada perhimpunan kul11.30). hahaha..OTAI sungguh adik aku tu! cis cis! Lepas tu aku gi amik si Amet, kitaowang gi service kereta. Dalam kul3 aku gi amik Nazim dan terus kami bergerak ke Aloq Staq (loq staq lagiiii!)

Urus punya urus urusan di sana, agak2 dalam kul5 kami bertolak balik, tapi...(ada tapinyer) kami tak terus balik, sebaliknya kami bergerak ke Tasek Jitra ( tasek lagi, asal balik jitra jaa tasek, asal balik jitra jaa tasek) untuk mengambil gambar. Di sana kami menyewa kereta yang owang guna kt padang golf tu (apa nama ntah keta tu)..so sambil pusing2 tasek, kami mengambil gambar (best gilaaa..sampai guling aku rumput sebab nak dapatkan low angle. Dalam 630 balik umah untuk berbuka

Sekarang aku dah siap berkemas untuk balik semula ke Penang, hurrmm jam pun dah pukul 845mlm, so elok laa kalu aku bergerak dulu...


So sampai sini saja laa dulu untuk kali ni, seperti sebelum ini, gambar2 yang diambil akan di upload kemudian. yooosshhh! mari memulakan pengembaraan balik ke Penang. Go go go...!


SEKIAN,
(terima kaseh kerana meluangkan masa untuk membaca benda yang xberfaedah ini)

No comments: